Anda di halaman 1dari 5

Perkakasan perkhemahan

Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat

Plastik asal lantai khemah Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran) Tilam angin dan pam Tikar tidur Beg tidur Selimut Bantal Pelita Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak) Lampu picit dan bateri ganti Plastik sampah Tali (Bagi ampaian dan 1,000 kegunaan lain!) Pengepit baju Kit pertolongan cermas Belerang

Perkakasan am [sunting]

Parang Kompas Gunting Pisau perkhemahan, pisau askar Pemutar skru Mancis tahan air / dalam bekas kedap air "Pemula api" Kayu/bahan bakar

Memasak

Dapur perkhemahan Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak) Jaring bagi unggun api Periuk perkhemahan dengan penutup Cerek teh atau kopi Kuali menggoreng Penyejuk dan air batu Pembuka tin Pembuka bottol Sudu, pisau, garpu Cawan plastik, kertas atau besi

Pinggan plastik/kertas Mangkuk Sudu hidangan Spatula Tuala pengesat Span Sabun ramah persekitaran Tuala kertas Bekas plastik bagi menyimpan makanan

Makanan

Roti Mentega kacang & jeli Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman) Buah-buahan Makanan tin Air Garam, lada hitam, perasa Minyak masak Sos tomato, stik dll

Barangan persendirian

Tunai Kad pengenalan Tuala Baju basahan / mandi Sabun Syampu Berus gigi & ubat gigi Selipar Penghalau serangga Pelindung matahari Walkman & bateri, kaset / mp3 dll. Peta atau panduan denai Beg galas Tabung air Tisu tandas Tisu Ubat yang diperlukan Baju sejuk / jaket ringan / kot tebal Baju hujan

Topi & sarung tangan Cermin mata gelap Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut

Permainan hiburan
Pelampung

Frisbee, bola, dll. Permainan papan (Scrabble!) Kad daun terup Buku Kamera dan filem/kad ingatan Teropong Buku pengenalan burung & tumbuhan

Barang tidak perlu dibawa


Barangan kemas

Radio yang kuat Senjata api Barang mudah pecah/rosak Haiwan peliharaan

DEFINISI PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar dari rumah anda sendiri. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tangggungjawab tertentu seperti pengurusan makanan, perlindungan serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara berkumpulan, maka perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Tujuan Perkhemahan Meningkatkan kecekapan dan kendiri. Menghayati erti batasan kehidupan. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti. Meningkatkan semangat kekitaan dan disiplin. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Peraturan Semasa Perkhemahan Semasa perkhemahan, anda hendaklah menjalinkan persahabatan, kenal--mengenali dan hormat- menghormati antara satu sama lain. Anda diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.

Dilarang membuang sampah di merata--rata tempat. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan. Anda tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam 12.00 tengah malam. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan. Anda yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Urusetia. Persediaan sebelum, semasa, dan selepas perkhemahan Sebelum i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut. v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan Semasa i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah. ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya. iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya. iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular. v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan. vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari. vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat

bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas. viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah. ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang. Selepas i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah. ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah. iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai