Anda di halaman 1dari 9

Tempat Perlindungan Perkhemahan

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak


kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen
sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di
negeri orang .Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas,
kesejukan dan juga angin.

Khemah merupakan tempat perlindungan perkhemahan sementara yang selamat,


selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan
jenis tempat berlindungan itu.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang
dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon
dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga
bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza.
1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh
tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai.
Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-
tempat yang agak panas.
2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan
dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan.
Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan
menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini
memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.
3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di
pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama
dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih
memanaskan.
Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk
dihindari dan dibuat :

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit,

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa sahaja
binatang hutan akan melalui denai berkenaan.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah
untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas
atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya.
10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin.
12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau
disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan
selamat

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa
kecemasan.
Memilih Kawasan

1. Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca
air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan
sebagainya.

2. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah
tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan
air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak
berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur.
3. Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung


dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam,
balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya.

4. Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana
ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih
seronok.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai