Anda di halaman 1dari 7

BAB 4

SYARAT-SYARAT KESELAMATAN SEMASA DI TAPAK

4.1.

Pengenalan
Semua pekerja mestilah mengikuti peraturan keselamatan piawai semasa

mengendali loji dan alat di tapak bina dan mesti mempunyai kelayakan yang sesuai,
terutamanya untuk pengendalian jentera elektrik dan janakuasa. Pekerja-pekerja di tapak
bina yang besar atau berjawatan perlu dibekalkan dan memakai topi keselamatan dan but.
Pengawasan khusus mesti dikuatkuasakan untuk kerja-kerja meletup, penggalian dalam,
kerja penorowongan, bangunan tinggi dan kerja-kerja di sungai atau di laut. Keselamatan
terhadap bahaya kebakaran perlu juga diperhatikan.

Bagi melindungi kaum pekerja apabila berlaku kemalangan, selalunya mereka


perlu diinsuranskan melalui Polisi Insurans Pampasan (contract conditions). Loji-loji dan
alat-alat juga perlu diinsuranskan sebagai langkah perlindungan sekiranya berlaku
kerosakan atau kehilangan.

4.2.

Keperluan Keselamatan Insurans

Semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja di tapak bina terdedah kepada
pelbagai bahaya. Adalah lebih baik jika setiap pekerja diberi perlindungan insurans.
Insurans ini boleh diuruskan dengan mana-mana institusi insurans yang terdapat di
negara ini.
Antara faedah insurans yang disediakan ialah faedah perubatan, faedah hilang
upaya sementara atau kekal, elaun layanan sentiasa, faedah pemulihan, faedah orang
tanggungan dan sebagainya. Selain itu, bagi menjaga keselamatan pekerja, beberapa akta
telah wujud iaitu Akta Pampasan Pekerja 1952 (Semakan 1982), Akta Keselamatan.

Rajah 2 KAD CIDB

35

4.3.

Keselamatan Diri Sendiri

Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan


kematian pekerja.

Perkara perkara yang harus diambil berat untuk menjaga

keselamatan diri sendiria adalah menjaga kesihatan sendiri dari segi fizikal ialah tubuh
badan pekerja.

Oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak

mengalami sebarang keuzuran.


Displin juga amat penting semasa bekerja ia bermakna menanamkan tabiat-tabiat
yang positif dalam kerja seperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturan dan
bekerjasama.

Ini akan mengurangkan kemalangan dan meningkatkan produktiviti.

Selain itu, pakaian yang koyak adalah punca kemalangan. Kasut dan but keselamatan
adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecedaraan kaki.
Perlindungan kepala juga perlu diberikan perhatian pada setiap pekerja seperti
memakai topi keselamatan perlu dipakai apabila berada di kawasan pembinaan
bertingkat-tingkat kerana barang-barang dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah.
Seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya mengelakkan diri
daripada terjatuh.
Begitu juga dengan perlindungan tangan supaya dapat melindungi tangan
daripada sebarang kecederaan. Tetapi jangan guna sarung tangan apabila menggunakan
mesin bergerak kerana mungkin sarung tangan akan tersangkut pada mesin dan
perlindungan mata seperti memakai cermin mata keselamatan atau perlindungan muka
perlu dipakai semasa melakukan kerja mengimpal atau mencanai.

36

Rajah 3 Topi Keselamatan dan Kasut Keselamatan

4.4.

Keselamatan Orang Awam

Apabila

sesuatu

kerja

dijalankan,

keselamatan

rakan

sekerja

mestilah

dipertimbangkan. Kawalan seperti berikut hendaklah dibuat seperti :


i.

Isyarat dan tanda amaran - dipamerkan

pada tempat-tempat yang

strategik dikawasan pembinaan supaya dapat dilihat orang ramai.

ii.

Pagar kawasan pembinaan - Kawasan pembinaan perlu dipagarkan


sekelilingnya untuk mencegah orang ramai memasuki kawan pembinaan.

iii.

Memasang jarring - Jaring dipasangkan bagi pembinaan bangunan yang


tinggi untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari atas.

iv.

Kawalan pada alat jentera yang rosak - Perkakas yang rosak perlu
dilaporkan pada pihak yang bertanggungjawab dan tanda amaran perlu
dipamerkan dengan jelas.

37

Rajah 4 Tanda Amaran

4.5.

Bahaya Kebakaran

Sekiranya kebakaran berlaku, kita haruslah tahu apa yang patut dilakukan supaya
kebakaran tersebut dapat dikawal dengan seberapa segera. Perkara-perkara penting perlu
diketahui ialah :
i.

Tempat letak alat pemadam api.

ii.

Jenis kebakaran yang boleh dipadam dengan alat pemadam api tersebut.

iii.

Cara menggunakan alat pemadam api tersebut.

Seterusnya, tindakan segera yang perlu diambil ialah membunyikan alat penggera
kebakaran dan mendapatkan bantuan dari pihak bomba. Jika badan pakaian dijilat api,
balut badan dengan kain tebal atau guling badan di atas lantai untuk memadam api.

38

Rajah 5 Loceng Penggera dan Alat Pemadam Api

4.6.

Punca Kemalangan

Pihak pentadbir perlulah mengambil inisiatif untuk melancarkan program


keselamatan dan mengekalkan kesedaran ini pada setiap masa. Statistik menunjukkan
kebanyakkan kemalangan berpunca daripada kesilapan orang yang melakukannya.

39

Pekerja-pekerja adalah punca utama dalam kejadian kemalangan antaranya ialah :


i.

Penyalahgunaan Alatan dan Mesin Kelengkapan pembinaan seperti loji


berat, mesin alatan tangan dan peranca digunakan dalam melaksanakan
projek pembinaan. Kelengkapan itu perlu dikendalikan oleh pekerja yang
mahir dengan betul untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

ii.

Keadaan Tapak Bina yang Tidak Teratur Susun atur tapak bina seperti
jalan sementara, stor alatan dan bahan, dan keperluan lain. Pelan susun atur
disediakan dan ditampal pada papan kenyataan pejabat tapak dan
dimaklumkan kepada semua pihak yang terlibat

iii.

Kelalaian Pekerja Sikap lalai, cuai, tidak berhati-hati dan tidak


bertanggungjawab pekerja boleh menyebabkan kemalangan. Antara punca
yang disebabkan kelalaian pekerja ialah :
a. Mengabaikan penggunaan kelengkapan perlindungan keselamatan.

b. Mengendalikan loji, mesin dan alatan tanpa mengetahui kaedah


penggunaan yang betul
c. Tidak mengambil kira kemampuan diri.

4.7.

Kesimpulan
Keselamatan perlu dipatuhi di tapak bina supaya dapat mengelakkan kemalangan

atau kecelakaan yang tidak diduga. Dengan mengamalkan syarat-syarat penggunaan dan
pemakaian yang bersesuaian dengan keadaan ditapak bina. Pekerja-pekerja merupakan
punca utama dalam kejadian kemalangan. Selain itu, suasana tempat kerja, keadaan alatalat mesin yang digunakan, pengurusan dan pentadbiran, mutu bahan-bahan serta
kekemasan pakaian pekerja dan displin diri.

40

Anda mungkin juga menyukai