Anda di halaman 1dari 12

Siapa Saya?

Thank you sebab dah download Free Ebook ni. Saya dalam bidang
safety ni agak baru juga. Pertama kali dapat register dengan DOSH
(lebih glamour lagi orang panggil Green Book) sebagai pengamal
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau SHO bulan Julai tahun 2008.
So masih banyak lagi juga la yang perlu belajar. Saya percaya ramai
lagi otai-otai kat luar sana yang sudah lama berkecimpung di dalam
bidang safety ni.

Bagi yang pernah tersesat ke dalam blog saya, maybe ada yang dah
tahu nama saya. Panggil saya Andrew saja, nama pena saya Andrew
L. Salin. Jika nak kenal lebih detail lagi, boleh check info saya kat blog
peribadi www.andrewsalin.com

Sejak dapat green book, saya nekad untuk menjadi safety


practitioner dan terus berusaha untuk menambah pengetahuan di
dalam bidang safety ni. Bagi saya bidang safety ni agak unik, selain
kerja yang mencabar ia juga agak seronok. Sebagai safety, kita deal
dengan semua orang, bukan saja kita deal dengan higher
management dan rakan sekerja, kita deal juga dengan client, pihak
authority dan kadang-kadang pihak media juga.

Selain tu, keja sebagai safety ni kena kreatif juga. Sebab apa, bila
cerita pasal safety, ia merupakan satu topik yang membosankan dan
bukan ramai orang yang sedia memberi perhatian. So, mahu tak
mahu kena kreatif di dalam usaha untuk memastikan semua pihak
memberi perhatian dan juga sokongan terhadap perkara yang
berkaitan dengan safety.

Selain bekerja di salah sebuah syarikat sebagai team lead untuk


safety department, saya juga bertuah kerana sekali sekala dapat
berkongsi sedikit pengalaman dengan para pelajar yang mengambil
kursus SHO ni. Terima kasih kepada pihak NIOSH dan juga pihak kolej
yang menjemput saya menjadi pengajar part time.

Langkah pertama menjadi SHO?

Step ni saya tak nak ulas panjang, saya percaya anda sudah pun
melaluinya. Untuk menjadi safety practitioner, tak kesah lah SHO ke
atau SSS, perkara basic yang perlu ada adalah kena attend kursus.
Samada anda pergi peringkat sijil, diploma atau degree. So bila dah
attend kursus yang berkaitan, of course langkah seterusnya adalah
mencari kerja dalam bidang safety. Bila dah keja dalam bidang
berkaitan safety, next step adalah mendapatkan pengiktirafan
daripada pihak DOSH sebagai pengamal keselamatan yang
bertauliah. Samada nak register sebagai SHO ataupun SSS.

Ini yang selalu menjadi masalah kepada rakan-rakan kat luar sana,
ramai yang masih gagal nak register sebagai SHO ataupun SSS.

Kerap juga saya dengar antara alasan yang selalu diberikan,


dokumen tak lengkap, tempat kerja tak register dengan DOSH, masih
tak confident lagi nak register takut fail bila DOSH panggil interview
Itu antara seribu satu alasan yang biasa saya dengar. Apapun
alasannya, saya percaya meraka ada sebab masing-masing.

Syarat pendaftaran sebagai SHO / SSS

Part ni pun saya percaya ramai yang tahu, just recap sikit untuk refresh
balik.

Kelayakan Untuk Mendaftar sebagai SHO

Mengikut SHO Regulation 1997, ada 3 jenis kelayakan yang


membolehkan anda mendaftar sebagai SHO atau Green Book
Holder, jika ada pengalaman berkaitan dengan kerja safety
sekurang-kurangnya 3 tahun. Haha, part ni yang ramai keliru. 3 tahun
pengalaman tu bukan bermaksud anda kena keja dan menjawat
jawatan Safety & Health Officer selama 3 tahun. Maksudnya, asalkan
ada pengalaman kerja YANG DISAHKAN yang ada kaitan dengan
kerja-kerja safety selama 3 tahun walaupun kamu baru abis kursus
safety yang diiktiraf samada peringkat sijil atau Eksekutif Diploma
dalam bidang OSH dan lulus semua ujian SHO yang dianjurkan NIOSH
kurang dari setahun, dah boleh terus apply green book tu.

Ni dia syarat-syarat wajib untuk register jika dah cukup pengalaman:

i. SHO Certificate / EDOSH

Pernah attend kursus peringkat sijil atau eksekutif Diploma dalam


bidang OSH DAN telah LULUS ujian SHO yang dianjurkan oleh
NIOSH, ada pengalaman kerja berkaitan dengan bidang safety
selama 3 tahun, dah boleh apply. Ini syarat yang paling senang
la. Sebab tak perlu melalui prosess temuduga.

ii. Diploma in OSH

Yang ni kebanyakan para remaja lepasan kolej atau university


yang mengambil jurusan dalam bidang safety secara
sepenuh/separuh masa. Pendek kata kat diploma / degree tu
takda perkataan EKSEKUTIF. Kalau dah ada Diploma / Degree
dalam bidang OSH ni, tak payah buang duit pergi attend kursus
SHO peringkat SIJIL lagi. (Ada few students yang pernah saya
jumpa masuk kelas SHO peringkat sijil, baru graduate dalam
bidang Diploma/Degree in OSH. Dah kenapa tu cik adik oii. Dari
Diploma ko pergi Sijil pulak dah. Kategori ni, lepas dah ada 3
tahun pengalaman yang berkaitan dengan safety, dah boleh
apply green book. Untuk kategori ni, korang kena wajib attend
interview by DOSH officer kat Putrajaya. Dengar kata ramai juga
yang kantoi temuduga tu. Dasyat juga DOSH ni ya.

iii. Experience in OSH >10 years

Ini kira kategori otai la. Kalau dah ada 10 tahun experience
boleh cuba apply guna kategori ni. Kategori ni kebanyakan nya
para otai-otai yang dah attend kursus SHO samada peringkat
sijil atau E-DOSH tapi takda masa nak pergi ambik ujian SHO kat
NIOSH. So boleh cuba apply guna kaedah ni. Cuma perlu
hantar semua rekod / dokumen yang berkaitan dengan safety
sebagai bukti untuk tempoh selama 10 tahun. Kategori ni pun
kena interview dengan pihak DOSH. Saya tak pasti, berapa
ramai yang guna cara ni. Yang pasti ada ramai juga yang gagal
interview.

Kelayakan Daftar sebagai SSS

Untuk daftar sebagai SSS ni senang jer syarat dia.

Syarat pertama

Sekurang-kurangnya ada diploma dalam bidang engineering


atau arkitek atau yang ada kaitan dengan pembinaan
bangunan. Lepas tu pernah attend kursus SSS dan telah lulus
ujian SSS yang dianjurkan oleh NIOSH atau mana-mana
organisasi yang diiktiraf oleh DOSH. Kalau takde working
experience pun tak apa, lepas lulus ujian SSS boleh apply SSS
terus. Tapi kalau diploma dalam food management atau safety
ke, minta maaf ya tak boleh. Mesti dalam bidang engineering,
arkitek atau yang ada kaitan dengan pembinaan bangunan.

Syarat kedua

Ada pengalaman kerja 2 tahun sebagai Penyelia di Tapak Bina


atau Foremen (Mandur), sudah attend kursus SSS dan LULUS
ujian SSS yang dianjurkan oleh NIOSH atau mana-mana
organisasi yang diiktiraf oleh DOSH. Kategori ni tak perlu ada
diploma. Yang penting kena konfiden boleh lulus ujian SSS.

Syarat ketiga

Ada pengalaman kerja 10 tahun sebagai Penyelia di Tapak Bina


atau Foremen (Mandur), dan LULUS ujian SSS yang dianjurkan
oleh NIOSH atau mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh
DOSH. Kategori ni beza nya tak perlu attend kursus SSS. So jimat
sikit duit, just bayar yuran exam saja. Bagaimana nak lulus kalau
tak attend kursus? Ala, pinjam la module SSS dengan kawan-
kawan yang dah pergi attend kursus, belanja dia makan-
makan, tengok movie ke lagi jimat daripada bayar yuran kursus
kan. Lagipun , otai-otai ni kadang-kadang nak apply cuti
panjang untuk attend kursus susah nak lepas. Kalau otai-otai ni
takde kat site, sapa pula yang nak monitor progress. Ok,
hopefully kategori ni boleh bagi idea untuk otai-otai dapatkan
kompetensi sebagai SSS.

SYARAT BONUS

Buat masa ni, DOSH agak baik hati, pihak DOSH bagi 2
additional syarat bonus untuk register sebagai SSS. Tapi kena
cepat la, syarat tambahan ni bila-bila masa DOSH boleh tarik
balik.

Syarat Bonus 1

Sudah lulus ujian SHO NIOSH tapi kurang daripada 3 tahun


pengalaman bekerja di dalam bidang keselamatan;

▪ Sekurang-kurangnya ada 12 bulan pengalaman di dalam


tapak bina atau;
▪ Telah menghadiri kursus SSS (module 6 sahaja) atau;
▪ Menghadiri kursus Penyelia Tapak Bina anjuran CIDB

Jangan lupa perkataan ‘atau’ tu ya. Maksudnya, salah satu


daripada perkara tersebut jika ada, sudah melayakan anda
untuk apply SSS. Senang je kan.
Syarat Bonus 2

Anda ada Diploma dalam bidang Safety atau kelayakan yang


setara dan;

▪ Sekurang-kurangnya ada 6 bulan pengalaman di dalam


tapak bina atau;
▪ Menghadiri kursus SSS (module 6 sahaja)

Ok, so easy kan. Itu tadi antara syarat-syarat mudah untuk anda
mendaftar dengan DOSH samada sebagai SHO ataupun SSS.

Dokumen yang diperlukan untuk daftar SHO?

▪ Borang pemeriksaan kesihatan (disahkan oleh OHD)


▪ Salinan kad pengenalan
▪ Maklumat kelayakan akademik
▪ Senarai tugas lengkap
▪ Surat lantikan / Kontrak kerja
▪ Surat pengesahan majikan terkini dan terdahulu
▪ Sijil kelayakan
▪ Profil Majikan syarikat
▪ No pendaftaran kilang / tempat kerja / tapak bina dan
laporan pemeriksaan DOSH
▪ Bukti-bukti menjalankan tugas sebagai SHO
▪ Sijil-sijil berkaitan OSH
▪ Yuran pemprosesan
Dokumen yang diperlukan untuk daftar SSS?

▪ Borang pemeriksaan kesihatan (disahkan oleh OHD)


▪ Salinan kad pengenalan
▪ Maklumat kelayakan akademik
▪ Senarai tugas lengkap
▪ Surat lantikan / Kontrak kerja
▪ Surat pengesahan majikan terkini dan terdahulu
▪ Sijil kelayakan
▪ Profil Majikan syarikat
▪ No pendaftaran Tapak Bina dan laporan pemeriksaan
tapak bina oleh DOSH
▪ Sijil-sijil berkaitan OSH
▪ Yuran pemprosesan

Macam mana nak apply?

Ok, jika sudah memenuhi semua syarat-syarat diatas dan dokumen


semua sudah lengkap, semua permohonan sekarang kena apply
secara online melalui website mykkp ( http://mykkp.dosh.gov.my/ )
Perlukan Bantuan?

Ok, jangan segan dan silu, jika anda rasa perlukan bantuan lebih
lanjut, boleh sertai kami di facebook group. Anda boleh
mendapatkan pandangan atau guideline lebih lanjut lagi
bagaimana cara nak daftar SHO ataupun SSS. Jangan lupa ajak
member yang lain sertai facebook group tu juga, sama-sama kita
saling tolong menolong agar ramai yang dapat register SHO ataupun
SSS. Owh ya, alamat facebook group kat bawah ni ya

https://www.facebook.com/groups/competencesafetyofficer/

Get Connect?

Ok guy, thank you sebab dah sudi baca, hopefully information tu


berguna untuk you dapatkan kompentensi sebagai SHO / SSS. Stay
connected? Just follow me online

https://www.facebook.com/AndrewLSalin/

https://www.linkedin.com/in/andrewlsalin/
TAWARAN HEBAT
Nak ke kalau saya guide anda step by step dengan lebih detail lagi
macam mana nak apply green / yellow book ni? Kalau nak, pastikan
anda join facebook group tu ya. Sebab nanti saya akan inform
dengan lebih detail lagi. Saya siap bagi sample dokumen-dokumen
yang perlu dihantar kepada DOSH, siap dengan template yang
boleh diedit lagi. Tak perlu pening kepala, confirm document lepas
bila hantar kepada DOSH. Tapi sayang, saya cuma nak tolong 100
orang pertama yang serious saja. Siapa cepat dia dapat. Kalau yang
tak serious tu, saya pun minta maaf, bukan tak nak bantu, dah diri
sendiri tak nak bantu diri sendiri macam mana nak harap orang lain
bantu kan. Ok, see you guy again di facebook group! Ingat, bagi
yang serious SAHAJA.

JOIN FB GROUP NOW! 100% FREE

https://www.facebook.com/groups/competencesafetyofficer/

Sampai jumpa lagi. Stay Safe!

Andrew L. Salin
Author “A Journey Toward Competence Safety & Health Officer or Site Safety Supervisor”

www.andrewsalin.com

Anda mungkin juga menyukai