Anda di halaman 1dari 2

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya.

Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu
atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan
pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

teknologi adalah keseluruhan metode yang secara rasional mengarah dan memiliki ciri
efisien dalam kegiatan manusia dan dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Kemajuan teknologi adalah sesuatu yang tidak bisa kita hindari dalam kehidupan
sehari-hari,karena kemajuan teknologi akan berjalan dengan kemajuan ilmu
pengetahuan.

Teknologi di anggap sebagai penerapan sains dalam pengertian bahwa penerapan itu
menuju pada perbuatan induvidu atau perwujudan sesuatu.teknologi adalah segenap
keterampilan manusia menggunakan sumber daya alam untuk memecahkan masalah-
masalah yang dihadapi dalam kehidupan.secara lebih umum teknologi merupakan
sesuatu sistem penggunaan berbagi sarana yang tersedia untuk mencapai tujuan-
tujuan praktis yang ditentukan.

Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam
kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai
ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia,
di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat
kepada manusia terutamanya dalam pertanian,

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan


melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan
utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan
penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan
pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata

Dalam bidang pertanian pula, Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu
mengangkat dan memindahkan barang-barang berat untuk kerja-kerja pertanian atau
memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain daripada itu, terdapat juga mesin yang
dapat membantu melakukan kerja-kerja yang sukar seperti membajak tanah,
menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesin-mesin ciptaan sains
ini mampu menjimatkan masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan hasil
pengeluaran tanaman.

Penggunaan racun serangga yang dicipta oleh sains untuk mengelakkan serangan
serangga perosak mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan racun bergantung
kepada peringkat tumbesaran tanaman. Contohnya, racun kulat pada peringkat
penyemaian,biji benih untuk mencegah penyakit lecur anak pokok,kemudian racun
serangga untuk mencegah penyakit serangga perosak seperti kutu trip dan hamama
dan akhirnya racun untuk mencegah serangan perosak di peringkat berbuah.

Penggunaan baja kimia dan baja organik adalah untuk menambahkan kesuburan tanih.
Ini adalah untuk memastikan tanah mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya
kepada tanaman agar dapat meningkatkan pengeluaran dan tanaman yang dihasilkan
bermutu tinggi.

Sains juga mencipta teknik penanaman tanpa menggunakan tanah yang dikenali
sebagai teknik hidroponik. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam
tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan
di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan
penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi
hidroponik takung adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka
mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad.

Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat
meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan
melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih
terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.Dari segi
benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih
sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih
untuk keluasan yang sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu
mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji
berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai
dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu
mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi
biasa.

Anda mungkin juga menyukai