Anda di halaman 1dari 11

KIMIA KEBAKARAN

PENGENALAN
Kimia kebakaran ataupun sains kebakaran adalah satu mata pelajaran yang mengkaji
berkenaan dengan asal usul sesuatu kebakaran, sifat-sifat api , punca-punca kebakaran,
kemerebakan kebakaran serta tindakan yang harus diambil bagi mengelakkan kebakaran
serta memadamkan kebakaran.
Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan yang ganas .
Sebelum anda melindungi harta dan nyawa anda daripada kebakaran serta ingin
memadamnya, anda haruslah mengetahui tentang kebakaran itu sendiri kerana ia akan
memudahkan pemadaman kebakaran yang dilakukan.
Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang melibatkan 3 eleman iaitu Haba, Bahan
api, Oksigen.
Kebakaran terjadi daripada tindak balas pengoksidaan ataupun tindak balas kimia yang
pantas. Unsur-unsur yang terlibat dalam tindak balas ialah bahan api oksigen dan haba.
Jika kurang satu daripada unsur di atas maka kebakaran itu tidak akan berlaku. Hasil
daripada gabungan tindak balas ini maka satu teori, kebakaran telah diperkenalkan iaitu
Segi tiga kebakaran.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 1

TIGA SEGI PEMBAKARAN

Contohnya :
Kertas Terbakar
Kertas

Bahan Pembakar

Udara

Oksigen

Punca api

Haba ( wap panas )

Api yang bernyala mempunyai berbagai bentuk, mengikut gas atau wap gas yang
terbakar. Perbezaan bentuk dan warna api yang terbakar menandakan reaksi berupa
ragam yang berlaku di dalam sesuatu kebakaran. Kadang-kala api yang sedang menyala
sukar mendapat oksigen untuk melanjutkan kebakaran. Bila hal ini berlaku asap dan
arang jelaga akan menggeluarkan carbon monoxide.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 2

HAD NYALAAN
Suhu terendah dimana bahan api menggeluarkan wap yang berbentuk campuran terbakar
dalam udara. Nyalaan tidak akan berlaku tanpa sumber-sumber haba.
Seperti contoh-contoh ini adalah :
Cecair-cecair mudah terbakar bila mempunyai had nyalaan yang tetap pada tekanan udara
yang normal.
ACETONE

17.8C

AVIATION GASOLINE

40C

INDUSTRIAL KEROSENE

38C

DIESEL OIL

75.5C

JENIS-JENIS API BERASASKAN BAHAN-BAHAN YANG TERBAKAR


KELASKELAS API

BAHAN
ALAT ATAU MEDIA PEMADAMAN
PEMBAKAR
YANG SESUAI
Kayu
Alat pemadam api jenis air.
Kertas
Alat pemadam api jenis debu kering.
Kain
Menggunakan air secara semburan.
Sampah Sarap dan
lain-lain.
Minyak
Alat pemadam api jenis buih.
Cat
Alat pemadam api jenis debu kering.
Varnis
Alat pemadam api jenis gas.
Plastik
Atau air secara semburan.
Dan lain-lain
Alat pemadam api jenis debu kering.
Gas
Alat pemadam api jenis karbon dioksida.
Alat pemadam api jenis gas.
Soda Ash
Logam
Pasir Kering

Elektrik

BUSHRA BINTI AB JALIL

Alat pemadam api jenis debu kering.


Alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Page 3

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
Punca-punca kebakaran adalah terlalu banyak untuk disenaraikan. Kebanyakan puncapunca ini adalah disebabkan oleh faktor kemanusiaan, berlaku dengan sendiri dan
kemalangan atau tidak sengaja. Contoh punca-punca yang boleh disenaraikan adalah
seperti berikut :
a) Khianat
b) Kerosakan elektrik
c) Merokok
d) Geseran
e) Terlalu panas
f) Kebakaran spontan
g) Kanak-kanak
h) Alatan terlalu panas
i) Semasa kimpalan atau pemotongan
j) Petir
k) Tindak balas kimia
l) kemalangan
CARA UNTUK MENGATASINYA :
a) Membersihkan kawasan
b) Penyimpanan bahan mudah terbakar
c) Kawasan merokok
d) penjagaan mesin atau alatan
e) Kawalan kakitangan

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 4

FAKTOR-FAKTOR KEMEREBAKAN KEBAKARAN


Apabila kebakaran berlaku, biasanya api yang terjadi akan merebak sama ada dengan
pantas atau perlahan, sehinggalah keseluruhan bahan api itu habis terbakar atau ia akan
merebak ketempat yang lain. Antara faktor yang mempengaruhi kadar kemerebakan di
atas ialah :
PERMUKAAN BAHAN
Jika luas permukaan bagi sesuatu bahan api itu besar maka lebih banyak jumlah oksigen
dapat bersentuhan dengan bahan api itu dan ia akan terbakar dengan cepat.
KADAR PENGELUARAN ATAU PEMINDAHAN HABA
Semasa kebakaran berlaku, ada sesetengah bahan api dapat menghasilkan haba yang
banyak dan haba ini akan digunakan untuk menaikkan suhu bahan api yang belum
terbakar.
TIUPAN ANGIN ATAU ARAH TIUPAN ANGIN
Angin yang bertiup akan membawa lebih banyak oksigen untuk membantu kebakaran
ditempat terbuka berbanding dengan kebakaran yang berlaku didalam bilik yang tertutup
( angin tidak dapat masuk ).
SUHU ATMOSFERA DAN KELEMBAPAN UDARA
Suhu atmosfera adalah nilai suhu udara yang terdapat dikawasan tersebut manakala
kelembapan udara menerangkan pula kadar peratusan wap air yang terdapat dalam udara.
Jika kelembapan tinggi, wap air dalam udara banyak dan kita akan berasa lembap,
begitulah sebaliknya. Kebakaran yang berlaku dikawasan kelembapan rendah atau kering
akan menyebabkan kemerebakan api.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 5

KEMEREBAKAN KEBAKARAN
Kemerebakan kebakaran adalah berlaku disebabkan pemindahan haba dari tempat yang
panas ketempat yang sejuk. Pemindahan haba ini melalui 3 cara yang utama iaitu secara
pengaliran, olak haba dan bahangan. Manakala kemerebakan kebakaran pula boleh
berlaku melalui 4 cara iaitu :
1. CONDUCTION / PENGALIRAN ( bergerak menerusi alat-alat padat )

Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam, batu, simen dinding
bangunan dan lantai. Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang
bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai kesuhu nyalaan ia akan
terbakar dengan sendirinya.
Contoh: Perak, Tembaga

BUSHRA BINTI AB JALIL

Pengalir haba yang baik

Page 6

2. CONVECTION / OLAK HABA ( bergerak menerusi cecair atau gas )

Pemindahan haba yang berlaku dalam mudah alir seperti cecair atau gas. Apabila cecair
atau gas itu dipanaskan ia akan mengembang dan menjadi ringan. Gas yang panas akan
naik ke atas dan gas yang sejuk turun ke bahagian bawah secara pusingan sehinggalah
keseluruhan gas atau udara itu menjadi panas.
Jika kebakaran berlaku di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersamasama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 7

3. RADIATION / BAHANGAN ( bergerak secara pancaran )

Pemindahan tenaga haba sebagai gelombang elektro magnetic dan bukan bermakna gas
panas bergerak melalui udara. Haba ini berpindah mengikut gelombang cahaya daripada
kebakaran tersebut. Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran
berjauhan. Semasa kebakaran bangunan atau bahan api yang tidak dilindungi, bermakna
cahaya boleh sampai. Bahangan boleh bergerak melalui kaca tingkap. Apabila bahan api
mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai kesuhu nyalaan, ia
akan terbakar.

4. TERUS MENERUS
Kebakaran yang merebak ini berlaku disebabkan kombinasi pemindahan haba daripada 2
atau 3 cara diatas. Jika api itu merebak, ia akan merebak sehingga keseluruhan bahan api
itu habis terbakar. Contohnya jika kertas terbakar, kertas itu akan terbakar sehingga
keseluruhannya habis. Proses yang berlaku adalah secara pengaliran dan bahangan.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 8

CARA-CARA PEMADAMAN KEBAKARAN


Setelah kita mengetahui asal usul kebakaran dan bagaimana ia merebak, barulah kita
akan membincangkan cara-cara untuk memadam kebakaran tersebut. Cara memadam
kebakaran yang salah akan menyebabkan kesan yang lain seperti kecederaan, kebakaran
membesar, letupan dan pembaziran.
Teknik pemadaman adalah bertujuan untuk menyekat atau mengurangkan segi tiga
kebakaran daripada saling bertindak balas.
Teknik-teknik pemadaman kebakaran adalah seperti berikut :a) Melaparkan ( starvation )
Pemadaman kebakaran cara ini boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu :i) Dengan memindahkan bahan yang terbakar itu daripada bahan api yang belum
terbakar seperti memindahkan sebuah tabung gas yang terbakar ketempat lapang.
ii) Dengan memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar itu kepada bahan
api yang lebih kecil supaya ia mudah dipadamkan, seperti memadamkan
kebakaran belukar kecil dengan menggunakan pemerap api ( fire beater ).

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 9

b)

Melemaskan ( smothering )
Jika bekalan oksigen atau udara dapat dikurangkan daripada kebakaran maka ia
akan padam. Proses utama ini akan menghalang kemasukan oksigen ke dasar api
itu. Caranya adalah seperti berikut :-

i)

Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni basah.

ii)

Menggunakan alat pemadam api jenis buih ke atas kebakaran minyak, iaitu ia
akan berada dibahagian atas dan menutup bekalan oksigen serta menyekat
pengeluaran gas atau wap mudah terbakar.

iii)

Menyemburkan debu kering kepada kebakaran selain itu unsur karbonat akan
menyerap haba kebakaran.

iv)

Penggunaan alat pemadam api jenis sebatian ke atas kebakaran logam . Selepas
semburan logam menjadi keras dan menyekat oksigen.

v)

Menggunakan alat pemadam api jenis gas CO dan halon.

vi)

Menutup pintu dan tingkap bilik.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 10

C)

Menyejukkan ( cooling )

Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila suhunya mencapai
takat sambaran. Teknik menyejukkan adalah dengan cara memindahkan atau menyerap
keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran itu akan turun dan
proses mengeluarkan gas atau wap mudah bakar berkurangan.
Perkara paling penting adalah untuk menurunkan suhu bahan api daripada takat sambaran
supaya pengeluaran gas atau wap terhenti. Contoh tindakan adalah seperti pemadaman
menggunakan air dan CO. Ia akan menyerap haba daripada kebakaran.

BUSHRA BINTI AB JALIL

Page 11

Anda mungkin juga menyukai