Anda di halaman 1dari 23

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 1

PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
OBJEKTIF AM

Memahami dan menganalisis langkah-langkah


pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Unit

6
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menerangkan kepentingan latihan keselamatan dan


kesihatan

 Mengenal pasti kaedah mengukur tahap


keselamatan

 Menerangkan tujuan penyiasatan kemalangan

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 2

PENGURUSAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN

6.0 KEPENTINGAN LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

a) Menggalakkan
majikan dan pekerja untuk mengurangkan hazard di tempat kerja
b) Program-program
keselamatan dan kesihatan yang terkini dapat dilaksanakan
c) Meningkatkan
kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja
d) Menggalakkan
penyelidikan yang boleh menghasilkan penyelesaian yang inovatif
terhadap masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
e) Majikan dan pekerja
mengetahui akan hak masing-masing yang berkaitan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja
f) Majikan dan pekerja
mengetahui akan hazard yang berkaitan dengan kerja atau proses,
pencegahan dan kawalan, dan kesannya terhadap kesihatan.

6.1 PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN

Objektif utama pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ialah


untuk mengurangkan risiko pekerjaan dan mensifarkan kemalangan. Untuk itu
majikan dan pekerja diharap dapat sepraktik yang mungkin melaksanakan
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mencapai
kedua-dua objektif tersebut. Pada kebanyakan majikan dan pekerja, kesediaan
kecemasan bermaksud bersedia untuk melawan kebakaran atau mengosongkan
bangunan apabila berlaku kebakaran sahaja.

Kebakaran ialah satu bentuk kecemasan di tempat kerja,


kecemasan tidaklah terhad kepada kebakaran tetapi melibatkan bentuk
kemalangan tanpa mengira kecederaan atau kematian berlaku. Kesediaan
kecemasan adalah sangat penting di dalam pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Majikan mesti sedar bahawa pembangunan kesediaan
kecemasan adalah berkenaan pembangunan kesediaan untuk mencegah
insiden menjadi kemalangan dan mencegah kemalangan menjadi bencana.
Kesediaan kecemasan adalah juga berkenaan mengurangkan kos kerugian
akibat kemalangan di tempat kerja.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 3

6.2 KESEDIAAN KECEMASAN

Kesediaan kecemasan merangkumi semua aktiviti yang diperlukan


untuk menyediakan orang dan organisasi untuk bertindak terhadap kecemasan.
Matlamat akhir kesediaan kecemasan ialah untuk mencegah kecederaan dan
kerosakkan harta benda. Menurut Kelly (1989) kesediaan kecemasan adalah
sebahagian dari Program Pengurusan Kecemasan yang mempunyai empat fasa
yang bersifat siklikal iaitu:

a) Kesediaan Kecemasan
Pencegahan adalah
elemen untuk bertindak dan
b) Persediaan
mengatasi sebarang kelemahan dan
c) Tindakan
kegagalan di dalam pelan
d) Pemulihan
pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan

Pencegahan adalah fasa pertama yang melibatkan aktiviti-aktiviti


bertujuan mencegah kemalangan dan kecemasan berlaku. Tindakan ialah
aktiviti menyelamat nyawa dan harta benda apabila berlaku kecemasan dan
hanya dapat dilakukan dengan berkesan apabila kesediaan sudah ada. Fasa
keempat ialah pemulihan yang merangkumi semua aktiviti yang diperlukan
untuk mengembalikan organisasi ke tahap operasi normal.

Kesediaan kecemasan merangkumi aktiviti-aktiviti termasuklah:

 Mengenalpasti dan menilai hazard serta risiko


 Membangunkan pelan dan prosedur kecemasan
 Menyediakan sumber-sumber seperti kewangan, kelengkapan,
maklumat, manusia dan sebagainya
 Menyedia dan melaksanakan latihan dan drill yang berkesan
 Membangun dan melaksanakan program pendidikan untuk
orang awam

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 4

Rajah 6.1 Empat fasa di dalam Program Pengurusan Kecemasan

6.2.1 Objektif kesediaan kecemasan

Objektfi utama kesediaan kecemasan ialah:

 Untuk meminimumkan kesan kecemasan ke atas manusia dan


harta benda
 Untuk mensetempatkan kecemasan di dalam kawasan
 Untuk memenuhi keperluan undang-undang negara

 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan
Besar Dalam Perundustrian ) 1996 peraturan 18-22.
 Akta Perlesenan Tenaga Atom. Peraturan-peraturan
1988. bahagian V, seksyen 47.
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 Mengurangkan premium perlindungan insuran


 Untuk menghindarkan tekanan media massa dan orang ramai

6.2.2 Jenis dan Kelas Kecemasan

Jenis dan kelas kecemasan dibahagikan mengiktu hazard, antaranya:

 Kebakaran
 Letupan (misalnya letupan gas)
 Perlanggaran kenderaan
 Bangunan runtuh
 Pembebasan sebatian toksik
 Dedahan kepada sinaran yang melebihi had yang dibenarkan
 Bencana alam
 Ancaman bom
 Keracunan dan sebagainya

Mengikut pengkelasan ini, kecemasan dapat dibahagikan kepada


tiga iaitu kelas I bagi kecemasan di dalam tapak sahaja. Tindakan
kecemasan terhad kepada pasukan tindakan kecemasan di dalam tapak.
Kelas II melibatkan tindakan di dalam tapak tetapi mungkin
melibatkan sedikit sumbangan pasukan kecemasan tapak luar. Kelas III
memerlukan tindakan kecemasan dalam dan luar tapak.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 5

KELAS TINDAKAN
KECEMASAN KECEMASAN

Ditangani oleh penyelia


Kelas 1
tindakan kecemasan kawasan
Kecemasan yang tidak membahayakan
atau loji sahaja
keselamatan tempat kerja dan tidak
mengakibatkan kecederaan berat ke
atas pekerja

Kelas II Ditangani oleh Penyelaras


Kecemasan yang melibatkan Organisasi Tindakan
kecederaan berat dan kehilangan Kecemasan dalam tapak
harta benda yang besar tetapi terhad
di kawasan tempat keja

Kelas III
Kecemasan yang membahayakan
tempat kerja dan kemungkinan
merebak dan mengganggu gugat Ditangani oleh Penyelaras
kawasan sekitar Organisasi Tindakan Kecemasan
yang melibatkan pasukan dalam
dan luar tapak

Rajah 6.2 Contoh pengkelasan kecemasan yang menunjukkan tahap tindakan


kecemasan yang perlu diambil

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 6

Tulis pelan

Tentukan operasi tindakan kecemasan

Tentukan tanggungjawab umum

Pilih jenis PTK yang sesuai

Tentukan objekif dan skop pelan

Menilai semula PTK yang ada

Mengenalpasti hazard dan menilai risiko

PTK - Pelan Tindakan Kecemasan

Rajah 6.3 Langkah-langkah di dalam perancangan kecemasan

6.3 PELAN TINDAKAN KECEMASAN

6.3.1 Mengenalpasti hazard

Pelan Tindakan Kecemasan adalah sebuah pelan praktikal


untuk menangani kecemasan. Ia bermakna pelan tersebut tidak boleh

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 7

bersifat umum. Langkah yang perlu dalam perancangan kecemasan


hendaklah mengenalpasti hazard serta risikonya kerana ia akan
menentukan jenis dan tahap Pelan Tindakan Kecemasan yang akan
dibangunkan.

6.3.2 Menilai semula Pelan Tindakan Kecemasan Yang Ada

Adalah sangat penting bagi sesebuah tempat kerja mempunyai


Pelan Tindakan Kecemasan. Jika suadah mempunyai pelan, penilaian
seterusnya ialah untuk menentukan samada releven atau tidak pelan
yang sedia ada. Pelan Tindakan Kecemasan perlu di nilai dari masa ke
semasa kerana perubahan risiko dan hazard di tempat kerja akan
berlaku. Perubahan ini haruslah mengambil kira sumber dan
kemampuan yang ada termasuk sumber kelengkapan, kewangan,
tenaga kepakaran dan latihan. Jika tiada perubahan pelan tindakan
maka pihak majikan haruslah memastikan ia masih releven dan
mengadakan ujian latihan. Pelan Tindakan Kecemasan yang
melibatkan pihak kedua seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, syarikat lain perlu bagi menilai dari segi
kemudahan yang dipunyai oleh mereka dengan perkembangan pelan
yang sedia ada.

6.3.3 Menentukan objektif dan skop pelan

Setiap pelan yang dirancangkan hendaklah meletakkan sasaran


yang boleh dicapai. Satu contoh objektif yang boleh dicapai ialah ‘
untuk meminimumkan impak kebakaran’. Menentukan objektif
penting bagi Pelan Tindakan Kecemasan yang baru tetapi bagi pelan
lama, mungkin memerlukan penyesuaian objektif sahaja. Pelan yang
mempunyai objektif yang boleh dicapai serta skop yang terfokus akan
memudahkan pembangunan pelan yang praktikal melalui prosedur
yang spesifik dan tepat.

6.3.4 Pilih jenis pelan tindakan kecemasan yang sesuai

Jenis Pelan Tindakan Kecemasan boleh dibuat berdasarkan


jenis hazard, antaranya pelan-pelan termasuk:

 Pelan tindakan kebakaran


 Pelan tindakan letupan gas dan cecair
 Pelan tindakan elektrik
 Pelan tindakan tumpahan bahan kimia toksik
 Pelan tindakan bencana alam
 Pelan tindakan perbuatan khianat

Seterusnya dengan perbezaan impak atau hazard boleh


mengkelaskan Pelan Tindakan Kecemasan kepada:

a) Pelan Tindakan Kecemasan Dalam Tapak


b) Pelan Tindakan Kecemasan Luar Tapak

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 8

Pelan Tindakan Kecemasan dalam tapak adalah pelan


kecemasan yang disediakan untuk mengambil tindakan terhadap
kemalangan yang berlaku di dalam kawasan kerja sahaja. Kemalangan
yang berlaku boleh dibendung dan dikawal oleh Pasukan Dalaman.
Pelan Tindakan Kecemasan luar tapak bertujuan untuk mengawal
kecemasan daripada merebak ke kawasan luar tapak. Tindakan ini
biasanya dibuat berasaskan jenis hazard. Misalnya pelan kebakaran
letupan, kemalangan trafik dalam kawasan, tumpahan bahan kimia di
dalam kawasan kerja. Biasanya kemalangan berlaku adalah besar dan
mmapu mengakibatkan kecederaan dan kematian, kerugian ebsar dan
pencemaran alam sekitar. Perkhidmatan yang terlibat di dalam
tindakan kecemasan luar tapak ini seperti:

 Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat


 Pihak Hospital
 Pihak Polis dan Pasukan Tindakan Awam
 Majlis Bandaraya dan Kerajaan Tempatan
 Pihak wakil penduduk setempat
 Syarikat-syarikat setempat

Persediaan Pelan Tindakan Kecemasan jenis luar tapak ini


diwajibkan kepada industri di bawah Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar
Dalam Perindustrian )1996.

Pelan Tindakan Kecemasan mungkin boleh dibahagikan kepada


kelas-kelas kecemasan yang ditentukan sendiri oleh organisasi dan
berpandukan dengan tahap kecemasan yang disediakan. Ciri-ciri kelas
kecemasan biasanya dibuat berdasarkan:

 Kos kerosakan dan kerugian


 Kritikal kemalangan
 Tahap ganggu gugat persekitaran
 Masa bertindak mengatasi kecemasan
 Bilangan tahap pasukan tindakan yang mampu diwujudkan

6.3.5 Tentukan Tanggungjawab Umum

Satu elemen penting dalam Pelan Tindakan Kecemasan ialah


menetapkan siapa yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Penentuannya boleh dilakukan dengan menggunakan carta organisasi
Tindakan Kecemasan. Tanggungjawab umum bermaksud seperti
mencegah dan memadam kebakaran, menyelamat, keselamatan,
bantuan mula dan sebagainya. Carta organisasi kecemasan ini mesti
dipamerkan jika telah diputuskan untuk pengetahuan semua pekerja.
Pemilihan individu atau pasukan sesuatu operasi berdasarkan
kepakaran dan pengalaman mereka.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 9

Penyelaras Tindakan Kecemasan


(Pegawai Kanan Organsasi)

Pasukan Bantuan Mula Pasukan Kawalan & Pembersihan

Pasukan Mencari dan Unit Perhubungan Awam


Menyelamat

Bahagian Keselamatan Unit Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan

Pasukan Pencegahan Kebakaran Unit Kaunseling

Pasukan Pengosongan Unit Perlindungan Sinaran

Rajah 6.4 Carta organisasi Tindakan Kecemasan

6.3.6 Menentukan Operasi Tindakan Kecemasan

Di peringkat ini tugas spesifik dilakukan dengan membuat carta


aliran bagi mengenalpasti semua aktiviti yang berlaku selepas
kecemasan bermula. Melalui proses membangun dan memperkemas
carta ini, satu konsep secara tugas terperinci mesti dimasukkan di
dalam Pelan Tindakan Kecemasan.

6.3.7 Menulis Pelan

Langkah terakhir ialah merancang bagaimana hendak menulis


pelan kecemasan secara teratur, tepat, lengkap dan mudah diikuti dan
difahami. Ia sangat penting kerana berkaitan dengan dokumen yang
akan diguna pakai oleh mereka yang melibatkan dalam tindakan
kecemasan apabila berlaku kecemasan.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 10

6.4 PROSEDUR TINDAKAN KECEMASAN

Setiap jenis kecemasan memerlukan prosedur tindakan kecemasan.


Amnya prosedur-prosedur ini dibahagikan kepada:

 Prosedur Pencegahan
 Prosedur Kesediaan
 Prosedur Tindakan
 Prosedur Pemulihan

6.4.1 Prosedur Pencegahan

Ini adalah untuk memastikan kecemasan di cegah dari berlaku.


Ia menekankan pengawasan dan penyelenggaraan segala sistem yang
digunakan untuk mencegah kecemasan. Ia termasuk:

 Prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan dan


peralatan sistem pengesan seperti pengesan kebakaran,
tumpahan atau lebihan bebanan
 Prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem penggera
seperti penggera kebakaran, kebocoran gas
 Prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan dan
peralatan bertindak menangani kecemasan seperti alat
pemadam api, menilai sistem kerja selamat

6.4.2 Prosedur Kesediaan

Bertujuan untuk memastikan pekerja dan anggota tindakan


telah diberikan latihan dan drill yang mencukupi bagi mereka
bertindak dengan berkesan apabila diperlukan. Ia termasuk:

 Prosedur melaksanakan setiap jenis latihan termasuk latihan


dan drill, kekerapan perlaksanaan latihan dan penilaian hasil
latihan yang diberikan
 Prosedur yang menerangkan apa, siapa dan bagaimana sesuatu
tindakan perlu diambil apabila berlaku kecemasan
 Prosedur tindakan khas dalam kecemasan. Ia termasuk prosedur
pemakaian dan penyelenggaraan kelengkapan perlindungan
peribadi, bantuan mula, penggunaan alat pemadam kebakaran,
membuat pemberitahuan dan sebagainya.

6.4.3 Prosedur Tindakan

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang mesti diambil


semasa menangani kecemasan. Ia merangkumi:

 Komunikasi

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 11

 Menilai status kecemasan dan menentukan tahap tindakan


mesti diambil
 Memberhentikan operasi
 Penyebaran maklumat dan sebagainya

6.4.4 Prosedur Pemulihan

Prosedur ini bertujuan untuk memberi panduan kepada


kakitangan atau pasukan khas tentang proses yang mesti diambil bagi:

 Melakukan penyiasatan terhadap kemalangan


 Membuat penilaian kerugian
 Memulihkan operasi
 Membuat pemberitahuan kepada pihak berkuasa
 Menjaga kebajikan pekerja yang terlibat dalam kecemasan

Setiap satu prosedur mempunyai perbezaan di dalam


kandungan dan pembangunannya. Walaubagaimanapun di dalam
perbezaan ini terdapat beberapa persamaan penting di dalam semua
prosedur tersebut iaitu:

 Ditulis dan didokumentasikan bagi memastikan keseragaman


perlaksanaan
 Menggunakan bahasa yang difahami oleh pengguna
 Memberikan arahan yang jelas dan tepat
 Menyeluruh dan berintegrasi

6.5 LATIHAN DAN DRILL

Kejayaan tindakan kecemasan sangat bergantung kepada kecekapan


anggota pasukan melaksanakan tugas secara individu atau pasukan. Palan
Tindakan Kecemasan yang berkesan mestilah mempunyai program latihan dan
drill untuk memberikan kemahiran yang diperlukan. Amnya sesebuah pelan
latihan berkesan mestilah menyatakan:

 Apa yang perlu dilakukan


 Siapa yang melakukan
 Bagaimana ia dilakukan

Amnya pekerja mestilah dilatih di dalam perkara umum tindakan kecemasan


berikut:

 Mengenalpasti hazard
 Mengenalpasti tanda-tanda kecemasan dan amaran
 Prosedur pengosongan
 Asas bantuan mula
 Prosedur menggunakan kelengkapan kecemasan yang terdapat di
tempat mereka bekerja.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 12

6.6 PERMASALAHAN DI DALAM PERANCANGAN KECEMASAN

Terdapat beberapa sebab mengakibatkan permasalahan di dalam


perancangan kecemasan iaitu:

 Tiada dasar untuk mengujudkan Pelan Tindakan Kecemasan


 Pelan dibangunkan tanpa semakan semula
 Kegagalan mengintegrasikan pelan tindakan kecemasan
 Kegagalan malaksanakan pelan
 Perancangan yang tergesa-gesa
 Kegagalan melihat objektif keseluruhan perancangan

6.7 PENGAWALAN DAN PENILAIAN KEMALANGAN SISTEMATIK

 dokumen pencapaian penilaian kendiri


 dokumen program pemantauan persekitaran
 system komunikasi berkesan
 program penyiasatan kecelakaan
 program pengawalan penyelenggaraan
 program latihan kakitangan
 program penilaian kendiri ( mingguan/ bulanan )
 program mengenalpasti punca dan membetul

6.8 LATIHAN DAN PENDIDIKAN

Latihan dan pendidikan sangat penting dilaksanakan bagi tujuan


pelaksanaanya yang telah dilakukan mempunyai kesinambungan yang
berterusan. Ianya termasuk:

a. Latihan berterusan
 Kaedah angkat barangan/kerja yang betul
 amalan kebersihan di kawasan kerja
 keselamatan umum , bahan dan peralatan
 mengenalpasti punca kemalangan

b. Program Latihan Pekerja Baru

c. Latihan Pengurusan
 Isu kesihatan dan keselamatan
 Kajian dasar lama
 Mengkaji Peraturan-peraturan sedia ada untuk penambahbaikan

d. Latih tubi yang berterusan kepada organisasi Pelan Tindakan


Kecemasan yang diwujudkan.

6.8.1 Tujuan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan

 Meningkatkan kemahiran kepada semua yang terlibat


 Mengenalpasti hazard yang terdapat di tempat kerja

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 13

 Mengenalpasti tanda atau symptom awal penyakit sebelum ia


menjadi kekal
 Menilai persekitaran tempat kerja
 Memastikan pihak pengurusan membuat perubahan sebelum
wujudnya keadaan tidak selamat dan tidak sihat.

