Anda di halaman 1dari 15

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana ALLAH telah member sayakekuatan untuk melaksanakan folio kerjaya ini dengan jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkanfolio kerjaya ini.Ibu dan bapa saya banyak membantu seperti mengeluarkan modal untuk saya pergi ke tempat-tempat yang berkaitan dengan folio kerjaya saya ini.Mereka jugalah yangmembenarkan saya tidur lewat malam kerana mereka inginkan saya menyiapkan foliotersebut dengan lengkap dan kemas.Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan sayayang sanggup meluangkan masa bersama saya menyiapkan folio ini walaupun mereka jugasibuk menyiapkan folio mereka tersendiri.Mereka juga telah menemani saya sewaktu saya pergi mencari maklumat.Akhirnya,folio kerjaya saya telah siap hasil daripada usaha-usaha mereka yang sudimembantu saya menyiapkan.Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan

Pendahuluan
Saya telah diwajibkan untuk menyiapkan folio berkenaan kejuruteraan kimia.Saya dapat menghasilkan folio ini kurang daripada seminggu.Saya mendapat bahan tentang projek ini melaluilaman web dan juga majalah-majalah dan artikel.Saya memilih kerjaya kejuruteraan kimia kerana saya amat meminati subjek yang berkaitankimia,matematik,dan subjek kira-kira yang lain.Melalui folio ini saya dapat ketahui banyak maklumat tentang kejuruteraan kimia yang bakalsaya terajui setelah tamat pengajian nanti.Saya juga dapat mengetahui tentang sejarahkejuruteraan kimia.Tanpa membuat folio ini sudah tentu sukar untuk saya memahami apasebenarnya kejuruteraan kimia tersebut.Di samping itu,saya juga dapat mengetahui tentang cabaran dan dugaan yang bakal menimpaseseorang jurutera kimia itu yang mana setiap hari mereka berhadapan dengan maut.Akhir sekali,saya dapat tahu tentang kelebihan seorang pekerja kejuruteraan kimia.

Bidangkerjaya(kejuruteraan kimia) Apakah Kejuruteraan Kimia sebenarnya? Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dankelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan,kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halusmengikut spesifikasi.Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan, kecekapan dantahap pengeluarannya.Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru.Memperbaiki rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran.Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagitujuan komersial.Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barangbarang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapanuntuk membuatnya.Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai,

penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan- bahan mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses- proses lain. Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada prosesmenukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proseskimiauntuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal misnomer

) disebabkan kerja juruterakimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawahgelaran 'jurutera proses'.Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat danmenjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalahmemotong buahorenkepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual.Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua carayang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut dayaekonomi ( economical viability ). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, iatidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secaramanual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara palingekonomi untuk sesebuah kilang.Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin)dikenali sebagai operasi unit dan mengandungireaksi kimiadan/atau proses pemisahan.Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass)dan pemeliharaan tenaga ( Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dantenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsiptermodinamik (thermodynamics)

Cabang-cabang bidang Kejuruteraan Kimia Kejuruteraan kimia merupakan bidang yang paling luas pada masa kini yang merangkumi bidang bioteknologi dan nanoteknologi sehingga pemprosesan mineral Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan Biomedical Engineering Bioteknologi Biotechnology Dinamik cecair Pemindahan haba (heat transfer) Sejarah kejuruteraan kimia Pemindahan jisim (Mass transfer) Sains mineral Teknologi nano Proses penceraian (separation processes)(lihat juga:Penceraian campuran(Separation of mixture) Proses membrane (Membrane Processes) Proses penyulingan (Distillation Processes) Proses pengkristalan (Crystallization Processes) termodinamik Teknologi partikel

Perkara yang perlu dilakukan untuk menceburibidang tersebut Sebelum menceburi bidang kejuruteraan kimia saya perlulah belajar bersungguh-sungguhdan harus mendapat gred tertinggi dalam subjek yang berkaitan bidang kejuruteraankimia iaitu kimia,fizik,matematik dan matematik tambahan.Subjek-subjek ini merupakansubjek yang perlu di kuasai oleh saya dan harus diberi penekanan kerana subjek inimembantu saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia. Subjek yang perlu saya dapat A untuk membolehkan saya mengambil bidang ini.Tambahan pula,untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di luar negara. Subjek yang perlu dapat gred A:Matematik Matematik tambahan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Fizik Kimia(Wajib) Sejarah Pendidikan Islam Subjek-subjek lain seperti (Reka cipta)

Keterangan Tugas Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk prosesdan peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yanglain;Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau bahan sintetik;Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras dengan spesifikasi;Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;Mengesan dan membaiki kerosakan;Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada;Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses- proses berkaitan;Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan

Ciri-ciri personaliti seorang jurutera kimia -Meminati bidang kejuruteraan kimia.-Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan-Memahami masalah yang timbul dan selesaikannya dengan cara yang mudah.-Sering membuat research tentang kandungan kimia dalam sesuatu peralatan itu.-Sanggup menerima tomahan apabila membuat kesilapan yang besar ataupun kecil.-Sentiasa mengambil peluang untuk mendapat projek yang lebih besar. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa -Mempunyai kemahiran komputer -Tekun dan bekerja keras -Mempunyai keinginan untuk Berjaya - Seorang yang dinamik - Dapat bekerja secara berkumpulan

Prospek pada masa hadapan Syarikat yang terbabit dalam industri petroleum, gas, petrokimia, pulpa dan kertas paling banyak menggaji Jurutera Kimia. Pengeluaran bahan kimia dan produk kimia jugamemerlukan Jurutera Kimia. Ramai jurutera bekerja di bahagian penyelidikan dan pembangunan, namun mereka jugadiambil bekerja dalam indutri yang berkaitan dengan pengeluaran makanan, tenaga, plastic,fiber sintetik, farmaseutikal dan logam.Sektor kerajaan menggaji Jurutera Kimia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunandan menguatkuasakan piawai dan peraturan Syarikat-syarikat kimia menggaji Jurutera Kimiadalam bidang pemasaran atau pengurusan. Universiti dan kolej pula menawarkan kerjaya pensyarah kepada Jurutera Kimia yang mempunyai kelayakan yang tinggi.Pelajar lepasan Kejuruteraan Kimia mula bekerj sebagai jurutera rendah, ditempatkan bekerjadi samping jurutera berpengalaman. Jurutera Kimia yang mempunyai pengalaman dan pendedahan dapat naik kapada kedudukan pengurusan dalam kerja penyelidikan, rekaan, pengeluaran, pembinaan, jualan dan rundingan. Oleh kerana pengambilan kerja Jurutera Kimia berkait rapat dengan pembangunan sumber dan sector tenaga, peluang kerja lebih banyak berubah mengikut keadaan oekonomi berbanding kejuruteraan pengkhususan lain. Pengembangan ke bidang baru boiteknologi dan bahan-bahan yang lebih maju mungkain meningkatkan pengambilan kerja JuruteraKimia.Kerumitan dan penggunaan jenyetra yang semakin bertambah dalam proses kimiaakan beransur-ansur meningkatkan keperluan lebih ramai Jurutera Kimia untuk mereka,menjaga dan menguruskan kilang-kilang yang prnting itu.Kejuruteraan Kimia ialah profession yang sentiasa berubah. Peranan tradisional JuruteraKimia berkembang ke dalam sains biologi, sains komputer, elektronik dan botani. Ini bermakna profesion ini menjadi semakin luas. Jurutera Kimia akan datang

hendaklah pekadalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.Sebagai kesimpulannya peluang kerja untuk Jurutera Kimia sungguhpun terhad buat masa ini,namun ia menunjukkan trend untuk bertambah pada masa depan akibat pertambahan penduduk, penggantian jurutera yang meninggalkan kerjaya ini, peralihan negara kepada perindustrian dan ekonomi yang berkembang pesat.

Anggaran Pendapatan: Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera kimiaialah di antara RM 2000.00 hingga R M 2500.00 sebulanKerjaya sebagai seorang Jurutera kimia sangat mencabar kerana sebagaiseorang Jurutera kimia anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dancabaran yang berlainan setiap hari. Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidangkejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlumenjadi ahli : Institute of Engineers Malaysia(IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera kimia yang professional.

Tempat Pengajian di Dalam Negaradan luar negara Institusi pengajian tinggi dalam negara: -Diploma Kejuruteraan Kimia(Loji proses),UMP(Universiti Malaysia Pahang)-Diploma Kejuruteraan Kimia,UiTm(Universiti Teknologi Mara)-UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)-USM(Universiti Sains Malaysia)-Universiti Malaya Program Luar Negara: Di luar negara pula, kursus ini banyak ditawarkan oleh universitiuniversiti di sana sepertidi Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Jerman, Jepun,Korea dan Singapura. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MajlisAmanah Rakyat (MARA)untuk pelajar lepasan SPM/SPMV. Ia merupakan program prauniversiti dan ijazah pertama di universiti-universiti di Amerika Syanikat, UnitedKingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jepun dan Korea. Program-programyang dimaksudkan ialah American Associate Degree (AAD), American Degree Program(ADP) A-Level Programe Australian Matriculation (AUSMAT) dan International Baccalaureate(IB).

Anda mungkin juga menyukai