Anda di halaman 1dari 9

ARAHAN KERJA SELAMAT (AKS):

KERJA-KERJA MENGGUNAKAN TANGGA

1.

TUJUAN

Memberikan garis panduan kerja selamat kepada setiap pekerja TM dan


kontraktor yang memasuki kawasan TM untuk menjalankan kerja dan seterusnya
menggunakan tangga selari dengan keperluan-keperluan OSH serta keperluan
keselamatan TM.

2.

SKOP

Semua pekerjaan di TM dan kawasan pembangunan dan penyelenggaraan


rangkaian TM yang menggunakan tangga.

3.

ARAHAN KERJA

3.1

Sebelum memulakan kerja

a. Beri taklimat keselamatan kepada anggota atau kontraktor.


b. Bawa semua perkakasan kerja yang bersesuaian ke lokasi kerja.
c. Pastikan semua perkakasan kerja yang dibawa adalah berada dalam keadaan
baik dan selamat digunakan. Perkakasan kerja seperti pemutar skru, playar,
pena ujian, pemotong dan lain-lain yang berkaitan hendaklah dimuatkan di
dalam beg yang bersesuaian dan diletakkan di sisi pinggang.
d. Bagi kerja-kerja diatas tangga yang melebihi 10kaki, Alatan Perlindungan Jatuh
perlu digunakan.
e. Memaklumkan Penyelia sekiranya mengalami masalah kesihatan.

L5: 1

f. Sekiranya lokasi bekerja berada di tepi jalan, rujuk Arahan Kerja Selamat
Kerja-kerja Di Jalan Raya.

Pakai
pelindung
kepala

Pakai
pelindung
mata

Bahaya
perkakas
tumbang

Bahaya
terjatuh dari
platform

Bahaya
tersandung

Bahaya
beban berat

Dilarang
makan atau
minum

Dilarang
merokok

Dilarang
memulakan
nyalaan
terbuka

Bahaya
permukaan
panas

3.2

Pakai sarung Pakai kasut /


tangan
but
keselamatan keselamatan

Angkat
beban berat
dengan
berhati-hati

Bahaya
barangan
terjatuh

Bahaya licin

Bahaya luka
atau
terpotong

Persediaan untuk bekerja

3.2.1 Sebelum menggunakan tangga, pastikan tangga berada dalam keadaan yang baik
secara visual dan fizikal:

a. Anak mata tangga tidak longgar.


b. Penahan getah (rubber stopper) di kaki tangga masih baik.
c. Penahan mata tangga berkeadaan baik.
d. Permukaan tempat kerja yang rata.

3.2.2 Pastikan tiang berada dalam keadaan selamat:

a. Tiang tidak condong.

L5: 2

b. Pangkal tiang tidak berkarat.


c. Pangkal tiang tidak berlubang.
d. Buat ujian tolak (push test) ke atas tiang dengan menggunakan tangga.
e. Ujian ketuk pangkal tiang untuk memastikan tiang tidak reput.
f. Sekiranya keadaan tiang dan lokasi tiang merbahaya untuk dinaiki dan terdapat
risiko kemalangan, tangguhkan kerja dan maklumkan kepada Penyelia untuk
menukar tiang atau pindah lokasi tiang.

3.2.3 Sandarkan tangga pada tiang:


a. Masukkan penyandar corak V ke dalam slot pemegang.
b. Letakkan tangga pada permukaan yang rata, bagi tanah yg lembut, letakkan
papan platform yg bersesuaian.
c. Sandarkan tangga ke tiang. Pastikan permukaan corak V adalah selari dan
kedua-dua permukaan tiang dan corak V bertemu di zon tengah.
d. Pasang cangkuk pada pemegang tali pengikat bawah (bottom harness loop).
e. Lilit tali pengikat di tiang (1 pusingan) sebelum pasang klip. Ulangi proses ini
jika perlu sehingga ikatan tegang dan kemas.
f. Jika perlu bekerja / berdiri di tangga untuk tempoh masa yang lama, gunakan
pemanjang tapak (step extender). Pasang pemanjang tapak di tapak tangga
seperti dalam gambar rajah di bawah.

g. Tolak tangga supaya panjang bersesuaian dengan ketinggian tiang.

Letak

hujung anak tangga ke pole-step (jika ada). Kecondongan tangga pada nisbah
antara 4:1 hingga 8:3 (mengikut keadaan disekitar) iaitu jika tiang 20 kaki jarak
kaki tangga ke tiang adalah 5 kaki.
h. Pastikan kunci tangga dipasang dengan kemas.

L5: 3

i.

Dalam situasi di mana memerlukan 2 orang pekerja, pekerja yang berada di


bawah mestilah menghadap tangga, kedua-dua tangan memegang bahagian
tepi tangga dan satu kaki diletakkan atas mata tangga yang paling bawah.
Kaedah ini adalah sesuai untuk tangga sehingga ketinggian 5 meter.

3.3

Penggunaan tangga

3.3.1 Penggunaan tangga aluminium boleh-laras dan tangga aluminium boleh-lipat:

a. Letakkan tangga pada permukaan yang rata.


b. Sandarkan tangga ke dinding.
c. Pastikan kunci tangga telah dipasang dengan kemas.
d. Kecondongan tangga pada nisbah antara 4:1 hingga 8:3 (mengikut keadaan
sekitaran).

3.3.2 Penggunaan tangga aluminium berbentuk A di DP dinding dan siling:

a. Sesuai untuk kedudukan yang boleh dicapai apabila berdiri di anak tangga
yang ketiga dari atas.
b. Dilarang berpijak dan menggunakan dua anak tangga teratas.
c. Buka kaki tangga sepenuhnya dan pastikan terkunci.
d. Pastikan tangga adalah stabil dan berada di atas permukaan yang tidak licin,
rata dan kukuh.
e. Pastikan tangga adalah dalam kedudukan yang betul iaitu menghadap atau
membelakangi tempat bekerja.
f. Kedudukan tangga berada rapat ke dinding tempat bekerja.

3.3.3 Penggunaan tangga aluminium berbentuk A di bilik peralatan MDF, Switching,


Transmision dan Data:

L5: 4

a. Sesuaikan kedudukan atau point yang boleh di capai apabila berdiri di anak
tangga yang ke tiga dari atas.
b. Pastikan anak mata tidak longgar.
c. Pastikan rubber stopper di kaki tangga masih baik.
d. Pastikan penahan mata tangga berkeadaan baik.
e. Pastikan tangga adalah stabil dan berada di atas permukaan lantai yang rata,
tidak licin dan kukuh.
f. Buka kaki tangga sepenuhnya dan pastikan terkunci.
g. Pastikan tangga adalah berkedudukan yang betul iaitu menghadap atau
membelakang tempat bekerja.
h. Di larang berpijak dan menggunakan dua anak tangga teratas.
i.

Kedudukan tangga berada rapat ke dinding tempat bekerja.

3.3.4 Penggunaan tangga gelongsor / platform di bilik MDF

a. Pastikan roda, roller dan brek di dalam keadaan baik.


b. Pastikan tangga adalah stabil.
c. Pastikan anak tangga tidak licin.
d. Pastikan laluan roller tidak rosak.

3.4

Penggunaan tangga di tiang dan DP

3.4.1 Menaiki Tangga

a. Pastikan badan menghadap tangga semasa memanjat atau menuruni tangga.

L5: 5

b. Pastikan lutut tidak berada lebih daripada bahagian tertinggi tangga dan selalu
pastikan tangan masih boleh memegang sisi tangga.
c. Gunakan kedua-dua belah tangan semasa memanjat.
d. Ubah kedudukan tangga sekiranya tidak boleh mencapai sesuatu tempat.
e. Jangan menggerakkan tangga semasa berada di atasnya.
f. Jangan berdiri, memanjat atau duduk di atas anak tangga yang tertinggi.
g. Pastikan hanya seorang sahaja berada di atas tangga pada satu-satu masa.

3.4.2 Kerja di atas tangga

a. Jangan cuba mencapai / menjangkau melebihi jarak sedepa dari tangga.


b. Berhati-hati semasa bekerja berhampiran kabel atau talian elektrik (bahaya
kejutan elektrik).
c. Pastikan lutut tidak berada lebih daripada bahagian tertinggi tangga dan selalu
pastikan tangan masih boleh memegang sisi tangga.

3.4.3 Turun Tangga

Turun dengan cermat, pegang kedua belah tangga dengan kemas dan sentiasa
melihat ke arah tangga.