6.9 KAEDAH MENGUKUR TAHAP KESELAMATAN

Tahap keselamatan di tempat kerja perlu diukur bagi memastikan


perlaksanaannya memenuhi prosedur dan mencapai objektif yang ingin
dicapai. Terdapat beberapa kaedah pengukuran yang dilakukan iaitu dengan
menyatakan perkara berikut:

a) Senarai semak
b) Audit Keselamatan
c) Laporan Kemalangan

6.9.1 Senarai semak (SS)

Objektif utama melakukan senarai semak ialah untuk


menganalisis tahap pencapaian pengurusan yang telah dilaksanakan. Ia
juga sangat berguna untuk mengukur tahap penyediaan untuk
keselamatan di tempat kerja. Maklumat dari semakan ini diharap dapat
menunjukkan kekuatan kejayaan perlaksanaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Semakan ini dilakukan dengan
berbagai pihak seperti pihak kerajaan, majikan pekerja, dan juga orang
ramai bagi tujuan masing-masing. Untuk mendapat senarai semak ini
dari pelbagai pihak, ia perlu diisi semasa membuat pemeriksaan dan
setelah melakukannya dan melaksanakan sesuatu tindakan.

Senarai semak mempunyai butiran berikut :

 Jika Peralatanya disedari ia ditanda YA


 Jika tidak disedari ia ditanda TIDAK
 Jika ditanda TIDAK tindakan segera perlu diambil
 Tahap keselamatan diukur dengan melihat seberapa banyak
tanda yang tidak yang diterima di dalam senarai semak.
 Bilangan tanda TIDAK yang banyak
menunjukkan tahap
keselamatan di tempat kerja adalah kurang.

6.9.2 Audit keselamatan (AK)

Audit Keselamatan adalah suatu pemeriksaan kritikal yang


sistematik aktiviti sebuah organisasi dengan objektif untuk
meminimumkan kerugian akibat kemalangan. Tidak ramai yang
menyedari kos memastikan keadaan tempat kerja yang selamat adalah
satu pelaburan dan bukan perbelanjaan tanpa pulangan.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 14

Majlis Keselamatan dan Kesihatan Industri Kimia, telah


mentakrifkan Audit Keselamatan sebagai ‘suatu pemeriksaan kritikal
yang sistematik dengan objektif untuk meminimumkan kerugian’.
Piawai British BS 8800: 1996 pula menyatakan audit
keselamatan sebagai pemeriksaan sistematik di mana mungkin, bebas
untuk menentukan sama ada aktiviti dan hasilnya berkaitan, menepati
kiraan yang telah dirancang dilaksanakan dengan cekap dan adalah
sesuai untuk mencapai objektif dan dasar organisasi.

Siri Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan


(Occupational Health and Safety Assesment Series) OHSAS, 18001:
1999 menyatakan Audit Keselamatan sebagai pemeriksaan yang
sistematik untuk menentukan samada aktiviti dan hasil yang berkaitan,
menepati kiraan yang telah dirancang dan perkiraan perlaksanaan
secara berkesan dan sesuai dengan dasar dan objektif organisasi.

Audit keselamatan pekerjaan mempunyai ciri-ciri:

 Pemeriksaan kritikal yang sistematik sesuatu


aktiviti
 Menenetukan samaada aktiviti menepati kiraan
yang dirancang
 Menentukan samada aktiviti memenuhi keperluan
undang-undang, piawai.

6.9.2.1 Objektif Audit Keselamatan

Audit keselamatan pekerjaan mempunyai objektif


berikut:

 Untuk memeriksa dan menilai status pencapaian


pengurusan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan
amalan sebenar
 Memberikan maklumbalas yang boleh disahkan kepada
majikan berdasarkan pemeriksaan dan penilaian tersebut
 Mengesahkan tahap perlaksanaan terhadap keperluan,
standard, prosedur dan garis panduan
 Mencadangkan sebarang perubahan dan pemantauan yang
perlu
 Menaikkan standard keselamatan dan kesihatan sejajar
dengan dasar dan objektif organisasi.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 15

6..9.2.2 Peranan audit keselamatan dalam sistem pengurusan


keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Melalui audit majikan dan pihak pengurusan


mendapatkan maklumat yang:

 Status awal sistem pengurusan Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan di temapt kerja
 Melihat tahap perlaksanaan terhadap peruntukan
undang-undang, standard, prosedur kerja selamat.
 Memberikan maklumat status awal terkini pencapaian
system pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. di
peringkat ini audit dilakukan ialah:

a) menentukan sama ada system pengurusan yang ada


mampu mencapai standard yang diperlukan
b) menentukan kelemahan dan kekuatan sistem
pengurusan
c) menentukan sama ada organisasi benar-benar
melaksanakan dan mencapai apa yang dirancang.

