Anda di halaman 1dari 14

Jenis-Jenis Khemah

2:07 pm

sky wak

No comments

Khemah
Dalam perkhemahan mahupun berkhemah...khemah adalah benda yang paling
penting....khemah adalah alat perlindungan diperbuat daripada kain, kanvas, atau
bahan-bahan lain yang boleh digerakkan...dalam erti kata lain khemah adalah
perkara utama dalam aktiviti berkhemah...
sumber: blog FLOAdventure

Jenis-Jenis Khemah
1- Khemah A tanpa helaian terbang (single walled tent)
2- Khemah A berhelaian (double walled tent)
3- Khemah pengembaraan (explorer tent)
4- Khemah tiang satu
5- Khemah berangka (Pelbagai jenis)
6- Khemah Igloo
7- Dan berbagai-bagai lagi model serta jenis dipasaran mengikut kemampuan
masing-masing.

khemah dan warna juga memainkan peranan dalam penyamaran


Ciri-ciri khemah yang ingin dipilih

1- Perlindungan

23456-

Keselesaan
Kalis air
Tahan lasak
Ukuran
Harga

KHEMAH NAK SAVING TAK NAK BAYAR SEWA TAPAK..


PENYAMARAN BERKHEMAH ATAS PETAK PARKING KERETA
Pemilihan Tapak Perkhemahan
1234-

Corak perkhemahan yang dipilih ataupun aktiviti yang terlibat.


Jangkamasa berkhemah.
Bilangan peserta yang terlibat.
Alam sekitar, pergunungan, hutan dan sebagainya.

KHEMAH LABU GANTUNG ATAS POKOK..

Tatacara Perkhemahan
1- Berkhemahan dalam kumpulan kecil.
2- Rancangkan aktiviti anda untuk mengurangkan sampah, jauhkan botol dari tin.
3- Bawa keluar apa yang anda bawa masuk.
4- Ikut trek yang sedia ada jangan merentas sesuka hati.
5- Kecilkan tapak perkhemahan, jangan musnahkan tumbuh-tumbuhan.
6- Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah
orang lain.

HAMMOCK SIAP DENGAN JARING ELAK NYAMUK SESUAI UNTUK KAKI


PANCING TENGOK JORAN

KHEMAH GANTUNG SESUAI BERKHEMAH ATAS PERMUKAAN BERAIR .

dalam khemah ade motor

siap boleh bawak mauk hutan lagi..

bergaya disamping motor kesayangan.

Asas Perkhemahan Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah
perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman
yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di blog ini. Khemah : Pengertian amnya
adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai
kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat
berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat
perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari
batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak
sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari
hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang
diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang
paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga
bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang
berbeza : 1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera)
yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan
memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. 2.
Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana
boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap
udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke
dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang
sejuk. 3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan
air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di
atas, cuma ianya lebih memanaskan. Keselamatan, ada beberapa perkara yang
perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat 1. Jangan mendirikan khemah betulbetul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi
"point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya
berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam
jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah
berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu. 2. Jangan dirikan
khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini
berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. 3. Jangan berkhemah
terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan
berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak
menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai. 4. Hindari dari
berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan
akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam
sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan
berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter. 5.
Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk
mengelak percikan bunga api dan membakar khemah. 6. Jangan sekali-kali
membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas
atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja
penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan
menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di

dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu,
Ulu Kinta satu masa dulu. 7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau
resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengahtengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar. 8.
Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila
hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan
berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah. 9. Jangan mendirikan
khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan
patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.
10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk
mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah. 11.
Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah
tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila
pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling
tidak merusakan khemah. 12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya
hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan
senang untuk diambil bila perlu 13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau
berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan
dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah
pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula 14. Setiap ahli
atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan.
Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup
sesuka hati. Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu.
Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. Untuk mendapat
kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran
denai atau trek. Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk,
terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangatsangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di
dalam sungai. Memilih Kawasan 1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun
tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah
sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk
kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda
DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit.
jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik
dengan cepat. 2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah
rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan
disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan
ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga
TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun
yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak
perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan
tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan

lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.
Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,
sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk
mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang
terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh. 3. Perhubungan
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan
aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda
berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara. 4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar
matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah
dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang
indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan
kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok. 5. Denai Binatang
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut. Sekian, selamat berekreasi!^_^
PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KHEMAH SEBELUM BERCUTI
Encik Mus | 28/01/2014 | Pelancongan | 13 Comments

1.
2.
3.
4.
5.
6.
1.
2.
3.

21

4.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

17.
18.

- See more at: http://my.mustaffa.org/jenis-jenis-khemah#sthash.HIRnNWGS.dpuf

Anda mungkin juga menyukai