Anda di halaman 1dari 3

TATACARA PEROLEHAN MELALUI PANJAR WANG RUNCIT

JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH


1.

Definisi Panjar Wang Runcit


Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai perakaunan untuk
membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan
runcit tanpa mempertanggungjawabkannya terlebih dahulu kepada sesuatu
maksud perbelanjaan. Ia juga boleh digunakan bagi memberi pendahuluan
wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang memerlukan wang untuk
membayar belanja perjalanan kecuali untuk membayar tuntutan perjalanan.

2.

Bayaran Panjar Wang Runcit


a.
Pembayaran yang boleh dibuat daripada Panjar Wang Runcit adalah
perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria seperti berikut:
(i)
Pembayaran kecil yang segera iaitu perbelanjaan tidak berkala
dan tidak dirancang. (Contohnya alat tulis pejabat seperti board, kad
nama pegawai, mentol, bahan pencuci, plastik sampah, mencetak foto
dan lain-lain lagi.
(ii)
Perbelanjaan runcit iaitu pembelian kecil yang tidak praktikal untuk
membuat pembelian melalui pesanan tempatan.
(iii)
Pembayaran tidak melebihi RM100.00 bagi setiap resit/bil. Walau
bagaimanapun, ianya tidak menghalang bil yang lebih besar jumlahnya
dibayar daripada Panjar Wang Runcit sekiranya praktikal dan berfaedah.
(iv)
Pembelian yang tidak dijeniskan sebagai Aset Harta Modal dan
Inventori di bawah Kod Objek Am 30000.
(v)
Pendahuluan wang tunai untuk membayar belanja perjalanan
kepada pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan seperti
perbelanjaan minyak kenderaan, bayaran tol dan bayaran meletak
kenderaan. Tuntutan perjalanan pegawai yang menggunakan kenderaan
sendiri dan tuntutan elaun lebih masa adalah tidak dibenarkan dibayar
melalui Panjar Wang Runcit.
(vi)

Pembelian persampelan ujikaji (ubat) daripada Bahagian Farmasi

(vii)
Pembelian persampelan ujikaji (makanan dan minuman) daripada
Bahagian BKKM (Dikecualikan Para 2.a.(iii)).

b.

Pegawai yang ingin membuat pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit


perlu mendapatkan kebenaran daripada Pemegang Panjar untuk memastikan
peruntukan sesuatu maksud perbelanjaan adalah mencukupi sebelum
pembelian dibuat.

c.

Permohonan perlu dikemukakan menggunakan borang Permohonan Kelulusan


Belanja (PKB) Panjar Wang Runcit (Rujukan : JKN/KED/PKB/PWR/2016)
seperti dilampiran.

d.

Baucar Kecil (Kew.50) perlu digunakan untuk tujuan pembayaran melalui


Panjar Wang Runcit dan disokong dengan resit/ dokumen sokongan. Jika resit/
dokumen sokongan tidak disertakan, pegawai yang menuntut hendaklah
menandatangani perakuan di ruang tepi kiri baucar kecil.

e.

Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan dan dicap atas urusan rasmi
kerajaan.

3.

Perakuan Pembayaran AP99(c) seperti di bawah:

Saya akui perbelanjaan di bil/invois/resit ini berjumlah


RM______ telah sebenarnya di bayar oleh saya *atas
urusan rasmi/mengikut kelayakan.
...
(tandatangan, nama dan jawatan
Pegawai yang menuntut)

4.

Tarikh:.

Rujukan:
a.

Arahan Perbendaharaan 3(e)

b.

Arahan Perbendaharaan 97(d)

c.

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil.17 Tahun 2014

Anda mungkin juga menyukai