Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Minggu 8

1- Apakah cabaran pelaksanaan pembelajaran abad ke-21.

i. Bahan bantu mengajar dan kemudahan

Pelbagai bahan bantu mengajar perlu digunakan namun begitu bahan bantu
mengajar sedia ada adalah belum mencukupi. Oleh itu, guru perlu
menyediakan bahan bantu mengajar sendiri bagi kegunaan PdPc dan ianya
menjadi beban dan keletihan kepada kebanyakan guru kerana perlu
menyediakan bahan bantu mengajar untuk banyak kelas.

ii. Masa

Berlaku kekangan masa iaitu masa berkaitan dengan proses pembelajaran


dan waktu pengajaran mereka terganggu oleh aktiviti-aktiviti lain yang tidak
berkaitan dengan pengajaran mereka. Sebagai contoh pelaksanaan aktiviti
berkumpulan di dalam kelas, guru menghadiri kursus serta tugas sampingan
dan program sekolah yang lain.

iii. Pengetahuan dan kemahiran

Kebanyakan guru kurang pengetahuan dan kemahiran berkaitan


pelaksanaan aktiviti PAK-21. Hal ini akan menyebabkan guru kekurangan
idea bagaimana untuk menerapkan PAK-21 dalam pengajaran mereka.
Selain itu, guru juga masih belum menguasai kemahiran pemikiran kreatif dan
kritis dengan baik serta lebih selesa dengan pengajaran tradisional.

2- Nyatakan kepentingan KPPB dalam pendidikan Islam.

Kepentingan KPPB dalam pendidikan Islam ialah pelajar dapat mencipta


pengetahuan baharu berkaitan pendidikan Islam dan menyambungnya ke dunia
sebenar dengan penguasaan alat digital.
Seterusnya, membolehkan guru menggunakan pendekatan berbeza untuk mengajar,
belajar dan mentaksir secara holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan
dengan dunia di sekeliling kita.

Ketiga, dapat mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang lebih
baik untuk dunia persekitaran mereka.

Akhir sekali, dapat mewujudkan perkongsian pembelajaran iaitu antara pelajar


dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru.

Tugasan Minggu 9

3- Buat carian dari mana-mana sumber, maklumat berkaitan “Model Pembelajaran


Murid KPPB”.

PERHUBUNGAN

Asas sosial yang penting yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna
dalam hubungan dengan orang lain.

ASPIRASI

Pencapaian murid dipengaruhi oleh jangkaan murid terhadap diri sendiri dan
persepsi orang lain terhadap diri mereka.

BELAJAR CARA BELAJAR

Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan memahami proses


pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai