0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
359 tayangan10 halaman

Kertas Penerangan C06 (1,4)

kertas penerangan

Diunggah oleh

tysen john
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
359 tayangan10 halaman

Kertas Penerangan C06 (1,4)

kertas penerangan

Diunggah oleh

tysen john
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF atau baca online di Scribd
r= ite Kolej Sabah Lot 8, Tingkat 2, Blok C, Lorong Komersil 88/2 88 Market Place, Jalan Pintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAM'S CODE & NAME EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION AND MAINTENANCE TAHAP /LEVEL - TAHAP DUA NO. DAN TAJUK UNIT KOMPETENS! / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE CO6 SINGLE PHASE WIRING TESTING AND COMMISSIONING NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY SINGLE PHASE TESTING AND COMMISSIONING SPECIFICATIONS AND PROCEDURES. 2.PREPARE SINGLE PHASE TESTING AND COMMISSIONING TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS 3.CARRYOUT SINGLE PHASE _ INSULATION RESISTANCE TESTING CARRY OUT SINGLE PHASE POLARITY TESTING CARRY OUT SINGLE PHASE CONTINUITY TESTING 6. CARRY OUT SINGLE RESISTANCE TESTING CARRY OUT TESTING COMMISSIONING PREPARE TESTING AND COMMISSIONING REPORT an PHASE —EARTHING on ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID Muka / Page: 4 EE-320-2:2012/CO6/P(1/4) Drpd/of : 10 TAJUK TUJUAN : UJIAN LITAR MATI PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA :Kertas penerangan ini menerangan tentang ujian litar mati pepasangan elektrik satu fasa yang perlu dilakukan setelah sesuatu pemasangan selesai dilakukan. ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012/C06/P(1/4) | Muka / Page :2 |_ Diplo 10 PENERANGAN : Pengenalan kepada ujian litar mati satu fasa Pepasangan satu fasa mestilah diperiksa dan diuji bagi memastikan pemasangan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan bahan-bahan atau kelengkapan yang ditetapkan. Piawaian yang mesti dicapai adalah diliputi oleh Peraturan IEC, Peraturan Suruhanjaya Tenaga, Peraturan Jabatan Kerja Raya, Piawaian British (BS) dan Piawaian Malaysia (MS). Ujian litar mati pemasangan elektrik dijalankan bagi memastikan pedawaian telah dilakukan ‘mengikut peraturan dan pemasangan dapat berfungsi dengan betul dan selamat digunakan. Ujian ini perlu dijalankan kepada pemasangan-pemasangan berikut- Pemasangan baru. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian. Pemasangan sedia-ada Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB. 1. Kaedah dan jenis pengujian. Ujian litar mati yang dilakukan tidak menjamin pemasangan dapat digunakan dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari masa kesemasa mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak mencapai atau memenuhi syarat- syarat yang dikehendaki, Kerja penyenggaraan atau penggantian perlu dilakukan. ‘Tempoh pengujian sesuatu pemasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan sesuatu pemasangan elektrik pengguna adalah seperti berikut!- [ JENIS PEMASANGAN TEMPOH PEMERIKSAAN Pemasangan Domestik S tahun - Pemasangan Pertanian 3 tahun Pemasangan Sementara 3 bulan Pemasangan Penggera Kebakaran 4 tahun Pemasangan Penggera Kecemasan _| Tidak ditetapkan Pemasangan Panggung 4 tahun Pemasangan Stesyen Minyak tahun Pemasangan Masjid / Gereja ‘Setiap 2 tahun pertama ‘Setiap tahun jika melebihi 5 tahun Pemasangan Kedai Dobi 7 tahun Pemasangan Industri Kerap-kali Ujian litar mati perlu dilakukan sebelum dimasukkan bekalan elektrik. Ujian_ini dibahagikan kepada dua kategori jiaitu pemeriksaan penglihatan dan ujian menggunakan peralatan pengujian. 1.1 Pemeriksaan Penglihatan. Muka / Page :3 1D UNIT KOMPETENSI/ EE-320-2:2012/C06/P(1/4) Drplot Fr COMPETENCY UNIT ID Pemeriksaan penglihatan adalah pemeriksaan yang dilakukan dengan mata kasar (visual test) bagi memastikan:- i. Bahan-bahan dan kelengkapan pemasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan (Piawaian BS/ Piawaian MS). ii, Pemasangan dijalankan mengikut Peraturan IEE/Suruhanjaya Tenaga/ JKR Tiada kerosakan yang nyata pada pemasangan atau kelengkapan elektrik. iv. Penyambungan kabel ke alatlengkap pendawaian dilakukan betul dan sempura. ‘Tanda pengenalan kabel dilakukan dengan sempuma dan betul Penggunaan jenis dan saiz kabel yang sesuai Alat pemencilan dan periindungan yang betul digunakan, Bahagian-bahagian pemasangan dilabelkan dengan betul Papantanda notis yang sesuai disediakan. x. Gambarajah dan arahan diletakkan ditempat yang sesuai. xi, Perlindungan sentuhan terus kabel disediakan dengan betul samada secara penebatan, penutup atau penahan, hadangan dipasang pada ketinggian yang sesuai dan betul xi, Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal xiii, Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa xiv. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat-tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan. xv. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian. i. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahaja ii. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan alat-alat kawalan yang lain. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan Sirim. iv. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian, contohnya bilangan point bagi sesuatu litar. v. Konduktor Bum. a) Perlindungan mekanikal. b) Perlindungan dari karat. ©) Sambungan yang kuat ke elektrod bumi @) Mengikut saiz. i. Elektrod Bumi a) Saiz dan ukuran panjang. b) Jenis bahan. ©) Kotak bumi (kebuk bumi). d) Label amaran. ii-Tanda-tanda amaran dan pengenalan: i Label pada suis gear dan gear kawalan. ii. Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat bewama oren. it ‘Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V. li. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus: a) Perlindungan dengan halangan. b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan ©) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir. d) Perlindungan dengan penahan dan penutup. ID UNIT KOMPETENSI/ COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012/C06/P(1/4) | Muka J Page :4 Drplof 10 e) Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian- bahagian hidup. 4.2. Ujian menggunakan peralatan pengujian ‘ee Mengikut Peraturan IEC, semua pemasangan elektrik perlulah ditakukan ujian- ujian berikut:- > i, Ujian Kekutupan (Polarity Test). ji, Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test). iii, _ Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit) Ujian-ujian ini hendakiah dijalankan mengikut susunan aturan yang telah dinyatakan. Ini adalah untuk mengelakkan bahaya kepada pengujlitar. Umpamanya jika ujian keberkesanan pembumian dijalankan dahulu, dan andaikan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi tidak baik, bendakerja logam akan mengalirkan arus elektrik. Dengan ini apabila penguji litar menyentuh bahagian ini, ia akan mengalami renjatan elektrik. Selain daripada ujian-ujian ini, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan pada pemasangan elektrik (bergantung kepada keadaan dan jenis. peralatan elektrik). Diantaranya adalah Ujian Turutan Fasa (Phase Sequence Test), Ujian Kekutypan Bekalan (Power Supply Polarity Test), Ujian Penentuan Punca Lilitan Métor (Motor Winding Tets) dan sebagainya. ese 4.2.1, Ujian Kekutupan. Ujian kekutupan dilakukan bagi menentukan semua fius) MCB hanya disambungkan kepada pengalir fasa, semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasang pada pengalir fasa, sesentuh tepi pemegang lampu jenis sekeru disambungkan pada pengalir nuteral dan sambungan pada soket- alir-keluar dari kotak fius agihan betul pada tempatnya. Kekutupan yang salah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana peralatan elektrik atau alat perlindungan tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Umpamanya satu pemasangan lampu mempunyai kekutupan yang salah (pengalir hidup disambungkan kepunca lampu tanpa melalui suis), Dalam keadaan ini, lampu masih dapat dikawal sedangkan pengaliran arus tidak dapat dikawal oleh suis. Sekiranya kerja penyenggaraan lampu dilakukan dan pengalir hidup disentuh, ia akan terkena renjatan elektrik. Ujian kekutupan ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu kaedah pengujian litar mati dan kaedah litar hidup. i, Ujian kekutupan dengan litar mati Ujian ini dilakukan ketika litar tdak menerima bekalan elektrik. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan Jangka Ohm atau lampu penguji berbateri atau penguji loceng berbateri, 1D UNIT KOMPETENSI/ COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012/CO6/P(1/4) Muka / Page :5 Drplof 10 Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik hendaklah ditanggalkan dari punca sambungannya bagi mengelakkan kekeliruan ketika menguji dan penutup suis / soket-alirkeluar dibuka, manakala semua suis (termasuk suis utama) berada dalam keadaan buka (OFF). Akhinya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran fasa Suis utama dengan punca kelengkapan yang hendak diuji. Sekiranya kekutupan pemasangan betul, alat penguji akan berfungsi iaitu lampu penguji menyala, loceng penguji berbunyi atau Jangka Ohm akan menunjukkan bacaan kurang daripada 1 ohm. (jka ujian dilakukan pada suis dua hala 7 suis pertengahan, kesemua punca sambungan hendaklah dicantumkan). (orn Rajah : 1 Ujian kekutupan dalam litar mati 1.2.2, Ujian Rintangan Penebatan Ujian ini dilakukan bagi menentukan ketahanan kabel pemasangan ketika menerima bekalan elektrik. Dengan ini ia dapat mempastikan tiada kerosakan berlaku pada penebat kabel. Ujian ini dijalankan secara litar mati dengan menggunakan Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Tester). Sebelum ini penguji yang digunakan hendaklah mermpunyai kadaran voltan pengujian tidak kurang daripada dua kali ganda voltan bekalan. Bagi pengujian pada voltan fasa tunggal (240 V). Penguji Penebatan Megger berkadar 500 V AT hendakiah digunakan, manakala bagi pengujian pada voltan tiga fasa (415 V), penguii berkadar 1000 V AT digunakan. Kaedah sekarang membenarkan kadaran voltan bagi alat penguji yang igunakan bersamaan dengan voltan bekalan yang digunakan. Bagi menguji pemasangan yang besar, semua punca litar hendaklah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap kumpulan mempunyai tidak lebih daripada 50 punca. Sekiranya ujian ini dilakukan Muka / Page ‘6 Drplof 10 ID UNIT KOMPETENSI / . COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012/CO6/P(1/4) pada kabel pvc, setiap kumpulan ujian perlulah mengandungi tidak kurang dari 12.5 punca, Terdapat dua peringkat ujian penebatan yang peru dijalankan pada sesuatu pemasangan iaitu Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa dan Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi i. Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa Ujian ini dijalankan pada pengalir pembawa arus untuk mempastikan tiada kebocoran arus berlaku antara pengalir-pengalir fasa. Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca sambungannya manakala semua suis termasuk suis utama ditutupkan (switch closed / ON but circuit de-energized). Akhimya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran fasa dengan punca nuteral suis utama. Sekiranya penebatan pemasangan baik, penguji perlulah merekodkan bacaan tidak kurang dari 1 Megaohm (1 MQ). Rajah : 2 Ujian Rintangan Penebatan dalam litar mati Ujian penebatan yang perlu dijalankan pada suatu pernasangan elektrik adalah:- a. Untuk system pendawaian AT tiga wayar:- * Antara pengalir positif dengan pengalir negative. * Antara pengalir positif dengan pengalir nuteral * Antara pengalir negatif