Anda di halaman 1dari 2

24hb March 2010

Pegawai Penjaga Balai,


Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia,
Balai Bomba & Penyelamat Bandar Baru Bangi,
Persiaran Kemajuan Seksyen 16,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. : Encik Mohd Zamri Hashim)

Tuan,

Per: Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill)

Berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

Buat pengetahuan pihak tuan, kilang kami akan membuat latihan pengosongan bangunan pada
29hb April 2010 ( Hari Khamis ) pada jam 11:00 pagi. Semua bahagian akan terlibat dalam
latihan ini. Semasa latihan berlaku, kami akan selitkan latihan pertolongan kecemasan dan
latihan pemadaman api menggunakan alat pemadam api ( Fire Extinguisher ).

Di sini kami ingin mengundang pihak tuan atau wakil ke kilang sebagai pemerhati pada tarikh
tersebut. Pihak tuan dialu-alukan untuk memberi komen dan nasihat tentang perlaksanaan latihan
tersebut. Kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk hadir ke latihan ini.

Di sini pihak ERT syarikat lampirkan Agenda Pengosongan Bangunan ( Fire Drill ) untuk
Rujukan pihak tuan.

Semoga dengan kehadiran pihak tuan akan memberi semangat kepada semua pekerja untuk
melaksanakan latihan tersebut dengan lebih bersungguh-sungguh. Kerjasama dan keperihatinan
pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas;


b.p. XXXx.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX xxxxXXXXXXX
Penyelaras ERT Ketua Komander ERT
xXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXX
Agenda Pengosongan Bangunan ( Fire Drill )

11:00 pagi : Loceng Kebakaran dibunyikan ( Latihan Fire Drill )

11 :03 pagi : Berkumpul kecemasan

11: 08 pagi : Pengiraan orang bertanggungjawab jabatan kepada


Ketua “Evacuation”. Yang hilang Ketua Evacuation
Aktifkan “Rescue Team”.

11: 10 pagi : Serahan jumlah pengiraaan Ketua Evacuation kepada


Ketua Komander.

11:12 pagi : “Rescue Team” sampai membawa mangsa

11: 15 pagi : Pengistiharkan keadaan terkawal oleh Bomba / Ketua


Komander

11: 18 pagi : Latihan Pertolongan Cemas Kepada Mangsa


( Bandage )

11:30 pagi : Latihan pemadaman api.

11 : 45 pagi : Komen dan nasihat Pasukan Bomba dan Penyelamat

12 : 15 tengahari : Penutup Latihan Fire Drill.

12: 30 tengahari : Jamuan Makan Tengahari &


penyampaian cenderahati.

Anda mungkin juga menyukai