3.5

Penggunaan tangga untuk menaiki bumbung

3.5.1 Menaiki Tangga

a. Pastikan badan menghadap tangga semasa memanjat atau menuruni tangga.


b. Pastikan lutut tidak berada lebih daripada bahagian tertinggi tangga dan selalu
pastikan tangan masih boleh memegang sisi tangga.
c. Gunakan kedua-dua belah tangan semasa memanjat.
d. Jangan menggerakkan tangga semasa berada di atasnya.
e. Pastikan hanya seorang sahaja berada di atas tangga pada satu-satu masa.

L5: 6

f. Pastikan kedua-dua tangan dan kaki sentiasa berada dalam kedudukan three
point contact semasa melangkah dari tangga ke bumbung dan sebaliknya.
g. Melangkah ke bumbung dari anak tangga keempat yang teratas.

3.5.2 Semasa di atas bumbung

a. Pastikan tiada risiko elektrik semasa atas bumbung.


b. Pastikan keadaan bumbung tidak lembap disebabkan hujan atau embun.
c. Guna kasut bertapak getah.
d. Semua jenis program Keselamatan dan peraturan atau tatacara tidak dapat
menepati setiap keadaan tempat kerja anda.

Sentiasa bersedia untuk

melindungi diri anda.

3.5.3 Turun dari bumbung

a. Turun dengan cermat, pegang kedua belah tangga dengan kemas dan
sentiasa melihat ke arah tangga.
b. Pastikan kedua-dua tangan dan kaki sentiasa berada dalam kedudukan three
point contact semasa melangkah dari bumbung ke tangga.

3.6

Penggunaan tangga di bilik peralatan mdf, switching, transmision dan data

3.6.1 Menaiki tangga

a. Pastikan badan menghadap tangga semasa memanjat atau menuruni tanggga.


b. Pastikan lutut tidak berada lebih daripada bahagian tertinggi tangga dan selalu
pastikan tangan masih boleh memegang sisi tangga
c. Gunakan kedua-dua belah tangan semasa memanjat.
d. Ubah kedudukan tangga sekiranya tidak boleh mencapai sesuatu tempat.
e. Jangan menggerakkan tangga semasa berada di atasnya.
f. Jangan berdiri, memanjat atau duduk di atas anak tangga yang tertinggi.

L5: 7

g. Pastikan hanya seorang sahaja berada di atas tangga pada satu-satu masa.

3.6.2 Kerja di atas tangga

a. Jangan cuba mencapai/menjangkau melebihi jarak sedepa dari tangga.


b. Pastikan lutut tidak berada lebih daripada bahagian tertinggi tangga dan selalu
pastikan tangan masih boleh memegang sisi tangga.

3.6.3 Turun tangga

a. Turun dengan cermat, pegang kedua belah tangga dengan kemas dan
sentiasa melihat ke arah tangga.

3.7

Selepas kerja dilaksanakan

a. Turunkan tangga dan diletakkan ke atas kenderaan.


b. Ikat tangga dengan tali untuk mengelakkan daripada menggelongsor.
c. Kunci tangga dengan selak untuk mengelakkan daripada terjatuh.
d. Bersihkan kawasan tempat kerja.
e. Kemas peralatan kerja ke dalam kenderaan.

3.8

Penyelenggaraan tangga

a. Simpan tangga di tempat yang selamat dan tidak terdedah kepada pengaruh
cuaca.
b. Periksa tangga secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam masa 6 bulan
untuk memastikan tangga berkeadaan baik:
i. Anak mata tidak longgar
ii. Rubber stopper di kaki tangga masih baik
iii. Penahan mata tangga berkeadaan baik
iv. Keadaan tangga tidak bengkok

L5: 8

c. Sekiranya tangga di dapati merbahaya untuk digunakan, Penyelia perlu


memaklumkan kepada pihak yang berkaitan.
d. Asing dan labelkan tangga yang rosak untuk memastikan ianya tidak
digunakan.
e. Majukan permohonan penggantian tangga yang rosak.

3.9

Semasa kecemasan

a. Sekiranya berlaku kecemasan kepada mangsa, hubungi pihak Bomba/JPA3


dan Hospital.
b. Pastikan nombor-nombor kecemasan seperti Balai BOMBA / Hospital yang
terdekat sentiasa berada dalam bilik stor tangga atau kenderaan yang
digunakan untuk dihubungi.
c. Laporkan kepada Penyelia dan pihak OSHE berkenaan sebarang kejadian
kecemasan kemalangan yang berlaku di tempat kerja.

L5: 9

Anda mungkin juga menyukai