Anda di halaman 1dari 6

PROSEDUR KERJA SELAMAT PKS 041 PEMERIKSAAN LIF/ESKALATOR

1.0 PENGENALAN Pemeriksaan ke atas lif / eskalator adalah salah satu aktiviti Jabatan yang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan penggunaannya. Kakitangan Jabatan yang hendak menjalankan pemeriksaan lif / eskalator hendaklah pada setiap masa mempunyai pengetahuan tentang bahaya-bahaya yang boleh wujud, risikonya dan cara-cara mengatasi dan mengelak daripada mendapat kesan negatif daripada bahaya tersebut.

2.0 PEMAKAIAN Prosedur kerja selamat (PKS) ini adalah terpakai bagi kerja-kerja yang melibatkan pemeriksaan lif penumpang, lif barang, eskalator, dumbwaiter, travolator dan moving walk. 3.0 TUJUAN PKS PKS ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada kakitangan Jabatan mengenai prosedur kerja selamat yang perlu diikuti bagi menjalankan kerja pemeriksaan lif/eskalator. PKS ini meliputi persiapan awal sebelum bertolak ke premis di mana kerja hendak dijalankan dan langkah-langkah kawalan keselamatan dan kesihatan semasa dan selepas menjalankan kerja yang berkenaan.

4.0 BAHAYA-BAHAYA 4.1 Bahaya-bahaya yang telah dikenalpasti berkemungkinan wujud semasa melakukan pemeriksaan lif adalah seperti berikut: a) kejutan elektrik seperti semasa di bilik jentera. b) terkena kipas ekzos yang rendah (tanpa penghadang) di bilik jentera,

c) terjatuh ke dalam lubang lif, d) tersepit antara benda yang bergerak seperti antara sheave dan kabel, e) terkena objek yang jatuh dari atas semasa berada di atas kereta lif, f) terhantuk , terlanggar atau terpijak benda-benda yang menghalang laluan terutama untuk pemeriksaan lif baru, g) terhempap oleh kereta lif semasa berada dalam lubang lif (lift pit), h) habuk-habuk terutama untuk pemeriksaan lif baru, i) memasuki ruang yang sempit iaitu lubang lif, sila lihat PKS-10, dan. j) terperangkap di atas atau di dalam kereta lif jika berlaku gangguan tenaga. 4.2 Untuk pemeriksaan eskalator pula, antara bahaya-bahayanya ialah: a) kejutan elektrik di dalam machine pit, b) tersepit antara dua benda bergerak, dan, c) tergelincir.

5.0 TATACARA KERJA DAN LANGKAH KAWALAN 5.1 Persiapan Awal 5.1.1 Pengawai hendaklah memastikan kesihatan diri dalam keadaan baik sebelum menjalankan pemeriksaan ke atas jentera-jentera di atas. 5.1.2 Pengawai hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan ke atas jentera-jentera di atas. 5.1.3 Peralatan pelindung diri yang perlu ialah: a) topi keselamatan, b) kasut keselamatan, c) sarung tangan, d) goggles, e) dust mask, dan f) peralatan pemeriksaan seperti scrapper , lampu suluh, vernier caliper, tape pengukur dan cotton rack. 5.1.4 Pastikan kedudukan dan rancang perjalanan ke tempat pemeriksaan. 5.1.5 Pastikan peralatan pelindung diri berada dalam keadaan baik. 5.1.6 Pastikan orang yang berkebolehan atau wakil yang diiktiraf mengiringi semasa pemeriksaan. 5.2 Semasa Kerja (Lif) 5.2.1 Semua peralatan pelindung diri seperti di atas hendaklah digunakan kecuali goggles dan dust mask pakai bila

perlu sahaja. 5.2.2 Pemeriksaan yang dijalankan hendaklah mengikut turutan yang terdapat di dalam senarai semakan pemeriksaan (checklist) seperti di bawah:a) Pemeriksaan di bilik jentera. b) Pemeriksaan di atas kereta lif. c) Pemeriksaan di dalam kereta lif. d) Pemeriksaan di dalam lubang lif dan e) pemeriksaan semasa ujian beban. 5.2.2a. Pemeriksaan di bilik jentera. Antara aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah:i. Pastikan laluan yang tidak terhalang ke bilik jentera, laluan tersebut hendaklah selamat dan sempurna seperti tangga yang tetap dan kedudukan yang sesuai. ii. Pastikan bilik jentera berada dalam keadaan yang kemas. Jika terdapat keadaan yang boleh membahayakan, pemeriksa seharusnya tidak meneruskan pemeriksaan dan tindakan sewajarnya perlu diambil termasuk menyita. iii. Pastikan keadaan-keadaan yang merbahaya seperti lubang-lubang dilantai yang membahayakan, kipas pengaliran udara, elektrik kabel, flywheel diadang dengan baik dan selamat. iv. Jentera-jentera yang bergerak seperti sheave hendaklah diberhentikan dahulu sebelum pemeriksaan. Sekiranya pemeriksaan terpaksa dibuat semasa jentera bergerak, pemeriksa hendaklah lebih berhati-hati untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku. v. Hendaklah seboleh-bolehnya jangan menyentuh peralatan lif yang tidak berkaitan dengan pemeriksaan lif tanpa mendapat penerangan dari orang yang berkebolehan. vi. Pastikan sheave dan kabel berkeadaan baik. * Sekiranya mana-mana perkara di atas tidak dipatuhi atau boleh membahayakan, pemeriksaan HENDAKLAH dihentikan sehingga keadaan tersebut diperbaiki. 5.2.2b. Pemeriksaan di atas kereta lif. i. Pastikan orang yang berkebolehan telah menukar suis normal kepada inspection sebelum masuk ke atas kereta lif.

Ini adalah untuk mengelakkan dari lif tidak dapat dikawal. ii. Pastikan lampu yang menpunyai pengadang dan berkeadaan baik dan menpunyai cahaya yang cukup untuk pemeriksaan disediakan. iii. Pastikan pengadang (guard rail) dipasang di atas kereta lif sebelum pemeriksaan seterusnya dijalankan. Ianya akan dapat mengelakkan pemeriksa dari terjatuh ke bawah. iv. Berhati-hati semasa masuk dan keluar dari atas kereta lif untuk mengelakkan dari terlanggar komponen-komponen lif yang boleh menyebabkan kemalangan. v. Pastikan bahagian jentera yang bergerak dihentikan dahulu untuk kerjakerja pemeriksaan dan pengukuran yang terperinci. vi. Tali pinggang keselamatan hendaklah digunakan untuk pemeriksaan atas kereta lif yang tidak rata seperti bubble lift. vii. Hendaklah berwaspada semasa berada di atas kereta lif daripada bahaya-bahaya sekeliling seperti pergerakan counterweight, kabel, protruding objects dan lain-lain bahaya. 5.2.2c. Pemeriksaan di dalam kereta lif. i. Pastikan lampu di dalam kereta lif mempunyai cahaya yang cukup dan dalam keadaan baik. ii. Hendaklah memastikan keadaan di dalam kereta lif adalah baik dan tidak terdapat barang-barang lain seperti test load, kayu, kepingan besi, welding set, tangga boleh alih dan sebagainya yang boleh menghalang kerja-kerja pemeriksaan dan pengukuran dijalankan di dalam lif. 5.2.2d. Pemeriksaan di dalam lubang lif. i. Pastikan keadaan lif berhenti apabila pintu lataran (landing door) dalam keadaan terbuka. ii. Pastikan tangga yang digunakan untuk turun ke lif pit berada pada kedudukan yang sesuai (berdekatan dengan lift door). iii. Pastikan maintenance switch dimatikan (off) dan lampu di dalam lubang lif dihidupkan. iv. Pastikan lift pit tidak berair atau terlalu kotor untuk mengelakkan

bahaya-bahaya gas toksid dan ancaman lain. v. Sebelum masuk ke dalam lif pit pastikan daripada Competent Person bahawa lower limit switch boleh berfungsi dengan baik. vi. Berhati-hati semasa kereta lif turun untuk mengukur runby lif dan bottom cleareance. * Sekiranya mana-mana perkara tidak dipatuhi dan didapati membahayakan pemeriksaan lif HENDAKLAH diberhentikan. 5.2.2e. Pemeriksaan semasa ujian beban. i. Semasa hendak mengambil ukuran jarak berhenti (stopping distance), pastikan pengadang yang selamat dipasang di tepi pintu lif. Sekiranya ukuran terpaksa diambil dari atas kereta lif, pastikan lif tidak membawa beban untuk mengelakkan berlakunya beban lampau (overloading). ii. Pemeriksaan Ujian Beban hendaklah mengikut Prosedur PKS-050. 5.3 Semasa kerja (Dumbwaiter) i. Pastikan semua perkara 5.2.2a dipatuhi. ii. Pastikan tripping by pass dibuat oleh Competent Person sahaja semasa menguji interlock dan lower limit switch. 5.4 Semasa kerja (Eskalator) i. Berhati-hati semasa berada berdekatan dengan machine pit kerana lantai yang licin memudahkan pemeriksa terjatuh ke dalamnya. ii. Elakkan memegang bahagian-bahagian yang membawa arus elektrik terutama di dalam machine pit. iii. Berhati-hati semasa memeriksa X-type escalator untuk mengelak dari tersepit antara dua bahagian bergerak. Eskalator jenis ini hendaklah mempunyai `warning sign dan pengadang yang effektif untuk mengelakkan daripada kemalangan. iv. Pastikan tidak memakai pakaian yang longgar dan labuh untuk mengelak dari tersangkut/tersepit pada comb/side eskalator. 5.5 Selepas kerja

i. Bersihkan diri. ii. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehydration. 6.0 PANDUAN KECEMASAN. i. Jika mengalami kecederaan atau tindakbalas alahan dapatkan rawatan dengan segera dan laporkan kepada Jabatan dengan segera. ii. Jika didalam keadaan kecemasan yang boleh menjejaskan keselamatan diri, sila laporkan kepada Jabatan dengan segera untuk mendapatkan bantuan polis jika perlu. 7.0 PENUTUP. Dengan memahami dan mengamalkan PKS ini, setiap kakitangan akan sentiasa dapat menjalankan kerja dengan cara yang selamat dan sihat. Kerja yang sentiasa dijalankan dengan mengikut prosedur kerja selamat akan dapat menghindar daripada berlakunya insiden kemalangan dan penyakit pekerjaan yang tidak diingini dan seterusnya menyumbang ke arah pembentukan budaya kerja selamat dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai