Anda di halaman 1dari 15

UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/1

UNIT 9 : UNIT PEMAPAR


OBJEKTIF

Objektif am : Dapat mengesan masalah dan membaikpulih Unit Pemapar.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda dapat :


§ Melukis dan melabelkan rajah blok unit pemapar
§ Mengesan masalah yang dihadapi oleh unit pemapar

§ Penyelenggaraan Unit Pemapar.


UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/2

INPUT

9.0 PENGENALAN
Unit pemapar selalu di rujuk dengan nama skrin atau paparan komputer.Ia mingkin
merupakan unit paparan monokrom atau berwarna.Bilangan warna yang boleh
dipaparkan bergantung kepada kad grafik atau RAM video (VRAM) yang dipasang
pada sesebuah komputer.

Rajah 9.0 : Unit Pemapar


Unit pemapar akan memaparkan maklumat yang terkandung didalam ingatan video
(video RAM). Maklumat ini mungkin berbentuk ASCII kod atau symbol grafik.
Pengawal tiub pancaran katod berfungsi untuk menukarkan byte di dalam ingatan
video kepada bentuk video, memberi maklumat keterangan dan isyarat pemasaan
yang diperlukan. Unit pemapar yang biasa digunakan ialah jenis PAPARAN IMBAS
RASTER.
Terdapat 4 teknologi unit pemapar:
1. TSK - Tiub Sinar Katod (CRT)
- menggunakan elektron yang di tembakkan keatas layar
phosporus untuk menghasikan paparan.
2. LCD - Liquid Crystal Display
- menggunakan cairan kristal untuk menghasilkan paparan
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/3

3. LED - Light Emitting Diode


- menggunakan LED-LED kecil ( 1” x 1” mengandungi 24 LED)
untuk menghasilkan paparan.
4. GAS Plasma - menggunakan campuran gas argon dan neon.Pecahan
gas ini menghasilkan elektron pembawa arus yang
menyalakan gas.

9.1 Cara-Cara Penyambungan Unit Pemapar Dengan Komputer


Terdapat 2 cara penyambungan bagi penghantaran data dari komputer kepada unit
pemapar.
I. 9 dan 15 pin penyambungan D
Isyarat video, isyarat penyegerakan pugak (VSYNC) dan isyarat
penyegarakan ufuk (HSYNC) dihantar secara berasingan ke unit
pemapar.
9 pin penyambungan D – untuk monitor CGA, EGA dan Macintosh.
15 pin penyambungan D – untuk monitor VGA dan SVGA.

Rajah 9.1: Rajah Penyambungan Unit Pemapar Dengan Komputer


UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/4

Maklumat Teknikal

Terminal Video Input

Rajah 9.2 : Gambarajah D – Subminiature male connector bersama penerangan pin

II. Kabel sepaksi.


Ia menggunakan bicu RCA. Isyarat adalah isyarat rencam yang
merupakan isyarat analog yang mengandungi isyarat video, isyarat
VSYNC dan HSYNC.

9.2 Jenis – Jenis Unit Pemapar


Dua jenis unit pemapar yang biasa digunakan ialah :
i. Unit pemapar Monochrome.
ii. Unit pemapar warna.

9.2.1 Unit pemapar Monochrome.


Unit pemapar ini menggunakan prinsip imbasan raster dan dapat mengeluarkan satu
warna sahaja. Warna yang dikeluarkan ini akan bergantung kepada jenis bahan
berpendaflour yang digunakan pada skrin.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/5

9.2.2 Unit Pemapar Warna.


Binaan pada unit pemapar warna adalah seakan – akan sama dengan pemapar
Monochorme, tetapi terdapat sedikit perbezaan pada senapang electron dan juga jenis
phosporus yang digunakan. Unit pemapar warna menggunakan 3 senapang electron
yang mana masing – masing mengeluarkan electron berwarna biru, hijau, dan merah.
Manakala phosporus yang digunakan pula adalah dari jenis yang boleh mengeluarkan
warna – warna biru, hijau, dan merah. Walaupun ia menggunakan 3 bahan sahaja
tetapi hasil pertindihan warna – warna pada senapang electron dan phosporus akan
menghasilkan lebih daripada 3 warna asal.

