Anda di halaman 1dari 2

No.

WI/OHS/11
Issue No. 03
Tenaga Tiub Sdn. Bhd.
Date 01-11-2013
Prosedur Kerja Selamat (SWP)
Revised
15-04-2022
Date

Pengendalian Kren Laluan Atas dan Kerja Mengangkat


1.0 Arahan

 Jangan mengangkat sebarang peralatan atau bahan melebihi had kerja


selamat/keupayaan “overhead crane”

 Pastikan “overhead crane” dalam keadaan yang selamat sebelum mula kerja
mengangkat. Lakukan pemeriksaan visual pada bahagian kren berdasarkan senarai
semak yang disediakan. Jika ada masalah pada bahagian kren, baiki dengan segera
sebelum gunakan kren.

 Sentiasa mengangkat material setelah mastikan material dimuatkan pada cangkuk


dalam keadaan sempurna. Rantai/sling angkat mesti dikepit oleh “safety latch”.

 Rantai dan belt mengangkat mesti dipasang/diikat dengan betul pada beban supaya
kerja mengangkat dapat dilakukan dengan selamat. Gunakan “shackle” yang sesuai.

 Jangan ikat rantai/belt mengangkat terus pada lifting lug. Gunakan “shackle”.

 Pastikan beban berada di kedudukan yang stabil dan lifting lug di tengah-tngah untuk
mengelak ketidakeseimbangan atau pergerakan yang tidak dapat diramal.

 Pastikan lifting hook diletakkan tepat di atas anggaran pusat gravity.

 Pastikan beban tidak dialihkan secara mengejut melainkan jurupandu (signalman) telah
diberi infomasi sebelum beban dialaihkan.

 Pastikan rantai/belt yang digunakan berkapasiti lebih tinggi daripada berat beban.

 Pastikan rantai/belt yang digunakan bebas daripada sebarang kecacatan seperti


koyakan, torehan dan tusukan. Rantai/belt yang mempunyai kecacatan mesti
dilupuskan segera daripada tempat kerja.

 Jangan mengangkat material terlalu tinggi (melebihi dari yang ditetapkan) yang boleh
menyebabkan kerosakan kepada rantai.

 Gunakan “spreader bar” untuk mengangkat beban yang panjang.

 Ikat tali pada beban yang besar atau panjang bagi mengawal proses mengangkat.

 Alas permukaan/bucu yang tajam bagi mengelakkan rosak/putus belt mengangkat.

 Kenalpasti saiz barang sebelum mengangkat. Jangan mengangkat barangan yang


berbeza saiz menggunakan cangkuk yang berasingan serentak.

 Pastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang jurupandu (signalman) bagi proses


mengangkat. Jurupandu mestilah memastikan arahan diberikan dengan jelas ketika
mengangkat dan menurunkan barang. Arahan boleh diberikan melalui isyarat suara.
No. WI/OHS/11
Issue No. 03
Tenaga Tiub Sdn. Bhd.
Date 01-11-2013
Prosedur Kerja Selamat (SWP)
Revised
15-04-2022
Date
 Isyarat suara bagi melaksanakan kerja adalah dengan 1 tiupan wisel yang panjang
manakala bagi memberhentikan kerja adalah dengan 2 tiupan wisel yang pendek.

 Pastikan material yang hendak di angkat diikat dengan ketat / cangkuk supaya tidak
tergelincir dari cangkuk semasa kerja mengangkat.

 Pekerja tidak dibenarkan berada / menghulurkan anggota badan di bawah beban yang
sedang diangkat. Bahagian bawah beban yang sedang diangkat mesti bebas daripada
pekerja.

 Angkat barang dengan perlahan. Jangan terlalu laju sehingga hilang kawalan untuk
mengawal pergerakan beban.

 Pastikan tiada penambahan beban tambahan secara mengejut ketika melakukan kerja
mengangkat. Rancang kerja dengan baik sebelum memulakan kerja.

 Bahagian penyelenggaraan (maintenance) bertanggungjawab untuk menjalankan


pemeriksaan dan ujian kelengkapan pengendalian mengikut jadual melalui pekerja
kompeten.

 Pastikan semua kelengkapan pengendalian berada dalam keadaan kerja dan tiada
kerosakan kepada peralatan tersebut.

 Pakai topi keselamatan, kasut keselamatan dan sarung tangan kulit sebelum
menjalankan kerja.

Anda mungkin juga menyukai