Anda di halaman 1dari 3

Tanjung Mowtas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Safety, Health &

Sabah, Malaysia. Environment


WELDAN MARINE SERVICES
SDN BHD Tel : (089) 616 222 Fax : (089) 616 888

PROSUDER KERJA SELAMAT (FORKLIFT – TRAK ANGSUN)


Alat Perlindungan Diri (PPE)

Hazard Yang Dikenalpasti


 Beban terjatuh apabila diangkat  Kasut Keselamatan
 Trak angsun terbalik apabila mengangkat  Topi keselamatan
muatan  Baju pemantul cahaya
 Lebih muatan
 Jalan tidak rata
 Dilanggar trak angsun

SEBELUM OPERASI

1. Hanya operator yang telah dilatih sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan trak angsun.
Sebarang penggunaan adalah dilarang sama sekali bagi mereka yang belum dilatih dan disahkan
kompeten.
2. Sebelum bermula, jalankan pemeriksaan harian ke atas trak angsun terutamanya pada tombol,
brek, lampu dan hon. Sekiranya terdapat kerosakan, baiki ia terlebih dahulu sebelum dibenarkan
untuk digunakan.
3. Pastikan tali pinggang keselamatan dalam keadaan baik. Gunakan tali pinggang keselamatan
sewaktu mengendalikan trak angsun.
4. Ketahui kemampuan Beban Kerja Selamat (Safe Working Load – SWL) trak angsun terlebih
dahulu. Jangan mengangkat beban yang melebihi kapasiti sesebuah trak angsun.
5. Mengetahui bahawa SWL sesuatu trak angsun itu akan berkurangan apabila tiang (mast) di
condongkan (tilt) ke hadapan.
6. Pastikan kedua-dua bilah pengangkat (lifting fork) dalam keadaan baik dan berpusat (centred) pada
kedua-dua bilah.
7. Periksa tekanan angin pada tayar. Jangan memandu dengan tayar yang pancit.

SEMASA OPERASI

1. Sekiranya trak angsun adalah jenis kuasa bahan api, jangan gunakan terlalu lama di kawasan
tertutup.
2. Sentiasa memerhati orang yang berada disekeliling. Jangan memandu laju di kawasan yang padat
dengan orang awam. Patuhi peraturan had kelajuan.
3. Dilarang untuk menumpangkan orang lain di atas kren selain daripada operator. Mengangkat orang
Tanjung Mowtas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Safety, Health &
Sabah, Malaysia. Environment
WELDAN MARINE SERVICES
SDN BHD Tel : (089) 616 222 Fax : (089) 616 888

mengunakan kren juga adalah dilarang sama sekali.


4. Jika terdapat barangan di atas palet, pastikan ianya telah diikat rapi dan stabil di atas bilah
pengangkat sebelum diangkat.
5. Sentiasa memerhati siling dan apa-apa gangguan di atas kepala sebelum menaikkan tiang (mast).
6. Jangan mengangkat beban sekiranya tiang (mast) sedang dicondongkan (tilt) ke hadapan.
7. Pastikan bahagian yang paling berat pada beban diletakkan pada load backrest iaitu berdekatan
dengan trak angsun. Jangan meletakkan bahagian paling berat pada beban jauh dari pusat graviti
trak angun.
8. Jangan memandu dengan beban yang menghalang pandangan pemanduan. Minta bantuan daripada
orang lain (watchmen) sebagai penunjuk arah sekiranya penglihatan terbatas.
9. Apabila menghampiri mana-mana selekoh ataupun titik buta, pandu dengan perlahan dan bunyikan
hon.
10. Kurangkan kelajuan sekiranya melalui kawasan jalan yang basah dan licin.
11. Dilarang untuk memandu trak angsun sewaktu bilah pengangkat diangkat tinggi.
12. Elakkan membrek dengan keras/kasar terutamanya sewaktu mengangkat beban. Ini boleh
menyebabkan beban terhumban ke hadapan.
13. Jangan cuba untuk memusingkan trak angsun sewaktu berada di kawasan bukit. Tunggu sehingga
sampai ke kawasan yang rata untuk berbuat demikian. Sewaktu mengangkat beban menuruni bukit,
pandu trak angsun secara mengundur untuk turun ke bawah bukit.
14. Sekiranya perlu meninggalkan trak angsun buat sementara waktu, jangan tinggalkan bilah
pengangkat terangkat tinggi. Turunkan ia pada paras lantai sebelum meninggalkannya.
15. Jangan keluar dari trak angsun semasa enjin masih dalam keadaan hidup kecuali keadaan gear telah
betul-betul dipastikan pada keadaan neutral dan brek telah dipasang sebelum meninggalkannya.
16. Jangan mengendalikan trak angsun di atas tanah atau jalan kerikil (gravel). Hanya jalan yang
berkonkrit atau tar sahaja dibenarkan.

SELEPAS OPERASI

1. Parkir trak angsun di kawasan yang mempunyai jalan yang rata dan turunkan bilah pengangkat
selari dengan paras lantai.
2. Pastikan gear dalam keadaan neutral dan brek telah pun dipasang.
3. Matikan enjin dan cabut kunci.
Tanjung Mowtas, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Safety, Health &
Sabah, Malaysia. Environment
WELDAN MARINE SERVICES
SDN BHD Tel : (089) 616 222 Fax : (089) 616 888

TINDAKAN JIKA BERLAKU KECEMASAN


1. Sekiranya terjadi apa-apa kemalangan seperti: -
a. Dihempap beban yang diangkat
b. Trak angsun terbalik
c. Dilanggar trak angsun
- Pastikan sama ada mangsa masih sedar atau tidak. Alihkan mangsa ke tempat yang lebih
selamat.
- Dapatkan bantuan daripada pasukan rawatan kecemasan.
- Laporkan perkara ini kepada pihak atasan dan unit keselamatan dan kesihatan untuk
tindakan lanjut.

Disediakan Oleh: Diperiksa Oleh: Disahkan Oleh:

Mr. Raphael Ricky Sedomon Mr. D Mohd Edzhar Bin D Harun Mr. Chiam Tshoi Hock
Penyelia Keselamatan Tapak Bina Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pengarah Urusan
Weldan Marine Services Sdn. Bhd Weldan Marine Services Sdn. Bhd Weldan Marine Services Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai