Anda di halaman 1dari 5

1.

PENGENALAN TEKNIK EKSTRIKASI

EKSTRIKASI ialah salah satu proses atau kaedah dimana mangsa yang terperangkap
dihampiri, dirawati dan dikeluarkan dengan selamat dari situasi yang bahaya. Dalam
perkhidmatan penyelamatan, situasi dimana mangsa terperangkap di dalam kenderaan remuk,
dalam timbunan bangunan runtuh, dalam lif atau rumah terbakar menjadi beberapa keadaan
yang memerlukan teknik yang terlatih. Jalan memasuki kawasan terbabit amat rumit serta
melibatkan pelbagai halangan dan perlu mengikut prosedur penyelamatan, merawat dan
mengeluarkan mangsa sukar dan berisiko tinggi.
Antara prinsip penting selain kemahiran yang terlatih yang perlu ada pada seorang
penyelamat adalah Berakal, Pintar, Inovasi dan juga keselamatan diri. Keselamatan kedua
pihak yang terlibat, mangsa dan penyelamat menjadi teras penting dalam proses ekstrikasi.
Agensi-agensi yang terlibat dalam proses ekstrikasi pula ialah Polis, Bomba, Jabatan
Pertahanan Awam, Hospital dan lain-lain agensi yang mendapat kebenaran ketika melakukan
ekstrikasi di tempat kemalangan atau bencana.

3.1 PANDUAN ASAS TEKNIK EKSTRIKASI


Dalam kerja extrikasi, mengetahui tahap kemahiran, penggunaan peralatan dan skop
perkhidmatan yang dilatih merupakan perkara yang paling utama. Kita juga haruslah
mengenalpasti hazard di tempat kejadian. Selain itu, mengawasi dan memperbaiki
keadaanyang berisiko ke tahap kemahiran yang terlatih sahaja juga merupakan perkara yang
harus diutamakan. Mangsa yang terlibat hanya digerakkan jika diperlukan setelah dirawati
dan distabilkan. Apabila memasuki situasi berbahaya, penyelamat haruslah melalui jalan
yangmudah dahulu dan mestilah dirancang dengan rapi. Sebelum mengeluarkan
mangsa,perawatan mangsa haruslah dilakukan terlebih dahulu. Namun begitu, ianya
bolehditangguhkan jika keselamatan penyelamat atau mangsa terancam

3.2 LANGKAH-LANGKAH EKSTRIKASI


Teknik extrikasi membabitkan beberapa langkah. Antara langkah tersebut adalah
seperti mengawasi keadaan tempat kejadian, menstabilkan keadaan di tempat kejadian serta
menghampiri dan mencari jalan masuk untuk mengeluarkan mangsa. Sesudah itu,penyelamat
memberi perawatan ke atas mangsa sebelum mengeluarkannya dengan menggunakan
prosedur mengeluarkan pesakit dari keadaan terperangkap iaitu disentanglement. Langkah
yang terakhir adalah pengalihan mangsa dari kereta dan menghantar mangsa ke hospital
secepat mungkin

3.3 PERALATAN, FUNGSI DAN PENJAGAAN


Bagi melakukan extrikasi, para penyelamat haruslah membawa beberapa peralatan
penting. Antara peralatan yang perlu dibawa adalah seperti Airway,Bag Valve Mask, Kain
Pembalut Luka, Kain Balutan Segi Tiga, Alat Sedutan Mudah Alih, Bekalan Oksigen, Pocket
Mask, Splin dan Selimut. Peralatan ini amat penting dalam memudahkan para penyelamat
melakukan proses ekstrikasi. Selain itu, peralatan bagi kenderaan light rescue 911 pula adalah
bantal,selimut, tisu, lampu suluh dan alat pemeriksa denyutan nadi dan tekanan darah.Selain
itu, peralatan bagi memindahkan mangsa juga perlu dalam proses extrikasi. Terdapat pelbagai
jenis peralatan untuk memindahkan mangsa. Antara yang sering digunakan adalah seperti
Fold Stretcher, Scoop Stretcher, Basket Stretcher, Extrication Coller dan Spine Board
.Manakala bagi peralatan kes pendarahan pula, para penyelamat menggunakan Sterile Gauze,
Multi-Trauma Dressing, Pita Pelekat dan Pin Keselamatan. Peralatan untuk Immobilizing
Fractures juga sangat penting. Antara alatan tersebut adalah Splint, Paddedboard, Air Infated
Board dan Triangular Bandage. Jenis-jenis pembalut yang sering digunakan dalam proses
extrikasi adalah seperti Roller Bandage, Crepe Bandage dan Triangular Bandage.

Frac immobiliser

Crepe bandage

Roller bandage

Triangular

bandage

Banyak bangunan yang rosak dan runtuh apabila berlakunya


bencana alam atau peperangan. Ini menyebabkan ramai mangsa bencana
terperangkap di tempat kejadian dan menyukarkan kerja-kerja
menyelamat .
Terdapat tiga cara untuk membawa mangsa dari tempat bencana

1. Mengangkat mangsa melalui tempat runtuhan


2. Mengangkat mangsa melalui kawasan yang sempit
3. Mengangkat mangsa melalui lubang runtuhan.
Cara ini digunakan untuk membawa mangsa keluar ke tempat yang
lebih selamat. Hal ini kerana kerja menyelamat adalah berisiko tinggi
kerana keadaan sekeliling adalah tidak selamat. Teknik membawa mangsa
dari tempat kejadian secara melintang agar lebih selamat dan
memudahkan pergerakan anggota penyelamat.
Ada dua cara untuk mengangkat mangsa dari tempat kejadian.

1. Menggunakan 6 orang penyelamat


2. Menggunakan 4 orang penyelamat

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 6


orang anggota

Cara ini diaplikasikan untuk mengangkat mangsa yang berat pada


jarak antara 10-15 m. Tiga orang anggota akan berada di setiap sisi
usungan. Ketua akan sentiasa memberi arahan angkat dan hulur ke arah
mana mangsa hendak dipindahkan. Usungan dihulur hingga disokong oleh
4 orang anggota dan 2 orang akan turun untuk menyambut usungan. Cara
ini diulang sehingga mangsa sampai ke tempat yang selamat. Kerjasama
dan persefahaman amat diperlukan. Tidak ada sebarang pergerakan
anggota di atas runtuhan semasa usungan dihulurkan.

Mengangkat usungan melalui runtuhan menggunakan 4


orang anggota
Cara operasi adalah sama seperti mengangkat usungan dengan 6
orang anggota. Teknik ini diaplikasikan untuk membawa mangsa yang
lebih kecil. Semasa 2 orang anggota bergerak mengambil kedudukan di
bahagian kaki, 2 orang anggota akan menahan bebanan usungan dengan
meletakkan di atas peha. Setelah usungan dihulur, dua orang akan terus
bergerak ke bahagian kaki mangsa dan di ulang sehingga sampai ke
tempat yang selamat.

Mengangkat usungan melalui melalui ruangan yang


sempit.
Teknik ini diaplikasikan apabila ruangan runtuhan adalah terhad dari
segi ketinggian dan keluasan. Mangsa perlu diikat pada usungan terlebih
dahulu kerana ianya akan dibawa sama ada secara menegak, mengiring
dan biasa kerana laluan dan ruangan yang berliku dan bersudut tajam.
Semasa bergerak keluar, kaki mangsa perlu didahulukan untuk
mengelakkan berlaku kecederaan di bahagian kepala. Pergerakan ini perlu
berhati-hati dan berwaspada agar penyelamat dan mangsa tidak
menghadapi bahaya besar hingga sampai di ruangan yang luas dan
selamat

Mengangkat usungan melalui lubang runtuhan

Apabila runtuhan berlaku, lubang besar atau kecil akan terhasil.


Terdapat beberapa cara untuk melintasi lubang bagi membawa mangsa ke
tempat yang selamat.
1. Lubang besar
Tangga panjang (35 kaki) perlu diletakkan melintasi lubang
tersebut
2. Lubang yang lebih kecil
Menggunakan tangga pendek (14 kaki) atau papan untuk
menutup lubang tersebut.
3. Lubang kecil
Menggunakan cara menyelamat mangsa dengan menggunakan 6
atau 4 orang anggota
Penyelamat

Anda mungkin juga menyukai