Anda di halaman 1dari 71

C C604 – ENVIRONMENTAL POLLUTION &

CONTROL

BAB 4

PENCEMARAN BUNYI

1
DEFINASI

KAMUS FAJAR
Pencemaran : Perbuatan / perkara yang mencemarkan
Bunyi : Sesuatu yang dapat didengar dan dapat disukat kuat /
lemahnya dengan menggunakan alat khas
KAMUS PELAJAR
Pencemaran : Perihal mencemari atau mencemarkan
Bunyi : Sesuatu yang dapat didengar selain suara manusia
seperti enjin kapal terbang dan sebagainya

PENCEMARAN BUNYI BISING

Suatu bunyi,tanpa mengira magnitudnya, yang memberi kesan


fisiologi atau psikologi yang tidak diingini pada seseorang individu dan
mengganggu keperluan sosial individu tersebut.
2
MASALAH BUNYI BISING
MASALAH PENCEMARAN BUNYI BISING INI KURANG MENDAPAT
PERHATIAN SAMA ADA DARI ORANG AWAM ATAU PIHAK BERKUASA
KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT:

Tidak semua individu menganggap sesuatu bunyi itu membisingkan, malahan


mungkin bunyi yang dianggap bising oleh sesetengah pihak merupakan
keperluan bagi pihak yang lain.

Bunyi bising berlaku hanya untuk jangka masa yang pendek (hanya
beberapa minit atau beberapa jam) jika dibandingkan dengan pencemaran air
dan udara yang berlaku untuk jangkamasa panjang atau berterusan.

Kesan fisiologi atau psikologi yang disebabkan oleh pencemaran bunyi bising
berlaku secara beransur-ansur dan mengambil masa bertahun-tahun. Oleh itu
agak sukar pihak yang terlibat untuk mengaitkan kesan yang dialami dengan
masalah bunyi bising.
3
TIGA faktor akan menentukan sama ada sesuatu yang kita dengar itu
bunyi bising atau tidak. Faktor-faktor tersebut adalah:-

Magnitud atau kuantiti bunyi


Kualiti bunyi
Atitud pendengar atau penerima terhadap bunyi

Atitud pendengar / penerima pula akan berubah-ubah bergantung


kepada masa dan keadaan. Oleh itu bunyi yang mempunyai kuantiti
dan kualiti yang sama boleh jadi diperlukan pada hari siang hari tetapi
dianggap mengganggu pada waktu malam.

Contohnya; sebuah lagu mungkin sedap didengar sewaktu kita berada


di dalam kereta, tetapi jika lagu yang sama dimainkan pada tahap
yang sama pada waktu malam ianya dianggap mengganggu kerana
atitud kita sudah berubah.

4
PENGKELASAN BUNYI
MUZIK HINGAR
Bunyi yang terdiri Bunyi yang didengar
daripada frekuensi- terdiri daripada
frekuensi yang ada frekuensi & keamatan
hubungan antara satu yang berbeza-beza
sama lain & kita secara rawak maka kita
mengesan suatu tidak dapat mengesan
keseragaman dalam sesuatunya indah
bunyi itu. dalam bunyi itu.

5
KONSEP BUNYI
Bunyi yang terhasil dari getaran objek yang
menghasilkan gelombang mekanik melalui
satu medium berjirim seperti gas, cecair
ataupun pepejal.
PRINSIP BUNYI
Apabila kon bergetar kehadapan, molekul-
molekul udara didepannya dimampatkan.
Apabila kon bergetar ke belakang, molekul-
molekul udara di depannya direnggangkan.
Suatu siri mampatan & regangan molekul
dihasilkan. 6
Regangan Regangan Regangan
Sumber bunyi

Arah
perambatan

f = frekuensi
λ = panjang gelombang Mampatan Mampatan Mampatan
A = amplitud

A
Sesaran,m

Jarak
(m)

λ
λ 7
Halaju bunyi, V = f λ
 Bergantung kepada
1. Suhu gas
2. Jisim molekul gas
 Jika suhu tinggi, halaju bunyi tinggi. Pada suhu
yang sama, halaju bunyi tinggi jika jisim
molekul gas rendah.
 Halaju bunyi lebih tinggi dalam cecair &
pepejal berbanding gas kerana kedudukan
molekul-molekul cecair dan pepejal lebih rapat
berbanding molekul-molekul dalam gas.

8
Panjang gelombang, λ
 Panjang gelombang, λ ialah jarak antara
dua titik berturutan yang bergetar sefasa,
contohnya; jarak antara dua puncak
berturutan / jarak antara 2 lembangan /
keadaan yang sama

9
Frekuensi bunyi,f
 Frekuensi bunyi,f ialah bilangan getaran
lengkap yang dibuat suatu jasad yang
bergetar dalam masa satu saat.
 Unit bagi frekuensi = hertz (Hz)
 Frekuensi = bilangan getaran yang lengkap
Masa yang diambil

Amplitud,A
 Amplitud ialah sesaran maksimum suatu
jasad dari kedudukan keseimbangannya.
10
KENYARINGAN & KELANGSINGAN
BUNYI
 Suatu nada muzik ialah suatu bunyi yang
mempunyai frekuensi yang tertentu.
 Bunyi yang frekuensi tidak seragam →
BISING
 Ciri-ciri bagi suatu nada muzik ialah
a) KENYARINGAN
b) KELANGSINGAN

11
KENYARINGAN BUNYI
 Kenyaringan suatu gelombang bunyi bergantung kepada
kadar pemindahan tenaga tentu melalui seunit luas yang
berserenjang kepada arah perambatan gelombang itu.
 Kenyaringan bunyi α kuasa & amplitud.
 Contoh :- petikan gitar lebih kuat ( amplitud lebih besar )
menghasilkan bunyi yang lebih kuat kenyaringannya dan
didengar sebagai bunyi lebih kuat.

Amplitud rendah, Amplitud tinggi,


kenyaringan rendah kenyaringan tinggi
12
KELANGSINGAN BUNYI
Kelangsingan bunyi bergantung kepada
frekuensi gelombang bunyi.
Bunyi lebih tinggi frekuensinya mempunyai
kelangsingan yang tinggi.

Frekuensi rendah, Frekuensi tinggi,


kelangsingan rendah kelangsingan tinggi

13
JENIS KEBISINGAN
 Kebisingan Selanjar
 Kebisingan Fluktuasi
 Bunyi Hentaman / Impuls
 Kebisingan Selang Seli

14
KEBISINGAN SELANJAR KEBISINGAN FLUKTUASI
Intensiti (tenaga bunyi) Perubahan fluktuasi antara
kebisingan yang malar 2 puncak gelombang yang
Perubahan intensiti antara tinggi dengan yang rendah
2 puncak gelombang bunyi >3dB.
adalah <3dB
BUNYI HENTAMAN / KEBISINGAN SELANG
IMPULS SELI
Bunyi bising yang tinggi Bunyi yang terjadi dalam
intensitinya & tempoh masa tertentu sahaja.
terjadinya adalah pendek. Contoh; kerja menggergaji
Contoh; tembakan senjata kayu dihentikan untuk
api beberapa waktu.

15
Aras Bunyi

< 3dB – Kebisingan selanjar

masa
Aras Bunyi

> 3dB – Kebisingan fluktuasi


masa
Aras Bunyi

Kebisingan selang seli

masa

16
JENIS-JENIS BUNYI BISING
* `Steady Wide Band Noise’
- Meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas
- Contoh : Mesin biasa, Keriuhan Di Pasar, Trafik
* `Steady Narrow Band Noise’
- Tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu.
- Contoh : Mesin Rumput, Gergaji Rantai, Pengetam

17
* `Impact Noise’
- Bunyi tunggal yang pendek.
- Contoh : Letupan, Tembakan senjatapi.
* `Repeated Impact Noise’
- Bunyi tunggal yang berulangan.
- Contoh : Memaku, Memahat.
* `Intermittent Noise’
- Contoh : Pengangkutan Udara, Lalulintas.

18
FAKTOR-FAKTOR
MEMPENGARUHI
PENGELUARAN BUNYI
* Ulangan (Hz)
- Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi
perasaan ketidakselesaan.
* Kekuatan Bunyi (dB)
- Lebih tinggi/kekuatan sesuatu bunyi , lebih
tinggi pula kadar kacau ganggu ke atas
individu.

19
* Kekerapan Dan Tempoh
- Bunyi bising berterusan akan memberikan
kacau ganggu dari bunyi yang tidak kerap
kedengaran.
* Keperluan
- Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan
tidak perlu, ketidakselesaan akan
bertambah.
* Kepekaan
- Kepekaan dan sikap atau perasaan
seseorang terhadap bunyi bising.
20
Skala Aras Kuasa dan Kekuatan Bunyi
Kekuatan
Kuasa (Watt) Punca
Bunyi (decibel)
25,000,000
195 Roket
– 40,000,000
100,000 170 Kapal terbang jet yang hendak naik
10,000 160 Engin turbo jet
1,000 150 Kapal terbang berkipas empat
100 140 Orkestra besar
10 130 Organ paip
1 120 Piano
0.1 110 Radio yang kuat
0.01 100 Kenderaan di jalan
0.001 90 Pekikan suara

0.0001 80
Suara pada aras perbualan
0.00001 70

0.000001 60
Suara bisikan
21
0.0000001 30
PUNCA-PUNCA BUNYI
* KENDERAAN
Udara - Kapalterbang, jet,
Darat - Keretapi, kereta, lori, bas, motosikal
Air - Kapal, Bot
* PERINDUSTRIAN
Kilang-kilang
* PEMBINAAN
Kerja-kerja menghentam cerucuk, “jack hammer”

22
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN BUNYI
 Bunyi kenderaan
bermotor merupakan
penyumbang ke arah
pencemaran ini
(kereta,motosikal,
bas, lori, keretapi,
kapal terbang dsb)

23
Kajian Kesan Lalu lintas
Kajian Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendapati punca utama bunyi di
bandar-bandar utama di Malaysia adalah daripada lalu lintas.Purata bunyi lalu lintas
di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia adalah 71.6 dBA pada siang hari
dan 70.4 dBA pada malam hari.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi bunyi lalu lintas, antaranya
ialah:
(a) Permukaan jalan & jenis jalan
Jalan yang diperbuat daripada konkrit memberikan kesan bunyi 5 dBA lebih
daripada jalan aspal. Permukaan jalan basah juga akan memberikan kesan yang
lebih bising berbanding dengan permukaan jalan yang kering.

(b) Kelajuan kenderaan


Kadar hasilan bunyi berkadar terus dengan kelajuan sesebuah kenderaan. Kajian
di Kanada mendapati kenderaan yang dipandu pada kelajuan 63 - 67 kmj-1
memberikan mengeluarkan bunyi sebanyak 67 dBA dan meningkat kepada 73 dBA
apabila kelajuannya 100 - 110 kmj-1

(c) Nisbah laluan lori


Kadar hasilan bunyi juga berkadar terus dengan kuantiti lori yang melalui
sesuatu jalan. Hal ini terjadi disebabkan lori merupakan kenderaan terbising di
jalan raya.

24
(d) Kecerunan dan persimpangan jalan
 Kajian di Sweden menunjukkan 5% kecerunan jalan menyumbang kepada
peningkatan paras bunyi sebanyak 4 dBA, terutamanya apabila lori melalui
kecerunan tersebut. Bagi persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat
pula, peningkatan paras bising didapati berlaku antara 3 - 5 dBA.

(e) Keadaan cuaca


 Faktor cuaca bergantung kepada keadaan suhu dan angin. Kajian
menunjukkan suhu boleh memberikan perubahan yang besar kepada kekuatan
bunyi sehingga 20 dBA (maksimum) dan angin pula sehingga 30 dBA.

(f) Pembalikan pada bangunan


 Pembalikan bunyi bertentangan dengan arah puncanya terjadi disebabkan setiap
permukaan tidak mampu menyerap ke semua gelombang bunyi. Dinding atau
bangunan yang didirikan berhampiran jalan atau sumber bunyi didapati boleh
memberikan peningkatan paras bunyi sebanyak 3 dBA.
 Faktor-faktor lain seperti jenis & kuasa enjin, tayar, sistem penyejukan &
ekzos juga mempengaruhi bunyi yang dikeluarkan oleh kenderaan.

25
Kapal terbang

 Bunyi kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran
lapangan terbang. Bunyi kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin
dan keadaan operasi di lapangan terbang.

Keretapi

 Masalah bunyi sumber ini lebih ketara di kawasan-kawasan tertentu sahaja,


misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang
melaluinya. Punca utama bunyi adalah daripada roda dan landasan keretapi.
Bunyi juga berubah mengikut jenis, struktur laluan dan kecerunan.Kelajuan
keretapi berkadar terus dengan bunyi, gandaan kelajuan akan meningkatkan
kebisingan sebanyak 6 dBA. Purata kelajuan yang meningkat sebanyak 10 kmj-1
menghasilkan pertambahan bunyi daripada roda keretapi sebanyak 2 dBA.
Selain itu, bunyi juga berpunca daripada isyarat wisel yang dikeluarkan oleh
keretapi berkenaan.

26
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN BUNYI
 Aktiviti perindustrian.
Bunyi-bunyi ini datangnya
daripada penggunaan
jentera, mesin,kenderaan
dsb

 Aktiviti-aktiviti sosial dan


rekreasi yang dijalankan
di luar bangunan.

27
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN BUNYI
 Aktiviti-aktiviti
pembinaan terutama
operasi penanaman
cerucuk.
Kuari juga merupakan
ejen pencemaran
bunyi. Bunyi berpunca
dari pemecahan batu,
enjin gerudi dan
pemunggahan batu ke
lori

28
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN BUNYI

 Aktiviti-aktiviti domestik seperti bunyi dari


peralatan rumah (seperti radio, penyedut
hampagas) dan binatang peliharaan.

29
PENGUKURAN BUNYI
Kaedah
Penganalisis Jalur Oktaf Dosimeter
Mempunyai penapis elektronik Dapat mengukur jumlah dos
yang membolehkan ia mengukur bunyi bising yang diterima oleh
intensiti bunyi pada jalur frekuensi individu tertentu dalam
yang dikehendaki jangkamasa tertentu
Mengetahui pada frekuensi Dapat merekodkan intensiti
berapakah bunyi bising paling bunyi dan masa pendedahannya
ketara. Memerlukan seseorang yang
mahir dan berkelayakan

Meter Arus Bunyi


Mengukur tekanan bunyi
Terdapat berbagai-bagai jenis mengikut
ketepatan mengukur aras bunyi
30
METER ARAS BUNYI
 Komponen asas
 Mikrofon
 Amplifier
 Penapis frekuensi
 Alat paparan
 Fungsi
 Menghasilkan satu jenis ketepatan untuk ukuran
bunyi bising dan analisis yang dijalankan adalah
secara sistematik.
 Kebaikan
 Alat mudah digunakan
 Senang & boleh di bawa ke mana-mana
 Boleh terus memaparkan data pada skrin
 Boleh menghasilkan graf setelah data diperolehi
31
Kaedah pengukuran
 Kedudukan kawasan kajian ditentukan dan
dikenalpasti bagi penentuan bacaan paras bunyi yang
sesuai
 Membuat pengujian alat untuk tujuan kejituan bacaan
 Alat didirikan di atas tripod pad ketinggian 1.5m dari
aras tanah. Pastikan tiada sebarang objek berdekatan
dengan alat. Sekurang-kurangnya 2.5m dari alat. Alat
model hendaklah berkedudukan condong 450. Penapis
digunakan untuk menutup mikrofon bagi mengelakkan
sebarang gangguan yang memberi kesan kepada
bacaan seperti angin dan habuk
 Bacaan disetkan untuk jangkamasa tertentu ( 1 jam )
 Bacaan diambil pada skrin alat
 Pengantaran data pada pencetak untuk proses
keputusan.

32
Balikan bunyi ketika pengukuran

33
PENCEMARAN BUNYI DAN
KESAN KE ATAS KESIHATAN
Definasi Sainstifik
Signal yang tiada memberi apa-apa informasi dan
kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Definasi Biasa
Bunyi yang tidak disukai yang memberi ketidakselesaan.

34
PARAS BUNYI YANG
DISARANKAN
Piawaian bunyi bising mempunyai hak-hak
yang digubal berdasarkan maklumat-
maklumat saintifik untuk melindungi;

 Tahap kesihatan manusia


 Kebajikan
 Pendedahan kacau ganggu kepada komuniti
 Pengurangan gangguan bunyi bising ke tahap
yang selamat
35
Paras bunyi yang disarankan
oleh WHO
KESAN JIKA < DARI
SEKTOR HAD BUNYI
HAD BUNYI
75 dB Risiko menghadapi
Industri sektor pekerjaan
(8 jam) masalah pendengaran
Kampung / Kawasan
Bandar
Siang hari 55 dB Peningkatan gangguan
Malam hari 45 dB Kesukaran untuk tidur
Domestik / Dalam Rumah
Siang hari 45 dB Kesukaran berbual
Malam hari 35 dB Kerap terjaga untuk tidur

36
KESAN PENCEMARAN BUNYI
BISING
KESAN BIOLOGI & KESAN TERHADAP
PSIKOLOGI EKONOMI
 Gangguan  Kesan Kepada Nilai
Komunikasi Harta Benda
 KesanKepada
Kesihatan
 Kesan Kepada
Habiliti

37
1) Gangguan Komunikasi
Rasakurang selesa untuk bercakap
Mungkin salah tafsir arahan, ketidak
sempurnaan dalam melakukan tugas

Contohnya;
Semasa sesi pembelajaran, mesyuarat,
pengumuman, arahan, perhimpunan

38
2) Kesan Kepada Kesihatan
 Terbahagi kepada dua :
 Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect)
 Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect)

39
i) Kesan Kepada Telinga
a) Kesan Semerta
- Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB)
- Menyebabkan pecah selaput tympanum,
kerosakan tulang kecil pendengaran.
- Hilang pendengaran kekal.
b) Kesan Kronik
- Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat
(>85 dB - 5 tahun, > 8 jam sehari)
- Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi
40
c) TTS (Temporary Threshold Shift)
- Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja
di tempat bising.
- Kembali asal setelah 12 jam keluar dari
suasana bising.
d) PTS(Permanent Threshold Shift)
- Pendedahan berulangan - threshold
pendengaran tidak kembali kepada ‘base line’
asal.

41
* Kesan Di Luar Telinga
a) Kesan Fisiology
- Meningkatkan Tekanan darah melalui
galakan ANS (Autonomy Nerves System)
- Meningkatkan Pergerakan Otot.
b) Kesan Psychosomatic.
- Sakit Kepala, pening, loya, muntah
- Nystagmus (pergerakan mata tak dapat
dikawal)

42
c) Kesan Pyscology
- Gangguan Percakapan
- Annoyance (Ketidakselesaan)
Ulangan Tinggi, intensiti kuat
Dipengaruhi oleh faktor lain- faktor fizikal,
altitude.
- Kesan Tingkahlaku
Mutu kerja dan kecekapan menurun.

43
- Keletihan
Gangguan saraf dan ketegangan

d) Lain-lain
- Mudah marah
- Sering merasa cemas.

44
3) Kesan Kepada Habiliti
Perasaan yang terganggu Gangguan tidur

Bunyi merupakan penyebab Gangguan tidur bergantung


terjadinya sakit jiwa tetapi kepada:
sukar untuk meramalkan sifat 1)Rangsangan bunyi
dan tahap kesannya kerana  Jenis
setiap individu mempunyai sifat
dan tahap penerimaan yang  Kekuatan
berbeza. Gangguan ini  Tempoh masa
merupakan suatu konsep yang  Ulangan atau
kompleks dan sukar untuk kekerapan
dikaitkan dengan kepekaan 2)Tahap tidur
seseorang kerana ia
bergantung kepada  Tidur nyenyak
berbagai-bagai faktor seperti  Tidur kurang
persekitaran, masa & jangka nyenyak
masa bunyi, kebiasaan dan 3)Alam persekitaran
citarasa seseorang.  Sifat individu
 Umur
 Kesihatan
45
KESAN TERHADAP EKONOMI
Kesan Kepada Nilai Harta Benda
 Penurunan nilai hartanah bagi kawasan
yang berdekatan dengan kawasan kilang
& industri / jalanraya utama

46
KAEDAH PENEBATAN HINGAR

 Perlindungan Dari Penerima


 Menambah Jarak Laluan
 Pengadang Hingar
 Kawalan Pada Punca

47
KAEDAH PENEBATAN HINGAR
DI TEMPAT KERJA.
1. Penguatkuasaan dari pihak kilang 4. Control of noise source by redress
untuk :-  Balancing rotating parts
 Dari mana bunyi itu datang  Reduce frictional resistance
 Bagaimana nak atasi  Apply damping materials
 Apa yang perlu dilakukan  Soil noise leaks
2. Mengawasai punca bunyi melalui  Perform routine maintenance
rekabentuk 5. Protect the receiver
 Reduce impact forces  When all else fails
 Reduce speeds & pressure  Alter work schedule
 Reduce frctional resistance  Ear protection
 Reduce radiating area
 Reduce noise leakage
 Isulate & dampen vibtrating
element
3. Noise control in the tranmission
path
 Separation
 Absorbing material
 Acoustical lining
 Barriers dan panel
 Trasnmission loss 48
 Enclosures
HAD ARAS HINGAR YANG DAPAT
DITERIMA
perumahan Bilik Tidur 25dB Pendidikan Bilik Kuliah, 30-40dB
(Rumah Persendirian) Bilik Darjah
Bilik Tidur 30dB Bilik Belajar 20-35dB
(rumah Pangsa) (Persendirian)
Bilik Tidur (Hotel) 35dB Perpustakaan 35-45dB
Bilik Tamu 40dB Kesihatan Wad Awam 25-35dB
(Hospital)
Perniagaan Pejabat Persendirian 35-45dB
Wad Persendirian 20-25dB
Bank 40-50dB (Hospital)
Bilik Mesyuarat 40-45dB Bilik Bedah 25-30dB
Pejabat Am, 40-55dB Auditorium Dewan Konsert 25-35dB
Kedai, Stor
Gereja 35-40dB
Restoran. 40-60dB
Bilik Mahkamah 40-45dB
Kafetaria 50-60dB Bilik Persidangan
Perindustrian Bengkel Ketepatan 40-60dB
Bengkel Berat 60-90dB
Makmal 40-50dB

49
PERUNDANGAN BERKAITAN BUNYI DI
MALAYSIA

50
51
1) KAWALAN KE ATAS SUMBER
PENGELUAR BUNYI
Kaedah ini merupakan cara kawalan paling berkesan.
Apabila bunyi sudah dibebaskan oleh sumber ke alam
persekitaran, ia akan menjadi satu masalah yang sukar
dirawat.Kawalan kepada sumber boleh dilakukan dengan dua
cara.

 Mengubah suai ciri-ciri sumber serta pembinaan


teknologi baru, misalnya penciptaan minyak pelincir
atau penggunaan bahan-bahan yang dapat
mengurangkan geseran dan dengungan

 Menyediakan alat-alat yang dapat menyerap bunyi


seperti melingkungi sumber dengan bahan penyerap
bunyi.

Kebiasaannya, pengurangan bunyi pada sumber adalah


terhad disebabkan oleh faktor ekonomi. Misalnya penciptaan
teknologi baru bagi tujuan mengurangkan bunyi memerlukan
masa yang panjang dan kos yang tinggi sehingga ekonomi
tidak membenarkan lagi pengurangan bunyi dibuat. 52
2) KAWALAN KE ATAS LALUAN BUNYI
 Bunyi boleh dikurangkan jika laluan dan penyebarannya
dihalang oleh rintangan seperti tembok, tambakan tanah dan
sebagainya. Ini adalah kerana bunyi telah diserap atau ditapis
dan diserakkan oleh hadangan tersebut. Pembinaan tembok
berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 10 - 15 dBA. Prinsip
kawalan kepada laluan dan penyebaran bunyi amat sesuai
digunakan dalam perancangan bandar bagi mengurangkan
bunyi. Walau bagaimanapun, faktor ketinggian, tebal dan jenis
tembok yang digunakan menentukan paras bunyi yang boleh
dikurangkan.

 Penurunan bunyi adalah berkadar terus dengan jarak sumber


bunyi; semakin jauh sumber bunyi, maka semakin berkurangan
bunyi.

53
3) KAWALAN KEPADA PENDENGAR
 Kawalan kepada pendengar bermaksud menghalang bunyi
daripada diterima oleh pendengarnya.

 Tindakan boleh diambil bagi pihak penerima bunyi secara


meletakkan penerima bunyi jauh dari sumber bunyi atau
meletakkan suatu penghalang bunyi di antaranya.

 Perancangan tapak dan reka bentuk landskap yang baik amat


sesuai dilakukan berdasarkan prinsip ini seperti pelan susun
atur, pendekatan seni taman dan perkawasan aktiviti.

 Penggunaan alat pelindung pendengaran juga berkesan bagi


mengurangkan masalah bunyi. Penutup telinga berupaya
mengurangkan bunyi sebanyak 50 dBA; sumbat gentian kaca
dan span dapat mengurangkan bunyi sebanyak 37 dBA.

54
4) KAEDAH PERANCANGAN GUNA TANAH
 Perancangan gunatanah atau lebih dikenali sebagai perancangan
bandar & wilayah ataupun perancangan fizikal adalah sebagai seni
& sains mengatur penggunaan tanah seperti penempatan
bangunan, kawasan industri, kawasan lapang serta laluan
perhubungan bagi mencapai keseimbangan yang optimum dari
segi ekonomi, keselesaan & estetika. Tujuan perancangan guna
tanah ialah untuk mengarah pembangunan & penggunaan tanah
bagi memenuhi kebajikan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

 Perancangan guna tanah dibuat dalam dua bentuk iaitu:


 Perancangan berbentuk penggubalan polisi melalui
pembentukan rancangan pembangunan (rancangan struktur &
rancangan tempatan) bertindak sebagai petunjuk arah
pembangunan. Polisi yang digubal di peringkat rancangan
struktur akan diterjemah & diperincikan untuk dilaksanakan di
peringkat rancangan tempatan.
 Sistem kawalan pembangunan bertindak sebagai agen
pelaksanaan & pengubahsuaian polisi yang ditetapkan dalam
rancangan pembangunan.

55
PERANCANGAN GUNA TANAH

1) Pengezonan Guna Tanah


2) Penyediaan Halangan
3) Had Paras Bunyi Mengikut
Sempadan Zon
4) Pengurusan Lalu Lintas
5) Kaedah Lain Pengawalan

56
1) Pengezonan Guna Tanah
 Pengezonan atau perkawasan guna tanah digunakan oleh pihak
berkuasa tempatan untuk melindungi kepentingan awarn melalui
peraturan kegunaan tanah dan bangunan.
 Perkawasan guna tanah dibuat atas prinsip bahawa guna tanah
bandar mungkin dibahagikan kepada beberapa zon.
 Kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang sama dikumpulkan
bersama dalam satu zon supaya percanggahan antara aktiviti
dapat dihindari atau diminimurnkan.
 Guna tanah dikumpulkan atau diagihkan dalam zon-zon tertentu
mengikut kesesuaiannya serta mengikut fungsi dan bentuknya

57
2) Penyediaan Halangan
– Rintangan Fizikal
Bolehmenghalang bunyi bising Keteguhan Jisim Penyerapan
Jenis
sebanyak 10 -15 dB. (Stiffness) (Mass) (Damping)

Faktor bergantung kepada:- Tambakan Tiada, tetapi


Baik Sangat Baik
 Ketinggian tembok
Tanah tidak bergema
 Ketebalan tembok
 Jenis tembok Tembok Sangat
Baik Baik
Bata Baik
Ciri-ciri
yang perlu pada sesuatu
rintangan fizikal supaya ia dapat Tembok Sangat
Sederhana Sederhana
berfungsi dengan baik bagi Konkrit Baik
mengurangkan bunyi ialah:
Tembok
Lemah Lemah Lemah
kayu
 Keras/teguh, supaya ia tidak turut
bergetar dan bergerna,
 Mempunyai cukup jisim untuk
menahan pancaran bunyi, boleh
menyerap bunyi melalui keupayaan
penyerapan.

58
Tembok ‘Sound Fighter LSE
Kebaikan Walls Panels’
 Mudah dikendalikan
 Tatacara pemasangan mudah
 Menjimatkan
 Tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai
Ciri-ciri
1) Penyerapan bunyi
 mempunyai ciri-ciri dinding penyerap bunyi
2) Nipis
 Panel nipis
 Berat satru panel 5lbs setiap kaki persegi
3) Ketahanlasakan
 Tahanlasak terhadap tindakbalas kimia akibat lelasan cat dan bahan
pencuci tanpa rosakan panel
4) Binaan bermodul
 Mudah dipasang dan mudah dikendalikan
5) Ujian UV
 Jenis tahan lama terhadap sinaran matahari
 Mudah berkarat / mudah nampak kekotoran
6) Rintangan angin
 Berupaya menahan angin pada kelajuan 200 mph
7) Ketinggian
59
 Ketinggian boleh mencapai 35 kaki untuk mengurangkan bunyi bising
2) Penyediaan Halangan -
Penanaman Pokok Dan Kawasan
Lapang
Pokok yang berbentuk menegak, berdaun tajam serta
kecil dan ranting yang menegak ke atas dapat
mengurangkan bunyi bising pada kadar 4 - 6 dBA
berbanding dengan pokok yang tinggi membulat dan
menegak serta mendatar dengan ukuran panjang daun
kira-kira 7.5 cm (3 inci) boleh mengurangkan lebih kurang
6 - 8 dBA.
Bagi menebat bunyi antara 8 - 12 dBA, pokok yang sesuai
adalah daripada jenis yang tinggi dan membulat dengan
daun berukuran antara 10 - 15 cm (4 - 6 inci)
Sekelompok pokok yang ukuran lebarnya 30 meter (100
kaki) dapat mengurangkan bunyi sebanyak 7 dBA.
Pokok dan belukar yang ditanam secara rawak hanya
berupaya mengurangkan bunyi sebanyak 2 dBA hingga 5
dBA pada jarak 100 meter berbanding dengan pokok yang
ditanam secara sistematik yang dapat mengurangkan
sebanyak 10 dBA hingga 15 dBA pada jarak yang sama 60
 Kajian pernah mendapati jika rumput, tumbuhan renek dan
pokok ditanam di cerun yang menghadap punca bunyi, kadar
kebisingan dapat dikurangkan 8 hingga 10 dBA (Iihat Rajah 1).

Rajah 2 : Pengurangan
Rajah 1: Penapisan bunyi bunyi bising melalui
bising oleh tumbuhan hijau tambakan tanah, tembok
pengadang dan penanaman
pokok 61
Zon Penampan Bukan Kediaman
 Zon penampan seperti bangunan kedai, pejabat atau industri ringan
diletakkan di antara jalan raya yang bising dengan kawasan kediaman.

 Kaedah ini lebih sesuai dari segi ekonomi kerana tanah yang mahal
dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang berekonomi.

 Rajah 3 menunjukkan contoh penyusunan guna tanah yang direka


untuk mengasingkan komuniti dalarn kumpulan atau zon yang
sepadan iaitu untuk melindungi kawasan kediaman daripada bunyi lalu
lintas dan lapangan terbang melalui kaedah perkawasan dan zon
penampan bukan kediaman.

Kawasan Industri
Kawasan Perdagangan
Kawasan Kediaman
Jalan Utama

RAJAH 3

62
3) Had Paras Bunyi Mengikut
Sempadan Zon
Klasifikasi Paras Bunyi (dBA)
Siang Malam
(0700–2200) (2200-0700)
LUAR BANDAR 50 40
PINGGIR BANDAR
Kediaman 50 40
Bercampur 60 50
Bukan Kediaman 60 60
BANDAR
Kediaman 60 55
Bercampur 65 60
Bukan Kediaman 75 65
INDUSTRI
Ringan 60 50
Am 65 55
63
Berat 75 65
4) Pengurusan Lalu Lintas
 Mengasingkan Kenderaan Dari Penerima

1. Menyediakan laluan untuk kenderaan berat jauh dari kawasan


perumahan atau membataskan penggunaan jalan tempatan pada
waktu-waktu tertentu sahaja.
2. Selain itu, laluan bas dan jalan-jalan utama terutamanya di kawasan
perumahan perlulah direka bentuk sedemikian rupa sehingga, dapat
menghindari masalah bunyi.

 Melancarkan Pengaliran Lalu lintas

1. Keadaan ini boleh dicapai dengan menyediakan laluan khusus untuk


lalu lintas yang membuat perjalanan terus tanpa melalui pusat
bandar.
2. Di samping itu, pembinaan persimpangan termasuk persimpangan
lampu isyarat dapat dikurangkan dengan adanya jalan khusus atau
jalan pintas untuk kenderaan yang jalan terus. Tanpa persimpangan
berlampu isyarat, paras bunyi bising lalu lintas dapat dikurangkan
3. Bagi kawasan kediaman pula, dengan melancarkan pengaliran lalu
lintas, kenderaan luar tidak akan melalui kawasan tersebut sebagai
laluan altematif. Dengan ini bunyi lalu lintas di kawasan tersebut
dapat dikurangkan.
64
Paras Bising Jarak dalam kaki (meter)
satu meter 16.4 32.8 49.2 65.6 82 98.4 115.8 131.1 146 164 197 230 262.3 295.1 328
dari sumber (5) (10) (15) (20) (25) (30) (35) (40) (45) (50) (60) (70) (80) (90) (100)
(dBA)
110 96 90 86 84 82 80 79 78 77 76 74 73 72 71 70
108 94 88 84 82 80 78 77 76 75 74 72 71 70 69 68
106 92 86 82 80 78 76 75 74 73 72 70 69 68 67 6
104 90 84 80 78 76 74 73 72 71 70 68 67 66 65 64
102 88 82 78 76 74 72 71 70 69 68 66 65 64 63 62
100 86 80 76 74 72 70 69 68 67 66 64 63 62 61 6Q
98 84 5 74 72 70 68 67 66 65 64 62 61 60 59 58
96 82 76 72 70 68 66 65 64 63 62 60 59 58 57 56
94 80 74 70 68 66 64 63 62 61 60 58 57 56 55 54
92 78 72 68 66 64 62 61 60 59 58 56 55 54 53 52
90 76 70 66 64 62 60 59 58 57 56 54 53 52 51 50
88 74 68 64 62 60 58 57 56 55 54 52 51 50 49 48
86 72 66 62 60 58 56 55 54 53 52 50 49 48 47 46
84 70 64 60 58 56 54 53 52 51 50 48 47 46 45 44
82 68 62 58 56 54 52 51 50_ 49 48 46 45 44 43 42
80 66 60 56 54 52 50 49 48 47 46 44 43 42 41 40

Jadual 1 : Pengurangan bising dengan penjarakan

65
5) KAEDAH LAIN PENGAWALAN
 Penyediaan Laluan Pejalan kaki
 Menggalakkan Penggunaan Kenderaan
Awam.
 Susunatur Rumah.

66
Garis putus menunjukkan bauran yang sama
Kedudukan paling baik untuk halangan:paling hampir dengan sumber
Kedudukan paling teruk:pertengahan di antara sumber & pendengar
Rajah 4 : kesan sekatan halangan

67
KAEDAH PENGURANGAN BUNYI
DLM BANGUNAN

 PANTULAN

Permukaan Permukaan
cekung Permukaan Pantulan Pantulan Pantulan
rata cembung menumpu berselerak berselerak
(pantulan (pada
selari) praktisnya)

Rajah 5 : Hukum pantulan pada permukaan bangunan

68
Rajah 6 : Kesan pentas, siling dan dinding terhadap penyebaran suara

69
PENYERAPAN

Strukur kayu yang berliang akan


menyerap bunyi

Rajah 7 : Penebatan di sebelah dalam Langsir / tirai


unit agihan udara
Penyerapan bertambah baik dengan 70
menganjakkan langsir dari dinding
KEMASAN PERMAIDANI

Jenis benang pintal (simpul) Jenis benang berpotong


.

LEPA AKUSTIK
Bahan penyerap jenis ini didapati dalam
SELIMUT AKUSTIK bentuk semi-plastik.
•Biasanya bahan penyerap jenis selimut Lepa akustik ini disembur atau diturap
akustik terdiri daripada rockwool, gentian menggunakan alat penyapu simen ke bahagian
kaca atau hairfelt. permukaan yang diperlukan.
•Selimut akustik, setebal 2 - 13 cm Prestasi alat penyerap ini baik pada frekuensi
71
tinggi sahaja.

Anda mungkin juga menyukai