Anda di halaman 1dari 39

KIMIA KEBAKARAN

“API SEMASA KECIL MENJADI


KAWAN DAN BILA BESAR MENJADI
LAWAN YANG GANAS”
Pengenalan

Kimia kebakaran ataupun sains


kebakaran adalah satu subjek yang
mengkaji berkenaan dengan asal usul
api,sifat-sifat api,punca-punca
kebakaran,kemerebakan kebakaran
serta tindakan yang harus diambil bagi
mengelakkan kebakaran serta
memadam kebakaran
Tujuan
- Pengetahuan berkenaan sifat-sifat
kebakaran/api,tingkahlaku kebakaran serta
bahaya kebakaran yang wujud

- Untuk mengkaji tentang sifat kebakaran


supaya dapat memadam kebakaran dengan
cara yang betul dan berkesan

- Untuk perlindungan diri dan proses melawan


kebakaran

- Untuk persediaan awal sebelum


menentang/memadam kebakaran
Definasi Kebakaran

Kebakaran boleh berlaku berpunca


daripada gabungan tiga elemen
iaitu haba,bahan api dan
udara(oksigen). Teori yang
dinamakan “segitiga kebakaran”
Haba

Haba merupakan punca api yang


membolehkan kebakaran berlaku
seperti mancis,matahari,geseran dan
lain-lain tindakbalas yang
mengeluarkan haba.contohnya
percikan api,petir,tenaga
elektrik,tindakbalas kimia dan
sebagainya
Bahan api

Bahan api merupakan apa saja


benda/bahan mudah terbakar yang
diklasifikaskan kepada kelas-kelas
mengikut speksifikasi yang boleh
terbakar seperti bahan-bahan
pepejal,pakaian,minyak dan lain-lain
Udara(Oksigen)

Oksigen merupakan unsur utama


sebagai agen pengoksidaan bagi punca
kebakaran dan unsur ini mempunyai
21% sentiasa berada di udara.Dengan
itu pada kebiasaannya,16% digunakan
bagi membantu pembakaran dengan
adanya bahanapi dan haba
Tindakan Berantai

Kebakaran akan berterusan dengan adanya


rangkaian tindakbalas berantai(Chain
Reaction) berlaku di dalam api nyalaan yang
disebabkan atom yang dinamakan radikal
bebas.Tindakbalas ini akan berterusan
sehingga salah satu elemen kebakaran habis
ataupun diasingkan.(segiempat kebakaran)
Istilah-istilah kebakaran
Istilah kebakaran yang ditekankan disini
ialah suhu pembakaran sesuatu bahan
yang di kenali mengikut istilah berikut:

i. Takat Sambaran(Flash Point)

ii. Takat kebakaran(fire Point)

iii. Suhu Nyalaan(ignition Temperature)

iv. Kebakaran spontan(spontaneous


combustion)
Takat Sambaran
Definasi

Suatu takat suhu yang paling


rendah sekali bagi sesuatu
bahanapi itu mula mengeluarkan
gas/wap mudahbakar yang akan
menyebabkan kebakaran seketika
apabila dinyalaan dan kemudian
padam dengan sendiri
Takat kebakaran

Definasi

Suatu takat suhu yang paling rendah


sekali bagi bahanapi itu boleh
mengeluarkan gas/wap mudahbakar
yang cukup untuk menyambung proses
kebakaran terus-menerus sungguhpun
punca api terdedah yang dikenakan
telahpun dikeluarkan
Suhu Nyalaan

Definasi

Suatu Takat suhu dimana suatu


bahanapi itu terbakar secara spontan
tanpa didedahkan kepada sumber
percikan api.Kebakaran ini secara
spontan
Kebakaran spontan

Definasi

Suatu kejadian kebakaran yang terjadi


tanpa didedahkan kepada suatu sumber
api kerana suhu bahanapi itu telah
sampai kepada suhu nyalaan dan ia
akan terbakar dengan sendiri
Kelas-kelas api
Tujuan

Pengkelasan kebakaran dilakukan


bertujuan untuk memudahkan
pemilihan media pemadaman yang
seuai untuk memadamkan setiap
kebakaran kelas-kelas api.
Kelas A

Kebakaran yang melibatkan bahan-


bahan pepejal yang mengandungi
unsur karbon di dalamnya.Contoh
seperti kayu,kertas,kain dan
sebagainya
Kelas B

Kebakaran melibatkan bahan


cecair seperti
petrol,diesel,tar,varnish dan
lain-lain
Kelas C

Kebakaran melibatkan bahanapi


jenis gas seperti
hidrogen,acyethelane,propana,
butane dan lain-lain
Kelas D

Kebakaran melibatkan
bahanapi jenis logam seperti
potasium,sodium,natrium,kalsi
um dan lain-lain
Faktor kemarakan kebakaran

i. Luas permukaan bahan

ii. Haba yang dikeluarkan semasa


kebakaran

iii. Tiupan angin

iv. Suhu atmosfera


Faktor kemerebakan kebakaran
Kemerebakan kebakaran disebabkan
pemindahan haba daripada tempat yang
panas ke tempat yang sejuk.Kemerebakan
kebakaran berlaku melalui 4 cara iaitu :

1. Pengaliran
2. Olak haba
3. Bahangan
4. Terus menerus
Pengaliran

Haba bergerak melalui bahan-bahan


pengalir seperti logam,cecair,arang
batu,simen adalah agen pengalir haba
yang baik.apabila suhu panas
bersentuhan dengan bahanapi yang
lain maka suhunya akan naik pada
suhu nyalaan dan ianya terbakar
dengan sendiri
TINGKAT
ATAS

TINGKAT
BAWAH
Perolakan

Pemindahan haba yang berlaku


didalam mudahalir seperti cecair atau
gas.Apabila ianya dipanaskan akan
mengembang dan ringan.Gas yang
panas akan naik ke atas dan gas yang
sejuk turun ke bawah secara
pusingan sehingga keseluruhan
menjadi panas
Bahangan

Pemindahan tenaga haba sebagai


gelombang elektromagnet.Haba ini
berpindah mengikut gelombang cahaya
daripada kebakaran tersebut.Bahanapi
ini mendapat haba secara bahangan
suhunya akan naik dan jika sampai pada
suhu nyalaan ia akan terbakar.Ianya
berbentuk sinaran dan penyerapan
Gelombang Cahaya
Terus-menerus

Kebakaran yang merebak berlaku


disebabkan kombinasi pemindahan
haba daripada 2 atau 3
cara.Kemerebakan api terbakar pada
keseluruhannya.Contohnya kertas
terbakar berlaku secara pengaliran dan
bahangan
Media Pemadaman

Kebakaran dapat dipadamkan dengan


mengeluarkan salah satu element dari
“segitiga kebakaran”yang dilakukan
dengan menghadkan satu atau lebih
faktor-faktor asas kebakaran melalui
tiga teknik pemadaman
Teknik pemadaman

1. Melaparkan

2. Melemaskan

3. Menyejukan
Melaparkan(Bahanapi)

- Mengasingkan bahan yang boleh


terbakar daripada kebakaran

- Mengasingkan bahanapi daripada


bahan yang boleh terbakar
Melemaskan(Oksigen)

- Tindakan pemadaman dengan


menyekat/menghadkan bekalan
oksigen
Penyejukan(Haba)

- Tindakan pemadaman menggunakan


air untuk menyerap haba dan
merendahkan suhu bahanapi.

Anda mungkin juga menyukai