0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
387 tayangan14 halaman

Pengukuran dan Sistem Instrumentasi

Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang pengukuran dan sistem instrumentasi. Ia menjelaskan proses pengukuran, komponen utama sistem instrumentasi seperti transduser, penyesuai isyarat dan penukar isyarat. Dokumen ini juga membincangkan ciri-ciri penting sebuah instrumen seperti ketepatan, kepekaan dan resolusi.

Diunggah oleh

Wira Admadja
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
387 tayangan14 halaman

Pengukuran dan Sistem Instrumentasi

Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang pengukuran dan sistem instrumentasi. Ia menjelaskan proses pengukuran, komponen utama sistem instrumentasi seperti transduser, penyesuai isyarat dan penukar isyarat. Dokumen ini juga membincangkan ciri-ciri penting sebuah instrumen seperti ketepatan, kepekaan dan resolusi.

Diunggah oleh

Wira Admadja
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

UNIVERSITI TEKNIKAL

MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

BAB 2
PENGUKURAN DAN SISTEM
INSTRUMENTASI
SEMESTER 1 2008/2009

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 1 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

2.1 PENGENALAN ASAS PENGUKURAN & SISTEM INSTRUMENTASI


2.1.1 PROSES PENGUKURAN
Pengukuran adalah satu proses di mana parameter fizikal diubah kepada nombor-nombor
bermakna dengan menggunakan instrumen tertentu. Setiap nombor bermakna yang diperolehi mestilah
diikuti dengan unit kerana unit dapat menunjukkan ciri-ciri parameter fizikal yang diukur, seperti
meter untuk panjang, kilogram untuk jisim dan Iain-lain. Secara am, proses pengukuran dapat
ditunjukkan seperti di bawah:

Isyarat masukan (i/p)

Isyarat keluaran (o/p)


Instrument
Pengukuran

Parameter fizikal

Parameter elektrik

Proses pengukuran melibatkan semua maklumat, kelengkapan, instrumen dan operasian yang
berkaitan dengan sesuatu pengukuran, juga merangkumi semua aspek berkaitan perlakuan, prinsip,
kaedah, tatacara, nilai-nilai kuantiti pengaruh, mutu dan piawai pengukuran.
Pengukuran boleh dilakukan secara langsung (direct measurement) atau tidak langsung (indirect
measurement). Contoh-contoh pengukuran yang dijalankan secara langsung adalah seperti mcngukur
aliran arus menggunakan ammeter, voltan menggunakan voltmeter, rintangan menggunakan
ohmmeter, kuasa menggunakan wattmeter dan lain-lain. Sementara pengukuran secara tidak langsung
dilakukan dengan memanipulasi kuantiti ukuran yang berkaitan melalui persamaan-persamaan
tertentu. Contohnya rintangan konduktor boleh diperolehi melalui pengukuran voltan, V dan
pengukuran aliran arus, I melalui konduktor tersebut menggunakan Hukum Ohm (Ohm 's Law) i.e.

R=

V
I

Pengukuran secara langsung memberikan nilai ralat (error) yang lebih kecil berbanding dengan
pengukuran yang dibuat secara tidak langsung. Ralat ini bergantung kepada ketepatan (accuracy)
instrumen pengukuran tersebut.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas melakukan proses
pengukuran
Sebelum melakukan proses pengukuran, harus dikenalpasti :

Tatacara/kaedah pengukuran: Kenalpasti apa parameter yang hendak diukur, bagaimana cara
terbaik, berapa banyak pengukuran perlu dibuat dan bagaimana untuk merekodkan hasil
pengukuran.
Ciri/sifat parameter: Harus tahu parameter yang diukur samada AC atau DC, frekuensi, dll.
Kualiti:
Masa dan kos diperuntukkan, keupayaan alatan, pengetahuan pengukuran,
hasil/keputusan pengukuran yang sesuai.

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 2 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Instrument/peralatan: Pilih alat yang sesuai samada meter analog / digital / osc / counter dan
lain-lain, perlu pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan.

Semasa mengendalikan proses pengukuran, perlu :

Kualiti: Pastikan alatan yang dipilih adalah yang terbaik, kedudukan pengambilan data sesuai,
bilangan pengukuran yang diambil mencukupi dan adakah hasil yang diambil boleh dipercayai.
Utamakan keselamatan: Kesan kejutan elektrik, kesan beban berlebihan, had alatan, baca
manual alatan.
Pensampelan: Lihat perubahan parameter semasa pengukuran, nilai mana yang perlu dipilih
bila parameter sentiasa berubah, ambil bilangan sampel yang mencukupi dan pastikan
perwakilan sampel boleh diterima dan diakui.

Kerja-kerja selepas pengukuran :

Proses pengukuran tidak lengkap sepenuhnya jika hanya data pengukuran diambil. Data mesti
dianalisis, secara matematik/statistik dan keputusan mesti dilaporkan dengan lengkap dan
tepat.

2.1.2 SISTEM INSTRUMENTASI


Rajah di bawah menunjukkan gambaran ringkas sebuah sistem instrumentasi :

Physical
Parameter
Displacement
Temperature
Pressure
Flow rate
Velocity
Force, etc

Transducer /
Sensor

Signal
Conditioner
Bridge
Amplifier
Filter, etc

Signal
Converter
A/D, D/A
F/V
V/C, etc

Analog / Digital
Display
(Indicating
Device)
Oscilloscope
Meter
Plotter
Computer, etc

Signal Modifier

Apakah yang dimaksudkan dengan Instrumen/Peralatan?


Instrumen/peralatan merupakan satu alat atau mekanisma yang digunakan untuk menentukan
nilai bagi kuantiti yang sedang diukur.
Oleh itu, Sistem Instrumentasi boleh ditakrifkan sebagai sebuah sistem yang dibentuk daripada
beberapa gabungan peralatan/komponen untuk melakukan proses pengukuran.
Sebuah sistem instrumentasi secara ringkasnya mesti mempunyai komponen sensor/transduser,
penyesuai isyarat, penukar isyarat dan alat paparan. Fungsi sensor/transduser adalah untuk mengesan
parameter fizikal dan seterusnya menukarkannya kebentuk isyarat elektrik. Isyarat ini akan diubahsuai
oleh penyesuai isyarat seperti untuk menghapuskan hingar yang ada, menggandakan isyarat dan
sebagainya. Kemudian akan dihantar ke penukar isyarat untuk disesuaikan dengan bentuk alat
paparan, samada bentuk digital, analog, arus, voltan, denyut dan lain-lain.

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 3 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

2.1.3 CIRI-CIRI INSTRUMEN


Beberapa ciri perlu dipenuhi oleh setiap instrumen/meter semasa proses merekabentuk bagi
memastikan instrumen/meter tersebut dapat berfungsi dengan baik, cekap dan memuaskan iaitu:
1) Ketepatan (Accuracy)
Ketepatan merupakan satu ukuran yang menerangkan bertapa hampirnya bacaan yang ditunjukkan
oleh meter kepada bacaan nilai sebenar (piawai) parameter yang diukur. Biasanya ketepatan sesebuah
instrumen dinyatakan dalam bentuk peratus (%).
% Ketepatan = 100% - % ralat
2) Kepersisan (Precision)
Kepersisan merupakan satu ukuran kebolehulangan atau kekerapan sesebuah instrumen untuk
memberikan bacaan yang sama jika pengukuran dilakukan berulangkali. Sekiranya bacaan yang
diambil berulangkali tidak berubah, instrumen tersebut dikatakan mempunyai kepersisan yang tinggi.
Instrumen yang tepat, kepersisan mesti tinggi. Namun kerpersisan yang tinggi tidak semestinya
menunjukkan bacaan yang tepat.
Kepersisan = 1

Xn Xn
Xn

dimana, Xn = nilai pengukuran ke - n


Xn = nilai purata set bagi n pengukuran

3) Kepekaan (Sensitivity)
Kepekaan ialah nisbah perubahan bacaan keluaran instrumen kepada perubahan masukan iaitu
parameter yang diukur.
S=

Keluaran
Masukan

4) Kelinearan (Linearity)
Sesebuah sistem dikatakan bersifat linear jika keluarannya adalah berkadaran dengan parameter
yang sedang diukur.

( keluaran)( masukan )

5) Julat (Range)
Merupakan had minimum dan maksimum di mana instrument boleh berfungsi dan biasanya julat
sesebuah instrument ditentukan oleh pengeluar instrument tersebut.

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 4 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

6) Nilai Namaan (Nominal Value)


Merupakan suatu nilai (masukan & keluaran) yang telah ditetapkan oleh pengeluar sebagai
panduan penggunaan sesuatu instrumen.

7) Had-Terima (Tolerance)
Menerangkan lencongan maksimum daripada nilai namaan (nilai sebenar).

8) Pincang (Bias)
Ralat malar yang terjadi pada instrumen di mana penunjuk tidak bermula dari sifar.

9) Histerisis (Hysterisis)
Perbezaan keluaran antara bacaan menaik dan menurun sesebuah instrumen.

10) Jalur Mati (Dead Zone/Band)


Julat tertentu di mana instrumen tidak memberikan bacaan walaupun terdapat perubahan pada
parameter yang diukur.

11) Hanyut Sifar (Zero Drift)


Bacaan sifar instrumen telah berubah dari kedudukan sifar yang telah ditentukan.

2.1.3.1 RESOLUSI
Resolusi merupakan perubahan terkecil yang dapat dilihat pada kuantiti yang sedang diukur
dimana sesuatu instrumen itu akan bertindak-balas.
Contoh 1:
Bagi meter voltan berskala tidak penuh 18V seperti rajah di bawah, jarum penunjuk boleh dibaca ke
(kemungkinan) satu perdua daripada bahagian (senggatan) skala terkecil. Memandangkan skala
terkecil mewakili 2V (julat 8-10V), maka satu perdua daripada bahagian (senggatan) skala adalah
1.0V. Oleh itu, bagi kes meter analog ini, 1.0V adalah perubahan voltan terkecil yang boleh dilihat.
Oleh yang demikian, resolusi bagi alat pengukuran tersebut adalah 1.0V.

Rajah A
NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 5 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Contoh 2:
Bagi paparan termometer digital seperti Rajah B pula, untuk kuantiti 28.9oC yang dipaparkan, nombor
terakhir (sebelah kanan) merujuk kepada perpuluhan oC. Maka bagi kes ini, 0.1oC adalah perubahan
voltan terkecil yang boleh dilihat kerana bacaan boleh berubah menjadi 28.8oC atau 29.0oC. Oleh yang
demikian, resolusi bagi pengukuran tersebut adalah 0.1oC. Meter digital ini juga dikatakan memiliki
ketepatan sehingga 0.1oC.

Rajah B

2.1.3.2 ANGKA BERERTI


Angka bererti merupakan nilai-nilai termasuk nilai-nilai sifar dan nilai-nilai anggaran yang diperolehi
daripada instrument pengukuran yang boleh dipercayai. Bilangan angka bererti yang digunakan pada
kuantiti yang sedang diukur menunjukkan ketepatan pengukuran tersebut.
Contoh 1:
Bagi pengukuran 28.9oC di dalam Rajah B sebelum ini, empat angka bererti tersebut menunjukkan
ketepatan pengukuran adalah 0.1oC. Sekiranya pengukuran tersebut dilakukan dengan ketepatan 1oC
(mungkin dengan instrumen lain), maka paparan akan menunjukkan 29oC i di mana menjadikan
jumlah angka bererti sebanyak tiga angka sahaja.
Contoh 2:
Bagi kes nilai rintangan dinyatakan sebanyak 47.3, nilai sebenarnya mungkin bukan 47.3 tepat
tetapi dianggap sebagai hampir kepada 47.3 berbanding 47.2 atau 47.44. Ketiga-tiga tandaan
angka bererti tersebut menunjukkan bahawa ketepatan pengukuran adalah 0.1.
Jika kuantiti yang dinyatakan adalah 47.3k, maka ketepatan pengukuran akan menjadi 0.1k atau
100. Jika 47.3 ditulis semula dengan hanya dua angka bererti, maka ia akan menjadi 47 kerana
47.3 jelas lebih hampir kepada 47 berbanding 48.
Jika kuantiti itu ditulis sebagai 47.0, ia menunjukkan bahawa rintangan tersebut adalah lebih hampir
kepada 47 berbanding 47.1 di mana di dalam kes ini, sifar (dalam 47.0) adalah merupakan angka
bererti.

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 6 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Contoh 3:
Pertimbangkan hasil pengiraan menggunakan kalkulator elektronik untuk menentukan nilai rintangan
daripada pengukuran voltan adan arus:
R=

V
8.14V
=
= 3.493562232 k
I 2.33mA

Jelas di sini bahawa tidak sesuai untuk memiliki jawapan yang mengandung 10 angka bererti apabila
setiap kuantiti asal hanya mengandungi 3 angka bererti sahaja. Oleh itu, satu-satunya penyelesaian
adalah dengan menggunakan jumlah angka bererti yang sama dengan kuantiti asal. Jadi, pengiraan
tersebut menjadi:

R=

V
8.14V
=
= 3.49k
I 2.33mA

Rintangan tersebut kini dinyatakan dengan ketepatan yang sama seperti arus dan voltan yang telah
diukur. Pengiraan ini tidak mengambil kira kepersisan meter voltan dan meter arus.
Sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, bilangan angka bererti dalam sesuatu kuantiti
menentukan ketepatan bacaan bagi alat pengukuran yang digunakan. Bilangan angka bererti yang
digunakan di dalam pengiraan, tidak boleh melebihi bilangan angka bererti yang dimiliki oleh kuantiti
asal.

2.2 RALAT PENGUKURAN


Ralat ditakrifkan sebagai perbezaan diantara bacaan yang diberikan oleh instrumen/meter
dibandingkan dengan nilai sebenar parameter yang diukur. Ralat terjadi akibat daripada beberapa
sebab dan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu ralat pengguna (ralat kasar), ralat sistematik
dan ralat rawak.

2.2.1 JENIS-JENIS RALAT


1) Ralat Kasar/Pengguna
Ralat kasar secara amnya disebabkan oleh manusia/pengguna itu sendiri kerana kesilapan
memilih instrumen yang tidak sesuai, salah membaca dan merekodkan bacaan, salah mengendalikan
instrumen, terlupa melakukan 'zero offset', kesan beban dilupakan dan lain-lain. Ralat ini boleh
dikurangkan dan dihapuskan dengan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan
instrumen pengukuran, semasa membuat pengukuran dan semasa merekodkan bacaan termasuk
kiraan. Berjaga-jaga dengan had keupayaan instrumen, ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk
mengelakkan ralat kasar, membaca manual instrumen dan seboleh-bolehnya baca penunjuk dengan
tepat.
2) Ralat Sistematik
Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan
menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh ralat instrumen, ralat
sekitaran dan ralat pemerhatian.
NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 7 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

i) Ralat Instrumen
Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri (faulty instrument)
seperti kesan dari geseran penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat, alat rosak. Ralat
boleh ditentukan dengan membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai dan boleh
tentukan samada ralat adalah tetap atau berkadaran. Ralat instrumen boleh dikurangkan dengan
melakukan penentukuran alat, dapatkan faktor pembetulan daripada ralat yang didapati, lakukan lebih
dari satu cara pengukuran. Seelok-eloknya selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan
bacaan adalah tepat seperti yang dikehendaki.
ii) Ralat Sekitaran
Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu, kelembapan, medan
magnet, dan elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat jenis ini lakukan
eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran yang dibenarkan, hindarkan dari
kesan medan magnet dan lain-lain. Seelok-eloknya gunakan instrumen yang tahan terhadap perubahan
keadaan sekitaran/tahan lasak.
iii) Ralat Pemerhatian
Ralat pemerhatian merupakan ralat yang disebabkan oleh pengguna. Dua jenis ralat pemerhatian
yang utama ialah ralat yang disebabkan oleh ralat paralaks yang terhasil daripada pembacaan skala
meter dan ralat anggaran/penilaian semasa mendapatkan bacaan daripada skala meter.
3) Ralat Rawak
Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan dalam
pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak menentu, walaupun
pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui puncanya dan selalunya kurang
diambil kira melainkan pengukuran memerlukan kejituan yang tinggi. Analisis secara statistik
terhadap data yang diperolehi boleh dilakukan untuk melihat ketepatan pengukuran, dengan
mendapatkan min dan sisihan piawainya.

2.2.2 BAGAIMANA RALAT DINYATAKAN


Ralat boleh dinyatakan dalam bentuk Ralat Mutlak (Absolute Error) atau % Ralat (% of Error).
i.

Ralat Mutlak: Perbezaan diantara nilai sebenar/nilai jangkaan dan nilai ukuran sesuatu
pemboleh-ubah (variable) yang sedang diukur.
e = | Yn - Xn |
di mana;
e : Ralat mutlak
Yn : Nilai sebenar/nilai jangkaan Xn: Nilai
ukuran

ii.

% Ralat (Ralat Nisbi/Relatif): Nilai ukuran peratusan bagi ralat mutlak terhadap nilai
sebenar/nilai jangkaan.

%e =
NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

Yn Xn
Yn

X100%

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 8 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

iii.

No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Ketepatan Relatif (A): Nilai ukuran yang kebiasaannya digunakan bagi menyatakan nilai
ketepatan pengukuran.

= 1
iv.

No Dokumen : DEKC1513

Yn Xn
Yn

% Ketepatan Relatif (a): Nilai ukuran peratusan bagi ketepatan relatif.


a = 100% - %e

Contoh:
Nilai sebenar voltan merentangi satu perintang ialah 50V. Namun, hasil pengukuran menunjukkan
bacaan 49V. Kira:
(a) Ralat mutlak

(b) Peratus ralat

(c) Ketepatan relatif

(d) Peratus ketepatan


(1V, 2%, 0.98,98%)

2.2.3 ANALISIS STATISTIK BAGI RALAT DALAM PENGUKURAN


Salah satu cara menganalisis ralat ialah dengan menggunakan kaedah statistik. Kaedah ini
memerlukan bilangan sampel data yang banyak untuk dianalisis dan ditentukan nilai min/purata,
sisihan min dan sisihan piawai data-data tersebut.
i.

Nilai Min/Purata ( X ): Penjumlahan nombor-nombor dalam satu set data dibahagi dengan
jumlah bilangan nombor-nombor tersebut
X=

X 1 + X 2 + X 3 + .... + X n
n

=
i =1

Xi
n

n : bilangan bacaan
Xn: nilai bacaan yang ke-n
ii. Sisihan/Deviation (dn): Perbezaan diantara sebarang data dalam satu set nombor dengan nilai
min/purata bagi set nombor tersebut

dn = Xn X
Jumlah algebra (algebraic sum) bagi sisihan untuk satu set nombor daripada nilai purata
aritmetiknya adalah SIFAR
d total = d 1 + d 2 + d 3 + ....... + d n = 0
iii. Min/Purata Sisihan/Average Deviation (D): Satu jenis pengukuran variasi/kepelbagaian data
yang dapat menunjukkan kepersisan instrumen yang digunakan. D yang rendah menunjukkan
kepersisan instrumen yang tinggi.
NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 9 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

D=

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

d 1 + d 2 + d 3 + ...... + d n
n

iv. Sisihan Piawai/Standard Deviation ( ): Satu ukuran dimana nilai bagi satu set nombor berubah
di sekitar nilai purata bagi nombor tersebut.
n

(X

X) 2

i =1

n 1

2
i

i =1

Bagi n<30

n 1

Bagi n 30

i =1

v. Varians (V)
V = (sisihan piawai)2 = 2
Contoh:
Data-data berikut diperolehi menerusi pengukuran yang dibuat ke atas kapasitor. 1.003, 0.998, 1.001,
1.009, 0.991, 1.005, 0.996, 0.997, 1.008 and 0.994 F. Kira:
(a) min/purata

(b) sisihan

(c) min/purata sisihan

(d) sisihan piawai

Penyelesaian:
(a) Min/purata

X=

(1.003 + 0.998 + 1.001 + 1.009 + 0.991 + 1.005 + 0.996 + 0.997 + 1.008 + 0.994)
10

= 1.0002 F
(b) Sisihan
d1 = 1.003 - 1.0002 = 0.0028 F
d2 = 0.998 - 1.0002 = -0.0022 F
d3 = 1.001 - 1.0002 = 0.0008 F
d4 = 1.009 - 1.0002 = 0.0088 F
d5 = 0.991 - 1.0002 = -0.0092 F
d6 = 1.005 - 1.0002 = 0.0048 F
d7 = 0.996 - 1.0002 = -0.0042 F
d8 = 0.997 - 1.0002 = -0.0032 F
d9 = 1.008 - 1.0002 = 0.0078 F
d10 = 0.994 - 1.0002 = -0.0062 F

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 10 -

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

(c) Min/purata sisihan


D=

0.0028 + 0.0022 + .... + 0.0062


10

= 0.05 F

(d) Sisihan piawai

(0.0028)2 + (0.0022)2 + .... + (0.0062)2


10 1
= 0.0060149 F

2.2.4 RALAT PENGHAD (LIMITING ERROR)


Ketepatan sesebuah instrumen dijamin oleh pengeluar untuk suatu had tertentu sahaja. Biasanya
ketepatan dinyatakan dalam bentuk peratus (%) skil penuh instrumen (contoh meter) tersebut.
Komponen-komponen litar elektronik seperti perintang, kapasitor dan lain-lain juga dijamin berada
dalam lingkungan nilai tertentu berdasarkan peratusan dari nilai namaan yang diberikan. Sisihan dari
spesifikasi yang telah ditetapkan tadi dinamakan Ralat Penghad.
Ralat penghad boleh juga dikatakan sebagai ralat maksimum yang mungkin berlaku semasa
menggunakan instrumen dan komponen, bacaan adalah dijamin tidak melebihi nilai yang telah
ditetapkan.

Contoh 1 :
Sebuah meter voltan berjulat 300V dan dispesifikasikan sebagai tepat didalam lingkungan 2%
daripada skala penuh. Kirakan ralat penghad apabila instrumen/peralatan tersebut digunakan untuk
mengukur bekalan 120V.

Penyelesaian:
Magnitud ralat penghad meter voltan =

2
x 300 = 6V
100

Oleh itu,
Ralat penghad untuk mengukur bekalan 120V =

6
x100% = 5%
120

Contoh 2 :
Satu meter volt berjulat 150V dan satu meter ampere berjulat 100mA dengan ketepatan 1% dari
pesongan skala penuh digunakan untuk mengukur kuasa yang dilesapkan oleh suatu perintang. Keduadua meter dijamin tepat didalam lingkungan 1% daripada pesongan skala penuh. Sekiranya bacaan
meter voltan adalah 80V untuk julat 150V dan meter ampere menunjukkan 70mA pada julat 100mA,
kirakan ralat penghad untuk pengiraan kuasa lesapannya.

