Anda di halaman 1dari 16

BAB 10

PASUKAN SESALUR VOLTAN RENDAH


( PASUKAN SVR )

10.1 Pengenalan Kepada Pasukan Sesalur Voltan Rendah

Pasukan Sesalur Voltan Rendah merupakan pasukan yang membuat kerja di


bawah 450 volt.terdapat tiga pasukan SVR di TNB Zon Kulim. Pasukan ini
ditempatkan di setor yang berada sejauh tujuh kilometer dari pejabat pentadbiran.
Pasukan Sesalur Voltan Rendah ini ditempatkan di setor bagi memudahkan segala
peralatan, barangan keperluan dan pengankutan diperolehi dengan segera jika terdapat
masalah gangguan bekalan elektrik. Setor ini menempatkan kenderaan-kenderaan TNB
seperti lori, ( crane-auger ), van, ( crane-wagon ), dan kenderaan pacuan empat
roda.Peralatan seperti tiang, pengalir dan lain-lain juga disimpan disini.

10.2 Bahagian Senggaraan

Tugas bahagian senggaraan adalah seperti yang disenaraikan di bawah :


i. Menyelenggara sistem bekalan voltan tinggi dan voltan rendah.
ii. Memastikan semua pencawang dan semua pepasangan voltan rendah berada pada
tahap yang sentiasa baik dan sentiasa berdaya harap ( stabil ).
iii. Membuat senggaraan berjadual untuk semua sistem voltan rendah dan voltan tinggi.

10.3 Tugas Utama Dan Bidang Kerja

Jadual 10.3.1 di bawah menunjukkan jawatan dan tugas anggota dalam Pasukan
Sesalur Voltan Rendah.
Jawatan Bidang Kerja
Pasukan SVR - membuat kerja gangguan bekalan ( break-down ).
- membuat kerja senggaraan atas permintaan Pembaik
Kerosakan.
- membuat kerja senggaraan atas permintaan pengguna.
- membuat kerja atas permintaan arahan jurutera atau
foreman.
- membuat kerja senggaran berjadual.
- terlibat dalam kerja tunggu sedia.
Pasukan ( Crane-Augen ) - menanam dan mencabut tiang.
- membuat kerja-kerja ( break-down ).
- membuat kerja senggaraan permintaan pengguna.
- terlibat dalam kerja tunggu sedia.
Pemasang Talian - ketua pada sesebuah Pasukan SVR.
Juruteknik - bertanggungjawab pada arahan foreman senggaraan.
Foreman - bertanggungjawab pada arahan dari jurutera senggaraan.
Jadual 10.3.1 : Tugas Utama Dan Bidang Kerja Anggota Pasukan Sesalur Voltan
Rendah.
Sumber : Juruteknik Sesalur Voltan Rendah 1.

10.4 Prosedur Menjalankan Kerja Senggaraan ( Break-down )

Pusat Pengurusan Bekalan akan memaklumkan perkara ini kepada Juruteknik


Senggaraan. Setelah kebenaran diperolehi dari Juruteknik Senggaraan, Pusat
Pengurusan Bekalan akan memanggil Pasukan Sesalur Voltan Rendah. Selalunya
Pasukan Sesalur Voltan Rendah dalam situasi tunggu sedia akan diarahkan menjalankan
tugas. Segala peralatan dan barang-barang yang diperlukan akan dipesan dari setor
dengan menggunakan Borang Permintaan Barang-Barang Setor Kecemasan. Setelah
kelengkapan dan peralatan diperolehi, Pasukan Sesalur Voltan Rendah akan pergi ke
lokasi yang mengalami ( break-down ). Apabila kerja-kerja ini selesai, Pasukan Sesalur
Voltan Rendah akan memaklumkan kepada Pusat Pengurusan Bekalan bahawa kerja-
kerja senggaraan selesai.

Penerangan di bawah merupakan salah satu langkah kerja yang dilakukan oleh
Pasukan Sesalur Voltan Rendah apabila menangani kejadian ( break-down ).
i. ‘D’ Iron dibuka untuk membolehkan ‘shackle insulator’ yang mengikat pengalir
yang putus diturunkan dari tiang konkrit atau tiang kayu.
ii. Pengalir yang putus disambungkan dengan menggunakan :
- ‘Mid Span Joints’ = untuk pengalir tidak bertebat.
- ‘Saddle Line Tap’ = untuk pengalir bertebat dan tidak bertebat.
- ‘Insulation Piercing Connector’ = untuk pengalir bertebat.
Rajah 10.4.1 dibawah menunjukkan ketiga-tiga alatan yang digunakan dalam
proses penyambungan pengalir.

Rajah 10.4.1 : Alat Yang Digunakan Untuk Menyambung Pengalir.


Sumber : Nota Institut Latihan Ahmad Shah ( Seksyen Talin & Kabel )
iii. Pengalir yang sudah disambung, dicengkam dengan menggunakan ‘come along
tongs’.Tali bergaris pusat 16 mm digunakan untuk menarik ( come along tongs )
bersama pengalir tadi ke atas tiang.
iv. Pemasangan talian akan menyambung ‘come along tongs’ pada ‘ pull-lift’.
‘ Pull-lift’ digunakan untuk menegang dan mengendurkan pengalir.
Rajah 10.4.2 dibawah sebelah menunjukkan ‘come along tongs’ dan ‘
pull-lift’ yang digunakan oleh Pasukan Sesalur Voltan Rendah.

Rajah 10.4.2 : ‘Pull-Lift’ Dan ‘Come Along Tongs’


Sumber : Nota Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ( Seksyen Talian & Kabel )
v. ‘Shackle insulator’ dipasang pada ‘D’ Iron.Kemudian ‘come along tongs’ serta
‘pull-lift’ ditanggalkan dari pengalir dan kedua-duanya diturunkan dari tiang dengan
menggunakan tali.
Rajah 10.4.3 di muka surat sebelah menunjukkan kedudukan ‘shackle
insulator’ yang dipasang pada tiang.

Rajah 10.4.3 : Kedudukan ‘Shackle Insulator’ Pada Tiang.


Sumber : Nota Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ( Seksyen Talian & Kabel )
vi. Fius yang terhampir akan ditukar kerana ‘break-down’ akan menyebabkan dawai
elemen fius terputus.

10.5 Prosedur Menjalankan Kerja-Kerja Senggaraan Biasa

Pasukan Sesalur Voltan Rendah akan menerima satu boring senggaraan dari
Pusat Pengurusan Bekalan.Penyelia Pasukan Sesalur Voltan Rendah akan memesan
barang dan keperluan yang diperlukan dari setor. Pesanan ini akan dibuat dengan
menggunakan Borang Permintaan Barang-Barang Setor Kecemasan. Kemudian
alatan dan keperluan ini diberi kepada Pasukan Sesalur Voltan Rendah.Pasukan ini
akan ke lokasi kerja untuk menjalankan kerja senggaraan. Sebelum kerja dimulakan,
bekalan elektrik akan dipotong.

10.6 Prosedur Menjalankan Kerja-kerja Senggaraan Di


Atas Permintaan Pengguna Tanpa Kos Perkhidmatan

Juruteknik Senggaraan akan menerima surat permohonan dari pengguna. Surat


ini kemudiannya akan didaftarkan dalam buku permintaan pengguna. Juruteknik
Senggaraan akan menyerahkan surat ini kepada penyelia untuk dibuat anggaran kos.
Setelah anggaran kos dibuat, penyelia akan mengembalikan surat permohonan
pengguna bersama anggaran kos kepada Juruteknik Senggaraan.Setelah analisis dan
pernilaian dibuat oleh Juruteknik Senggaraan, juruteknik tersebut akan membuat
keputusan samada bayaran akan dikenakan atau tidak.

Pasukan Sesalur Voltan Rendah akan diarahkan membuat kerja-kerja


senggaraan ini. Apabila kerja senggaraan ini selesai, Pasukan ini akan menyerahkan
laporan kerja kepada Juruteknik Senggaraan. Juruteknik tersebut perlu mendaftar
kembali kerja ini di dalam buku permintaan pengguna. Akhirnya Juruteknik
Senggaraan akan membuat laporan dan memaklumkan kepada ‘Customer Relation
Officer’ (CRO ). Prosedur sebegini mengambil masa selama dua minggu untuk
disiapkan.

Cara kerja ini dibuat oleh Pasukan Sesalur Voltan Rendah adalah lebih kurang
sama dengan kerja senggaraan ‘break-down’. Perbezaan kerja senggaraan ‘break-
down’ dan kerja senggaraan atas permintaan pengguna tanpa kos perkhidmatan adalah
tiada pengalir putus yang perlu disambungkan.

10.7 Prosedur Menjalankan Kerja-kerja Senggaraan Di


Atas Permintaan Pengguna Dengan Kos Perkhidmatan

Juruteknik Senggaraan akan menerima surat permohonan dari pengguna. Surat


ini kemudiannya akan didaftarkan di dalam buku permintaan pengguna. Juruteknik
Senggaraan akan membuat anggaran kos barang-barang yang diperlukan dan kerja-kerja
yang akan dijalankan. Setelah anggaran kos dibuat, Juruteknik Senggaraan akan
menyerahkan surat permohonan pengguna bersama anggaran kos kepada Foreman
Senggaraan. Setelah analisis dan pernilaian dibuat oleh Foreman Senggaraan, ia akan
menyerahkan surat permohonan pengguna tadi bersama anggaran kos yang dibuat
kepada Jurutera Kendalian Dan Senggaraan. Jurutera tersebut akan menurunkan tanda
tangan pada surat permohonan dan anggaran kos tersebut. Proses seterusnya adalah
menyerahkan anggaran kos dan surat permohonan pengguna tadi kepada kerani
‘Rechargeable Job Order’.Kerani ( RJO ) ini akan memaklumkan kepada pengguna
tentang kos yang dikenakan.

Pengguna yang bersetuju dengan kos yang dikenakan, mesti membuat bayaran
penuh sebelum kerja dapat dimulakan. Apabila bayaran penuh dibuat, sepucuk surat
bersama nombor ( RJO ) akan dikeluarkan oleh kerani ( RJO ) kepada Juruteknik
Senggaraan.Nombor ( RJO ) digunakan dalam proses memesan barang. Setelah kerja
senggaraan ini dibuat oleh Pasukan Sesalur Voltan Rendah, Juruteknik Senggaraan akan
menyerahkan kembali borang-borang seperti di bawah kepada kerani ( RJO ) untuk
tindakan selanjutnya :
i. ‘Time sheet.’
ii. ‘Log sheet.’
iii. Salinan Borang Pesanan Barang.

Penerangan di bawah merupakan salah satu kerja senggaraan ( RJO ) yang


dijalankan oleh Pasukan Sesalur Voltan Rendah. Kerja senggaraan ini adalah untuk
mengubah kedudukan tiang konkrit ke tempat yang diminta pengguna.
i. Bekalan elektrik akan dipotong sementara kerja-kerja senggaraan ini dilakukan.
ii. Pemasangan talian akan menguji samada pengalir masih mempunyai arus elektrik
atau tidak.
iii. Proses membuang cas akan dilakukan oleh pemasang talian.
iv. Pengalir ditanggalkan dari ‘shackle insulator’ dengan membuka ikatan pada
pengalir.Rajah 10.7.1 di bawah menunjukkan ikatan pada pengalir.
Rajah 10.7.1 : Ikatan Pada Pengalir.
Sumber : Nota Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ( Seksyen Talian & Kabel ).

v. ‘D’ Iron dibuka dengan menanggalkan ‘bolt’, ‘nat’ dan ‘washer’ bagi membolehkan
‘shackle insulator’ bersama pengalir ditanggalkan dari tiang konkrit.
vi. Prosedur iv dan v diulang sehingga kesemua pengalir habis ditanggalkan dari tiang
konkrit.
vii. Lubang baru digali dengan menggunakan ‘crane-auger’. Rajah 10.7.2 di bawah
menunjukkan ‘crane-auger’ yang sedang menggali lubang.Kedalaman lubang yang
digali ialah sedalam 5 kaki sehingga 6 kaki.
Rajah 10.7.2 : ‘Crane-Auger’ Yang Sedang Menggali Lubang.
Sumber : Pasukan Sesalur Voltan Rendah C.

viii. Tiang konkrit ditarik keluar dari dalam tanah dan ditanam ke dalam lubang yang
baru dengan menggunakan ‘crane-auger’.
ix. Setelah selesai kerja pengalihan tiang, kesemua pengalir dipasang semula pada tiang
konkrit.
x. Akhie sekali bekalan elektrik akan diberi semula seperti sedia kala.
10.8 Prosedur Menjalankan Kerja Senggaraan Atas Arahan Terus

Arahan terus akan diberi dengan menggunakan E-mail.

10.9 Prosedur Menjalankan Kerja Senggraaan Berjadual

Kerja ini akan diberi kepada kontraktor yang berjaya dalam tawaran tender.

10.10 Kapasitor Bank

Kapasitor Bank digunakan untuk meninggikan voltan penghantaran kepada


pengguna. Fungsi Kapasitor Bank ialah akan menyimpan cas dan mengeluarkan cas
apabila diperlukan.
10.10.1 Prosedur Pemasangan Kapasitor Bank

i. Suis fius dipasang pada tiang.


ii. Kapasitor Bank dipasang atas sedikit daripada suis fius.
iii. Pasang wayar 7/.173 pada ‘cap’ dan suia fius.
iv. Bacaan voltan diambil untuk memastikan keberkesanan Kapasitor Bank.
Rajah 10.10.1 dibawah sebelah menunjukkan litar skematik pemasangan
Kapasitor Bank.

Rajah 10.10.1 : Litar Skematik Kapasitor Bank.


Sumber : Juruteknik Sesalur Voltan Rendah 1.
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana Kapasitor Bank
dipasang pada tiang spun, Rajah 10.10.2 di bawah menunjukkan Kapasitor Bank setelah
di ‘ON’ kan.

Rajah 10.10.2 : Kapasitor Bank Yang Dipasang Di Tiang Spun.


Sumber : Juruteknik Sesalur Voltan Rendah 1.

10.10.2 Prosedur Mengambil Bacaan Voltan

i. Digital Clamp Meter digunakan.


ii. Probe Neutral diletakkan pada wayar neutral.
iii. Probe ‘Live’ diletakkan pada wayar ‘Live’ ( merah, kuning dan biru ).
iv. Bacaan diambil dan direkodkan.
Jadual 10.10.1 di bawah menunjukkan data keputusan bacaan voltan dan arus yang
diambil.

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 1930 ( sebelum Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 203 3.1
2 225 0
3 234 4.7

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 1950 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 200 4.9
2 240 0
3 214 1.2

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 2000 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 204 2.6
2 237 0
3 218 2.1

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 2015 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Volatn ( V ) Arus ( Amp )

1 196 5.8
2 236 0
3 217 2.7

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 2030 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan )

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 196 6.6
2 239 0
3 222 1.9

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 2048 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 211 4.0
2 230 0
3 221 1.8

Bacaan Kapasitor Bank pada jam 2100 ( selepas Kapasitor Bank di ‘ON’ kan ).

Fasa Voltan ( V ) Arus ( Amp )


1 220 2.6

2 227 0

3 221 1.3
Jadual 10.10.1 : Data Bacaan Voltan Kapasitor Bank.
Sumber : Juruteknik Sesalur Voltan Rendah 1.

Anda mungkin juga menyukai