Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ VOKASIONAL ARAU

JALAN PADANG NYU


02600 ARAU, PERLIS.
KERTAS PENERANGAN
PROGRAMME

ELECTRICAL TECHNOLOGY

MODULE

INDUSTRIAL SAFETY

MODULE CODE

CEEK 101

LEVEL

1 SEMESTER 1

CREDIT UNIT

2.0

CONTACT HOUR

3.0 HOURS/WEEK

COMPETENCY

4 ( FIRE FIGHTING AND PREVENTION )

LEARNING STANDARD

4.1 IDENTIFY OF FIRE EXTINGUISHERS


4.2 EXPLAIN OF FIRE EXTINGUISHERS
4.3 PERFORM FIRE FIGHTING

NO KOD

CEEK 101/M01/C-04

MUKA : 1 DRP 9

NAMA PELAJAR :

TARIKH :

TAJUK : ALAT PEMADAM API DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


TUJUAN : Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar boleh:
a) Menerangkan definisi kebakaran serta kelas.
b) Menyenaraikan punca-punca kebakaran.
c) Menerangkan tindakan pencegahan kebakaran.
d) Menerangkan kepentingan pelan tindakan kecemasan semasa kebakaran.

NO KOD

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 2 drp 9

PENERANGAN :
Kebakaran adalah salah satu kemalangan / bencana yang berpotensi berlaku di bengkel.
Ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah menyebabkan kerugian yang besar.
Kemalangan tidak diketahui bila akan berlaku tetapi kita boleh mengurangkan risiko
kemalangan dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Begitu juga dengan kebakaran, kita
boleh mengurangkan risiko kemusnahan dengan mengamalkan langkah keselamatan yang
sesuai.
Apakah yang dimaksudkan dengan kebakaran?
Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan tiga elemen iaitu:
a) Haba
b) Bahan Api
c) Oksigen
Contoh:
Fenomena kertas terbakar
Bahan api : kertas
Oksigen : udara
Haba : percikan api
1.0

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Di antara punca-punca kebakaran ialah:
a) Membuang puntung rokok di merata-rata tempat.
b) Kecuaian mengasingkan bahan mudah terbakar dan tidak membersihkan lantai
daripada tumpahan bahan api.
c) Menukar kadaran arus fius dengan lebih besar.
d) Sambungan pendawaian terdedah atau rosak.
e) Perangkap kilat yang rosak.
f) Percikan bunga api di sambungan pendawaian yang terdedah.

NO KOD
2.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 3 drp 9

KELAS-KELAS KEBAKARAN

Tujuan pengelasan ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis punca api dan alat pemadam api
yang sesuai.
Kelas-kelas api
Kelas A
Kelas B
Kelas C
Kelas D

3.0

Kebakaran
Bahan organik seperti kayu, kertas, kain, sampah sarap, daun kering,
plastik dan sebagainya.
Pelbagai jenis gas seperti butane, propane, acetylene
Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol,diesel, kerosin dan
lain-lain.
Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti litarpintas dan lain-lain.
Pelbagai jenis logam mudah bakar seperti potassium,Sodium, titanium
dan lain-lain.

CARA-CARA API MEREBAK


Tujuan mengetahui cara-cara api merebak adalah untuk memudahkan langkah-langkah
mencegah atau mengawal diambil. Terdapat empat cara kemerebakan api.
a)

Pengaliran
Melalui logam. Apabila terkena bahan bakar, logam akan panas seterusnya
terbakar apabila sampai ke suhu nyalaan.

b)

Bahangan
Melalui pancaran cahaya dan menjadi panas seterusnya terbakar.

c)

Perolakan
Berlaku apabila udara panas naik ke atas bahan mudah bakar. Udara tersebut
akan mempengaruhi udara di sekeliling, bahan akan terbakar apabila udara jadi
terlalu panas.

d)

Terus
Akan membakar keseluruhan bahan bakar (merebak terus menerus). Contohnya
kebakaran rumah panjang.

NO KOD
4.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 4 drp 9

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN BAHAN YANG


MUDAH TERBAKAR

i.

Bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang selamat.


Kembalikan ke tempat asalnya selepas selesai digunakan.

ii.

Alat-alat pemadam kebakaran MESTI diletakkan di tempat yang terbuka dan mudah
dicapai. Ia juga perlu diperiksa oleh pihak yang bertauliah dari semasa ke semasa.

iii.

Jangan nyalakan api semasa bekerja di stor yang menyimpan bahan- bahan yang
mudah terbakar dan meletup. Elakkan merokok di kawasan tersebut.

iv.

Padamkan puntung rokok dengan betul sebelum di buang ke dalam tong sampah.

v.

Bekas-bekas tong, tin atau botol bahan yang mudah terbakar hendaklah di buang
atau disimpan di tempat yang selamat (jika perlu digunakan semula).

vi.

Lantai yang berminyak atau tapak tumpahan bahan yang mudah terbakar hendaklah
dibersihkan dengan segera.

vii.

Jika terdapat kabel, perkakas atau pendawaian yang terbuka, hendaklah dibaiki
dengan segera sebelum digunakan.

viii.

Gunakan pakaian dan alat-alat yang mempunyai ketahanan haba kebakaran jika
bekerja di kawasan yang mudah terbakar.

5.0

LATIHAN KEBAKARAN
Antara perkara penting dalam latih tubi kebakaran ialah mengenali bunyi tanda
amaran kebakaran, biasanya bunyi loceng berterusan. Kemudian mereka yang
terlibat dikehendaki berkumpul di satu kawasan lapang yang selamat, seperti di
padang.
Bagi bangunan yang mempunyai lif, jika kebakaran berlaku penghuni hendaklah
menggunakan tangga bagi mengelakkan dari terperangkap di dalam lif berkenaan.
Oleh sebab itulah amat penting untuk menyediakan dua laluan yang berbeza bagi
sesebuah bangunan. Pemilik juga perlu menyediakan pelan tindakan kecemasan
sebagai panduan kepada penghuni bangunan bertindak dalam saat kecemasan.

NO KOD
6.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 5 drp 9

KONSEP PEMADAMAN
Tujuan adalah supaya peserta tahu pelbagai cara untuk memadamkan kebakaran
dengan menggunakan media tertentu.
a) Melaparkan (starvation)
Pemadaman kebakaran cara ini boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu:
i.
Dengan memindahkan bahan api atau bahan mudah bakar yang belum
terbakar ke tempat yang lain. Contohnya memindahkan tangki minyak ke
dalam tangki kedua apabila tangki minyak pertama terbakar.
ii.
Memindahkan bahan yang terbakar itu daripada bahan api yang belum
terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas LPG yang terbakar ke
tempat lapang.
iii.
Dengan memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu kepada
bahan api yang lebih kecil supaya ia mudah dipadamkan.
b) Melemaskan (smothering)
Jika bekalan oksigen atau udara dapat dikurangkan daripada kebakaran maka
ia akan padam. Proses utama ini akan menghalang kemasukan oksigen ke dasar
api itu.
Caranya adalah seperti berikut:
i.
Menggunakan guni basah.
ii.
Menggunakan alat pemadam yang sesuai mengikut kelas kebakaran. Ia
membantu menyekat bekalan oksigen sekalogus mengurangkan potensi api
untuk marak / merebak.
iii.
Menutup pintu, bilik, tingkap dan lain-lain ruang udara bagi menyekat bekalan
oksigen dalam udara daripada terus memarakkan lagi api.
c) Menyejukkan (Cooling)
Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila suhunya
mencapai takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah dengan cara memindahkan atau
menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran.
Suhu kebakaran akan turun dan proses mengeluarkan gas atau wap mudah
bakar berkurangan.
i.
Menggunakan kaedah pemadaman menggunakan air dan CO. Ia akan
menyerap haba daripada kebakaran.
ii.
Menyekat gabungan unsur radikal bebas dengan oksigen melalui
penggunaan bahan seperti gas halon yang dapat menukar radikal bebas
menjadi gas lengai(inert gas atau tidak aktif).

NO KOD
7.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 6 drp 9

SISTEM KAWALAN KEBAKARAN


Sistem ini bertujuan untuk mengawal kebakaran jika berlaku. Dalam masa yang
sama, ia juga boleh mengurangkan risiko kemusnahan teruk yang berpunca dari
kebakaran.
Antara kaedah kawalan kebakaran yang biasa digunakan ialah:

Loceng Kecemasan
(fire alarm)
Alat Pemadam Api
(fire extinguisher)

Peranti Pengesan
Asap
(Smoke Detector)

Pintu Kalis Api


(fire resistant door)
Fire Sprinkler

Fire Hose Reel

a) Sistem penggera kebakaran


Sistem penggera kebakaran dipasang bertujuan mengesan dan menghantar
isyarat ke peti penggera kebakaran dan membunyikan loceng untuk

memberitahu penghuni untuk menyelamatkan diri.


Sistem penggera kebakaran merangkumi perkara-perkara seperti di bawah ini
i) Peti penggera kebakaran.
ii) Alat pengesan (haba, asap, flame dan gas)
iii) Alat penggera kebakaran kuasa elektrik/manual (break glass/siren).
iv) Contoh: fire alarm, smoke detector, heat detector

NO KOD

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 7 drp 9

b) Sistem Semburan Automatik


Sistem semburan automatik bertindak memadamkan kebakaran secara
automatik seperti berikut :
i)
ii)
iii)
iv)

Mengesan kebakaran.
Membunyikan siren.
Mengawal kemerebakan api
Memadamkan kebakaran.

Sistem ini biasanya menggunakan air untuk mengawal/memadam kebakaran.


c) Sistem Semburan Manual
i) Sistem Fire Hose Reel
Sistem ini dipasang bertujuan untuk:
Digunakan oleh penghuni bangunan bagi memadam kebakaran kecil sebelum
anggota bomba tiba.
Menyalurkan air terus-menerus ke tempat kebakaran apabila digunakan.
Mengurangkan penggunaan dan penempatan alat pemadam api jika sistem ini
dipasang pada sesebuah bangunan.
ii) Sistem Pili Bomba
Sistem ini dipasang bertujuan untuk:
Sebagai bekalan air segera bagi memadam kebakaran.
Digunakan oleh penghuni (yang terlatih sahaja) untuk memadam kebakaran.
Sumber air tambahan oleh pihak bomba bagi memadam kebakaran.

NO KOD
8.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 8 drp 9

ALAT PEMADAM API


Alat pemadam api pada asasnya boleh terdapat dalam 5 jenis mengikut bahan-bahan
pemadam yang digunakan seperti berikut:
Jenis Alat
Pemadam Api

Kelas
Kebakaran

Air

Buih

Karbon
Dioksida

Serbuk Kering

Kelas D

Jenis Kebakaran
Contoh: kayu, kain, kertas, daun kering dan
sebagainya.

A dan B

Contoh: kayu, kain, kertas, daun kering dan


sebagainya.
Contoh: gas seperti butane,propane, acetylene
Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol,
diesel, kerosin dan lain-lain

B dan C

Contoh: gas seperti butane,propane, acetylene


Pelbagai jenis cecair mudah bakarseperti petrol,
diesel, kerosin dan lain-lain.
Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti
litar pintas, pendawaian terbuka dan lain-lain.

Contoh: kayu, kain, kertas, daunkering dan


sebagainya.
Contoh: gas seperti butane,propane, acetylene
A, B dan C Pelbagai jenis cecair mudah bakar seperti petrol,
diesel, kerosin dan lain-lain
Berpunca daripada perkakasan elektrik seperti
litar pintas, pendawaian terbuka dan lain-lain.
D

Contoh: magnesium, sodium,potassium, sodium


potassium alloys,uranium dan serbuk
aluminum

NO KOD
9.0

CEEK 101/M01/C-04

Muka : 9 drp 9

PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API


a) Pemeriksaan, Servis dan Penyelenggaraan Tahunan
Alat pemadam api hendaklah di periksa oleh seseorang yang berkelayakan
dalam tempoh tertentu. Ini bertujuan mengenal pasti alat pemadam api yang
rosak / tidak berfungsi.
b) Ujian Pengeluaran
Semua alat pemadam api perlu menjalani ujian pengeluaran dalam masa 4
hingga 20 tahun bergantung kepada jenis alat pemadam api yang digunakan.
c) Ujian Tekanan
Sesetengah alat pemadam api seperti Karbon Dioksida (CO2) harus menjalani
ujian tekanan berkala mengikut BS 5430. Ujian ini dilakukan oleh pengusaha
kilang atau syarikat yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan ujian
tersebut.
d) Pengisian Tabung
Alat pemadam api MESTI diisi semula selepas digunakan dengan secepat
mungkin. Tong alat pemadam api perlu dilabel dengan tarikh pengisian, tarikh
pemeriksaan dan tarikh luput.

10.0

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)


Setiap organisasi / agensi / penghuni bangunan disarankan untuk membuat latihan
kebakaran sekurang-kurangnya sekali. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada orang ramai tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
Semasa latihan juga, semua penghuni akan diberitahu tentang laluan-laluan
kecemasan serta panduan dan larangan dalam menghadapi situasi kecemasan.

Sebaiknya latihan kebakaran dikendalikan secara bersama dengan Jabatan


Bomba kerana mereka lebih mahir dalam mengendali situasi serta mempunyai
pengalaman sebenar dalam menghadapi kebakaran.

Anda mungkin juga menyukai