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 11 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Penyelesaian:
Magnitud ralat penghad meter voltan =

1
x150 = 1.5 V
100

Oleh itu,

1.5
x100% = 1.875 %
80
1
Magnitud ralat penghad meter arus =
x100m = 1 mA = 0.001 A
100

Ralat penghad pada 80V =

Oleh itu,
Ralat penghad pada 70mA =

7
x100% = 1.429%
70

Ralat penghad bagi pengiraan kuasa bagi kes di atas adalah jumlah kedua-dua ralat penghad yang
tersebut:
Maka, ralat penghad
= 1.875% + 1.429%
= 3.304%

2.2.5 PENAMBAHAN RALAT (SUMMATION OF ERRORS)


Apabila terdapat 2 atau lebih kuantiti yang mana setiap kuantiti mempunyai ralat had (limiting
error) dan kedua-dua kuantiti tersebut digabungkan, melalui persamaan tertentu (Contoh: Kuasa =
Voltage x Aras), maka persamaan algebra (algebraic equation) digunakan untuk menyatakan jumlah
ralat tersebut. Gabungan kuantiti-kuantiti biasanya melibatkan operasi penambahan (addition),
penolakan (subtraction), pendaraban (multiplication) dan pembahagian (division). Keputusan ini biasa
dinyatakan dalam bentuk (y y) atau (y y/y).
Kesimpulannya apabila suatu kuantiti dikira daripada pengukuran yang dibuat oleh dua (atau
lebih alat pengukuran, adalah perlu untuk diberi anggapan bahawa ralat yang diakibatkan daripada
ketidaktepatan alatan bergabung dalam keadaan yang paling teruk. Dengan itu, ralat yang terhasil
adalah lebih besar berbanding ralat dalam setiap alatan. Rumus-rumus yang digunakan untuk
penambahan ralat ditunjukkan dalam jadual di bawah:-

u
v
y = uv

Ralat Mutlak (Absolute


Error)
uv u
y = 2 +
v
v
y = (vu + uv )

y =u+v

y = (u + v )

y =uv

y = (u + v )

y = un

u
y = y n
u

Operasi Matematik

y=

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

Ralat Relatif (%) (Relative


Error)
y
v u

= +
y
u
v
y
v u

= +
y
u
v
u u v v
y

= +
y
y u y v

u u v v
= +
y
y u y v
y
u

= n
y
u

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 12 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

Untuk ralat yang BUKAN dihasilkan melalui proses penambahan atau penolakan, jumlah ralat yang
terhasil boleh juga dinyatakan seperti berikut :
Pendaraban & Hasil Bahagi Kuantiti
Apabila kuantiti yang dikira adalah hasil darab atau hasil bahagi bagi dua atau lebih kuantiti,
peratus ralat adalah jumlah bagi peratus ralat (ralat relatif) dalam setiap kuantiti
Menaikkan Kuasa Kuantiti
Apabila kuantiti A dinaikkan kuasa sebanyak B, peratus ralat bagi AB boleh ditunjukkan
sebagai : % ralat AB = B x (% ralat bagi A)

Contoh 1:
Satu perintang, R1 disambungkan pada suatu litar dinyatakan sebagai 470 10%. Apabila satu meter
yang mempunyai voltan skala penuh 25V dan ralat 3% digunakan untuk mengukur voltan merintangi
perintang R1, meter memberi bacaan 12V. Dapatkan kuasa yang dilesapkan oleh perintang berserta
V2
dengan ralatnya? (Diberi persamaan kuasa adalah P =
)
R

Penyelesaian:
V2
12 2
=
= 0.306 Watt.
R
470
Ralat Relatif (%)
Katakan x = V2, maka ralat relatif bagi x dinyatakan sebagai:
P=

i.

ii.

3
x

= 2 = 2
25 12 100% = 12.5%
x
x

100

Oleh itu, P = x/R, maka ralat relatif bagi kuasa dinyatakan sebagai:

x R
= +
= (12.5% + 10% ) = 22.5%
P
R
x

Contoh 2:
Dua arus yang berlainan sumber dan arah melalui satu perintang, R. Arus I1 memberi nilai ukuran
79mA apabila diukur menggunakan meter analog yang mempunyai ketepatan 3% daripada skala
penuh 100mA. I2 pula memberi bacaan 31mA apabila diukur menggunakan meter digital yang
mempunyai ketepatan 100A. Kirakan nilai maksimum dan minimum arus yang melalui perintang
R.
R
I1
I2

`
Penyelesaian:
Arus yang melalui perintang R, IT = I1 I2 = 79mA - 31mA = 48mA
Ralat relatif bagi IT dinyatakan sebagai:

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 13 -

UNIVERSITI TEKNIKAL
MALAYSIA MELAKA

I T
IT

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

No Dokumen : DEKC1513
No Semakan/Nama : 1 / Hanif

SUBJEK : PENGUKURAN

79m I 1 31m I 2
+

48m I 1 48m I 2

No Isu/Tarikh : 2/JULAI-2008

di mana;

I 1

=
100m 79m 100% = 3.797% dan;
I1

100

I 2
I2

100 10 6
=
3
31 10

100% = 0.323%

Oleh itu;

I T
IT

79m
31m

=
3.797% +
0.323% = (6.249% + 0.209% ) = 6.458%
48m

48m

6.458

atau ralat mutlak =


48m = 3.1mA
100

Oleh itu nilai arus maksimum adalah 48 + 3.1 = 51.1mA dan nilai arus minimum adalah 48 3.1 = 44.9mA.

CUBA INI
CUBA 1 : Kirakan peratus ralat maksimum dalam penjumlahan dua pengukuran voltan apabila V1 =
100 V 1% dan V2 = 80 V 5%. (Jawapan: 180V 5 V @ 180V 2.8%)
Dalam CUBA 1, perhatikan bahawa peratus ralat dalam kuantiti akhir tidak boleh dikira secara
langsung daripada peratus ralat dalam dua kuantiti tersebut. Apabila dua atau lebih kuantiti yang
diukur dijumlahkan untuk menentukan kuantiti yang terhasil, nilai mutlak bagi setiap ralat mesti
dijumlahkan untuk mencari jumlah ralat terbesar yang mungkin.

CUBA 2 : Kirakan nilai maksimum peratus ralat dalam perbezaan antara dua nilai voltan yang telah
diukur, apabila V1, = 100 V 1% dan V2 = 80 V 5%. (Jawapan: 20V 5 V @ 20V 25%)
Dalam CUBA 2 menunjukkan bahawa peratus ralat dalam beza antara dua kuantiti boleh menjadi
sangat besar. Sekiranya beza yang dikira adalah lebih kecil, peratus ralat akan menjadi semakin besar.
Oleh itu, sistem pengukuran yang melibatkan perbezaan antara dua kuantiti perlu dielakkan.

CUBA 3 : Sebuah perintang 820 dengan ketepatan 10% membenarkan arus sebanyak 10 mA
melaluinya. Arus tersebut diukur dengan Meter Ampere analog pada julat 25 mA dengan ketepatan
2% daripada skala penuh. Kirakan kuasa yang dilesapkan oleh perintang tersebut dan tentukan
ketepatan yang terhasil. (Jawapan: 82 mW 20%)

NOTA KULIAH

KUMPULAN : 1 DEK

TOPIK : PENGUKURAN DAN SISTEM INSTRUMENTASI


TEMPOH : 2 HRS

TARIKH : MINGGU 2

M/S : - 14 -

Anda mungkin juga menyukai