Peningkatan Berterusan

Semakan status awal


Semakan Pengurusan

Dasar KKP

Perancangan
Tindakan Pemeriksaan
& Pembetulan
Implementasi dan Operasi

Rajah 6.5 Sistem audit pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

6.9.2.3 Jenis Audit Keselamatan

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 16

Terdapat pelbagai pengelasan atau katagori audit Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan yang telah diperkenalkan pelbagai pihak.
Terdapat 3 jenis audit keselamatan iaitu:

 Audit teknikal dan proses yang melihat rekabentuk, pembinaan


dan operasi kemudahan untuk memastikan ia memenuhi
keperluan terkini undang-undang, standard dan kod amalan
 Audit hazard khusus yang dijalankan untuk memastikan
keperluan syarikat, mengenai sesuatu hazard dipenuhi.
 Audit pengurusan yang menilai terhadap dasar dan objektif
syarikat

6.9.2.4 Iltizam Majikan/pihak pengurusan

Sebelum membangunkan sistem audit dan memulakan


proses audit, majikan mesti membuat beberapa ketetapan dan
iltizam awal mengenainya. Antaranya:

 Membuat pendirian bahawa audit adalah satu elemen penting di


dalam proses pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (K & KP).
 Pentingnya audit sebagai elemen pengurusan terletak kepada
kebebasan proses audit
 Apa yang dicadangkan dalam hasil audit mesti dilaksanakan
secepat mungkin
 Memaklumkan dan menyedarkan pekerjanya bahawa audit
bertujuan mencari jalan meningkatan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.

6.9.2.5 Membangunkan sistem Audit

Dasar audit menetapkan apa yang ingin dicapai


daripada sesuatu pengauditan dan bagaimana ia dilakukan.
Untuk membuat dasar beberapa isu perlu dipertimbangkan
iaitu:

 Skop dan objektif audit


 Prosedur dan standard yang akan digunakan
 Siapa yang akan melaksanakan
 Program audit
 Format laporan audit dan perkiraan mengambil tindakan
terhadap penemuan audit

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 17

 Standard bagi perancangan dan implentasi program


audit dan perkiraan untuk memantaunya
 Perkiraan untuk menilai semula dasar pengauditan dan
implementasinya

6.9.2.6 Perancangan dan Pengurusan Audit

Perancangan dan pengurusan audit memerlukan


penglibatan seorang pengurus khas. Organisasi yang akan
menjalankan audit mesti melantik seorang pengurus audit
yang dilantik daripada kakitanganya yang kanan dan mahir
merancang dan mengurus audit. Pengurus audit
bertanggungjawab terhadap:

 Keseluruhan program audit organisasi


 Membuat dan meminta peruntukan kewangan yang
perlu
 Menentukan auditor
 Mendapatkan kelulusan yang perlu bagi program audit
yang dijalankan

Bagi organisasi yang menjalankan audit dalaman ,


pengurus audit mesti membuat perancangan keseluruhan
program audit termasuklah audit itu sendiri. Perancangan
Audit Dalaman ialah:

 Merancang program audit, termasuk jadual audit dan


jadual setiap aktiviti dalam audit
 Mengesahkan rancangan program audit dengan majikan
dan pasukan auditornya
 Mengenalpasti dokumen perlu (undang-undang,
standard, garis panduan)
 Membangunkan senarai semak, soal selidik dan borang
agar maklumat boleh dikumpul dengan teratur
 Mempastikan segala maklumat sulit dikawal seperti
yang diharapkan dan sebagainya

6.9.2.7 Mengatur perjalanan Audit

Antara perkara yang perlu diatur termasuklah sifat dan


tahap audit yang diperlukan. Sifat dan tahap audit yang perlu
ialah:

 Skop audit
 Objektif audit
 Keperluan tenaga kepakaran
 Auditor luar atau dalam

Mengatur dan menetapkan jadual audit yang dipersetujui


bersama mesti mengambil kira:

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 18

 Tempoh masa audit


 Masa mula dan akhir audit
 Jadual temubual, lawatan, pemeriksaan dan
pembenangan hasil

6.9.2.8 Auditor, latihan dan Pemilihan

Setiap pengauditan diketuai seorang Ketua Auditor. Jika


audit dalam pihak pengurusan perlu melantik ketua auditor dari
seorang pegawainya yang kanan dan berpengalaman di dalam
pengauditan. Keputusan di dalam memilih auditor dalam dan
luaran dipengaruhi oleh:

 Sifat dan keperluan audit


 Keperluan auditor yang mempunyai kelayakan dan
pengalaman yang diperlukan
 Kewujudan auditor yang sesuai untuk menjalankan
audit
 Perbezaan kos menggunakan auditor dalaman
berbanding luaran
 Sikap dan kemampuan auditor dalaman memberikan
pengauditan yang lebih objektif dan arif mengenainya.

6.9.2.9 Melakukan Audit

Secara ringkas proses melakukan audit melibatkan


aktiviti berikut:

 Mesyuarat pembukaan audit


 Pemeriksaan dokumen
 Lawatan pemeriksaan kawasan dan aktiviti kerja

Semasa melakukan audit ketua auditor perlu memastikan


perkara berikut:

 Menepati masa yang telah dijadualkan untuk


pengauditan
 Menyimpan dengan teratur segala rekod yang berkaitan
dengan proses dan hasil audit
 Mampu menangani perkara yang diluar jangkaan
 Memaklumkan dengan segera sebarang isu/hazard baru

6.9.2.10 Melaporkan Audit

Audit bertujuan melaporkan kekuatan, kelemahan,


kelebihan dan kekurangan sesebuah organisasi mengurus dan
melaksanakan sistem kerja selamat. BS 8800 mencadangkan
tiga jenis laporan audit yang disediakan iaitu:

