Anda di halaman 1dari 2

Taklimat Ringkas Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Baca Bimisllah) Yang Berhormat, Datuk Dr. S.

Subramaniam Menteri di Kementerian Sumber Manusia, Malaysia Yang Berhormat, Senator Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia, Malaysia Ketua Setiausaha, Timbalan2 KSU, KP2,P2, CEO2, tuan2 yg saya hormati sekelian Sebagai sebuah institusi yang mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kami komited untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan para hadirin sekelian. Saya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan CIAST akan menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika berlaku insiden kecemasan semasa tuan-tuan berada di Auditorium ini.

Jika berlakunya insiden kecemasan, pegawai insiden akan membuat panggilan baris, dan tuan-tuan diminta berbaris dan keluar dengan tenang mengikut pintu keselamatan di sebelah kanan dan kiri saya atau di pintu belakang auditorium ini. Tuan-tuan diminta berhimpun di check point bersebelahan konkos dan bangunan ini atau dihadapan bangunan pentadbiran. Pegawai insiden akan memastikan tuan-tuan dapat keluar dengan selamat dan jika ada yang terperangkap, tindakan menyelamat akan dilakukan segera. Saya berharap pada Nya supaya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan majlis ini dapat berjalan dengan lancar, Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai