Anda di halaman 1dari 107

AKTIVITI PENGENDALIAN TALI

TINGGI
DEFINISI AKTIVITI TALI TINGGI

Aktiviti tali tinggi merupakan salah satu aktiviti ekstrem


yang berisiko bergantung kepada tahap kesukarannya.

Aktiviti tali tinggi melibatkan kemahiran dan penggunaan


tali melalui lokasi, kawasan atau keadaan yang
berkecerunan tinggi.

Jenis-jenis aktiviti tali tinggi adalah seperti abseiling,


flying fox, tree climbing, repelling dan aktiviti
menyelamat.
SEJARAH AKTIVITI TALI TINGGI
Aktiviti tali tinggi
Aktiviti tali tinggi pada
memerlukan kemahiran
asalnya merupakan
ikatan dan simpulan yang
kemahiran teknikal yang
tinggi dan cara penggunaan
digunakan ketika aktiviti
peralatan dengan betul dan
menyelamat mangsa.
selamat.

Aktiviti tali tinggi juga banyak


Kini aktiviti ini telah
digunakan di dalam program
diserapkan menjadi aktiviti
team building kerana ia
rekreasi luar yang menarik
mampu menaikkan
tetapi ekstrim.
semangat keyakinan peserta
Elemen aktiviti aras rendah &
aras tinggi

Aktiviti tali tinggi Elemen aras rendah Aktiviti Elemen aras


terbahagi kepada dua adalah adalah lebih rendah sesuai untuk
elemen iaitu aras rendah rendah risikonya permulaan kepada
(low element) dan aras berbanding dengan aktiviti elemen aras
tinggi (high element). elemen aras tinggi. tinggi.
Contoh
Aktiviti aras
rendah
• BURMA BRIDGE
Dengan memegang
kepada tali di kanan & kiri,
peserta perlu berjalan di
atas kabel dan merentasi
jambatan tersebut. Ia sesuai
untuk peserta kanak-kanak.
• MOHAWK WALK
Kabel akan dipasang
secara zig zag setinggi
12"- 18" (inci) dari aras
tanah. Peserta
dikehendaki bergerak di
atas kabel secara
berkumpulan dalam
keadaan sebaris &
berpegangan tangan
untuk mengelakkan
daripada terjatuh.
• LOW V or WILD WOOZY

Kabel di pasang pada 3 batang


pokok dan berbentuk V dan berada
12" (inci) dari aras tanah. 2 peserta
dikehendaki bergerak di atas kabel
bermula dari hujung V sehinggalah
ke bukaan V sambil berhadapan
dan menampung berat di antara
satu sama lain.
• HANG 10 - 2 peserta perlu bekerjasama
untuk sampai kehujung dengan berjalan di atas
kabel dan sambil berpaut kepada tali yang
tergantung di bahagian atas.
• NITRO CROSSING

Peserta dikehendaki
berhayun dari satu poin
ke poin yang lain dengan
bantuan rakan peserta
yang lain.
CONTOH AKTIVITI
ARAS TINGGI

• Wall Climbing – aktiviti ini


memerlukan kelengkapan
peralatan dan penggunaan tenaga
yang kuat pada bahagian tangan
dan jari.
• Abseiling – aktiviti ini juga
memerlukan peralatan yang
lengkap bagi menjamin
keselamatan. Peserta di kehendaki
turun perlahan-lahan dari poin di
atas untuk sampai kebahagian
bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=Y6OUGgYKK-w

https://www.youtube.com/watch?v=rD94UczpoaI

https://www.youtube.com/watch?v=37dFpB8ZFWo
• Flying Fox – peserta
akan berada di dalam
keadaan tergantung di
lokasi yang tinggi dan
akan diluncurkan
turun menggunakan
kabel atau tali
kernmental.
• Tree Climbing – aktiviti
memanjat pokok
dengan menggunakan
peralatan yang
lengkap. Teknik
memanjat ini tidak
memerlukan peserta
untuk memeluk
batang pokok untuk
memanjat.
Canyoning –
aktiviti
abseiling
di kawasan
air terjun.
JENIS-JENIS TALI
•Kernmental – digunakan untuk aktiviti rekreasi luar.
• Gabungan bahan semulajadi dan sintetik. Wujud dlm 2 kategori iaitu low stretch rope
& dynamic rope.
• TALI DINAMIK @ dynamic rope : mempunyai keanjalan & menyerap lebih
tenaga daya impak dalam kes kejatuhan & mengurangkan kesannya kepada
pendaki & peralatan yang.

