Anda di halaman 1dari 15

Perkara penting sblm berkemah

 Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian


Sebelum Berkhemah.
a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca
seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya
perlu diberi perlindungan dari serangga.
b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama
dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa.
Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-
barang anda.
c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat
beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat.
Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu
benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko
berbasah apabila hujan.
d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah
mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan
tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda
ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan
lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan
untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.

e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan
pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-
barang di dalam khemah.
f. Harga
Biasanya khemah memenuhi semua syarat di atas, biasanya
lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat,
jika membeli khemah yang berharga beratus ringgit dan anda
tidak menggunakan sepenuhnya. Ini adalah satu pembaziran.
JENIS – JENIS KHEMAH
 Khemah wagon/igloo/dome
 Khemah berangka
 Khemah bell
 Khemah ridge

SUMBER ASAS
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling
utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air.
Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan
sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan
sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di
sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah
tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan
air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak
berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.

TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun
yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak
perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan
tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan
lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,
sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk
mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang
terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. PERHUBUNGAN
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan
aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda
berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara.
4. SINAR MATAHARI
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya
kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita
menjadi lebih seronok.

5. DENAI BINATANG
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.

TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN


1. Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2. Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4. Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5. Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7. Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam


seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.
ELAKKAN DARI TEMPAT BERIKUT
1. Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan
berlaku)

2. Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3. Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan
serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia
mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4. Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5. Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah
(merosakan khemah)

6. Di bawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap
khemah)

7. Di bawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau
hujan lebat)

8. Di bawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok


rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

9. Di atas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10. Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko


diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11. Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)


Peti Kecemasan(First Aid Kit)

First aid kit ini adalah sesuatu perkakas yang penting ketika anda memasuki hutan.
Ia mampu memberi pertolongan kecemasan yang asas ketika di dalam hutan
sehinggalah pesakit dibawa keluar daripada hutan tersebut.

Ketika membawa peralatan ini, anda juga perlu memastikan anda tahu untuk
menggunakannya. Tak guna juga kalau bawa, tetapi tidak tahu untuk
menggunakannya.

Oleh itu, dinasihatkan untuk membawa sekurang-kurangnya seorang ahli


kumpulan yang tahu menggunakan peralatan di dalam peti kecemasan seperti:

1. Handiplast
2. Gauze
3. Bandage
4. Iodin

dan sebagainya.

Tidak lupa juga bagi ahli kumpulan yang mempunyai penyakit kronik perlulah
membawa ubat-ubatan mereka ketika berada di dalam hutan.

Cadangan first aid kit berserta isinya ada disini

2. Pisau Kecil
Untuk menggunakan segala sumber tumbuh-tumbuhan dan sebagainya di dalam
hutan, pisau kecil ini memainkan peranan yang penting. Dari menyiang ikan,
hinggalah digunakan untuk memotong tali bagi membuat khemah, ia sangat-sangat
membantu bagi mereka yang selalu bercamping.

Bahkan terdapat pisau kecil yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti boleh
membuka botol, bertindak sebagai gunting dan juga mempunyai pelbagai fungsi
yang lain

Cadangan pisau: Multipurpose knife

3. Pemasang api(lighter) ataupun


mancis

Benda ini adalah benda asas digunakan untuk menghidupkan api. Dan daripada api
itu pula anda boleh masak makanan dan juga air. Sebenarnya anda boleh cuba cara
lama untuk menghasilkan api iaitu daripada geselan kayu. Tetapi ia akan
menggunakan masa dan tenaga yang banyak untuk menghasilkan api daripada cara
tersebut.

Jika disuruh pilih mancis berbanding lighter, eloklah dibawa lighter kerana mancis
jika sudah basah selalunya susah untuk digunakan balik berbanding lighter.

4. Kain Rentang kalis air


Kain rentang ini adalah penting kerana ia boleh dijadikan khemah ataupun alas
tempat duduk atau baring. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi barang
camping seperti makanan atau dapur untuk memasak ketika hujan.

Benda ini adalah sangat mudah dibawa kerana ia boleh dilipat dan tidak
mengambil ruang yang banyak dalam beg.

Cadangan kain rentang: Camping Mat ultralight

5. Bekas ubat untuk rempah


Bekas ubat yang dibeli di farmasi boleh diubah suai untuk menjadi bekas rempah
ratus. Dan setiap daripada ruang tersebut boleh diisi dengan setiap jenis rempah
ratus termasuk garam dan gula sekali.

Oleh itu, anda masih akan menikmati hidangan yang lazat walaupun pada ketika
itu anda sedang camping di dalam hutan.

Jangan lupa bawak sedikit minyak juga ya untuk menumis rempah ratus yang anda
bawa.

Cadangan bekas ubat: Medicine Sorter Box

6. Kompas dan peta

Kebanyakan daripada kita sangat bergantung kepada GPS di telefon bimbit kita.
Tetapi perlu diketahui bahawa telefon bimbit juga memerlukan perkhidmatan
internet untuk mendapat lokasi GPS yang tepat dan selalunya coverage internet di
dalam hutan adalah sangat rendah.

Oleh itu, jika anda tidak boleh menggunakan khidmat GPS tersebut ataupun
telefon anda kehabisan bateri, maka penggunaan kompas dan peta ini mampu
membantu diri anda. Selain digunakan sebagai penunjuk lokasi, kompas turut
membantu untuk menentukan arah kiblat.

Cadangan Kompas: Compass for Camping

7. Baju hujan
Baju hujan yang sesuai digunakan adalah jenis ponco sebab ia tidak terlalu tebal
dan kalis air. Bahkan ponco juga boleh digunakan untuk membentuk khemah. Oleh
itu, jika anda malas nak bawah khemah, anda boleh bawa ponco dan ikatnya pada
setiap bucu bonco tersebut kepada pokok.

Oleh itu, sediakan baju ponco ini untuk mengelakkan basah ketika hujan dan juga
untuk membina khemah

Cadangan baju hujan: Multifunctional raincoat

8. Powerbank

Jika dirumah anda, bateri telefon anda akan dicaskan terus daripada sumber
elektrik rumah. Berlainan pula di dalam hutan, tiada sumber elektrik. Oleh itu, nak
tak nak anda perlu membawa simpanan sumber elektrik yang lain untuk mengecas
telefon anda di dalam hutan.

Power bank menjadi salah satu sumber utama bagi tujuan cas telefon di dalam
hutan

Cadangan power bank: Pineng power bank

9. Sleeping bag
Ketika anda tidur semasa bercamping, akan terdapat banyak serangga yang akan
menggigit anda dan permukaan tanah juga tidak rata. Perkara ini mungkin akan
membuatkan anda tidak selesa ketika anda ingin tidur.

Penyelesaianya adalah dengan menggunakan sleeping bag kerana kebanyakan


sleeping bag yang ada selalunya akan menutupi kebanyakan bahagian badan kita
daripada dada hingga ke bahagian kaki. Jadi ia akan mengelakkan diri anda
daripada digigit serangga ketika anda tidur

Cadangan sleeping bag: Waterproof outdoor sleeping bag

10. Kuali memasak

Jika anda sudah bawa rempah ratus dan juga makanan seperti ikan, ayam dan
sebagainya untuk memasak, maka anda perlulah juga membawa kuali atau bekas
tin untuk memasak.

Cadangan: Camping Mess Tin

11. Stokin
Stokin penting untuk beberapa perkara iaitu satu untuk anda pakai ketika pakai
kasut. Tetapi ia juga boleh mengelakkan diri anda digigit pacat. Caranya adalah
mudah iaitu masukkan seluar anda ke dalam stokin tersebut ketika memakainya.
Sudah tentu pacat akan sukar menggigit kaki anda.

Bahkan ia juga penting untuk melindungi kaki anda ketika anda tidur. Di dalam
hutan akan banyak serangga yang akan menggigit kaki anda. Seeolaknya bawak 2
pasang stokin. 1 pasang digunakan ketika berjalan dan 1 pasang lagi pula
digunakan ketika anda tidur.

