Anda di halaman 1dari 5

SEKSYEN 1 : PENGENALAN

1.1. ARAHAN 20 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN):

Arahan 20 MKN (Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Negara) mendefinisikan bencana sebagai satu kejadian yang berlaku dengan tiba-tiba menyebabkan kemusnahan harta benda yang besar, kehilangan nyawa yang ramai dan gangguan kehidupan harian sesebuah masyarakat. Tiga agensi utama yang dikenalpasti sebagai agensi utama adalah Polis, Bomba dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Arahan supaya setiap hospital mengadakan pelan tindakan bencana telah dikeluarkan dalam tahun 1987 melalui surat bil (54) dlm KKM-87(45/1) Bhg 6 oleh Pengarah Perkhidmatan Perubatan. Dalam tahun 1997 melalui Arahan 20 MKN, satu bengkel kesiapsiagaan bencana telah diadakan di mana beberapa buah hospital kerajaan telah menghasilkan pelan tindakan bencana hospital masing-masing. Walaubagaimanapun satu kajian yang dijalankan ke atas 20 hospital di Semenanjung Malaysia pada bulan Ogos 2001 dan satu bengkel ke atas kesiapsiagaan bencana di Port Dickson pada 2 - 4 Mei 2000 telah mengenalpasti beberapa isu implementasi seperti berikut: i. Pelan yang dikemukakan bersifat stand alone. Ia menitikberatkan tindakan Jabatan Kecemasan dan bukan tindakan hospital. Ia juga bersendirian tanpa mengira networking hospital yang berhampiran. Pelan tindakan tersebut lebih menitikberatkan respon klinikal di mana tindakan pentadbiran tidak berapa jelas. Ianya tidak seragam antara satu sama lain mengikut kategori hospital yang dirancang dalam perkembangan perkhidmatan kecemasan dalam Rancangan Malaysia ke-8. Prosedur kerja dan peralatan tidak dikenalpasti dengan jelas. Latihan warga kerja dalam bencena tidak sempurna. Pelan yang dikemukakan menitikberat bencana fisikal yang mana dengan pembangunan pesat negara punca bencana meliputi juga bahaya toksik, radiasi dan biologi seperti keadaan Nipah di Negeri Sembilan baru-baru ini. Pelan tindakan yang dikemukakan tidak mengambilkira perubahan konsep Arahan 20 MKN yang mana kegiatan pasukan perubatan diperluaskan dari menerima mangsa untuk dirawat kepada mengambil bahagian dalam kegiatan mencari dan menyelamat. Ianya tidak mengambilkira keadaan di mana berlaku mass casualty yang lebih kerap dialami oleh perkhidmatan perubatan seperti perlanggaran yang melibat ramai mangsa. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi untuk membantu pasukan perubatan dalam kegiatan mencari dan menyelamat.
1

ii. iii.

iv. v. vi.

vii.

viii.

ix.

1.2.

TAHAP BENCANA:

1.2.1. Tahap I: Bencana yang berlaku di kawasan yang terhad dan tidak berpotensi untuk merebak. Ianya tidak rumit dan kemungkinan kehilangan nyawa dan harta benda adalah minima. Bencana ini juga tidak menjejaskan aktiviti harian penduduk setempat. Di dalam kejadian ini pihak berkuasa daerah mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengatasi bencana dengan bantuan agensiagensi di peringkat daerah. 1.2.2. Tahap II: Bencana yang berlaku di kawasan yang mempunyai potensi untuk merebak dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Bencana tahap II adalah di luar kemampuan pihak berkuasa daerah. 1.2.3. Tahap III: Bencana yang serius dan lebih kompleks daripada bencana tahap II dan memerlukan bantuan dan sumber-sumber daripada semua agensi yang berkaitan.

1.3.

TUJUAN PELAN TINDAKAN BENCANA:

Faktor penting kejayaan sesebuah pelan tindakan bencana bergantung kepada koordinasi kerja berpasukan anggota-anggota yang cekap dan mahir dalam pelaksanaan pelan tersebut. Ia memerlukan tindakan hospital secara keseluruhan dan bukan setakat di peringkat Jabatan Kecemasan. Untuk koordinasi yang lebih berkesan, satu sistem komunikasi yang baik adalah amat pentng. Ia juga amat berguna bagi hospital untuk menjalankan penilaian risiko (risk assessment) terhadap jenis-jenis bencana yang mungkin akan berlaku di kawasan operasinya.

1.4.

OBJEKTIF:

1.4.1. Objektif Umum: Memaksimakan bilangan mangsa yang dapat diselamatkan. 1.4.2. Objektif Khusus: 1.4.2.1. Menyediakan pasukan perubatan yang lengkap dengan peralatan dan berkemampuan untuk menyelamat, meresusitasi serta memindah mangsa dari tempat kejadian.
2

1.4.2.2. 1.4.2.3. 1.4.2.4. 1.4.2.5.

Menyediakan satu pelan tindakan untuk menerima dan mengurus bilangan mangsa bencana yang ramai di Jabatan Kecemasan. Mewujudkan satu sistem pergerakan dan penempatan anggota di hospital bagi membantu merawat mangsa. Menyediakan kemudahan tambahan seperti zon resusitasi, wad dan bilik bedah bagi menampung pertambahan keperluan. Menyediakan satu sistem perkhidmatan sokongan yang berkesan seperti tabung darah, farmasi, radiologi, patologi, kejuruteraan dan unit lain yang berkaitan. Mengkoordinasikan satu sistem kawalan, pemantauan dan jaringan komunikasi di antara agensi kerajaan lain, media massa, waris dan orang ramai.

1.4.2.6.

1.5.

NEGERI TERENGGANU:

1.5.1. Senario Negeri Terengganu secara umumnya tidak mempunyai bencana alam yang besar seperti gempa bumi, ribut taufan dan gunung berapi. Walaubagaimanapun masih terdapat banyak potensi bencana yang mungkin berlaku seperti banjir musim tengkujuh, kemalangan jalan raya, letupan loji petrokimia, kebocoran gas, kapal terbang terhempas, empangan hidroelektrik pecah dan perlanggaran kapal-kapal di pelabuhan. Oleh itu, pelan tindakan bencana HSNZ ini disediakan bagi menangani pelbagai jenis bencana tanpa mengira lokasi dan keterukan bencana tersebut. Bagi melicinkan pengurusan tindakan bencana oleh pihak hospital, dua jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempastikan hospital mampu bertindak dengan cepat dan berkesan dalam mengatasi kejadian bencana tersebut. iaitu Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Pasukan Teras Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. 1.5.2. Jawatankuasa Induk Pengurusan Bencana HSNZ: 1.5.2.1. Fungsi:
a. b. c.

Merangka, mengemaskini dan melaksanakan pelan tindakan bencana. Menyedia dan menyelaras aktiviti latihan dan mengadakan raptai berkala. Memaklum dan memberi panduan kepada anggota hospital akan tanggungjawab dan cara kerja yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi bencana.
3

d.

Mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bahawa pihak hospital adalah sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan bencana.

1.5.2.2. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Keahlian: Pengerusi Timbalan Pengerusi 1 Timbalan Pengerusi 2 Setiausaha Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli

Pengarah Hospital Timbalan Pengarah Perubatan Timbalan Pengarah Pengurusan Ketua Jabatan Kecemasan Ketua Jabatan Ortopedik Ketua Jabatan Surgeri Ketua Jabatan Anestesiologi Ketua Jabatan Perubatan Ketua Jabatan Patologi

10. Ketua Jabatan Pengimejan Diagnostik 11. Ketua Jabatan Farmasi 12. Ketua Jabatan Dietetik 13. Penyelia Hospital 14. Penyelia Jururawat 15. Pembantu Perubatan U32 Jab. Kecemasan 16. Pengurus Cawangan Radicare 17. Ketua Telefonis

1.5.3. Pasukan Teras Bencana HSNZ: 1.5.3.1. Fungsi: Bertugas di Bilik Gerakan Hospital bagi mengurus, menyelaras dan membuat keputusan ke atas segala perkara dan kegiatan berkaitan dengan bencana.

1.5.3.2. 1. 2.

Keahlian: Koordinator Hospital Koordinator Pentadbiran 1 (Semasa ketiadaan beliau, diganti oleh Ketua Pakar Perubatan) Koordinator Pentadbiran 2 (Semasa ketiadaan beliau, diganti oleh Peg. Tadbir & Diplomatik M48) Koordinator Klinikal 1 (Semasa ketiadaan beliau, diganti oleh Koordinator Klinikal 2) Koordinator Klinikal 2 (Pengganti semasa ketiadaan Koordinator Klinikal 1) Koordinator Klinikal 3 (Pengganti semasa ketiadaan Koordinator Klinikal 1 & 2) Ahli Ahli Ahli

Pengarah Hospital Timbalan Pengarah Perubatan Timbalan Pengarah Pengurusan

3.

4.

Ketua Jabatan Ortopedik

5.

Ketua Jabatan Surgeri

6.

Ketua Jabatan Anestesiologi

7. 8. 9.

Ketua Jabatan Kecemasan Penyelia Hospital Penyelia Jururawat

Anda mungkin juga menyukai