Anda di halaman 1dari 27

Tarian Rakyat

Tarian Dabus
Sejarah Awal Tari Dabus
 Menurut cerita-cerita mulut, kisah bermula
sejak zaman pembinaan Islam, semasa
Khalifah Zainal Abidin anak kepada Saidina
Hassan dan cucu kepada Saidina Ali.
 Dalam masa itu telah berlaku perselisihan

antara dua puak hingga menyebabkan


berlaku peperangan.
 Maka dalam usaha menakutkan pihak
lawannya kumpulan yang menyokong Saidina
Ali mencipta tarian dabus.
 Kononnya di zaman itu, penari-penari boleh

meniti di atas pedang, dihimput dengan batu,


meranduk dalam api, digigit ular bisa dan
melukakan anggota badan dengn alat dabus
 Segala luka dan rasa sakit akan pulih seperti

sediakala setelah dijampi oleh ketua


kumpulan
Sejarah Perkembangan Tari Dabus
 Dabus adalah tarian pahlawan negeri Perak.
Pada awalnya, ia tarikan oleh lelaki sahaja
menggunakan pakaian pahlawan Melayu
Perak.
 Seramai 8 hingga 12 orang akan menari

sambil diiringi oleh paluan alat muzik rebana.


 Dipercayai, tarian ini dipersembahkan bagi

menunjukkan keberanian pahlawan Perak


kepada tetamu di istana.
Perkembangan di Negeri Perak
Permainan Dabus dipercayai telah dikenali di
negeri Perak sejak 200 tahun yang lalu.
 Ianya bertapak di tiga tempat iaitu di Bagan

Datoh daerah Hilir Perak, Kampung Tanjung


Bidara, Pulau Tiga daerah Perak Tengah dan
di Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan
daerah Manjung
Pendapat Berkaitan kedatangan
Dabus ke Tanah Melayu.
 Ada beberapa pendapat mengenai sejarah
pengenalan dabus di negeri Perak .
Menurut Encik Nordin bin Ahmad ( Pengkaji
sejarah negeri Perak), Megat Terawis dan
rakannya Sebana yang diperintahkan
mengambil Puteri Limau Purut di Aceh telah
membawa balik bersama mereka kesenian
dabus ke negeri Perak
 Manakala Tuan Haji Salleh bin Ngah Jaafar
pula menyatakan bahawa dabus mula
diperkenalkan di negeri Perak khususnya di
Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga,
Kampung Gajah oleh Tok Pawang Bakar
seorang anak jati kampung itu yang pergi
merantau ke Aceh
 Berlainan pula dengan cara pengenalan dabus
di Kampung Pasir Panjang Laut, Sitiawan.
Menurut Tuan Haji Abdul Malik, dabus di situ
telah diperkenalkan oleh seorang pedagang
dari Baghdad yang bernama Ahmad
Mahyuddin pada tahun 1785
 Apa pun jua pendapat mengenai sejarah asal-
usul Dabus , yang pastinya kesenian ini
memang berasal dari dari tanah Arab dan
telah diubahsuai mengikut suasana tempat
ianya mula bertapak atau diperkenalkan
Ragam Tari Dabus
 Pada masa kini tari dabus telah mengalami
proses reinvensi ( penciptaan semula )
dimana ragam tari yang diperkenalkan adalah
ragam tari berdasarkan dari 2 daerah di
negeri perak iaitu Dabus Tanjung Bidara dan
Dabus Bagan Datoh.
Ragam Tari Dabus Tanjung Bidara
 Sembah
 Mengireh
 Melerek
 Sendi tari ( duduk/bangun )
 Lang Sewah Tanjung Bidara kecil
 Lang Sewah Tanjung Bidara penuh
 Lang Sewah Variasi
 Langkah Hentak Tengah Tiga ( ting-ting )
 Langkah Hentak Tengah Tiga ( Variasi )
 Langkah Pahlawan
Ragam Tari Bagan Datoh
 Mengireh
 Sendi tari
 Hayun tajak
 Lang Sewah Bagan Datoh
 Susun Sireh
 Sireh Junjung
Perbezaan Antara Tari Dabus Tanjung
Bidara dan Bagan Datoh
 Pergerakan Mengireh  Pergerakan mengireh
kaki kanan ke kanan, kaki kiri ke kanan,
tangan mengepak tangan dihentakkan ke
 Pergerakan Sendi tari bawah.
bangun badan sendeng  Pergerakan Sendi tari
 Gong pada kiraan 2 bangun badan tegak
dan 3 dan tangan hentak ke
 Hentakkan anak dabus bawah.
sekali
 Gong pada kiraa 1,2
dan 3

