Anda di halaman 1dari 2

Borang Permohonan Sistem MYKKP

Wakil Majikan PATK

Bahagian A – Pengenalan

Permohonan Pengaktifan Tempat Kerja (PATK) ialah permohonan untuk menghubungkan


suatu akaun individu di Sistem MyKKP ke akaun tempat kerja di sistem yang sama.

Terdapat 2 tahap PATK; PATK Tahap 1 dan PATK Tahap 2.

PATK Tahap 1 membolehkan individu yang dilantik untuk menguruskan semua aktiviti
yang dibenarkan bagi sesuatu akaun tempat kerja. Pengurusan ini termasuklah
pengemaskinian data dan aktiviti lain yang dibenarkan oleh sistem MyKKP kepada wakil
majikan bagi PATK Tahap 1.

Aktiviti yang dibenarkan termasuklah:

1. Mengurus dan meluluskan permohonan PATK Tahap 2 (contohnya vendor, pembaik


pulih jentera)
2. Mengemaskini butiran data tempat kerja
3. Melihat dan memberi maklum balas bagi surat arahan dan notis
4. Membuat permohonan bagi menukar nama tempat kerja/ pemunya jentera
5. Membuat permohonan pindah jentera
6. Membuat dan mengurus laporan kemalangan, dan laporan lain di bawah Peraturan
NADOPOD 2004
7. Pengurusan Bil / Resit
8. Melihat dan muat turun Perakuan Kelayakan (CF)
9. Semua aktiviti ygn disenaraikan di PATK Tahap 2, dan lain-lain

PATK Tahap 2 membenarkan individu yang dilantik oleh majikan menguruskan aktiviti-
aktiviti tertentu sahaja bagi sesuatu akaun tempat kerja. Kebenaran ini adalah terhad
kepada senarai berikut;

1. Permohonan melalui MySKUD 2. Pemeriksaan Ulangan CF / Kilang


3. Permohonan Baru CF / Kilang 4. Pengurusan Bil / Resit
5. Permohonan ujian hidrostatik (HT) 6. Permohonan baik pulih (repair)

Fungsi Akan Datang


Akaun PATK Tahap 2 diuruskan (select, approve, delete) oleh individu yang mempunyai
Akaun PATK Tahap 1 di Sistem MyKKP. PATK Tahap 2 tidak perlu diluluskan oleh JKKP.
Fungsi ini dijangka akan tersedia untuk digunakan pada suku Keempat 2023

Muka surat 1 / 2 Borang PATK Tahap 1 – MyKKP ver.03


updated 22 June 2023
Borang Permohonan Sistem MYKKP
Wakil Majikan PATK

Bahagian B - Kuasa Yang Dibenarkan

Adalah saya, yang bernama …………………………………………………….. dengan nombor


pengenalan diri (No. K/P / Passport) …………………………………….. yang bekerja di (nyatakan
nama syarikat dan alamat ringkas) ……………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
telah diberi kuasa oleh Wakil Syarikat Yang Membenarkan di Bahagian C untuk menguruskan
aktiviti yang dibenarkan di Sistem MyKKP JKKP sebagai PATK Tahap 1 / PATK Tahap 2 **

Sebagai individu PATK Tahap 1 / PATK Tahap 2 ** yang dilantik, saya boleh melakukan
pengemaskinian data dan perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh sistem MyKKP seperti yang
dinyatakan di Bahagian A

Nama : Tandatangan:
No. K/P /Passport : Tarikh:

Bahagian C - Wakil Syarikat Yang Membenarkan 1

Saya sebagai Wakil Syarikat Yang Membenarkan (nyatakan nama syarikat sepertimana yang
didaftarkan di dalam Sistem MyKKP JKKP) ………………………………….…..………………….
…………………………………………………… dengan nombor rujukan MyKKP (nyatakan No.
Daftar Tempat Kerja) ………………….……………. mempunyai kuasa membenarkan individu di
Bahagian B di atas untuk mewakili syarikat ini sebagai PATK Tahap 1 / PATK Tahap 2 **
di Sistem MyKKP JKKP bagi perkara-perkara yang dibenarkan di Bahagian A .

Nama : Tandatangan:
No. K/P /Passport : Tarikh :
Jawatan :

Cop

1
sila pastikan Bahagian A telah dibaca dan difahami terlebih dahulu sebelum sesuatu kebenaran diberikan

** potong mana yang tidak berkenaan

Muka surat 2 / 2 Borang PATK Tahap 1 – MyKKP ver.03


updated 22 June 2023

Anda mungkin juga menyukai