9.3 FUNGSI SETIAP BLOK SISTEM OPERASI TIUB SINAR KATOD


a) Senapang (RGB) - menghasilkan tembakan elektron-elektron yang
tertuju kepada titik-titik RGB di atas layar
phosporus.
b) Elektrod Fokus - menajamkan pancaran elektron supaya tumpuan
elektron pada layar nampak halus.
a) Elektrod Convergence - mengarahkan tembakan-tembakan elektron
tertumpu pada satu titik sahaja.
b) Yoke(gelung pemesung) - gelung-gelung elektromagnet yang
memesongkan elektron.Terdapat dua jenis
gelung:
Gelung ufuk – memesongkan elektron kekiri dan
kanan.
Gelung pugak – memesongkan elektron ke atas
dan ke bawah.
e) Masukan voltan tinggi - voltan positif tinggi yang menarik elektron 12kv
hingga 30kv.
f) Layar Phosporus - terdiri dari titik halus phosporus yang menyala
apabila terkena tembakan elektron.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/6

Rajah 9.3: Tiub Sinar Katod

9.4 Fungsi blok – blok unit pemapar.

Rajah 9.4: Gambarajah Blok Unit Pemapar

i. Penguat Video
Isyarat video akan dibesarkan dibahagian ini. Kawalan kecerahan akan
mengawal amplitud isyarat video yang keluar daripada penguat video.
Isyarat video ini akan dihantar ke katod.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/7

Pengayun pugak.
Pengayun ini berfungsi untuk mengeluarkan isyarat untuk plet
pesongan pugak. Plet ini akan memesongkan pancaran electron ke atas
dan ke bawah. Pengayun ini akan menggunakan isyarat VSYNC untuk
melaraskan keluarannya dengan bahagian penjana video. Sekiranya ini
tidak diselaraskan, gambar yang terdapat pada skrin akan bergulung.
ii. Pengayaun Ufuk.
Pengayun ini berfungsi untuk mengeluarkan isyarat plet pesongan
ufuk. Plet ini akan memesongkan pancaran electron ke kiri dan ke
kanan. Ia menggunakan isyarat HSYNC untuk menyelaraskan
keluarannya dengan bahagian penjana isyarat video. Isyarat keluaran
daripada pengayun ufuk ini juga digunakan bagi penghasilan voltan
tinggi untuk anod pada skrin.
iii. Tiub sinar katod.
Bahagian ini berfungsi untuk menggunakan isyarat video, isyarat
pengayun pugak dan isyarat pengayun ufuk untuk menghasilkan imej
pada skrin. Dalam tiub sinar katod ini terdapat senapang electron untuk
mengerluarkan electron.
iv. Fokus.
Bahagian ini menentukan bahawa pancaran electron yang dikeluarkan
oleh katod adalah padat untuk mendapatkan titik yang terangdan tajam
pada skrin. Ini dapat dicapai dengan menambah bezaupaya yang lebih
positif untuk menpercepatkan pergerakan electron. Kumpulan electron
ini tidak mudah untuk terpesong apabila bergerak laju. Oleh itu,
sinaran electron akan mempunyai ketumpatan electron yang tinggi dan
apabila sinaran electron ini menghentam skrin, satu titik yang jelas dan
tajam akan kelihatan.
v. Bahagian voltan tinggi.
Bahagian ini, menggunakan isyarat yang dikeluarkan oleh pengayun
ufuk dan menjanakan satu voltan arus terus yang tinggi dan positif.
Voltan ini biasanya bernilai dalam kilo volt. Voltan tinggi ini
digunakan pada anod di tiub sinar katod. Anod akan menarik
kumpulan electron yang dihasilkan oleh katod ke skrin.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/8

9.5 MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH UNIT PEMAPAR

Unit pemapar merupakan alat yang memaparkan keputusan-keputusan yang


dihasilkan oleh mikropemproses samada berbentuk text atau grafik. Unit pemapar
untuk system komputer mempunyai banyak persamaan dengan television. Oleh itu,
cara – cara pengesanan kerosakan pada television perlu digunakan untuk mengesan
kerosakan pada unit pemapar. Kerosakan dapat dikesan dengan analisa lakaran pada
skrin.
i. Kerosakan pada pengayun pugak.
Kerosakan pada bahagian ini, akan menyebabkan isyarat pada plet
pugak tidak selaras dengan bahagian yang menghasilkan video.
Kerosakan terus pada bahagian ini menyebabkan ketiadaan isyarat
plet pugak, maka pancaran electron hanya bergerakdari kiri ke
kanan sahaja. Oleh itu, hanya satu lakaran mendatar sahaja yang
terdapat pada skrin. Sekiranya isyarat pada plet pugak ini tidak
selaras denagan bahagian yang menghasilkan video, maka gambar
yang terdapat pada skrin akan bergulung.
ii. Kerosakan pengayun ufuk.
Kerosakan pada bahagian ini, mungkin akan menyebabkan
pengayun ufuk tidak mengeluarkan isyarat untuk plet pesongan
ufuk yang betul. Kerosakan terus pada bahagian ini, akan
menyebabkan ketiadaan isyarat untuk plet pesongan ufuk. Maka
pancaran electron hanya boleh dipesongkan ke ats dan ke bawah
sahaja. Oleh itu, akan terdapat satu lakaran menegak sahaja pada
skrin.
iii. Kerosakan pada tiub sinar katod.
Oleh kerana bahagian – bahagian yang terdapat pada tiub sinar
katod telah dipasang kekal, maka kerosakan pada bahagian ini
tidak boleh diperbaiki. Tiub sinar katod yang rosak perlu diganti
dengan yang baru. Antara kerosakan yang boleh terjadi ialah skrin
phosporus terbakar, pemanas untuk katod terputus, dan kerosakan
pada plet – plet pesongan. Kerosakan pada elemen pemanas atau
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/9

katod akan menyebabkan pancaran electron tidak terhasil. Oleh itu,


skrin akan menjadi gelap kerana tidak ada electron yang kena pada
lapisan phosporus.
iv. Kerosakan pada fokus.
Kerosakan pada bahagian ini, menyebabkan teks atau grafik yang
dihasilkan pada skrin tidak tajam, walaupun pelarasan fokus telah
dibuat.
v. Kerosakan pada bahagian voltan tinggi.
Kerosakan pada bahagian ini, menyebabkan tidak ada voltan atau
terdapat voltan yang salah pada anod. Ini menyebabkan, electron
tidak akan tertarik ke skrin. Oleh itu, skrin akan menjadi gelap.
Oleh kerana bahagian ini, mempunyai voltan tinggi, maka
pengawasan kejutan elektrik perlu dilakukan dalam pengeseran
kerosakan pada bahagian ini.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/10

AKTIVITI UNIT 9

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan


input selanjutnya ..
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas
di halaman berikutnya.

SOALAN :
a) Unit pemapar komputer menggunakan Proses Pengimbasan ( raster scanning )
yang melibatkan isyarat-isyarat segerak mengufuk (horizontal sweep) dan
memugak (vertical sweep) untuk membolehkan sinar katod (electron beam ) di
surihkan pada skrin fosforus.
i. Dengan gambarajah yang sesuai,terangkan bagaimana Proses
Pengimbasan pada UnitPemapar dilakukan.
ii. Lukiskan bentuk gelombang isyarat segerak mengufuk (horizontal
sweep) dan isyarat memugak (vertical sweep ).Terangkan bagaimana
isyarat-isyarat ini berkendali semasa Proses Pengimbasan.
b) Nyatakan 2 jenis penyambungan bagi penghantaran data dari komputer kepada
Unit Pemapar monokrom dan warna dan berikan nama-nama isyarat yang
dihantar.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/11

MAKLUMBALAS 9

JAWAPAN :
a) i. Proses pergerakan electron beam (raster scanning ).
• Proses scanning dilakukan dengan pantas.
• Satu titik pada lapisan phospor sahaja yang menyala pada sesuatu
ketika.Disebabkan proses scanning berlaku dengan pantas,seluruh
skrin kelihatan seakan-akan menyala.

ii. Bermula dari titik di penjuru kiri,electron beam digerakkan kepenjuru


kanan skrin.
iii. Electron beam memulakan baris baru dengan ditarik balik kekiri-
horizontal retrace.
iv. Proses (i) dan (ii) diulangi sehingga elektron berada pada baris terbawah
skrin
v. Electron beam ditarik balik kepenjuru kiri atas –vertical retrace.

ii. - Electron beam adalah di gerakkan merentasi skrin oleh dua


pasang elektromagnet yang dipanggil deflection yoke.Sepasang untuk
pergerakan melintang dan sepasang lagi untuk pergerakan menegak.
- Pasangan elektromagnet di kawal oleh isyarat berbentuk segitiga (saw
tooth) horizontal sweep dan vertical sweep.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/12

- Bila isyarat horizontal sweep adalah paling rendah,electron beam di


halakan pada kiri skrin.Bila ianya memuncak, electron beam berada
pada kanan skrin. Isyarat horizontal sweep menurun untuk
melakukan horizontal retrace.
- Bila isyarat vertical sweep adalah paling rendah , electron beam
berada pada sudut kiri atas. Bila ianya memuncak,electron beam
berada pada sudut kanan bawah.Isyarat vertical sweep menurun
untuk melakukan vertical retrace.
b) 2 jenis penyambungan komputer dengan unit pemapar dan kesesuaiannya:
i. 9-pin D connector
Ia biasa di gunakan pada kebanyakan komputer masa kini yang
mana isyarat video, penyegerakan pugak (V-sync ),isyarat
penyegerakan ufuk (H-sync) dihantar secara berasingan ke unit
pemapar.
ii. Kabel sepaksi
Ia menggunakan bicu RCA,isyarat adalah isyarat rencam yang
merupakan isyarat analog yang mengandungi isyarat video,H-syn
dan V-sync.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/13

PENILAIAN
KENDIRI

SOALAN :
a) Namakan 7 isyarat utama yang dihantar dari kad video ke unit pemapar.
b) Terangkan masalah-masalah yang berikut :
i. Skrin hitam dan tidak mempunyai gambar
ii. Gambar mengecut dan kecil
iii. Sebahagiamn dari gambar bergerak
c) Nyatakan 5 jenis Unit pemapar yang digunakan dalam komponen serasi
IBM.Apakah perbezaan diantara Unit Pemapar yang anda nyatakan
d) Apakah perbezaan diantara Unit pemapar RGB dengan Unit pemapar warna
komposit.

MAKLUMBALAS
PENILAIAN
KENDIRI
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/14

JAWAPAN :
a) Tujuh isyarat utama :
i. Vertical sync
ii. Horizontal sync
iii. Red Video
iv. Green Video
v. Blue Video
vi. Serial data line
vii. Serial clock line
b) i. Keadaan ini boleh berlaku jika unit pemapar tidak menerima sebarang
kuasa elektrik.
Berlaku litar pintas dan ini akan menyebabkan bekalan kuasa di
putuskan secara automatik bagi mengawal komputer dari rosak.
Tiub sinar katod tidak menghasilkan pancaran elektron ataupun
pancaran tidak dapat disegerakkan keseluruhan unit pemapar
ii. Litar ‘deflector’ mengurangkan outputnya.Pancaran elektron tidak
dapat dibuat kebahagian tepi unit pemapar dan gambar hanya tertumpu
pada bahagian tengah skrin.
iii. Kapasitor yang digunakan sebagai penapis dalam bekalan kuasa unit
pemapar mengalami kerosakan.
c) monokrom
CGA
EGA
VGA
Super VGA

Perbezaan di antara monitor-monitor :


UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/15

i. samada boleh memapar warna atau tidak


ii. resolusi skrin
iii. Perbezaan di antara monitor RGB dengan monitor warna komposit ialah
monitor RGB menggunakan isyarat-isyarat R,G,B, Intensity,V-sync dan
H-sync yang berasingan manakala monitor warna komposit menggunakan
isyarat komposit iaitu yang mana isyarat R,G,B,intensity,V-sync dan H-
Sync digabungkan menjadi satu isyarat.

Anda mungkin juga menyukai