Anda di halaman 1dari 20

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL MORFOLOGI
2

PENGGOLONGAN KATA : KATA TUGAS

A. KONSEP KATA TUGAS

1. Pengertian:
Kata tugas = sejumlah morfem bebas yang tidak mempunyai makna sendiri, tetapi
mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan frasa, klausa, dan ayat.
Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat.

2. Fungsi:
(a) Tugasnya adalah sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.1
(b) Peranannya membantu kata utama (KN, KK, KA) untuk menimbulkan makna
tambahan.

Kata Tugas Fungsi


Kata bantu Memberi makna tambahan kepada KK.
Kata penguat Menguatkan makna KA dari segi tingkat sifatnya.

(c) Sesetengah kata mempunyai lebih daripada satu fungsi, bergantung pada tempat
kehadirannya dalam frasa, klausa, dan ayat.

Contoh Jenis
Contoh Penggunaan dalam Frasa/Ayat
1 http://dermagabmk1.blogspot.com

Kata Tugas Kata Tugas


Kata sendi nama Dia tidak terlibat dalam hal itu.
dalam
Kata arah Mereka bersembunyi di dalam gua.
Kata sendi nama Hadri datang dengan emaknya.
dengan
Kata hubung Hadri datang dengan menaiki kereta.

3. Ciri-ciri:
(a) Memerlukan kata lain (kata utama) untuk berfungsi dalam frasa atau ayat

Jenis Kata Contoh Kata Utama yang Contoh


Tugas Kata Tugas Diperlukan Penggunaan
tidak Kata kerja tidak datang
Kata nafi
bukan Kata nama bukan kami
Kata sendi dari Kata nama dari Kelantan
nama daripada Kata nama daripada kayu

1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:249)


(b) Jenis kata tertutup2
Tiada pinjaman kata hubung, kata penguat, atau kata sendi nama dalam bahasa Melayu
Jumlahnya sangat terhad, dan sukar bertambah

(c) Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti = tiada makna tersendiri, sebaliknya
memerlukan kata lain untuk menimbulkan maknanya

(d) Hampir semua kata tugas tidak dapat mengalami perubahan bentuk atau peluasan =
tidak boleh dijadikan kata terbitan, kata ganda, dan kata majmuk.

B. KELOMPOK DASAR KATA TUGAS

Berdasarkan kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, kata tugas dipecahkan
kepada empat kelompok dasar.3

KATA TUGAS

Kata Penyambung Ayat Kata Prafrasa dan Pascafrasa

Kata Praklausa Kata Pascakata

1. KATA PENYAMBUNG AYAT

1.1 Konsep:
2 http://dermagabmk1.blogspot.com

Kata penyambung ayat dikenali sebagai kata hubung.


Kata ini menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa, dan ayat.
Penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis,
dipanggil sebagai ayat majmuk.

1.2 Bentuk:
(a) Tunggal = terdiri daripada satu morfem bebas sahaja
dan jika agar
atau dengan bagai
lalu semenjak kecuali

2 Tatabahasa Asas (2012:203)


3 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:250)
(b) Bergabung = secara bercantum dan terpisah
Bercantum Terpisah
jikalau
meskipun
andai kata
sedangkan
oleh sebab
sekiranya
walaupun
(c) Berpasangan
bukan sahaja ... tetapi juga baik ... mahupun
sedangkan ... tambahan pula sungguhpun ... namun

(d) Gandaan
moga-moga seolah-olah
kalau-kalau seakan-akan

1.3 Jenis Kata Penyambung Ayat:

(a) Kata Hubung Gabungan


Kata hubung ini menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara
sifatnya.
Ayat majmuk yang terbentuk dipanggil ayat majmuk gabungan.
Berfungsi menunjukkan: urutan, pertentangan, keserentakan, dan
penjelasan.
Urutan Pertentangan Keserentakan Penjelasan
dan namun
sambil
3 http://dermagabmk1.blogspot.com

kemudian sebaliknya maka


seraya
lalu tetapi

Terdapat bentuk berpasangan:


baik ... mahupun
semakin ... semakin
jangankan ... pun

(b) Kata Hubung Pancangan


Kata hubung pancangan menyambung klausa-klausa tak setara, iaitu
klausa bebas (klausa utama atau klausa induk) dengan klausa tak bebas
(klausa pancangan atau klausa kecil).
Penggunaan kata hubung ini menghasilkan ayat majmuk pancangan.
Jenis kata hubung pancangan:
(i) Kata Hubung (Pancangan) Relatif
Kata hubung relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa
utama (klausa bebas) dengan satu klausa kecil (klausa tak bebas)
lain.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan relatif (ayat
relatif).
Terdapat satu kata hubung relatif sahaja, tetapi dapat berfungsi dalam subjek
dan predikat ayat.
yang

(ii) Kata Hubung (Pancangan) Komplemen


Kata hubung komplemen (kata komplemen), berfungsi
menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi pelengkap pada
klausa utama.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan komplemen (ayat
komplemen).
bahawa
untuk

(iii) Kata Hubung (Pancangan) Keterangan


Kata hubung keterangan (kata keterangan) berfungsi menghubungkan
klausa tak bebas yang menjadi keterangan pada klausa utama.
Penggunaannya menghasilkan ayat majmuk pancangan keterangan
4 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ayat keterangan).
Jenis-jenis kata hubung keterangan: sebab, syarat, tujuan, harapan, cara,
waktu, akibat, pertentangan, dan perbandingan.

agar meskipun tatkala


kerana sungguhpun kalau
setelah hingga sementara
andai kata sekiranya untuk
supaya kendatip
ketika
jika(lau) semoga
sewaktu semasa walaupun
apabila
2. KATA PRAKLAUSA

2.1 Konsep
Kata praklausa = perkataan yang hadir di hadapan klausa atau ayat.
Tugas praklausa untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai
penerang pangkal kepada klausa.

2.2 Jenis Kata Praklausa

(a) Kata Seru


Kata seru = kata untuk menzahirkan perasaan, antaranya sakit, marah,
hairan, kagum, gembira, dan sebagainya.
Digunakan pada permulaan ayat seru.

Perasaan Kata seru Contoh dalam Ayat


Eh Eh, kamu datang!
Menarik Hai Hai, belum siap-siap lagi!
perhatian Helo Helo, tengok ke sini!
Wahai Wahai pelajarku, rajin-rajinlah belajar!
Amboi Amboi, cerewetnya orang tua itu!
Eh Eh, pelik benar!
Kagum dan
Ha Ha, tidak percaya aku!
hairan
Oh Oh Tuhan, semuanya kehendak-Mu!
Wah Wah, tangkas betul dia!
5 http://dermagabmk1.blogspot.com

Kesakitan Aduh Aduh, sakitnya gigiku!


Aduh Aduh, tidak sanggup melihatnya!
Kesedihan
Aduhai Aduhai, malang benar nasib kita!
Sesal dan Ah Ah, masih seperti dulu!
kecewa Alahai Alahai, teruslah kita tertunggu-tunggu di sini!
Syukur Syukur, kamu selamat!
Kelegaan
Alhamdulillah Alhamdulillah, doa kita dimakbulkan!
Kebencian dan Cis Cis, kurang ajar betul!
marah Nah Nah, kamu rasakan sakitnya kena tipu!
Oh
Oh kekasihku, kembalilah segera!
Harapan Wahai
Wahai Tuhan, kasihanilah hambamu ini!
Ya
Alamak Alamak, aku terlupa mengambil wang itu!
Terkejut Eh Eh, kamu rupa-rupanya!
Wah Wah, murahnya!
Tahniah Syabas Syabas, kamu berjaya akhirnya!
(b) Kata Tanya
Kata tanya = perkataan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu
berkenaan orang, benda, tempat, cara, jumlah, masa, sebab, hal, dan
sebagainya.
Termasuk dalam kata tanya ialah kata ganti nama tanya.
Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Jika digunakan pada permulaan ayat songsang, kata tanya hendaklah
disertakan dengan penegas -kah.
Bagaimana
Apa
Berapa
Mana
Bila
Siapa
Mengapa

(c) Kata Perintah


Kata perintah = kata berupa arahan, larangan, ajakan, harapan, silaan,
dan permintaan, yang digunakan untuk menimbulkan tindak balas
daripada orang yang dikenakan perintah.
Kata perintah digunakan pada permulaan ayat perintah dan boleh
menerima penegas -lah.

Permintaan Silaan Larangan Ajakan4 Pembiaran5


Minta Jemput Jangan Ayuh
Mohon Sila Tak usah Jom Biar
Tolong Sudi Usah Mari

(d) Kata Pembenar


Kata pembenar = perkataan yang digunakan untuk mengesahkan atau
menyokong kesahihan sesuatu penyataan.
Benar
betul
Ya
6 http://dermagabmk1.blogspot.com

(e) Kata Pangkal Ayat


Kata pangkal ayat = perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Perkataan-perkataan ini digunakan dalam bahasa Melayu klasik.
Adapun Hatta Syahadan
Alkisah Kalakian Sebermula
Arakian Maka Sekali peristiwa

4 Tatabahasa Asas (2012:214)


5 Tatabahasa Asas (2012:214)
3. KATA PRAFRASA DAN KATA PASCAFRASA

3.1 Konsep Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa


Kata prafrasa = perkataan yang hadir sebelum (di hadapan) frasa.
Kata pascafrasa = perkataan yang hadir selepas (di belakang) frasa.
Jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain hadir di hadapan frasa, kata jenis ini
dapat juga hadir selepas frasa.
Frasa yang terlibat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Fungsi kata ini untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan,
menunjukkan arah, dan membilang, agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat.

3.2 Jenis Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

3.2.1 Kata Prafrasa

(a) Kata Bantu


Kata bantu = perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
7 http://dermagabmk1.blogspot.com

frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu dan
ragam.
Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata adverba.
Berdasarkan tugasnya, kata bantu terbahagi kepada dua jenis: kata bantu aspek
dan kata bantu ragam.

(i) Kata Bantu Aspek


Kata bantu aspek = kata bantu yang menunjukkan perbezaan masa:
masa lampau, masa kini, atau masa akan datang.

Masa lampau Masa kini Masa hadapan


baru masih
akan
pernah mula
belum
sudah sedang
bakal
telah tengah
(ii) Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam = kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan.
Terdiri daripada ragam kehendak, keupayaan, kemungkinan, kemestian, dan
keengganan.6

Kehendak Keupayaan Kemungkinan Kemestian Keengganan


harus
hendak perlu
boleh barangkali mesti
ingin tentu enggan
dapat mungkin pasti
mahu wajib
patut

(b) Kata Nafi


Kata nafi = perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam
konstituen predikat.
Dua bentuk kata nafi: bukan, dan tidak, yang hadir sebelum frasa.

(i) bukan
Kata nafi ini boleh hadir dalam dua keadaan.

Menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama
Menafikan FN Menafikan FS
bukan ibunya bukan untuk adik
bukan usaha saya bukan dari Gua Musang
bukan tiket kereta api bukan tentang gaji

Boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif sekiranya


kedua-dua frasa tersebut membawa maksud pertentangan
maklumat.

bukan menghina kamu tetapi mengingatkan kamu


bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya
8 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ii) tidak
Merupakan unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.
Menafikan FK Menafikan FA
tidak pergi ke pekan tidak benar
tidak akan datang tidak hodoh sangat
tidak menaiki bas tidak busuk

(c) Kata Pemeri


Kata pemeri = unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan
frasa utama dalam predikat.
Penggunaan kata pemeri sangat terbatas, dan kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat bahasa Melayu.

6
Tatabahasa Asas (2012:217)
Selain itu, kata pemeri tidak boleh hadir sebelum kata kerja atau frasa
kerja.7
Dua bentuk kata pemeri: adalah, dan ialah.