dengan pengalir nuteral. b. Untuk system pendawaian fasa tunggal:- * Antara pengalir hidup dengan pengalir nuteral. ji, Ujian rintangan penebatan antara pengalir fasa dengan bumi. Ujian ini dijalankan pada pengalir pembawa arus untuk mempastikan arus bekalan tidak bocor kepunca bumi COMPETENCY UNIT ID UNIT KOMPETENS! / EE-320-2:2012/C06/P(1/4) | ee Pele Ketika melakukan ujian, semua beban elektrik perlulah ditanggalkan dari punca sambungannya manakala semua suis (termasuk suis utama ditutupkan (ON). Akhimya punca alat penguji disambungkan ke punca keluaran fasa dan nuteral suis utama dengan Punca bumi di peti fius agihan. Sekiranya penebatan pemasangan baik, penguji perlulah merekodkan bacaan tidak kurang dari 0.5 Megaohm (0.5 MQ) aban ‘boo nooo! aie sus oo ariupkon Rajah: 3 Ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik mudahalih. Ujian penebatan mestilah dibuat secara berasingan daripada ujian penebatan ke atas pemasangan elektrik. Tatacara menjalankan ujian. 1. Sambungkan palam penguji seperti Rajah 6 di bawah 2. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang daripada 0.5 Megaohm. aon eegrnce TER Rajah : 4 Ujian penebatan ke atas alat-alat elektrik mudahalih 1.2.3 Ujian Keterusan Litar Gelang Ujian ini dilakukan bagi menentukan keterusan semua pengalir pada litar gelang. la dijalankan dengan menggunakan Jangka Ohm. 4D UNIT KOMPETENSI / Muka / Page :8 COMPETENCY UNIT ID BeS?O2:2012/C0ar (tls) Drplof 10 Ujian ini dilakukan dengan mengukur nilai rintangan pengalir-pengalir yang membentuk litar gelang. Terdapat dua kaedah pengujian yang boleh dilakukan faitu:~ a. Kaedah | Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalirlitar Kemudian sambungkan pengali-pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (tik tengah diambil berdasarkan panjang litar pendawaian). Akhirnya sambungkan semua pengalir-pengalir litar bagi membentuk sambungan selari pada satu daripada soket-ali-keluar. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1 / 2) daripada nilai rintangan pada titi tengah. b. Kaedah 2. Sebelum menyambungkan litar ke unit pengguna, ukur nilai rintangan setiap pengalir litar. Kemudian sambungkan pengali--pengalir nya ke unit pengguna dan tutup (OFF) alat Pelindungan litar. Ukur nilai rintangan antara pangkal unit pengguna dengan titik tengah litar gelang bagi setiap pengalir (titk tengah diambil berdasarkan panjang litar pendawaian). Akhimya sambungkan semua pengalir-pengalir litar pada titk tengah bagi membentuk sambungan selari. Keterusan pengalir dikatakan baik sekiranya nilai rintangan pengalir yang disambungkan selari adalah separoh (1/2) daripada nilai rintangan pada titk tengah. Ketika ujian dijalankan, semua perkakasan elektrik perlulah ditanggalkan dari soket-alir- keluar. Rajah : 5 (Langkah 1) EE-320-2:2012/C06/P(1/4) Dae / Page: sD UNIT KOMPETENSI/ COMPETENCY UNIT ID Rajah : 6 (Langkah 2) i Rajah : 7 (Langkah 3) i ; }D UNIT KOMPETENSI/ Muka / Page :10 COMPETENCY UNIT ID E20 2 20) aCe S) Drplof 40 SOALAN : 1. Nyataka 5 perkara yang perlu dipreksa semasa menjalankan ujian pemeriksaan penglihatan pada pendawaian satu fasa, 2. Nyataka 3 jenis ujian litar mati yang perlu dilakukan dengan menggunakan peralatan pengujian pada pendawaian satu fasa 3. Apakah tujuan Ujian Kekutupan pepasangan litar satu fasa perlu dilakukan? 4. Apakah tujuan Ujian Rintangan Penebatan pepasangan litar satu fasa perlu dilakukan? 5. Apakah tujuan Ujian Keterusan litar gelang pepasangan litar satu fasa perlu dilakukan? RUJUKAN: 1. Akta Bekalan Elaktrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, MTC Publication. 2. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2. 3. HAJIMD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK L.E.E EDIS! 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7 4. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

Anda mungkin juga menyukai