• TALI STATIK @ static rope : kurang menyerap tenaga berbanding dengan tali
dinamik. Walaubagaimanapun secara amnya boleh bertahan lama. Digunakan
untuk aktiviti rekreasi, Aktiviti High Rope dan lain-lain. Abseiling boleh
menggunkan tali static dengan anchor point di bahagian atas.
• Kernmental merupakan satu-satunya tali yang disahkan oleh Union Internationale des
Association d’Alpinisme (UIAA) yang menepati kehendak keselamatan bagi menjalankan
aktiviti elemen tali.
• Ia terdiri daripada simpulan nylon bahagian dalam yang dikenali sebagai ‘kern’ dan
lapisan luar yang turut terdiri dari anyaman nylon yg dikenali sebagai ‘mantle’
• Tali kernmental adalah ringan dan boleh menampung berat sehingga 2 ton metrik.
• Kermental
• Nylon – ialah merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer
sintetik yang dikenali sebagai polyamid.
• Nylon adalah merupakan jenis tali yang paling mudah di temui
dipasaran.
• Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat, tali
pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton.
Nylon berbentuk sling
•Polyester

• merupakan tali kategori polimer.


• Polyester turut dikenali melalui nama saintifiknya iaitu polyethylene
terephthalate (PET).
• Polyester adalah kukuh dan tidak terurai walaupun terdedah kepada alam
(aren't biodegradable)
• Polyester banyak digunakan di dalam pembinaan tayar, tali, fabrik untuk
tali pinggang keledar dan tali konvayer (conveyor belts)
• Tali polyester
• Hemp

• merupakan tali yang diperbuat daripada fiber-fiber tumbuhan yang


dipintal.
• Fiber-fiber tumbuhan adalah seperti dari pokok kapas, pokok jut, sabut
kelapa, pokok manila hemp, pokok papyrus dan sebagainya.
• Tali hemp banyak digunakan sebagai tali sauh dan ia akan menjadi lebih
kuat jika dalam keadaan basah.
• Tali hemp
• Hawser laid
• merupakan tali-tali kecil yang dipintal untuk menjadikan satu tali yang
kukuh
• Kebanyakan tali hawser lain terdiri daripada hasilan 3 tali yang
dipintal.
• Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan dengan menggunakan
mesin khas.
• Terdapat juga tali yang terdiri daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali
sebagai shroud laid.
Hawser
laid
PENJAGAAN & PENYELENGGARAAN TALI
CARA MEMOTONG
TALI
kernmental
• Tali kernmental yang digunakan bagi
aktiviti rekreasi sememangnya telah
mempunyai ukuran yang bersesuaian.
• Sebaik-baiknya tali ini tidak perlu
dipotong. Ketika aktiviti dijalankan tali
hanya perlu dipotong jika berlaku
situasi kecemasan sahaja.
• Namun jika perlu dipotong untuk tujuan
penetapan ukuran dan penyimpanan
berikut merupakan langkahnya:
• Tentukan dahulu ukuran
panjang tali yang diperlukan.
• Gunakan peralatan khas utk memotong tali
atau pun pisau yang tajam agar tali tidak
rosak ketika proses pemotongan.
• Setelah dipotong, hujung tali tersebut
perlulah dibakar dengan menggunakan api
yang kecil atao menggunakan rod pemanas.
Tujuannya supaya nylon akan cair dan
mengelakkan dari tali tersebut terurai.
• Kemudian lilitkan tape di keliling hujung
tali supaya lebih kemas dan tahan lama.
Kernmental yg telah
Kernmental yg telah
dibakar / dicairkan
dililitkan dgn tape
hujungnya
Cara membasuh tali
kernmental
• Peralatan yang digunakan untuk membasuh tali
kernmental ialah:
• Baldi
• Air
• Sabun khas untuk kermental
• Berus khas untuk kernmental – rope travel
• Pengunaan:
• Digunakan sebagai bahan memanjat atau
menurun atau bahan keselamatan lain,
anchor, penyambung kepada semua
peralatan dan pelbagai-bagai keperluan
lagi.

• Penjagaan Tali : Care for Ropes


• Rendam tali dengan air bersih dan
keringkan di kawasan teduh.
• Jauhkan dari cahaya matahari yang
berlebihan.
• Jauhkan dari bahan kimia yang menghakis.
• Perlu ditamatkan penggunaanya apabila
berlaku kejatuhan tinggi yang berulang.
• Jangan sekali-kali menggunakan tali untuk
aktiviti lain yang tidak berkaitan.
• Jangan biarkan tali ditinggalkan lama di
dalam boot kereta.
• Dilarang mencuci tali dengan apa-apa
bentuk bahan pencuci.
• Jangan memijak tali.
• Sediakan alas (kanvas) atau bakul semasa
menjalankan aktiviti.
• Langkah-langkah membasuh kernmental:
• Rendam tali di dalam air yang
bercampur dengan sabun khas selama
10 ke 15 minit sambil mencuci.
• Bilas tali di dalam air yang bersih.
• Bilasan yang terakhir perlulah
menggunakan berus khas – rope travel
• Gantung tali ditempat yang teduh
sehingga kering
• Gulung dan simpan tali di dalam bag
khas atau di gantung di dalam bilik yang
perudaraannya adalah baik
Sabun khas & berus khas utk membasuh tali kernmental
Rope inspection
(pemeriksaan tali)
• Sebelum memulakan aktiviti tali
perlulah diperiksa terlebih dahulu.
• Setiap tali yang digunakan selalunya
mempunyai tarikh bila ia mula digunakan
yang boleh dilihat pada tag. Namun
kekuatan tali bergantung kepada kekerapan
tali itu digunakan, bukan hanya dengan
melihat jangkamasa yang telah digunakan.
• Kebiasaannya jangka hayat tali
kernmantel ialah 5 tahun dari masa ia
dibuat.
• Pemeriksaan tali yg biasa dilakukan sebelum aktiviti adalah seperti
berikut :
• Lalukan tali tersebut melalui tapak tangan bagi mengenalpasti
bonjolan atau rekahan yg terdapat pada tali.
• Sambil itu perhatikan tali itu jika terdapat bendasing yang terlekat
dan jika lapisan luar kermental sudah mula koyak atau terputus.
• Log penggunaan tali juga amat digalakkan bagi mengenalpasti
kekerapan penggunaan tali tersebut dan dalam keadaan bagaimana ia
digunakan.
Contoh tali
kernmental yang
telah rosak
Tali kermental yang telah
dibersihkan hendaklah disimpan di
dalam stor yang mempunyai sistem
pengudaraan yang baik.

Cara
penyimpanan
tali
Tali kernmental tersebut perlulah
digulung dan disimpan dengan cara:

Memasukkan ke
menggantungkannya
dalam bag khas
Beg khas
penyimpanan tali
•Menggantung tali di dalam stor
ALPINE COIL &
BUTTERFLY COIL
• Alpine coil & butterfly coil merupakan dua
jenis teknik gulungan tali yang sering
digunakan ketika aktiviti rekreasi tali.
• Teknik gulungan yang betul akan memastikan tali
dalam keadaan kemas dan mudah untuk di bawa
ke mana-mana.
Teknik gulungan alpine coil
Teknik gulungan
butterfly coil
IKATAN, SIMPULAN &
SAMBUNGAN
(KNOTS, HITCHES &
BENDS)
• Teknik Ikatan (knots) sering digunakan untuk mengikat pada sesuatu kayu, pokok atau
palang.
• Teknik simpulan (hitches) sering digunakan sebagai anchoring dengan
menjadikannya loop dan ia tidak mudah lurut.
• Teknik sambungan (bends) digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz
atau tidak sama saiz.
Jenis-jenis ikatan
(Knots)
• Bowline

https://www.youtube.com/watch?v=_ngG3WTyxpo
Penggunaan: Simpulan
yang mudah. Tidak
menjerut dan mudah
dirungkai. Ikatan ini juga
digunakan oleh pasukan
penyelamat.
Figure of Eight

https://www.youtube.com/watch?v=0CnYmY_B938
1. Figure 8 Knot

Penggunaan: Simpulan yang paling sesuai serta serba boleh & biasa digunakan dalam
menjalankan aktiviti.

2. Double Figure 8 Knot

Penggunaan: Simpulan Mudah, Tidak mudah mengelunsur keluar, boleh dirungkai dengan
mudah.
3. Figure Of Eight Double Loop

Penggunaan: Kedua-dua Gelung (LOOPS)


boleh digunakan sebagai anchor yang
boleh diubah. Boleh diselaraskan mengikut
kesesuaian jarak antara gelung (LOOPS)
boleh dikecilkan/dibesarkan.
Disambungkan kepada carabiner sebagai
anchor.

4. Figure Of Eight Follow Through

Penggunaan: digunakan dalam pelbagai keadaan


(Untuk keselamatan tambahan. Buat simpulan Stopper
knot pada tali Hujung terakhir)
Figure of Eight
on the bight
Stopper knot /
end knot
Double •Penggunaan: Sebagai penanda hujung

Overhand Knot tali dan lain-lain kegunaan.


THE PRUSIK KNOT
THE KLEMHEIST (PRUSIK)

Penggunaan: Boleh Mengenggam tali menjadi ketat dan boleh juga digerakkan.
Digunakan sebagai bahan peralatan mekanikal untuk dengan tali (JUMAR) ataumengganti
memanjat digunakansebagai penganti alat mekanikal untuk menegangkan tali. ‘Rope
Grab’. ‘France Prusik’ juga memainkan peranan sama.

Alatan-alatan lain yang berfungsi dengan kaedah yang sama, seperti, Ascender, Tibloc, Jumar dsbnya. Mengikut
pengeluaran sesebuah syarikat pengeluar.
TAPE KNOT

Penggunaan: Dalam Pendakian, digunakan untuk menyambung 2 Sling. Bagi keselamatan


pastikan bahagian lebihan penyambung dipanjangkan. Bagi mengelakkan berlakunya
pengelungsuran sling. Terdapat dua cara ikatan.

ALPINE BUTTERFLY (TAMBAHAN)

https://www.youtube.com/watch?v=dY33TPXTZN4

Penggunaan: Gelungan ini digunakan bagi membuat anchor


di mana-mana bahagian tali yang sedang digunakan.

* Praktis pada SEACF Level 2.


Jenis-jenis simpulan
(hitches)
• Clove Hitch

https://www.youtube.com/watch?v=Gs9WyrzNjJs
Clove Hitch (Two Type)

Penggunaan:

Sebagai anchor sementara.

Bagi cara simpulan kedua. Ia


boleh digulungkan pada
bahagian pokok atau bahan
lain yang sesuai.

Pemasanganya hendaklah
berhati-hati kerana ianya
boleh mengelongsor dan
juga boleh mengetat.
Italian hitch /
Munter hitch
•Penggunaan: Sebagai ganti alatan Belay Device.
Juga dikenali sebagai Munter/Italian Hitch. Tali
pemegang mestilah berlawanan dengan
pembuka/pintu Carabiner.

•https://www.youtube.com/watch?v=5jckda0W2
40
Jenis-jenis
sambungan (Bend)
• Sheet bend
Fisherman’s Bend
Double Fisherman’s
Bend

•Penggunaan: Double Fisherman Knot


adalah untuk menyambung kedua tali
yang sama saiz diameter. Juga untuk
penggunaan Prussik.
Hunter’s bend
PENGGUNAAN & PENJAGAAN PERALATAN
AKTIVITI TALI TINGGI
Carabinar

• carabiner adalah lingkaran tertutup yang dibuat dari bahan aluminium alloy yang terdiri dari
bahagian pin atau screw gate.
• carabiner adalah alat yang digunakan untuk mengaitkan tali ke hanger, tali ke tali atau tali ke
harness.
• alat utama yang digunakan sebagai penyambung kepada peralatan lain seperti tali, sling
belay device ataupun bahagian Anchor lain.
• dalam aktiviti tali tinggi carabiner sangat berperanan untuk sistem keselamatan
pemanjat.
• supaya carabiner sentiasa berfungsi dengan baik, jaga kebersihan carabiner,
terutama dari pasir.
• jika pintu carabiner tersekat, cuci dalam air suam dengan menggunakan sabun.
Bilas secara menyeluruh dan letak pelincir di engsel, lubang pin dan screw.
• jangan simpan carabiner pada udara yang mengandung garam dan udara yang
lembab.
• jangan sekali-kali menjatuhkan carabinar kerana carabinar yang terhentak akan
mengalami keretakan dan mengurangkan had kemampuan daya tampung berat.
• Bahan-Bahan :
• Sport Climbing : Alloy (lebih
ringan).
• Lain-Lain Aktiviti : Alloy, Steel,
Titanium Dll.
• Bahan juga mengikut
kesesuaian aktiviti. Seperti
Penyelamat, Taktikal,
Pembinaan, Pekerjaan Aras
Tinggi, Sukan/Aktiviti Aras
Tinggi (High Ropes), Pemanjat
Pokok (Arborist), Aktiviti di Air
terjun (Canyoning), Gua
(Caving), (Alpinest
Mountaineering) dsbnya.

• Ketahanan Peralatan.
• Aloy : Patah Rapuh (Karat
Alloy).
• Metal : Liat (Karat Besi)
SCREW GATE (HMS) STRAIGHT GATE BENT GATE

BALL LOCK (AMD) TWIST LOCK SCREW GATE


(OVAL)
Figure of eight

• Figure of eight atau decender merupakan peralatan yg digunakan untuk


mengawal kelajuan ketika peserta sedang turun dari abseiling.
• Ia di panggil figure of eight kerana rupa bentuknya.
• Peralatan ini sgt kuat & ringan. Setiap figure of eight boleh menampung maksimum
3000 kg.
Cara penjagaan figure of eight pula adalah
sama seperti karabinar.
Webbing Tape

