Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN KESELAMATAN KETIKA MENGIKUTI PROGRAM SEKOLAH KETIKA DI DALAM PERJALANAN DAN MENGHADIRI AKTIVITI Pelajar MESTILAH 1. 2. 3.

Bersama dengan rakan pada setiap masa. Pelajar tidak dibenarkan bergerak berseorangan. Sentiasa berada di tempat yang di tetapkan. Meminta kebenaran guru yang bertugas jika mahu pergi ke tempat yang tidak di tetapkan. Menepati masa dan melapurkan diri pada waktu yang ditetapkan.

KETIKA DI BASE CAMP 1 DAN SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI Pelajar TIDAK dibenarkan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Berada di tapak Perkhemahan jantina lain. Membuang sampah merata rata. Menukar khemah tanpa kebenaran. Memetik atau merosakkan tumbuh tumbuhan disekeliling. Membawa masuk rokok, minuman keras, gambar-gambar lucah, bacaan yang diharamkan atau audio visual yang diharamkan. Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia atau ubat- ubatan yang membahayakan. Jika pelajar membawa sebarang ubat, haruslah di lapurkan kepada guru keselamatan. Melakukan perbuatan yang membahayakan diri seperti memanjat pokok/batu atau mengeluarkan kepala keluar dari bas dll. Melakukan apa-apa jenis perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pelajar yang mengikuti program ini Berkhalwat termasuk berdua-duaan di kawasan tapak perkhemahan. Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan Merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain Memberi makanan kepada binatang-binatang Berkeliaran di luar kawasan khemah masing-masing selepas jam 10.00 malam Memancing, berburu dan menagkap binatang tanpa kebenaran Membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan Keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi Berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur

PERATURAN TAMBAHAN 1. Kekemasan dan Kebersihan Khemah Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan khemah masing-masing pada setiap masa. 2. Peraturan Berpakaian

Semua pelajar diingatkan supaya mematuhi cara berpakaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Peraturan Rohani Semua pelajar di wajibkan mengerjakan solat pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan . 4. Peraturan lain-lain Semua pelajar diingatkan supaya menjaga diri, peralatan dan harta persendirian pada setiap masa. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak penganjur

Anda mungkin juga menyukai