Anda di halaman 1dari 42

PIAWAIAN TETAP OPERASI

[STANDARD OPERATING PROCEDURES-


(SOP)]

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI
KRISIS BENCANA ALAM DI INDONESIA

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA


JABATAN PENUNTUT MALAYSIA INDONESIA
PENDAHULUAN
  Indonesia berada dalam ‘lingkaran api’, yang
mempunyai pelbagai bencana alam terutamanya
gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir dan
tanah runtuh. Disamping itu, peristiwa ekstrim juga
berlaku di Indonesia seperti letupan bom, ancaman
pengganas dan tunjuk perasaan secara besar-
besaran.

Persediaan menghadapi bencana adalah sangat


penting bagi semua individu. Manual ini akan
menjadi panduan asas bagi pelajar-pelajar Malaysia
di Indonesia menghadapi bencana alam di tempat
masing-masing.
PERSEDIAAN AWAL
• Satu Jawatankuasa bencana perlu di adakan dan di Pengerusikan oleh Yang
Dipertua atau Presiden Kelab UMNO di cawangan masing-masing.
Keanggotaan Jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik
daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat.

• Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :


 
• untuk merancang dan membuat persediaan sekiranya berlaku bencana
alam.

• menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan


mereka. Maklumat termasuklah nama, no handphone, no telefon rumah,
alamat rumah, fakulti, tahun, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga
terdekat.

• menyediakan no telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Polis,


tentera, imigresen, hospital, pramuka, dan nombor telefon kakitangan JPMI
serta Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
d) Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan
sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat
tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar,
tempat tinggi, padang, atau mana-mana tempat yang sesuai
dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada
semua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak
dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi
tempat tersebut perlu disediakan.

e) Menyediakan checklist barang-barang yang perlu dibawa


sekiranya berlaku bencana alam. Contoh setiap individu
perlu ada satu bag kecil untuk membawa passport, tuala,
alatan mandi dan kesiihatan dan lain-lain. Bag ini hendaklah
sentiasa bersedia untuk dibawa sekiranya mendapat
amaran untuk evakuansi.

f) Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu


picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
SEDIAKAN BEG KECIL YANG DIISI;
• Passport / Dokumen perjalanan
• Tuala
• Alatan mandi
• Sedikit makanan kering
• Air mineral
• Lampu Suluh
• Ubat-ubatan asas
3.0 LANGKAH-LANGKAH SEMASA
BENCANA.

• Sentiasa peka kepada berita-berita dari media


massa, panggilan telefon, sms atau arahan
daripada pihak berkuasa untuk berpindah.

• Menghubungi segera Pengarah atau kakitangan


JPMI.

• Menghubungi semua pelajar setempat agar


berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti.
3.0 Letusan Gunung Berapi
Tindakan saat berlaku letusan
• Hindari daerah rawan bencana spt lereng gunung, aliran
sungai kering dan daerah aliran lahar
• Hindari tempat terbuka, lindungi diri dari abu letusan
• Masuk ruang lindung darurat
• Siapkan diri utk kemungkinan bencana susulan
• Kenakan pakaian yang melindungi tubuh seperti baju
dan seluar panjang
• Lindungi mata dari debu
• Jangan memakai lensa kontak
• Pakai masker.kain menutup hidung
• Tutup wajah tika abu turun ke bumi
Tindakan selepas terjadi letusan
• Jauhi wilayah yang terkena hujan abu
• Bersihkan atap dari timbunan abu kerana
timbunan itu boleh merosakkan struktur rumah
• Jangan membawa kenderaan
3.1 GEMPA BUMI
A ) Sekiranya anda di dalam bangunan

1) Tinggal kekal di dalam bangunan.

2) Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang


teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu
sudut.

3) Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau


bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat
paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan
mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana
mungkin.

4) Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas


dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda
5) Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet,
cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat
yang boleh menggelungsur dan jatuh.

6) Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.

7) Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan


lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-
sarap dan serpihan kaca

8) Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api


disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.

9) Padamkan semua api.