Tanjong Bidara BaganDatoh


Cara Persembahan
 Bagi sesetengah tempat di daerah
negeri Perak, Kumpulan –kumpulan
dabus masih mengamalkan permainan
yang berbentuk ritual, dimana pada
setiap persembahan akan hadir
seorang ketua yang di sebut Syeikh.

 Syeikh ini bertindak sebagai ketua yang


akan menjampi pemain-pemain dabus.

 Setelah dijampi pemain dabus akan


lebih bersemangat dan ketika ini lah
akan berlakunya beberapa perilaku
yang agak berbahaya seperti mencucuk
lengan dengan anak dabus, menimpa
peha dengan
Props yang digunakan
 Dalam tarian dabus ini props yang digunakan
di panggil anak dabus.
 Di dalam persembahan dabus alatan-alatan

lain tidak diperlukan melainkan anak dabus.


Anak dabus merupakan alat yang terpenting
bagi tarian dabus
 Bentuk-bentuk Anak Dabus:

◦ Anak dabus dua telinga


◦ Anak dabus bercabang tiga
◦ Anak dabus bercabang empat
Busana
 Pakaian mereka yang terlibat di dalam satu-
satu persembahan berbeza di antara satu
sama lain. Pakaian ini terbahagi kepada 3
jenis iaitu pakaian penari, pakaian khalifah
dan pakaian pemuzik.
Pakaian Penari
 Pakaian penari-penari mirip kepada pakaian pahlawan.
Sepasang pakaian penari lelaki yang lengkap terdiri
dari sepasang seluar panjang, baju melayu telok be-
langa berlengan paras siku, sampin, tanjak dan se-
helai selempang. Untuk kelihatan lebih gagah,
pa¬kaian ini diperbuat dari kain berwarna hitam. Warna
hitam ini ada kaitannya dengan unsur-unsur kekebalan
 Pakaian penari wanitanya pula mirip kepada pakaian
srikandi, berseluar rencong Aceh, berbaju kurung
cekak musang, bersampin, berselerapang dan
berbeng-kung. Pakaian ini lebih dikenali sebagai Puteri
Perak
Penari Lelaki
Penari Perempuan
Pakaian Khalifah
 Khalifah dabus biasanya berpakaian baju
berwarna hitam, berseluar panjang dan
memakai ikat kepala (semutar) atau
bertengkolok ikatan 'getam pekasam’. Walau
bagaimana pun cara berpakaian berubah
mengikut peredaran masa. Kini boleh dilihat
khalifah berpakaian dalam warna yang lebih
menarik yang tidak terbatas kepada warna
hitam sahaja
Tanjak Ikatan Getam Pekasam
Pakaian Pemuzik
 Pemuzik biasanya berpakaian baju melayu
sedondon lengkap dengan sampin dan
memakai songkok atau pun tengkolok. Pada
masa lalu, pemuzik memakai pakaian sama
seperti penari tetapi tanpa selempang
Alat Muzik
 Terdiri dari alatan berikut
◦ Rebana Dabus
◦ Gong
Rebana Dabus
Tamat…….

Anda mungkin juga menyukai