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 19

 Maklumbalas awal berupa penemuan yang dibuat


dipenghujung setiap fasa pengumpulan data.
 Deraf laporan yang disediakan untuk semakan terakhir
oleh pengurus-pengurus.dan membolehkan ketepatan
fakta yang dilaporkan dan juga memastikan pihak yang
diaudit memahami apa yang dilaporkan.
 Laporan akhir dibuat sekomprehensif yang mungkin
kerana ia adalah hasil pengauditan yang disampaikan
kepada pihak majikan organisasi yang merangkumi:

 Skop dan objektif audit


 Perincian pelan audit
 Senarai pasukan audit
 Tarikh-tarikh audit
 Dokumen rujukan yang digunakan dalam pengauditan
 Cerapan tidak kepatuhan
 Kelemahan dan kekuatan perkara yang diaudit
 Cadangan tindakan pembaikan

6.9.2.11 Tindakan terhadap hasil audit

Terdapat 3 tindakan yang penting mesti dilakukan


terhadap hasil audit iaitu:

 Menyebarkan laporan akhir


 Membuat pelan tindakan
 Memantau perkembagan perkiraan yang diambil

Audit bertujuan menilai dan


memaparkan kekuatan,
kelamahan, kelebihan dan
kekurangan sesebuah
organisasi mengurus dan
melaksanakan sistem kerja
selamat

6.9.3 Laporan Kemalangan

Sesuatu kemalangan akan menjadi iktibar dan dipelajari jika


sebab musabab ia berlaku diketahui. Maklumat ini diperolehi dari
penyiasatan dan laporan kemalangan yang teratu, cekap dan lengkap.
Perkataan melaporkan kemalangan kerapkali disalahgunakan dengan
perkataan pemberitahuan kemalangan.

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 20

Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai:

 Peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka dan dirancang


 Peristiwa yang berpunca dari kecuaian dan kejahilan
 Peristiwa yang berlaku secara tidak sengaja atau tidak diketahui

‘urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak dirancang


berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan
kecederaan fizikal dan mental kepada individu, kerosakan harta
benda, kemalangan nyaris, kehilangan dan kejadian berbahaya’

6.3.1 Pemberitahuan Kemalangan

Pemberitahuan kemalangan adalah pengaduan yang


dibuat kepada pihak berkuasa dan organisasi itu sendiri, sejurus
kemalangan berlaku. Beberapa peraturan yang berkaitan
dengan penetapan prosedur-prosedur pemberitahuan
kemalangan, misalnya:

 Akta Kilang dan Jentera 139, 1967 seksyen 31: telah


menetapkan sebarang kemalangan yang (melibatkan kematian,
kecederaan pekerja yang tidak membolehkan pekerja
melakukan kerja biasanya selama lebih daripada 4 hari atau
kerosakan teruk kepada mesin dan harta benda) atau kejadian
merbahaya berlaku di sebarang kilang dengan sesebuah mesin
mesti membuat pemberitahuan kemalangan kepada Jabatan
Kilang dan Jentera.
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994
seksyen 32 mewajibkan majikan memberitahu JKKP terdekat
mengenai sebarang kemalangan , kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan.

Akta dan Peraturan telah menetapkan beberapa keperluan di


dalam prosedur memberiktahu berlakunya kemalangan
pekerjaan antaranya:

 Siapa yang mesti membuat pemberitahuan


 Maklumat yang diperlukan
 Tempoh masa pemberitahuan yang mesti dibuat selepas
kemalangan
 Kepada siapa pemberitahuan mesti dihantar
 Borang pemberitahuan yang perlu diisi

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 21

6.9.3.2 Melaporkan Kemalangan

Melaporkan kemalangan ialah aktiviti melaporkan hasil


lengkap sesuatu siasatan kemalangan yang telah dilakukan
secara sistematik dan terperinci, kerugian dinyatakan, punca
dan sebab kemalangan dan cadangan pembaikan dibuat
mengikut maklumat berikut:

 Laporan keselamatan merupakan laporan yang mengandungi


semua maklumat yang perlu dan penting seperti tarikh, masa,
tempat, pekerja yang terlibat dan jenis kecederaan yang berlaku
 Selain dari itu analisis dibuat untuk mengetahui bagaimana
kemalangan boleh berlaku, punca dan faktor yang
menyebabkan kemalangan
 Adakah mesin yang digunakan tidak selamat dan bagaimana
kemalangan ini dapat dielakkan pada masa hadapan
 Kekerapan laporan kemalangan yang dibuat menunjukkan
keadaan tapak bina berada tahap yang tidak selamat.

KEMALANGAN

1 Pekerja memaklumkan PKK/JKK/PPS

PKK/JKK/PPS

4 majikan juga arah 2 PKK/JKK/PPS melakukan


siasatan lanjut dan terperinci siasatan awal dan beritahu
dilakukan ke atas kemalangan majikan
(PEMBERITAHUAN DALAMAN)

5 Laporan siasatan kemalangan


yang siap dibincang dalan JKK. MAJIKAN/PENGERUSI PKK
Kesimpulan dan saranan
dibincangkan dengan majikan

6 Majikan hantar laporan


3 Majikan beritahu pihak
berkuasa secepat mungkin
kemalangan dan mengisi borang khas menggunakan borang
laporan kemalangan yang disediakan pemberitahuan pihak berkuasa
oleh pihak berkuasa tertentu (PEMBERITAHUAN)
(LAPORAN KEMALANGAN)
Pihak Berkuasa

Rajah 6.6 Contoh urutan proses pemberitahuan, meyiasat dan melaporkan kemalangan tempat kerja
(PKK-Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, JKK- jawatankuasa keselamatan dan kesihatan, PPS –
Pegawai perlindungan Sianaran).

6.9.3.3 Penyiasatan kemalangan

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 22

Beribu kemalangan yang berlaku di mana sahaja


disebabkan oleh kegagalan manusia peralatan-peralatan,
bahan-bahan atau persekitaran. Penyiasatan kemalangan
dilakukan bagi menentukan bagaimana dan kenapa
kemalangan sering berlaku. Menjalankan penyiasatan
hendaklah betujuan mengelakkan berlakunya kemalangan
berulang dan bukannya membuat tuduhan.

Kemalangan adalah kejadian yang mungkin disebabkan


oleh pelbagai perkara. Analisis kemalangan menyeluruh akan
membongkarkan tiga tahap punca iaitu asas, tidak langsung
dan langsung. Punca kemalangan biasanya mensabitkan
individu atau bahan objek yang merbahaya menyebabkan
kemalangan. Sebab secara langsung biasanya adalah kerana
disebabkan oleh satu atau lebih perlakuan atau keadaan yang
tidak selamat. Manakala sebab tidak langsung selalunya
boleh dikesan dan disabitkan dengan polisi dan keputusan
pihak pengurusan serta faktor peribadi dan persekitaran.
Penyiasatan bukan sahaja menentukan apa yang berlaku
tetapi bagaimana dan kenapa kejadian berlaku.

Tujuan Penyiasatan kemalangan :

 Untuk mengetahui punca-punca kemalangan supaya


perkara yang sama tidak akan berulang lagi
 Untuk mendapatkan bukti-bukti penting dengan segera
bagi mengelakkan ianya dimusnahkan atau dialih
dengan sengaja atau tidak sengaja
 Untuk menyediakan laporan kemalangan
 Untuk menyediakan laporan keselamatan
 Untuk membuat tindakan susulan bagi mengelakkan
kejadian kemalangan tidak berulang pada masa hadapan

Prosedur yang digunakan dalam sesuatu penyiasatan


bergantung kepada keadaan sebenar dan keputusan yang
diperolehi hasil kemalangan tersebut. Agensi atau badan yang
menentukan siasatan mempunyai bidang kuasa mentadbir
prosedur tentang penyiasatan yang dijalankan. Kebanyakan
penyiasat menggunakan langkah-langkah berikut untuk
menjalankan tugas:

 Menyatakan bidang siasatan yang hendak dijalankan


 Memilih ahli-ahli penyiasat dengan memberi tugasan
tertentu kepada setiap ahli
 Memberi taklimat kepada pasukan yang merangkumi:
 Keterangan mengenai kecelakaan dengan
anggaran kos yang terlibat
 Prosedur dan kaedah biasa beroperasi
 Peta lokasi

BADRUL ZAMAN OTHMAN


Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan AW101/5/ 23

 Senarai saksi-saksi kejadian


 Laporan kejadian yang menyebabkan
kemalangan berlaku
 Melawat kawasan kejadian untuk mendapatkan
informasi terkini

 Memeriksa kawasan kejadian dengan:

 Memastikan kawasan kejadian tidak


dicerobohi oleh orang-orang yang tidak
berkaitan
 Sediakan lakaran dan gambar-gambar
kejadian yang diperlukan dan tanda serta label
yang betul dan simpan rekod-rekod berkaitan
 Soal siasat dan temuduga setiap mangsa, saksi dan
sesiapa yang hadir sebelum kejadian dan ketika
kemalangan
 Tentukan dan pastikan
 Apa yang biasa berlaku
sebelum kajadian
 Di mana kelainannya
 Bilakah ia mula dikesan
 Bagaimana ia boleh
berlaku

 Analisis data yang diperolehi


 Tentukan dan pastikan
 Mengapa kemalangan berlaku
 Kemungkinan rangkaian kejadian dan sebab
kemungkinan berlaku
 Rangkaian alternatif
 Periksa semua urutan peristiwa dan kemungkinan yang
berlaku
 Jalankan taklimat siasatan awal
 Sediakan ringkasan laporan termasuk cadangan dan cara
atau kaedah untuk mengelak kejadian berulang dan
agihkan laporan menurut kaedah arahan yang boleh
digunapakai.

Akta 514, 1994, seksyen 32, jelas mewajibkan


majikan memberitahu pejabat keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang terdedah mengenai
semua kemalangan, kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan
yang berlaku dan mungkin akan menjadi
tempat kerjanya.

BADRUL ZAMAN OTHMAN

Anda mungkin juga menyukai