B) Sekiranya anda di luar bangunan
 
1) Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh
daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok, bangunan
tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar
daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu
dan hampir ke dinding sebelah luar
 
2) Jauhi daripada talian letrik yang jatuh.
 
3) Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran
berhenti.
Sekiranya di dalam stor yang sesak
 
1) Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau
keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi
mungkin mendapat idea yang sama
 
2) Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan,
pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik
mungkin dan bertenang

3) Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang


mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.
D) Sekiranya di dalam bangunan tinggi
 
1) Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang
seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
 
2) Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga
mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.
 
3) Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda
berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian
tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

4) Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin


terputus.

5) Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.


E) Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada
batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

F) Sekiranya di dalam kereta yang bergerak


 
1) Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan
yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan
atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh
runtuh ke atas anda.
 
2) Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap
kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa
bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi
anda.
 
3) Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya
yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah
jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau
berlubang-lubang.
3.2 BANJIR

• Segera memaklumkan kepada Pengarah JPMI atau mana-mana


pegawai Kedutaan.

• Menghubungi kawan-kawan yang tidak sedar dengan situasi ini.

• Mengambil barang-barang keperluan asas.

• Mengunci semua pintu-pintu bilik dan pintu rumah.

• Berada di tempat tinggi sekiranya tidak sempat berpindah.

• Matikan semua punca letrik dan gas.

• Jangan mengharungi air yang dalam dan deras


• Segera berpindah ke tempat perpindahan sementara.

• Sentiasa mengikut arahan daripada pihak berwajib dari


semasa ke semasa.

• Pelajar-pelajar lelaki perlu membantu pelajar-pelajar


perempuan dalam proses evakuasi.

• Jangan menyebarkan berita-berita buruk atau khabar angin


kepada kaum keluarga di Malaysia.

• Jangan minum air mentah dan makan makanan yang bersih.

• Laporkan jika suhu badan panas atau sejuk, dikhuatiri demam


panas atau demam denggi.
3.3 KEBAKARAN
Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran

• Jangan panik.

• Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada


semua penghuni rumah.  Selamatkan diri anda dan
rakan melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang
telah ditetapkan.

• Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir


lengkap dan tepat mengenai lokasi rumah anda.

• Matikan semua punca letrik dan gas.


• Sementara menanti ketibaan bomba, cuba
padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT!
Jangan sampai membahayakan diri anda.

• Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat.


Pastikan anda telah mengenal pasti sekurang-
kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.

• Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah


dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
Perkara yang sentiasa perlu
dilakukan dan diberi perhatian
▫ Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-
rakan serumah. Anda harus mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai
pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di
rumah. Pastikan semua rakan serumah anda
memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika
berlaku kebakaran. Adakan fire drill dari masa ke
semasa supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli rumah
anda. 

▫ Elakkan daripada mendiami rumah yang berjeriji


terutama pada tingkap dan pintu rumah. Sekiranya
ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada
dalam rumah dengan mudah.
▫ Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli
rumah mesti tahu tempat penyimpanan anak
kunci pintu atau jeriji. Jangan mengubah tempat
menyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli
rumah yang lain.

▫ Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat


pengesan asap (Smoke Detector) yang dipasang
di dalam rumah dan sentiasa berfungsi.
3.4 Perjalanan / Travel

• Pelajar dinasihatkan agar sentiasa membuat


perancangan dengan teliti sebelum memulakan
perjalanan.

• Mendapatkan keizinan dan kebenaran pihak


penaja sebelum melakukan perjalanan (ubah
turutan).
• Menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam yang dipercayai dan mempunyai rekod
yang baik.

• Sekiranya memandu sendiri atau menyewa


kenderaan, pastikan kenderaan dalam keadaan
baik, mempunyai rekod kenderaan lengkap dan
memiliki peralatan sokongan sewajarnya.
• Memiliki lesen memandu yang sah serta
perlindungan insurans perjalanan. Sediakan insurans
perlindungan diri dan kenderaan.

• Memaklumkan kepada rakan-rakan / universiti


berkaitan tarikh, tempat dan tempoh perjalanan.

• Memiliki persiapan kendiri dan peralatan peribadi


bagi tujuan kecemasan seperti ubat ubatan.

• Mempunyai maklumat berkaitan destinasi yang


dituju, kemudahan di sepanjang perjalanan dan
nombor-nombor penting untuk dihubungi.
3.5 INSIDEN KEGANASAN
• Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

• Sentiasa mengambil maklum situasi semasa menerusi media dan berita


perdana tempatan.

• Mengelakkan diri daripada kawasan dan tempat berbahaya dan


berpotensi bagi aksi keganasan.

• Tidak melibatkan diri dalam persatuan, pertubuhan, pergerakan yang


bersalahan dan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa
tempatan.

• Memaklumkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aksi yang


disyaki sebagai keganasan dan jenayah.

• Melaporkan pada pihak JPMI, penaja, universiti dan rakan-rakan


sekiranya mendapati sebarang maklumat yang mungkin boleh
mengancam keselamatan pelajar Malaysia.
3.6 KEMATIAN
 Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMI atau pegawai jika
berlaku kematian di kalangan pelajar.

 Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar


sebelum pegawai JPMI tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.

 Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan


mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.

 Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang


berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian
kewangan dan fakulti.

 Membantu JPMI menguruskan prosedur yang berkaitan di


hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi
mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan
pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.

 Membantu JPMI menguruskan semua dokumen dan barang-


barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia
jika diminta oleh keluarga / warisnya.
3.7 PEPERANGAN
• Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis
keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara
jiran.
 
• Hubungi Pengarah JPMI atau pegawai jika perlukan maklumat
lebih lanjut.

• Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting


dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan
mudah dicapai.

• Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMI dan tidak


mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan /
kelulusan pihak JPMI.

• Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang


atau sebarang demonstrasi jalanan.
• Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan
atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut
serta secara sukarela terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menyokong atau menyertai
peperangan yang berlaku.

• Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana


anda berada, pastikan anda sentiasa berada di
dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke
kawasan berkenaan.

• Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan


perlindungan di kawasan universiti atau balai polis
yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan
anda diizinkan pulang ke rumah.
• Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang
ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin
serius dan membahayakan keselamatan pelajar.

• Hanya bawa dokumen penting dan keperluan


asas diri apabila arahan pemindahan atau
pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMI
dan berkumpul di tempat yang di arahkan
secepat mungkin.
3.8 GANGGUAN / ANCAMAN
KESELAMATAN DIRI
Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian

• Jagalah keselamatan diri anda pada setiap masa dan di mana anda
berada.

• Elakkan diri daripada berjalan keseorangan atau berada di tempat


yang sunyi terutama pada lewat malam. Gunakan laluan yang
digunakan oleh orang ramai.

• Elakkan daripada melalui laluan atau tempat yang terdapat


kumpulan orang ramai yang berkumpul terutama golongan remaja.
Gunakan laluan alternatif dan jangan hiraukan sekiranya anda diejek
atau dilemparkan dengan kata-kata yang kurang menyenangkan.

• Berhati-hati sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali


untuk bertanyakan sesuatu. Sentiasa berwaspada dan peka pada
keadaan di sekeliling anda.
PERINGKAT PERANCANGAN

Wujud 3 peringkat Perancangan:-

• Pra Krisis
• Semasa Krisis
• Post Krisis
PRA KRISIS
• PEMBUKAAN PUSAT KRISIS & PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN BENCANA-
MENGADAKAN DAFTAR BANTUAN YANG DITERIMA

• MENGENALPASTI PEGAWAI BERTUGAS & DISKRIPSI KERJA


• PENJANAAN INFORMASI AWAL TENTANG BENCANA DARIPADA SUMBER-SUMBER
INFORMASI- JENIS ANCAMAN BENCANA, PREDIKSI KEJADIAN, SUMBER
BANTUAN, TEMPAT PERLINDUNGAN DLL,

• MENILAI TAHAP/ DARJAH KESERIUSAN BENCANA YANG BAKAL BERLAKU

• EVAKUASI WARGA & BARANGAN BERHARGADARIPADA KAWASAN YANG


DIKENALPASTI RAWAN BENCANA

• MENEMPATKAN MANGSA DITEMPAT PERLINDUNGAN

• PENYEDIAAN KEPERLUAN MANGSA PERPINDAHAN-MAKANAN, SELIMUT, UBAT-


UBATAN

• MENGEDARKAN INFORMASI BERKAITAN MAKLUMAT KRISIS DAN PERANCANGAN


KECEMASAN

• MELATIH WARGA MENGHADAPI BENCANA TERTENTU- MISALNYA BANJIR,


GEMPA BUMI, KEBAKARAN
SEMASA KRISIS

• MENGENALPASTI MANGSA WARGA/ STATUS KESIHATAN &


KESELAMATAN

• MENERUSKAN KERJA-KERJA EVAKUASI PADA KAWASAN


YANG RAWAN BENCANA. EVAKUASI BOLEH DILAKUKAN KE
MALAYSIA ATAU KETEMPAT PERLINDUNGAN.

• MENJANA MAKLUMAT SECARA BERTERUSAN MENERUSI


SUMBER-SUMBER INFORMAN

• MEMBINA HUBUNGAN BAIK DENGAN SUPPORT SYSTEM-


DEPLU,PRAMUKA,POLISI,RAKTOR/PENSYARAH/PEGAWAI
UNIVERSITAS.

• MENGEKALKAN KOMUNIKASI DENGAN WISMA PUTRA/


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI/IBUBAPA
• MENJALANKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA – MEDIA
MUNGKIN MENJADI SATU-SATUNYA SUMBER
KOMUNIKASI/ SUMBER MAKLUMAT DENGAN DUNIA
LUAR APABILA BENCANA MENJADI BERTAMBAH
SERIUS.

• PENGEDARAN BANTUAN BERUPA MAKANAN &LAIN-


LAIN KEPERLUAN

• PEMBENTUKAN/ KEMASUKAN PASUKAN KESIHATAN


UNTUK MENJAGA KESIHATAN, RAWATAN &
PENGAGIHAN UBAT-UBATAN KEPADA MANGSA.

• MONITOR PERKEMBANGAN BENCANA ALAM YANG


BERLAKU-INVESTIGASI, MENILAI & MENYEDIAKAN
PELAN STRATEGI SETERUSNYA.

• PROSEDUR PENGHANTARAN PULANG JENAZAH JIKA


BERLAKU KEMATIAN.
POST KRISIS
• MENYIASAT/MENILAI/MELAPOR KEROSAKAN & KERUGIAN YANG DI
ALAMI

• MELAPOR PERKEMBANGAN & MAKLUMAT TENTANG PENAMATAN


KRISIS KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN

• MENYEDIAKAN PROSEDUR PEMULIHAN KRISIS

• PENGHANTARAN PULANG WARGA JIKA TEMPAT PENGINAPAN


SELAMAT/SIHAT UNTUK DIDUDUKI

• MENERUSKAN ADVOKASI MENERUSI MEDIA- MENGUCAPKAN


PENGHARGAAN/ NASIHAT PADA MANGSA.

• PENGEDARAN INFORMASI BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN WARGA

• MENGAUDIT PERALATAN & BAKI BANTUAN YANG DITERIMA

• PEMBUBARAN PUSAT KRISIS & TUGAS-TUGAS MENYELAMAT


PERHUBUNGAN
DATO’ DR. JUNAIDI ABU BAKAR
PENGARAH
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA DI INDONESIA
081808811111

LUDINATA BIN MISNUN


ATASE PENDIDIKAN / PEGAWAI KEBAJIKAN PELAJAR
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA DI INDONESIA
087877 999 123

AZMAN BIN MAHMOOD


WARDEN ASRAMA
JABATAN PENUNTUT MALAYSIA DI INDONESIA
087877 023 257
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai