Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

SOALAN LAZIM (FAQ)


BERKAITAN KAEDAH BAHARU PELAKSANAAN
PEPERIKSAAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA (SSS)
KERTAS 1 DAN 2 ( BAHAGIAN A & B)

KERTAS 1 - BAHAGIAN A & B

1. Bagaimanakah peperiksaan ini akan dijalankan ?

Calon akan hadir ke lokasi atau premis NIOSH untuk menduduki peperiksaan ini.
Calon perlu menjawab soalan yang diberikan pada skrip jawapan yang akan
diedarkan oleh Pengawas peperiksaan. Calon perlu hadir 30 minit awal dari jadual
yang telah ditetapkan (rujuk slip peperiksaan).

Hanya calon yang telah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan menduduki


peperiksaan bertulis di lokasi atau premis NIOSH.

2. Berapakah masa yang diberikan kepada calon menjawab peperiksaan kertas ini ?

Masa yang diberikan kepada calon bagi menjawab soalan ini adalah selama 2 jam.

- 45 minit (Kertas 1 Bahagian A – MCQ);


- 1 jam 15 minit (Kertas 1 Bahagian B – Struktur)

Untuk kertas 1 Bahagian B – Struktur, Calon perlu menjawab 5 soalan SAHAJA


daripada 8 soalan yang diberikan.

3. Apakah yang perlu dibawa calon untuk menghadiri peperiksaan ini ?

Calon perlu memuat turun dan membawa salinan slip peperiksaan ke premis NIOSH.
Hanya calon yang membawa salinan Slip Peperiksaan sahaja akan dibenarkan masuk
ke Dewan / Bilik peperiksaan. Calon dibenarkan membawa masuk salinan Slip
Peperiksaan, Alat Tulis & Kad Pengenalan SAHAJA semasa menduduki peperiksaan
ini.
BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

KERTAS 2A – PENILAIAN TAPAK BINA

1. Bagaimanakah peperiksaan ini akan dijalankan ?

Calon akan hadir ke premis NIOSH untuk menduduki peperiksaan ini. Pengawas
peperiksaan akan memaparkan video (situasi di tapak bina) semasa sesi peperiksaan
berlangsung. Calon perlu menjawab soalan yang diberikan pada skrip jawapan yang
akan diedarkan oleh Pengawas peperiksaan. Calon perlu hadir 30 minit awal dari
jadual yang telah ditetapkan (rujuk slip peperiksaan).

Hanya calon yang telah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan menduduki


peperiksaan bertulis di lokasi atau premis NIOSH.

2. Berapakah masa yang diberikan kepada calon menjawab peperiksaan kertas ini ?

Masa yang diberikan kepada calon bagi menjawab soalan ini adalah selama 30 minit.

- 20 minit tayangan video tapak bina;


- 10 minit tambahan masa peperiksaan

3. Perlukah calon membawa atau memakai PPE (Kasut Keselamaan (safety shoes) /
Topi Keselamatan/ Jaket Keselamatan) ?
Calon tidak perlu membawa atau memakai PPE semasa menghadiri peperiksaan
tersebut. Calon WAJIB memakai pakaian yang sopan semasa hadir ke premis NIOSH.

4. Apakah yang perlu dibawa calon untuk menghadiri peperiksaan ini ?

Calon perlu memuat turun dan membawa salinan slip peperiksaan ke premis NIOSH.
Hanya calon yang membawa salinan Slip Peperiksaan sahaja akan dibenarkan masuk
ke Dewan / Bilik peperiksaan. Calon dibenarkan membawa masuk salinan Slip
Peperiksaan, Alat Tulis & Kad Pengenalan SAHAJA semasa menduduki peperiksaan
ini.
BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

KERTAS 2B – PENILAIAN PEMBENTANGAN

1. Bagaimanakah peperiksaan ini akan dijalankan ?

Penilaian pembentangan ini akan dijalankan menggunakan kaedah persidangan video


atas talian menerusi aplikasi Zoom meeting dengan menggunakan Komputer Riba
SAHAJA. Calon perlu bersedia 30 minit awal di Zoom yang telah ditetapkan.

2. Berapakah masa yang diberikan kepada calon menjawab peperiksaan kertas ini ?

Masa yang diberikan kepada calon bagi menjawab soalan ini adalah selama 20 minit.

3. Adakah calon perlu hadir ke premis NIOSH untuk menduduki peperiksaan ini ?

Calon tidak perlu hadir ke premis NIOSH untuk menduduki peperiksaan ini. Calon
boleh membuat pembentangan menerusi aplikasi Zoom tersebut di mana-mana
lokasi DAN calon juga perlu memastikan lokasi tersebut berada di dalam persekitaran
yang tidak terganggu daripada bunyi bising dan sebagainya.

4. Apakah persediaan calon sebelum menduduki peperiksaan ini ?

Pegawai (PIC) Bahagian Peperiksaan dan Persijilan NIOSH akan menghantar


makluman peperiksaan dan pautan telegram menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
kepada calon peperiksaan yang terlibat.

Calon perlu memuat turun aplikasi Telegram dan Zoom Meeting sebagai persediaan
awal bagi menduduki peperiksaan tersebut. Pautan atau invitation link di Zoom
Meeting akan diberikan oleh Pegawai (PIC) Bahagian Peperiksaan dan Persijilan
NIOSH menerusi Channel Telegram.

Panduan Peperiksaan Calon Secara Atas Talian DAN Panduan Penggunaan Zoom juga
akan dihantar ke Channel Telegram tersebut sebagai rujukan calon. Kesemua
panduan tersebut boleh didapati dipautan http://www.niosh.com.my/core-
activities/examination/regulatory-examination#examination-information-highlight

Anda mungkin juga menyukai