Anda di halaman 1dari 3

1.

Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan
menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi
penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan
khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir
pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana
tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan
pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik
mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.
4.

5. 4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang
hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam
sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan
berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk
mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak,
dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja
penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan
menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam
khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu
masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering
mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar
petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan
atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat
berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput
dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari
sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.
11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu
khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan
khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan
ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13.Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan
selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke
pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan
berkumpul semula.

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa
kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup
sesuka hati.

Memilih Kawasan

1. Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama
untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah
penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu
anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika
hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan
cepat.

2. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut
haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung /
banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia
tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.
Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun
yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap
khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari
semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun
binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang
tajam boleh mengoyakkan khemah. Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari
kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok
atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan
khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan
orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis,
rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan
bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau
jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya
kedudukan anda mudah dikesan dari udara

4. Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan
yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat
memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri


khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

Anda mungkin juga menyukai