• Webbing tape boleh digunakan sebagai harness yg diubah suai & penyambung
kpd slings.
• Penggunaannya akan membantu bagi mengurangkan bebanan pada tali karamental
dan mengurangkan kerosakan.
• Webbing tape amat berguna untuk digunakan ketika situasi kecemasan dan ketika
aktiviti menyelamat dijalankan.
Cara penjagaan webbing tape adalah sama dengan
cara penjagaan kernmental kerana ia berunsurkan
nylon.
Sling / lanyard

• Sling / lanyard adalah item peralatan mendaki yang terdiri daripada gelung yg diikat
atau dijahit daripada webbing tape.
• Ia digunakan untuk melilit batang pokok atau batu bagi menyambungkan kepada
bahagian- bahagian lain peralatan.
• Sling mempunyai had daya tampung maksimum sebanyak 22
kilonewton.
Cara penjagaan sling pula adalah sama seperti penjagaan
kernmental kerana sling juga berunsurkan nylon.
Belay device
• Belay device terdiri daripada
peralatan- peralatan yang
digunakan ketika aktiviti belaying.
• Peralatan ini banyak digunakan untuk
membantu aktiviti memanjat seperti
rock- climbing, rappelling, dan tree
climbing
• Ciri-ciri utamanya adalah ia membantu
dalam brek ketika menerima henjutan
bebanan.
• Cara penjagaan peralatan-peralatan ini
adalah sama seperti penjagaan karabinar.
Jenis-jenis belay device adalah seperti berikut :

– Gri-gri
– Air Traffic Controller (ATC)
Pulley
• Pulley merupakan peralatan yang digunakan ketika memanjat seperti
aktiviti wall climbing, rock climbing & tree climbing.
• Peralatan ini mampu membantu belayer untuk mendapat lebih graviti di
darat bagi membantu peserta memanjat.
• Cara penjagaannya adalah sama seperti penjagaan karabinar.
• Jenis-jenis pulley
Tandem (double
pulley)
• Tandem mempunyai fungsi yang sama seperti
pulley tetapi tindakan berganda.
• Cara penjagaannya adalah sama
dengan penjagaan karabinar
Harness (abah-abah)
• Harness terdiri daripada material nylon yang dipakai pada badan untuk
aktiviti tali tinggi.
• Harness yang pakai siap terdiri daripada dua iaitu full body harness dan
half body harness.
• Full body harness adalah lebih sesuai untuk peserta kanak-kanak
sebagai tujuan keselamatan.
• Terdapat juga harness yang diperbuat daripada sling.
Cara penjagaan harness adalah sama seperti cara
penjagaan kernmental, sling dan webbing tape.
Waist Loop
>Fix Lock Buckle
>Double Back

Gear Loop
Belay
Loop

Leg Loop

* Sport Harness atau Sit Harness


- Pengunaan pelbagai aktiviti.

* Full Body Harness


- Mengikut kesesuaian aktiviti.
Harness Dan Pemakaian

* Periksa keselesaan pemakaian.


* Pakai dibahagian pinggang dahulu.
* Buckle sentiasa dalam Double Back.
* Pastikan pemasangan bahagian
gelong peha (Leg Loop)
* Periksa Tali sebelum penyambungan.
* Sentiasa menggunakan ikatan Figure of
Eight untuk memanjat.
* Pastikan penyambungan Gelung kaki
(leg Loop) dan Pinggang (Waist Loops).
* Buat pemeriksaan kedua selepas
pemakaian.

https://www.youtube.com/watch?v=c4kCgZgC4GM
Hand glove
• Hand glove atau sarong tangan perlu digunakan ketika aktiviti tali
tinggi bagi melindungi tangan daripada melecet dan tercedera.
• Hand glove yang terbaik adalah diperbuat daripada lapisan material kulit
kerana ia lebih tahan lama dan lebih selamat.
• Hand glove selalunya tidak dipakai ketika aktiviti rock atau wall climbing
kerana ia akan mengurangkan kesan cengkaman jari.
Contoh hand glove
Safety helmet
• Safety helmet atau topi keselamatan adalah peralatan keselamatan yang
penting ketika aktiviti tali tinggi.
• Ia berfungsi melindungi bahagian kepala daripada sebarang
hentakkan yang boleh mendatangkan kecederaan serius.
• Safety helmet yang telah digunakan perlulah disimpan dengan baik di
dalam stor.
Penggunaan:
• Guna Helmet yang sesuai dengan aktiviti. Baca baca label dibahagian
dalam sebelum menggunakannya.
• Periksa ketahanan sebelum menggunakannya.
Contoh safety helmet yang sesuai
utk aktiviti tali tinggi
CHALK / CHALK BAG

Penggunaan : Bahan dari Kapur light magnesium carbonate. Digunakan


bagi memberi cengkaman yang lebih baik pada batu. Boleh
meningkatkan cengkaman pada tangan atau mengurangkan peluh
pada tangan pemanjat.

CLIMBING SHOES

Penggunaan : Bentuk kasut yang direka khas mengikut gaya


memanjat yang berlainan. Direka untuk memanjat. Jika
digunakan untuk aktiviti lain, getah akan cepat rosak.

Penjagaan : Jangan terdedah kepada cuaca panas. Masukkan


gumpalan kertas akhbar apabila tidak digunakan.
TEKNIK-TEKNIK
BELAYING,
ANCHORING &
ASAS
MENYELAMAT
Belaying
• Belaying merupakan teknik yg akan memastikan
pergerakan seseorang menggunakan tali adalah
selamat.
• Ia merupakan aktiviti pengawalan tali (yg terikat
pada peserta yg sedang bergerak turun) yg dikawal
oleh seorang belayer & pada masa yg sama perlu
menggunakan peralatan belay. Terdapat 3 teknik
belaying
iaitu :
• Self belay
• Top belay
• Bottom belay
• Top belay
• Belayer berada di sebelah
atas untuk mengawal
pendaki turun.
• Bottom Belay
• Belayer berada di sebelah
bawah untuk mengawal
pendaki turun.
• Self belay
• Pendaki yang tidak
mempunyai belayer.
• Pendaki jenis ini mengawal
segala pergerakan turun
sendiri.
Dispatcher
• Dispatcher merupakan
seseorang yang
bertanggungjawab untuk
mengawal pelepasan peserta
untuk aktiviti abseiling &
flying fox.
• Dispatcher akan memastikan segala
peralatan adalah terpasang dengan
betul & beliau juga akan memasang
bahagian yang terakhir sebelum
melepaskan anda membuat
abseiling atau flying fox
Anchoring
• Anchoring ialah teknik untuk memastikan
pendaki tergantung pada tali yang di ikat
pada sesuatu yang kukuh dan kuat seperti
batang pokok, batu, tiang dan sebagainya.
• Tujuan anchoring adalah untuk
memastikan pendaki tergantung
dengan selamat sehinggalah sampai
ke bawah.
• Teknik anchoring boleh dibahagikan kpd 3
iaitu:
• One point anchor
• Two point self equalizing anchor
• Three point self equalizing anchor
Anchoring
Asas menyelamat semasa aktiviti
tali tinggi

• Asas menyelamat semasa aktiviti tali tinggi boleh terbahagi


kepada 3 kategori seperti berikut :
• Self rescue – teknik menyelamat diri sendiri tanpa
memerlukan bantuan org lain sehingga selamat
turun.
• One to one rescue – teknik menyelamat yg
dikendalikan oleh orang lain dengan cara sama ada
menyangkut peserta pada harness penyelamat dan
memotong tali peserta tersebut atau menguraikan
tali yang tersekat dengan mengarahkan peserta
berdiri pada loop.
• Escape from the system - merupakan teknik
menyelamat dengan cara menyambungkan mangsa
terus kepada belay anchor (anchor anda). Ini akan
membebaskan anda dari sistem keselamatan
abseling mangsa. Pastikan belay anchor mampu
menampung berat anda dan mangsa.
PERSEDIAAN AKTIVITI TALI TINGGI

•SEBELUM, SEMASA & SELEPAS


Sebelum Pastikan semua peralatan untuk
aktiviti tali tinggi adalah
aktiviti tali mencukupi dan selamat untuk
digunakan dengan
tinggi mengaplikasikan teknik- teknik
memeriksa peralatan dengan
betul.

Pastikan jumlah peserta adalah


mencukupi sebelum memberi
taklimat/briefing kepada peserta
supaya tidak ada seorang pun
yang akan ketinggalan.
Pastikan taklimat keselamatan
disampaikan dengan jelas seperti:

• Risiko-risiko yang boleh terjadi


• Cara pemakaian helmet & harness yg betul
• Jangan berdiri di bawah peserta yg sedang
melakukan aktiviti kerana dikhuatiri akan ada
objek yang terjatuh.

Pastikan peserta memakai segala


peralatan dengan betul dan lengkap
sebelum membuat aktiviti

Pastikan jurulatih adalah mencukupi


bagi menjalankan semua
tanggungjawab seperti belayer dan
dispatcher
Pemeriksaan Keselamatan
Sebelum Memanjat

•Sentiasa memeriksa keselamatan pasangan sebelum memanjat.


• Harness dipakai dengan betul & lihat (Buckle) yang digunakan.
• ‘Carabiner’ & ‘ATC’ hendaklah dipasang dengan betul.
• Tali dipasang dengan betul melalui ‘ATC’ atau ‘Belay Device’.
• Ikatan “Stopper” pada tali tersebut dengan jarak yang sesuai.
• Periksa ikatan yang disambung pada bahagian ‘Harness’ pemanjat.
• Pemanjat, Tarik tali belayer bagi memastikan ianya berfungsi.

•Mula Mendaki
• Beri perhatian sepenuhnya.
• ‘QUICK DRAW’ digunakan dengan betul (Bagi ‘Lead Climb’).
• Tali diurus dengan baik, bagi keselesaan pemanjat.
• Patuh arahan pemanjat.
• Cepat mengambil tindakan bila diarahkan atau tanpa diarahkan.
• Genggaman tali utama di bawah ATC tidak boleh dilepaskan.
• Maklum pemanjat, sekiranya pemanjat melakukan kesalahan.
•Risiko Pendaki Terjatuh
• Pemanjat tidak sempat memberi arahan. Belayer ambil tindakan
perlu yang terbaik.
• Pemanjat lebih berat dari ‘Belayer’.
• ‘Belayer’ harus meminta sokongan sebelum mula pemanjatan.
• Belayer haruslah boleh menahan pendaki yang jatuh itu untuk
beberapa Ketika sebelum diturunkan atau mungkin pendaki
ingin menyambung pemanjatan.

•Peraturan Penting Keselamatan


• Belayer bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pasangan. Tiada
orang lain yang harus dipersalahkan jika terjadi sesuatu.
• Sentiasa melakukan dengan betul untuk kali pertama, kerana
mungkin tiada peluang yang kedua untuk anda.
• Sentiasa waspada dengan apa yang pasangan anda lakukan.
• Sentiasa waspada dengan risiko anda akan ambil.
• Jangan buat andaian / lewa / bergurau dengan pasangan anda.
• Sentiasa berkomunikasi dan beri arahan dengan jelas.
• Keselamatan bermula dari bawah lagi sebelum anda memanjat.
Semasa aktiviti
tali tinggi

Peserta dikehendaki patuh pada arahan yang diberikan


oleh jurulatih.

Peserta dikehendaki fokus dengan aktiviti yang akan


dijalankan.

Jurulatih perlu peka di atas segala aktiviti yang berlaku


untuk mengelakkan sebarang risiko yang bakal terjadi.

Peserta boleh memberikan galakkan kepada rakan


peserta lain untuk melakukan aktiviti ini.
Tatacara Panggilan @ ‘Climbing Calls’
(Bahasa Inggeris digunakan bagi menyelaraskan di Antarabangsa)

Climber On Belay ! Memberitahu ia hendak mula memanjat.


Belayer Belay On ! Memaklumkan bahawa dia telah bersedia.
Climber Climbing ! Respon bahawa ia sedang mula memanjat.

Perbuatan :
Climber - mula memanjat dengan peralatan. Manakala,
Belayer - menjaga keselamatan pemanjat & melihat pergerakannya.

Climber Slack Rope ! Mahukan tali tersebut dikendurkan.


Belayer Ok Slack ! Memberi respon dengan tindakan.

Climber Tight Rope ! Pendaki mahukan tali tersebut ditegangkan.


Belayer Ok Tight ! Memberi respon dengan tindakan.

Climber Falling/Fall ! Amaran (menjerit), bahawa ia terjatuh.


Belayer OK ! Respon kepada Amaran tersebut & bertindak.

Climber Rock/Below ! Memberitahu ada benda sedang jatuh.


Belayer OK ! Respon kepada Amaran tersebut & bertindak.

Climber Down ! Pendaki hendak turun. Atau (Lowering)


Belayer Ok Down ! Belayer respon kepada arahan Pendaki.

Climber Off Belay ! Tidak mahu meneruskan lagi.


Belayer Belay Off ! Menghentikan Belay.

Perbuatan :
‘Belayer’ hendaklah membantu membuka peralatan yang digunakan oleh Pendaki untuk memastikan ia tidak memanjat lagi, dan bagi memberi
keselesaan kepada pendaki yang baru selesai mendaki.
BELAY

Peraturan BELAY
‘Belaying’ adalah perkara yang melibatkan nyawa & ianya penting untuk mengetahui tanggungjawab
serta teknik belay yang betul.

1. Bertanggungjawab melindungi pendaki yang sedang memanjat & mengawal sebarang jatuhan samada
berpunca dari pendaki ataupun sebab-sebab teknikal. Dengan kata lain adalah untuk mengelak
kecederaan daripada berlaku.
2. Sentiasa memberi tumpuan penuh kepada pemanjat, tidak terpengaruh dengan orang lain ataupun
keadaan sekeliling sewaktu proses ‘Belay’ sedang berlangsung.
3. Perlu mengendurkan tali secukupnya kepada pendaki, agar tidak terlalu tegang & memudahkan
pendaki.
4. PERHATIAN ! Semasa pendaki mula memanjat, hendaklah berada berdekatan dengan Pemanjat bagi
membantu pemanjat agar tidak jatuh ke lantai.
5. Bahagian Tali Utama yang digengam hendaklah sentiasa berada di bawah alatan ‘ATC’/Belay Device &
tidak boleh dilepaskan.
6. Hendaklah berada dalam keadaan bersedia sehingga “Off Belay”.
7. Haruslah berdiri berhampiran dinding/batu pemanjatan. (Bergantung pada tempat yang dipanjat).
Perhatikan Anchor.
5 STEP BELAY

Mula 1 2 3 4 5
5 STEP BELAY adalah satu kaedah yang terbaik untuk mengawal tali pemanjat. (Kaedah menurunkan
pemanjat pula menggunakan ‘2 Step’ yang ringkas. Tanpa melepaskan bahagian tali yang utama).
Selepas aktiviti tali
tinggi

Pastikan peralatan
dikumpulkan
Kumpulkan semua
semula dengan
peserta untuk
berpandukan
debriefing
kepada arahan
jurulatih

Simpan semua
peralatan dengan Jika ada peralatan
mengikuti yang perlu
prosedur yang dibersihkan, sila
telah disarankan ikut prosedur yang
bagi setiap telah disarankan.
peralatan.
ETIKA SUKAN MENDAKI
KESELAMATAN TANGGUNG JAWAB DISIPLIN TIMBANG TARA
Sentiasa waspada dan Sentiasa bertanggungjawab Kekalkan kecergasan, di
periksa berganda terhadap pasangan anda peringkat Fizikal dan
mental
Bertanggungjawab dalam Bertanggungjawab terhadap Buat keputusan yang
membuat keputusan demi tindakan anda dan akibatnya. bijak.
DIRI keselamatan diri anda.

Bertanggungjawab lah untuk Tanggungjawab tidak Teliti aspek


keselamatan pasangan menjadi seorang yang jahil keselamatan dari
mendaki anda. setiap sudut dalam
pemanjatan.
Sentiasa pertimbangkan Menyumbang dengan Jangan mencuri Respek pada hak
keselamatan pendaki lain menasihati pendaki lain peralatan mendaki orang dan harta pendaki lain.
tentang cara yang betul untuk lain.
memanjat.
KOMUNITI
MEMANJAT Jangan curi atau Ganti peralatan yang tidak Sentiasa berfikir tentang Jangan menghalang/
mengalihkan peralatan yang selamat digunakan lagi. keselamatan untuk diri menutup peluang
sudah di pasang (Fixed) sendiri dan orang lain. orang lain daripada
pada batu atau dinding. memanjat.

Jangan melakukan aktiviti - Jangan menyalahgunakan Kekalkan disiplin di Respek harta tuan
yang mendatangkan bahaya kawasan memanjat. kawasan umum tanah/empunya
kepada orang awam. - Kekal dan pelihara
kawasan memanjat
- Menjaga kebersihan
ETIKA

Alihkan batu yang longgar Jangan curi batu memanjat Jadilah seorang yang
(Hand Hold) & Peralatan realistik pada alam
orang lain.
AKHIR KATA
•Sukan Mendaki merupakan salah satu aktiviti mendaki yang amat
menarik dalam program rekreasi luar. Selain dapat meningkatkan
kesepaduan kumpulan, kemahiran memanjat juga dapat
meningkatkan kecergasan fizikal dan mental selain menerapkan
rasa kecintaan terhadap alam sekitar. Bagi memastikan kesemua
matlamat murni ini tercapai, para bakal jurulatih haruslah
menguasai tiga faktor utama dalam kemahiran pengajaran dan
pembelajaran mendaki. Kemahiran tersebut ialah kemahiran
mewujudkan suasana aktiviti yang Sistematik, Seronok dan
Selamat (3S).

•* Selamat Mendaki *

•- JAGA KESELAMATAN/KEBERSIHAN DAN KEHILANGAN PERALATAN


-
Tugasan Individu:
1. https://www.youtube.com/watch?v=C_N8znD3exI
2. https://www.youtube.com/watch?v=SH1G5wUZg7o
3. https://www.youtube.com/watch?v=ZCZjMG7UJqQ
4. https://www.youtube.com/watch?v=bSGMC5gbboU
5. https://www.youtube.com/watch?v=m1RSzKkBOWc

6. https://www.youtube.com/watch?v=yBpWfYN4ay0

Sila jawab soalan kuiz yang diberikan:

https://forms.gle/y8r8Ns944Cbogaig9

Anda mungkin juga menyukai