(i) adalah
Merupakan pemeri secara huraian atau kualitatif.
Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Menafikan FK Menafikan FA
adalah benar adalah dari segi
adalah besar sekali adalah untuk kesejahteraan
adalah tinggi adalah tentang kemalangan

(ii) ialah
Digunakan untuk menunjukkan persamaan atau ekuatif
Bentuk ini hadir di hadapan frasa nama sahaja.
Berfungsi untuk memberikan definisi.
ialah buku
ialah yang berukuran
ialah pentingnya semangat perpaduan

(iii) merupakan8
Dapat berfungsi sebagai kata pemeri kerana dapat menggantikan ialah.
Bahasa ialah alat komunikasi antara manusia.
Bahasa merupakan alat komunikasi antara manusia.

(d) Kata Sendi Nama


Kata sendi nama = perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa
nama.
Setiap sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan penggunaannya
ditentukan oleh peraturan-peraturan yang khusus.
9 http://dermagabmk1.blogspot.com

Bentuk kata sendi nama:


Kata dasar:
bagi akan hingga
demi dengan semenjak
di oleh tentang

Gabungan kata dasar:


darihal
kepada
daripada

7
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:264)
8
Tatabahasa Asas (2012:224)
Kata terbitan:
menerusi
terhadap
mengenai

Fungsi kata sendi nama:

(i) di
Digunakan khusus untuk menunjukkan tempat dan arah.
Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama.
Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu,
masa, atau zaman.
Tempat Arah
di Kuala Krai di belakang rumah
di pejabat di tepi padang
di Thailand di utara Semenanjung

(ii) ke
Digunakan untuk menunjukkan tumpuan tempat, arah tempat, dan
arah waktu.
Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia atau binatang.

Tumpuan tempat Arah tempat Arah waktu


ke Alor Setar ke belakang dewan ke saat terakhir
ke bandar ke kiri datuknya ke zaman sekarang
ke Indonesia ke timur pagi ke petang

(iii) dari
Untuk menyatakan arah, permulaan tempat, dan permulaan
waktu. Ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada.
10 http://dermagabmk1.blogspot.com

Arah Permulaan tempat Permulaan waktu


dari arah selatan dari Kuala Lumpur dari pukul sembilan
dari depan rumah dari laut dari kurun ke-18
dari tengah hutan dari pejabat dari subuh lagi

(iv) daripada
Untuk menyatakan punca, asal kejadian, dan perbandingan.

daripada tunangnya
manusia daripada Pak Omar
haiwan daripada kucingnya
Punca benda daripada buku cerita
institusi daripada Jabatan Perdana Menteri
unsur mujarad daripada kesilapan
daripada siapakah
daripada besi
Sumber atau asal
daripada akar kayu
kejadian
petikan daripada filem Arab
lebih cantik daripada kawannya
Perbandingan berbeza daripada perangainya
lebih penting daripada hal lain

(v) kepada
Fungsi utamanya menyatakan sasaran, selain menunjukkan pecahan
dan perubahan keadaan.

manusia kepada polis


haiwan kepada keluarga Robert
Punca benda kepada ayam
institusi kepada Pejabat Daerah
unsur mujarad kepada maksiat

kepada dua bahagian


Pecahan kepada sesi pagi dan petang
kepada satu perdua
kepada 35C
Perubahan keadaan kepada tahap lebih baik
kepada warna ungu

(vi) pada
Digunakan untuk keterangan waktu, tempat, dan hal abstrak
(mujarad)
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan sasaran.

pada akhir tahun


pada awal pagi
pada hari ini
Waktu
11 http://dermagabmk1.blogspot.com

pada ketika itu


pada pukul lima petang
pada waktu senja
digantung pada cangkuk kayu
Sesuatu
ditampal pada tiang elektrik
perbuatan
kena pada tempatnya
Tempat
ada pada emak
Didahului
ada pada pahlawan
kata ada
ada pada semua binatang
pada pendapatnya
Hal abstrak (mujarad) pada saya
pada pandangan saya

(vii) untuk
Membawa maksud kegunaan untuk sesuatu dan bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan.
Kegunaan untuk sesuatu derma untuk / bagi anak-anak kurang upaya
- boleh saling bertukar ganti perbelanjaan untuk / bagi tahun hadapan
dengan bagi sumbangan untuk / bagi kemudahan ramai
Bahagian yang hadiah untuk kami
ditentukan pakaian baharu untuk ibu
(diperuntukkan) persalinan untuk panglima

(viii) demi
Digunakan untuk makna tujuan, unsur penegas, dan urutan.

Tujuan demi / untuk kelicinan kerja


- boleh saling bertukar ganti demi / untuk kestabilan negara
dengan untuk demi / untuk kepentingan bersama
demi allah
Unsur penegas
demi rasul
satu demi satu
Urutan
pasukan demi pasukan

(ix) tentang / mengenai


Digunakan sebagai maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu,
umum, atau mujarad (abstrak).
Tentang menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

berbincang tentang / mengenai masalah kami


aduan tentang / mengenai kelewatan
tentang / mengenai hal itu

(x) seperti / bagai / umpama / laksana / bak / macam


Kesemuanya dapat saling bertukar ganti dan membawa maksud
perbandingan, serta senarai.

Perbandingan Senarai
12 http://dermagabmk1.blogspot.com

bagai bahan bacaan seperti surat


beratnya bak gajah khabar, majalah, buku,
laksana risalah, ...
macam berbakti seperti membantu
berlagak seperti 0rang kaya orang susah, menyertai
umpama gotong-royong, ...

(xi) sejak / semenjak


Penanda permulaan waktu

sejak / semenjak hari itu


sugul sejak / semenjak kehilangan anak kucingnya
(xii) terhadap
Untuk merujuk penyambut yang tentu (manusia, haiwan, atau
benda)

adil terhadap anak buahnya


kajian terhadap virus
bertindak balas terhadap kaca

(xiii) akan
Digunakan untuk merujuk manusia.
Penggunaannya didahului oleh kata adjektif yang bersifat
emosi.

marah akan kakaknya


suka akan pembantu rumah itu
terlalu sayang akan buku itu

Dalam konteks bukan manusia, boleh juga digunakan perkataan


kepada.
cinta akan / kepada negara sendiri
gemar akan / kepada kucing
terlalu sayang akan / kepada buku itu

(xiv) oleh
Digunakan untuk menunjukkan hubungan pelaku dalam ayat
pasif, dan maksud sebab/lantaran.

Pelaku dalam Ayat Pasif Sebab / Lantaran


ditulis olehnya oleh / lantaran kelalaian sendiri
tersepak oleh adik oleh (sebab) ketiadaan pengganti
kena gari oleh polis oleh sebab itulah pilihannya
13 http://dermagabmk1.blogspot.com

(xv) hingga / sampai


Kedua-duanya dapat bertukar ganti dengan pengertian had masa dan
tempat.

berkawal hingga / sampai pagi


bermain hingga / sampai kepenatan
belajar hingga / sampai peringkat universiti

(xvi) dalam
Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang
atau jarak
dalam hal ini
berbincang dalam mesyuarat
bertutur dalam dialek Kedah
(xvii) antara
Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang
atau jarak
perbezaan antara saya dengannya
berbincang antara adik-beradik
antara cara yang paling baik

(xviii) dengan
Kata sendi nama dengan membawa empat maksud.
berbincang dengan majikan
Bersama-sama atau
bergurau dengan kami
berserta
ke pekan dengan kawan-kawannya
diselesaikan dengan semangat kerjasama
Cara sesuatu
diterimanya dengan baik
dilakukan
memulakan kerja dengan bacaan doa
datang dengan kereta baharu
Memakai atau
memotong kayu dengan gergaji
menggunakan
menggembur tanah dengan bajak
emas dengan perak
Perbandingan yang
sama cantik dengan bajuku
serupa (sama)
sependapat dengan datuknya

(xix) melalui / menerusi

Kedua-duanya dapat bertukar ganti, dengan membawa maksud arah


laluan atau tempat.

diserahkan melalui / menerusi orang tengah


terjun melalui / menerusi tingkap
dijelaskan melalui / menerusi e-mel
14 http://dermagabmk1.blogspot.com

(e) Kata Arah


Kata arah = yang berpasangan dengan kata sendi nama : hadir selepas kata
sendi nama tempat (dari, di, ke) dan sebelum kata nama atau frasa nama.
Menunjukkan hala atau jurusan
antara
penjuru dari utara Asia
atas barat
samping di atas para
bawah selatan
belakang sisi segi di dalam pondok
tenggara
dalam sudut ke penjuru padang
timur
hadapan tengah ke tengah sungai
utara
luar tepi ke timur Thailand

(f) Kata Bilangan


Kata bilangan = perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama.
Kata bilangan tentu berpasangan dengan kata penjodoh bilangan.
(i) Bilangan tentu (bilangan kardinal) = jumlahnya bersifat tentu
lapan tiga ratus
tujuh belas dua ribu
tiga puluh enam enam juta

(ii) Bilangan tak tentu = sudah menunjukkan banyak atau berbentuk jamak.

banyak sedikit
beberapa sekalian
para semua

(iii) Himpunan = menandakan jamak, menggunakan imbuhan awalan dan


lazimnya digandakan.

beribu-ribu berbakul-bakul
ketiga-tiga bertahun-tahun

(iv) Pisahan = bermaksud jamak tetapi dipisah-pisahkan


masing-masing
setiap
tiap-tiap

(v) Pecahan = menunjukkan bahagian-bahagian daripada keseluruhan


setengah sepertiga
dua pertiga seperempat
separuh

(vi) Tingkat (ordinal)9 = menunjukkan turutan atau kedudukan


ketiga
kelapan ribu
kedua puluh
kesejuta
keseratus
15 http://dermagabmk1.blogspot.com

3.2.2 Kata Pascafrasa

(a) Kata Penguat


Kata penguat = perkataan yang dan berfungsi menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif.
Kata penguat boleh mendahului atau mengikuti kata adjektif,
Tiga jenis kata penguat:

9
Tatabahasa Asas (2012:237)
(i) Kata Penguat Hadapan = Kata penguat yang hadir di hadapan kata
adjektif.

agak begitu
cukup kian
kurang maha
makin terlalu
paling terlampau

(ii) Kata Penguat Belakang = Kata penguat yang yang hadir di belakang
kata adjektif.

benar nian
betul sekali

(iii) Kata Penguat Bebas = Kata penguat yang kedudukannya bebas, boleh
muncul di hadapan atau di belakang kata adjektif.

amat
sungguh
sangat

(b) Kata Penegas


Kata penegas = perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-
bahagian tertentu dalam ayat.
Dikenali juga sebagai kata partikel dan kata penyerta.
Dua jenis kata penegas:

(i) Penegas dalam predikat

Partikel ini menegaskan perkataan yang bercantum dengannya


dalam predikat
Digunakan sekiranya frasa itu atau bahagian yang ditegaskan itu
16 http://dermagabmk1.blogspot.com

mengalami proses pendepanan dalam ayat.


Tidak boleh hadir pada akhir ayat.
Perlu dicantumkankan pada bahagian belakang kata dasar.

-kah
-tah
-lah

(ii) Penegas subjek dan predikat


Penegas ini bebas hadir pada mana-mana bahagian ayat: sama
ada pada frasa subjek, atau frasa predikat.
Bentuk ini bersifat perkataan (morfem bebas).

hanya cuma
jua
pula
juga
lagi
pun
memang sahaja / saja
(c) Kata Adverba
Kata adverba = perkataan yang menerangkan kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan frasa sendi nama.
Hal yang diterangkan ialah cara, masa, dan tempat.
Dipanggil juga kata keterangan berdasarkan fungsinya menerangkan kata dan
frasa yang disebutkan tadi.
Kehadirannya sama ada di hadapan atau di belakang kata yang diterangkan.
Kata adverba terdiri daripada:
kata yang tidak tergolong dalam kata utama (KN, KK, dan KA),
jika perkataan itu terdapat dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi
sebagai penerang.
Empat bentuk kata adverba:

(i) Kata Adverba Jati


Kata adverba jati = perkataan yang tidak termasuk dalam mana-
mana kata utama

acap kali
kadangkala saling
agaknya
kelak sekali gus
barangkali
kelmarin sekarang
begini
kemudian semalam
begitu
kerap kali sempat
dahulu
langsung sentiasa
demikian
lusa serentak
esok
nanti sering kali
jarang kali
nyaris tadi
julung kali
pertama kali tulat
kadang-kadang
17 http://dermagabmk1.blogspot.com

(ii) Kata Adverba asalnya Kata Adjektif


Asalnya kata adjektif tetapi berfungsi untuk menerangkan KK/FK,
KA/FA, dan FS.

Menerangkan Menerangkan Menerangkan


Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama
berjalan lancar besar panjang
jarang di pejabat
hampir tersembam cepat kaya
ke hospital segera
kerap datang hancur luluh
senang di sana
terbang tinggi panjang lebar
sering ke taman
tidur nyenyak tinggi lampai

(iii) Kata Adverba asalnya Kata Kerja


Asalnya kata kerja tetapi berfungsi untuk menerangkan FK, FA, dan
FS.
Menerangkan Menerangkan Menerangkan Frasa
Frasa Kerja Frasa Adjektif Sendi Nama
baring meniarap
cantik berseri-seri
duduk bersandar dari bandar berdua-duan
indah berkilauan
makan bersila di rumah bersendirian
merah menyala
menulis berhati-hati ke pantai berseorangan
tinggi melangit
tidur berdengkur

(iv) Kata Adverba Gandaan


Yang mengalami penggandaan untuk menerangkan FK, FA, dan FS.
Tiga jenis adverba gandaan: penggandaan penuh, penggandaan
separa, dan penggandaan berentak.

Kata Adverba Kata Adverba


Penggandaan Penuh Penggandaan Berentak
betul-betul bolak-balik
diam-diam gundah-gulana
jarang-jarang riuh-rendah
pura-pura serta-merta
sama-sama simpang-siur

Kata Adverba
Penggandaan Separa
Berawalan Berakhiran
bermalam-malam gila-gilaan
bersungguh-sungguh habis-habisan
sekali-kali mati-matian
terburu-buru sungguh-sungguhan
teresak-esak terang-terangan

Makna Kata Adverba


Waktu = masa terjadinya sesuatu perbuatan, peristiwa, atau
18 http://dermagabmk1.blogspot.com

keadaan

pulang sekarang
selalu datang
sentiasa ceria

Cara = cara perbuatan dilakukan


berbuat demikian
berjuang bermati-matian
duduk beramai-ramai

Ragam = keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan


benar-benar riang
betul-betul terjadi
tentu berjaya
Jarak = ruang yang berkaitan dengan KK yang diterangkan
berada dekat
lompat tinggi
pulang jauh

Keadaan = menerangkan keadaan yang terjadi pada KK, KA, dan kata
adverba

berbaju labuh
kerat pendek
tersusun rapi
Sifat perasaan = perasaan bagi KK
berasa sayang
bersuara lantang
melompat girang

4. KATA PASCAKATA

4.1 Konsep Kata Pascakata


Kata pascakata = bentuk yang hadir selepas perkataan.
Kata pascakata tidak dapat berdiri sendiri, perlu dicantumkan pada belakang kata
dasar.
Bentuk itu ialah -nya.
Fungsinya sebagai penekan dan pembenda bagi perkataan yang bercantum
dengannya.

4.2 Jenis Kata Pascakata


19 http://dermagabmk1.blogspot.com

(a) Kata Penekan


Kata penekan = bentuk (-nya) yang memberi penegasan kepada perkataan
yang bergabung dengannya.

bahawasanya sebenarnya
nampaknya sesungguhnya
(b) Kata Pembenda
Kata pembenda = bentuk (-nya) yang dapat menjadikan sesuatu kata bukan
kata nama sebagai kata nama.
Kata bukan nama: lazimnya kata kerja dan kata adjektif.

cantiknya
datangnya
lajunya
hadirnya
lantangnya
perginya
sakitnya
pulangnya
sesungguhnya
20 http://dermagabmk1.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai