Anda di halaman 1dari 4

UTHM/OSHE/GP.

012

GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN PENCEGAHAN


JATUH DARI TEMPAT TINGGI
(SAFETY HARNESS)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan pemahaman kepada
setiap orang/pekerja yang menggunakan abah-abah keselamatan (safety harness), tali sawat
(lanyard) dan tali nyawa (life line) untuk melakukan sesuatu kerja di dalam universiti.

2.0 SKOP

Garis panduan ini digunapakai bagi seseorang yang dikehendaki bekerja pada sesuatu
tempat dan mungkin terjatuh pada ketinggian lebih daripada 3 meter ketika melakukan kerja-
kerja pembinaan kerja-kerja binaan kejuruteraan, kerja kendalian bangunan, pengubahsuaian
bangunan/infra, penyelenggaraan, lanskap dan pembersihan di dalam universiti .

3.0 RUJUKAN

3.1 Garispanduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja 2007 dikeluarkan oleh JKKP
3.2 Peraturan 12, Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang
dan Jentera
3.3 Peraturan 50-54, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan
Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)

4.0 DEFINISI / SINGKATAN

Abah-abah Keselamatan Abah-abah Keselamatan adalah komponen yang direka


sebagai sokongan kepada tubuh badan terutamanya untuk
tujuan penangkapan jatuh.

BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) 1


UTHM/OSHE/GP.012

5.0 KOMPONEN PERALATAN KESELAMATAN KETIKA BEKERJA DI TEMPAT TINGGI

Topi Keselamatan Anchorage

Penyangkut
Abah-abah Keselamatan (Snap Hooks)
(Full Body Harness)

D-ring
Tali sawat
(Lanyard)

Tali nyawa
(Horizantal Life Line)

Rope Grab

Tali nyawa
(Vertical Life Line)

Work
Positioning Belt

BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) 2


UTHM/OSHE/GP.012

6.0 CARA PEMAKAIAN ABAH-ABAH KESELAMATAN

Periksa abah-abah Sarungkan abah-


keselamatan terlebih abah keselamatan
dahulu dan pastikan pada bahagian
ianya berkeadaan tangan dan kaki.
baik seperti tiada
kesan terpotong atau
koyak dan tiada
jahitan yang terputus.

Laraskan abah-abah Pastikan D-ring


keselamatan di berada ditengah-
bahagian dada tengah antara bahu
/pinggang dan peha kanan dan bahu kiri.
mengikut sesesuaian
(pastikan tidak terlaku
ketat dan terlalu
longgar).

7.0 TATACARA BEKERJA DI TEMPAT TINGGI MENGGUNAKAN PERALATAN


PENCEGAHAN JATUH

Sediakan peralatan pencegahan jatuh yang


mencukupi apabila dikehendaki melakukan
kerja-kerja di tempat tinggi. Pastikan pekerja
yang melakukan kerja di tempat tinggi
mempunyai kemahiran dan kesihatan yang
baik.

Periksa dan pastikan abah-abah keselamatan,


tali sawat (lanyard), tali nyawa (life line),
penyangkut (snap hooks) dan topi keselamatan
berkeadaan baik.

BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) 3


UTHM/OSHE/GP.012

Pakai topi keselamatan dan sarungkan abah-


abah keselamatan pada badan dan laraskan
mengikut kesesuai dan keselesaan.

Mulakan aktiviti memanjat dan pastikan :

 Penyangkut (snap hooks) sentiasa di sangkut


pada bahagian tangga atau bahagian
perancah pada aras yang lebih tinggi daripada
aras pinggang atau
 Rope grab pada tali sawat (lanyard)
berhubung / bersambung dengan tali nyawa
(vertical life line).

Apabila sampai di kawasan bekerja, pastikan


penyangkut (snap hooks) pada tali sawat
(lanyard) di sangkut kepada tali nyawa
(horizontal life line) atau di sangkut pada
anchorage.

Mulakan kerja di tempat tinggi dan perlu


sentiasa mengambil langkah berhati-hati
ketika bekerja bagi mengelakkan sebarang
kemalangan dari berlaku.

BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) 4

Anda mungkin juga menyukai