Anda di halaman 1dari 6

Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd.

(Company No: 241154-H)

Laporan Latihan
Forklift Operator & Safety
22th Mei 2015

bertempat di

Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd.


(Tawau Processsing Plant)

Disediakan oleh:

Masri Bin Tamin


(Safety & Health Officer)

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 1


1. Pengenalan
Latihan pengendalian keselamatan Forklift ini telah dijalankan selama 1 hari pada 22 Mei 2015 (Jumaat)
bertempat di Tawau Processing Plant -Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd. Program latihan ini melibatkan
beberapa wakil pekerja yang mengendalikan Forklift di tempat kerja.

Tujuan latihan Forklift ini diadakan adalah untuk:


 Melatih pemandu dan pengendali Jenangkut (Forklift) berdasarkan prinsip operasi, pemanduan
selamat dan kesedaran bahaya di dalam persekitaran kerja.
 Untuk mendedahkan peserta kepada amalan membuat pemeriksaan awal dan penyelenggaraan
yang betul.
 Untuk menerangkan tentang pematuhan perundangan AKKP (OSHA 1994).
 Melatih peserta secara teori dan praktikal mengenai sistem kerja selamat sepanjang pengendalian
jenangkut (forklift).

2. Ringkasan Aktiviti

22.05.2015 – Jumaat
Aktiviti/Program Huraian Aktiviti
8.00 - 8.30am : Ketibaan Peserta/ Pendaftaran
Para peseta berkumpul di Conference Room (Meeting Room)
Tawau Processing Plant.
8.30am : Sesi Penerangan Teori
Pengenalan dan Tujuan Latihan Pengenalan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
-Asas Komponen/Bahagian Jenangkut (1994) –Seksyen 15 & 24. (Penalti)
Bahagian Asas Jenangkut
Sistem Kod Jenangkut
-Plat Data & Nombor Siri
Segitiga Keseimbangan
(Stability Triangle)
10.00am : TEA BREAK
10.15 am Carta Muatan Beban & Pusat Beban
-Amalan Pemanduan Selamat
-Tips Keselamatan Pengendalian
Tayangan Video:
-Forklift Safety Operation
-Common Accident of careless driver

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 2


Aktiviti/Program Huraian Aktiviti
12.00pm : LUNCH BREAK
2.00 pm Pemeriksaan awal Jenangkut secara harian & mingguan
Instrumen Panel & Kawalan Pemanduan
Komponen major dan fungsi di dalam Jenangkut
3.00 pm : SESI PRAKTIKAL
-Pemeriksaan Keadaan Sekeliling,
-Pemeriksaan Operasi Awal
Latihan Mengendali Forklift dengan menggunakan beban
-Teknik Loading & Unloading
-Teknik Stacking & Destacking
4.30 pm Penilaian Kefahaman (Assessment)
5.00 pm : PROGRAM TAMAT

3. Kesimpulan
Para peserta telah banyak didedahkan dengan cara-cara keselamatan sepanjang pengendalian forklift.
Kesilapan umum yang biasa dilakukan oleh pemandu/ pengendali turut ditunjukkan untuk memberi
pemahaman yang lebih jelas tentang punca bahaya (Unsafe Act) atau (Unsafe Condition).

Para peserta telah memberi respon yang positif dan mengikuti latihan dan ujian yang telah disediakan.
Diharapkan agar program latihan kompetensi seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk
melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan fleksibel dalam mengendali jentera khususnya
jenangkut (forklift).

Lampiran turut disertakan bersama laporan ini:


LAMPIRAN 1: Gambar sepanjang program latihan 1 hari.
LAMPIRAN 2: Tips Keselamatan Sepanjang Pengendalian Jenangkut (Forklift)
LAMPIRAN 3: Senarai Peserta Kursus Latihan

“SAFETY FIRST, LAST & ALWAYS”

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 3


LAMPIRAN 1

Penerangan Teori dan Pemahaman Asas mengenai Jenangkut (Forklift)

Sesi pemeriksaan operasi awal, teknik mengangkat, memindahkan, stacking & destacking.

Sesi Ujian Kefahaman kepada semua peserta kursus.

Sesi bergambar bersama perserta & jurulatih (trainer: En Marsuki - UMW)

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 4


LAMPIRAN 2

Tips Keselamatan Sepanjang Pengendalian Jenangkut (Forklift):

1. Hanya pemandu yang terlatih dan berkenaan sahaja yang boleh mengendalikan jenangkut.
2. Sebelum memulakan kerja, pastikan periksa jenangkut yang akan digunakan.
3. Laporkan sebarang kerosakan dan keperluan untuk membaiki.
4. Patikan tidak membawa lebih muatan (mengikut had yang dibenarkan)
5. Gunakan saiz pallet yang betul dan sentiasa maksimakan kelebaran fork untuk kestabilan.
6. Periksa beban yang tidak kemas dan tidak rata. Pastikan sentiasa mengimbangi beban pada fork.
7. Elakkan menaikkan beban pada permukaan yang condong.
8. Jangan benarkan sesiapa sahaja berdiri di bawa cabang (fork) yang dinaikkan.
9. Sentiasa jauhi tangan dan kaki dari kawasan sekitar tiang (mast).
10. Sentiasa gunakan struktur sambungan atau pecahan untuk beban yang tinggi.
11. Jangan menaikkan beban pada kedudukan tiang (mast) yang condong.
12. Beban yang dibawa harus rendah dengan paras lantai (10 -15cm).
13. Pastikan tiang (mast) condong ke belakang apabila membawa beban.
14. Amalkan tabiat memerhati di sekitar jenangkut sebelum bergerak.
15. Bergerak dan berhenti secara beransur-ansur dan perlahan.
16. Setiap masa, pastikan jenangkut sentiasa dalam kawalan yang selamat dan betul.
17. Tentukan jarak yang selamat dengan kenderaan yang lain. Elakkan memotong kenderaan lain.
18. Sentiasa berwaspada sepanjang tempoh pengendalian.Elakkan terleka atau mengantuk.
19. Perlahankan kenderaan di kawasan yang basah dan licin.
20. Ketika di selekoh, pandu perlahan dan bunyikan hon untuk amaran kepada orang yang tidak dilihat.
21. Elakkan melalui sebarang objek yang ada di atas laluan forklift,. Alihkan terlebih dahulu.
22. Selalu perhatikan bebanan pada bahagian atas untuk elakkan pelanggaran yang tidak disengajakan.
23. Perhatikan kelegaan di setiap sisi forklift semasa membawa muatan panjang.
24. Apabila membelok, perhatikan bahagian di belakang.
25. Elakkan hujung cabang (fork) dari merempuh sebarang objek.
26. Pandu secara undur (reverse) apabila membawa beban besar.
27. Pastikan had kemampuan lantai boleh menampung berat jenagkut.
28. Semasa memasukan / mengeluarkan muatan, pastikan padanya penahan brek pada trailer kontena.
29. Sentiasa memandu dengan keadaan beban ke atas pada laluan lereng. Dapatkan bantuan jika perlu.
30. Jangan mengangkat seseorang (penumpang) untuk tujuan mengangkat atau membawa ke tempat lain.
31. Matikan suis apabila tidak menggunakan jenangkut. Dilarang MEROKOK semasa mengisi minyak.

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 5


LAMPIRAN 3: Senarai Peserta Kursus Latihan

FORKLIFT OPERATORS & SAFETY TRAINING 2015

PARTICIPANT LIST

Name Designation & Section


1. Mazlan Bin Karim Tawau PP -Loading
2. Pimal Bin Ali Basa Tawau PP -Loading

3. Mohammad Bin Akmadul Tawau PP -Loading

4. Rasya Bin Mustamang Tawau PP -Receiving

5. Azmi Bin Mukim Tawau PP -Receiving

6. Marsan Bin Syamsuddin Tawau PP -Dry Store Asst

7. Ariff Bin Dosking Tawau PP - Dry Store

8. Abd Mujib Bin Zul Tawau PP - Dry Store

9. Muhaimin Bin Abd Harim Semporna PP

10. Ramos Asain Pala Semporna PP

11. Sirajan Bin Empah Semporna PP

12. Alesming Bin Sidi Tawau Farm 2

13. Bulanya Binti Matondang Tawau Farm 2

14. Tauhid Maidin Tawau Farm 1

15. Makmur Bin Kahar Tawau Farm 1

Forklift Operators Safety -Training 2015 Page 6

Anda mungkin juga menyukai