Anda di halaman 1dari 2

Tafsiran Bayaran PWR

Sejumlah wang diberi kepada pegawai perakaunan untuk membolehnya membuat


pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya
terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan. Ia boleh juga digunakan bagi
membari pendahuluan wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang memerlukan
wang untuk membayar belanja perjalanan kecuali untuk membayar tuntutan perjalanan
Arahan Perbendaharaan 3

Merujuk kepada AP 3 tersebut, asas yang boleh digunakan untuk maksud pembayaran
kecil dan segera, dan perbelanjaan runcit adalah seperti berikut:

i. Amaun bayaran yang kecil adalah merujuk kepada AP 97(d)
ii. Perbelanjaan runcit merupakan pembelian barang-barang yang dibenarkan
dalam kuantiti kecil
iii. Sekiranya barangan atau perkhidmatan telah dirancang dan perbelanjaannya
telah diambilkira dalam Buku Bajet Tahunan Jabatan, maka barangan atau
perkhidmatan tersebut hendaklah dibeli melalui kaedah Pesanan Tempatan
(PT). Pengecualian hanya bagi kes segera dan kecemasan sahaja.
Perbelanjaan tersebut tidak berulang-ulang setiap bulan dan menjadi amalan
pembayaran melalui PWR
iv. Bayaran atau perbelanjaan PWR adalah dibawah Objek Am 20000.
v. Perbelanjaan yang melibatkan kaedah tuntutan melalui Borang Tuntutan
Perjalanan Pegawai tidak boleh dibayar melalui PWR kecuali belanja
perjalanan yang tidak melibatkan Borang Tuntutan Perjalanan seperti
bayaran tol dan parkir pemandu jabatan yang membawa kereta jabatan.



Sehubungan dengan itu, Pemegang PWR hendaklah menggunakan budi bicara dan
kebijaksanaan beliau dalam mengawal dan membenarkan pembayaran dan
perbelanjaan PWR dilakukan di jabatan masing-masing.



Penerima PWR
Oleh kerana tujuan asal panjar diwujudkan adalah untuk memudahkan pembayaran
dibuat maka tiada halangan sekiranya penerima PWR tersebut terdiri daripada
Pegawai dan juga Pembekal. Walau bagaimanapun, semua perbelanjaan daripada
PWR hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pemegang PWR supaya kawalan
perbelanjaan dapat dibuat dan seterusnya mengelakkan perbelanjaan melebihi had
apungan panjar.






Baucar Kecil(Kew. 50)
Semua pembayaran melalui PWR hendaklah mengisi kew.50 dengan lengkap dan
disertakan dokumen sokongan. Jika tiada, ruangan perakuan di kew.50 hendaklah
ditandatangani. Walau bagaimanapun, ruangan perakuan di kew.50 hendaklah
ditandatangani. Walau bagaimanapun, ruangan perakuan di kew.50 tidak dibenar
untuk digunakan sama sekali bagi pembayaran kepada pembekal.


Buku Tunai PWR
Isu berkaitan terdapat perbezaan cara mengisi ruangan butir-butir di Buku Tunai
PWR, tiada halangan sekiranya pemegang panjar menulis di ruangan butir-butir
tersebut dengan barangan/ perkhidmatan yang diberi atau pun mengisi dengan
nama pegawai/ pembekal.







Unit Bayaran
Jabatan Akauntan Negara
Negeri Perak
25 Julai 2012

Anda mungkin juga menyukai