Cadangan stokin: Camping stocking

12. Kasut Getah

Ada yang suka pakai kasut sukan(sport shoe) ketika masuk ke dalam hutan. Tetapi
ketahuilah bahawa yang kasut tersebut takkan tahan lama setelah kasut tersebut
masuk ke dalam air ataupun lumpur.

Sebaiknya untuk masuk ke dalam hutan, anda boleh menggunakan kasut getah
sebab ia sangat susah rosak. Kecuali jika anda pergi ke tempat yang licin dan
curam, maka anda dinasihatkan untuk menggunakan kasut sukan ataupun kasut
getah khas.

Kerana kasut getah yang murah ini selalunya tapak dia tidak mempunyai
cengkaman yang kuat pada tanah. Jadi orang yang menggunakannya sangat mudah
tergelincir. Jika rasa perjalanan tersebut tidak terlalu curam, maka kasut getah
biasa adalah lebih baik sebab harganya murah dan susah untuk rosak

13. Penutup lengan


Jika anda ingin mengelakkan gigitan lintah atau pacat pada tangan anda, maka
gunakan penutup lengan. Penutup lengan ini bukan sahaja boleh mengelakkan
gigitan lintah, tetapi ia juga boleh mengelakkan gigitan nyamuk yang akan
membuatkan anda gatal.

Cadangan penutup lengan: Unisex arm cover

14. Peanut Butter


Perlu ke nak bawak peanut butter? Memang perlu kerana dalam satu sudu makanan
ini, ia mempunyai sumber tenaga yang sangat tinggi untuk anda yang mempunyai
perjalanan yang jauh.

Anda hanya perlu sapu pada roti dan boleh teruskan perjalanan seperti biasa.

15. Tali

Dalam pengakap, tali merupakan salah satu instrumen penting ketika mana mereka
memasuki hutan. Bahkan seorang pengakap juga akan belajar pelbagai jenis cara
ikatan yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Ia boleh digunakan untuk buat khemah, sangkut baju, buat tripod untuk memasak
air, menanda jalan dan pelbagai lagi. Bahkan ia juga boleh digunakan untuk
membuat alat untuk mengangkat orang sakit
Cadangan tali: Multifunctional rope

16. Lampu

Ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada. Mungkin ada yang
mengatakan tidak mengapa sebab perjalanan hanya mengambil makan pada waktu
pagi sahaja.

Ketahuilah bahawa ada yang pernah sesat di dalam hutan hingga waktu malam.
Dan pada waktu tersebut, sudah tentu anda akan tidak nampak apa-apa pun.

Oleh itu, tidak kisah perjalanan tersebut memakan waktu pagi sahaja ataupun tidak,
anda perlu bawak lampu untuk memudahkan diri anda jika anda sesat di dalam
hutan nanti.

Cadangan lampu: Rechargeable torchlight

17. Bekalan doa


Ketika memasuki hutan, perlu kita membaca beberapa jenis doa untuk melindungi
diri kita daripada mara bencana dan makhluk-makhluk di dalam hutan.

Doa tersebut adalah


Maksudnya: Dengan nama Allah, tidak akan memberi mudharat akan sesuatu yang
dibumi dan yang dilangit Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Semoga kita dilindungi daripada gangguan makhluk Allah ketika di dalam hutan
dan dapat menjalani aktiviti camping kita dengan lancar

Sebelum
i- Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah,
dan sebagainya.
ii- Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam
sesuatu perkhemahan
iii- Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara
mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah.
iv- Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut.
v- Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas,
jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya.
vi- Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang,
cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain.
vii- Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan
Semasa
i- Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan
dahannya akan patah dan menimpa khemah.
ii- Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih,
dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya.
iii-Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut
atau lain-lain serangga yang merbahaya.
iv- Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau
rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular.
v- Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-
eloknya seluas dua orang berjalan berasingan.
vi- Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu,
elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah
melawan arah cahaya matahari.
vii- Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan
angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di
dalam khemah sangat panas.
viii- Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi
rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan
di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat
menstabilkan peredaran darah.
ix- Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini
kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang.
Selepas
i- Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti
keadaan sebelum datang berkhemah.
ii- Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan
kesan berkhemah.
iii- Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai