Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1.

Pengenalan

Sebagai pelajar yang menuntut di politeknik, pelajar tersebut perlu menjalani Latihan
Industri selama 1 semester pada semester 6 bagi pelajar Diploma. Latihan Industri ini
dilakukan di firma-firma atau syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh
pelajar berkenaan.
Latihan Industri ini wajib dilakukan oleh pelajar politeknik, sebagai salah satu
syarat yang perlu dipatuhi sebelum dianugerahkan Diploma pada penghujung semester
pengajian. Sebelum menjalani Latihan Industri, setiap pelajar perlu lulus dalam
peperiksaan akhir semester 5 bagi pelajar Diploma.

Untuk itu, Unit Latihan Industri bertanggungjawab dalam penempatan pelajar di


firma-firma atau syarikat-syarikat yang dipilih oleh pelajar untuk menjalani latihan
berdasarkan objektif serta tujuan sebenar Latihan Industri.

1.2.

Objektif Latihan Industri

Suatu pendedahan kepada setiap pelajar agar dapat menimba pengalaman


mengenai sesuatu perkara dan menyesuaian diri dengan alam sebenar pekerjaan
berdasarkan bidang-bidang teknikal yang diceburi.
Ia juga merupakan salah satu syarat utama sebelum seseorang pelajar itu
diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik. Latihan ini mengambil masa
selama lima (5) bulan untuk menjalaninya di syarikat atau firma yang dipilih.
Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri ini perlu menunjukkan sikap yang
terpuji dan rajin mengajukan pertanyaan kepada penyelia atau majikan tentang aspekaspek teknikal yang tidak difahami memandangkan pelajar-pelajar seringkali akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi.
Latihan Industri menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik
antara pekerja. Ini adalah kerana pelajar akan terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan kakitangan organisasi. Kadangkala tugas yang diberikan adalah berkumpulan dan
memerlukan tenaga serta buah fikiran daripada pelbagai pihak. Saling bekerjasama dan
bersefahaman adalah perkara yang amat penting apabila kerja dilakukan secara
berkumpulan.

Selain daripada itu, latihan seumpama ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri
seseorang pelajar untuk melakukan kerja pada masa hadapan berpandukan pengalaman
yang telah diperolehi.
Latihan ini secara tidak langsung akan dapat meluaskan tahap pergaulan pelajar
dimana selama ini pergaulan mereka hanya terbatas dengan rakan-rakan sekuliah sahaja.
Melalui latihan ini tahap pergaulan mereka lebih meluas lagi. Terutamanya dengan
pelajar-pelajar dan pelanggan tanpa mengira bangsa, agama, peringkat umur dan pangkat.
Melalui latihan industri sikap pelajar akan diuji dari sifat bertanggungjawab dan
amanah yang diberikan oleh pihak majikan. Oleh itu pelajar seharusnya dapat
memberikan komitmen yang baik antara majikannya.

1.2.1.

Objektif Uama Latihan Industri Adalah Seperti Berikut :

i.

Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan,


kecekapan, dan sikap bertanggungjawab terhadap syarikat dan majikan.

ii.

Mendedahkan peajar kepada alam pekerjaan sebenar sebelum mula


berkecimpung dalam dunia pekerjaan yang sebenar kelak.

iii.

Meluaskan dan menambahkan pengalaman dan pengetahuan teknikal


serta kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi.

iv.

Membolehkan pelajar melihat perkaitan di antara teori yang dipelajari


di dalam kelas dengan aplikasinya dalam kerja-kerja praktikal di tempat
kerja.

v.

Mengamalkan peraturan dan keselamatan dalam industri.

vi.

Memupuk semangat perpaduan, kerjasama dalam kerja berpasukan dan


perhubungan baik serta tolong menolong sesama rakan sekerja dan
kakitangan syarikat serta orang perseorangan mahupun pelanggan.

vii.

Membina keyakinan diri.

viii.

Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya.

ix.

Memupuk semangat amanah dan sikap bertanggungjawab.

x.

Meluaskan tahap pergaulan pelajar.

xi.

Pelajar juga dapat menyediakan laporan Latihan Industri setelah tamat


latihan.

1.3.

Objektif Laporan

Objektif laporan ini adalah untuk memperkenalkan organisasi sesebuah syarikat


dan segala kegiatan atau aktiviti yang dilakukan semasa menjalani latihan industri yang
bermula dari 2 Disember 2013 hingga 18 April 2014. Latihan industri telah dilakukan di
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hilir Perak (JPS).
Dengan adanya buku laporan tersebut, ia memudahkan para pensyarah untuk
membuat penilaian terhadap pelajar mengenai sejauh mana para pelajar dapat
menyesuaikan serta mempraktikkan teori-teori yang dipelajari dengan kerja-kerja
praktikal yang telah dilakukan.
Tujuan laporan adalah untuk :i.

Menjadi bukti rasmi bahawa pelajar tersebut pernah menjalani latihan industri
di firma yang dinyatakan di dalam laporan yang disediakan.

ii.

Memudahkan pensyarah memberikan markah kepada pelajar. Ini kerana


pensyarah tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut selama
mereka di sesebuah syarikat. Dengan laporan ini, dapatlah pensyarah

iii.

Memberikan markah dengan berpandukan kualiti, isi dan kepadatan maklumat


yang telah pelajar berikan.

iv.

Menguji kemampuan pelajar dalam menyediakan sesebuah laporan yang baik,


lengkap dan berkualiti dari segi isi kandungannya.

v.

Mempelajari bagaimana teknik-teknik menyediakan laporan yang baik bagi


membuat persiapan dalam menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar kelak.

vi.

Mengetahui sama ada pelajar tersebut mempraktikkan teori yang dipelajari


dikelas atau tidak. Secara tidak langsung, pelbagai ilmu di pelajari oleh
pelajar ini tidak kira mengikuti kursus yang diambil ataupun tidak, dikongsi
bersama-sama dengan pensyarah dan rakan-rakan yang lain.

1.4.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Jangka masa lima bulan yang bersamaan dengan satu semester yang

diperuntukkan untuk tempoh Latihan Industri perlulah digunakan sebaik yang mungkin
oleh pelajar bagi menghubungkaitkan antara pelajaran dengan setiap praktikal yang
dikendalikan. Antara kepentingan Latihan Industri kepada pelajar adalah :
i.

Dapat melatih pelajar menghasilkan laporan yang lengkap dan mendedahkan


diri

mereka

kepada

alam

pekerjaan.

Latihan

industri

juga

dapat

mendisiplinkan pelajar dalam setiap tugas yang diberikan kapada kita. Ia juga
dapat melatih pelajar berkomunikasi dengan lebih berkesan dan baik. Dapat
berhadapan dengan orang ramai tanpa perasan gugup.

ii.

Ia juga sebenarnya membolehkan pelajar mengetahui personaliti diri mereka


sendiri dan dapat menilai diri mereka dengan lebih baik dan bagus. Dengan
itu, ia dapat melahirkan pelajar yang berkualiti bagi mencapai objektif serta
matlamat sesebuah firma apabila telah bekerja kelak.

iii.

Sewaktu latihan, pelajar juga dapat menggunakan dan mengendalikan


peralatan-peralatan yang berkaitan mengikut kaedah-kaedah yang betul dan
selamat setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar. Oleh itu, pelajar akan dapat
lebih berinisiatif dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang bakal ditempuhi
setelah tamat pengajian. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan
keyakinan diri terutama dari segi pertuturan dan perhubungan dengan
masyarakat.

iv.

Pelajar dapat mempelajari lebih banyak kemahiran dan membina pengalaman


yang tidak dapat diperolehi di tempat pengajian dimana, masa yang singkat
semasa pengajian tidak dapat membantu pelajar memperolehi pengetahuan
yang luas. Dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar akan terdedah
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang yang diceburi.

v.

Pelajar juga dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama,


berdikari, toleransi dan sebagainya. Oleh itu pelajar tidak sepatutnya bersikap
sambil lewa terhadap latihan industri.

vi.

Sewaktu menjalani latihan industri, pelajar dapat menonjolkan dan


memperbaiki personaliti mereka yang sebenar. Disini pelajar berpeluang
memperlihatkan kebolehan mereka dari segi memikul tanggungjawab,
kecekapan melakukan kerja, berkomunikasi dengan baik, berfikiran dan
membuat keputusan secara rasional. Sikap dan kesanggupan yang ditonjolkan
dapat meyakinkan bakal majikan terhadap reputasi kerja yang sebenarnya

vii.

Latihan industri juga memudahkan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan


selepas menamatkan pengajian nanti. Ini adalah kerana ada diantara syarikatsyarikat di luar sana yang telah pun tahu akan reputasi kerja pelajar dan
berminat untuk mengambil mereka bekerja. Ini akan membuka pintu rezeki
bagi pelajar yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai