Anda di halaman 1dari 44

PENGURUSAN AKAUN

PANJAR WANG RUNCIT


OLEH:
UNIT PENGURUSAN PANJAR
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT DAN AGENSI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN:

 DEFINISI PANJAR WANG RUNCIT


 HAD PWR
 PERMOHONAN MEWUJUD/MENAMBAH PWR
 PENYELENGGARAAN PWR
 DOKUMEN DAN REKOD PWR
 PERMOHONAN MENGURANG/MENUTUP
PWR
 PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR
DEFINISI PWR

AP 3
i. Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai
perakaunan untuk membolehkannya membuat
pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit
tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada
sesuatu maksud perbelanjaan. Hanya pembayaran
yang sebenar dari panjar itu dipertanggungkan.

ii. Ia boleh juga digunakan bagi memberi pendahuluan


wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang
memerlukan wang untuk membayar belanja perjalanan
KECUALI untuk membayar tuntutan perjalanan.

3
DEFINISI PWR

 “Sejumlah wang yang diberi kepada pegawai


perakaunan…”

- Pegangan wang tunai di pejabat jabatan yang


didahulukan daripada KWDS (Akaun
Amanah 251010 / 01101).

- Had pegangan wang tunai yang diberikan


adalah berdasarkan kepada keperluan
semasa.
DEFINISI PWR

Amaun apungan Panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Akaun Panjar (01101) 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

JANM PTJ

PENDAHULUAN
DEFINISI PWR

 “..membolehkannya membuat pembayaran kecil yang


segera..”

- Amaun bayaran yang kecil adalah merujuk kepada


AP97(d) : Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap resit/bil.

- Perbelanjaan kecil yang tidak dirancang/tidak berkala


iaitu perbelanjaan tidak berulang-ulang setiap bulan.

- Sekiranya perbelanjaan telah diambil kira dalam Bajet


Tahunan Jabatan, maka barangan/perkhidmatan
hendaklah dibeli melalui kaedah Pesanan Tempatan
(PT) KECUALI bagi kes segera atau kecemasan sahaja.
DEFINISI PWR

 “..dan perbelanjaan runcit..”

- Pembelian barang-barang yang dibenarkan


dalam kuantiti kecil dan tidak praktikal
untuk diperoleh dengan menggunakan
Pesanan Tempatan.

- Contoh barang-barang runcit merupakan


antara barang-barang yang boleh didapati di
kedai runcit.
DEFINISI PWR

 “..tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada


sesuatu maksud perbelanjaan dan hanya pembayaran
yang sebenar dari Panjar itu dipertanggungkan. ”

- Belian secara tunai dibuat terus daripada wang panjar

- Setelah itu, barulah pembelian tersebut dicajkan ke kod


Perbelanjaan (vot) dengan menyediakan baucar
bayaran rekupmen.

- INGAT!! Bayaran atau perbelanjaan PWR adalah di


bawah Objek Am 20000 sahaja.
DEFINISI PWR

Rekupmen semula panjar sebanyak RM1,000.00:

Dt Vot Perbelanjaan 1,000.00


Kt Bank-JANM 1,000.00

PTJ
JANM PTJ

BAUCAR REKUPAN
BAYARAN
DEFINISI PWR

 “..pendahuluan wang tunai segera untuk


membayar belanja perjalanan..”

- Belanja perjalanan yang tidak melibatkan Borang


Tuntutan Perjalanan seperti bayaran tol dan parkir
pemandu Jabatan yang membawa kereta Jabatan.

 “..KECUALI untuk membayar tuntutan perjalanan.”

- Perbelanjaan yang melibatkan kaedah tuntutan


melalui Borang Tuntutan Perjalanan tidak boleh
dibayar melalui PWR.
DEFINISI PWR

Pulangan wang panjar sebanyak RM1,000.00:


(tutup panjar)

Dt Bank-JANM 1,000.00
Kt Akaun Panjar (01101)
1,000.00

PTJ JANM

PULANG BALIK
HAD PWR
Peringkat PTJ PENJELASAN HAD APUNGAN
KEMENTERI PTJ yang terletak di RM5,000.00
AN Kementerian. Contoh
Bahagian Kewangan KPM.
IBU PEJABAT PTJ yang terletak di Ibu RM3,000.00
JABATAN Pejabat Jabatan. Contoh
Bahagian Kewangan JIM.
NEGERI PTJ yang terletak di Ibu RM2,000.00
Negeri / Daerah dan
melapor terus kepada
Kementerian atau Ibu
Pejabat. Contoh IPK
Sabah.
12
DAERAH PTJ yang terletak di RM1,000.00
PERMOHONAN WUJUD/TAMBAH
PWR:
1. SURAT PERMOHONAN - AP 112(a)
Pemohon mestilah PTJ dan dikemukakan bersama
surat sokongan dari Kementerian/JMS/Ibu Pejabat
masing-masing.

2. JUSTIFIKASI KEPERLUAN - AP 112(b)

3. ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

4. BORANG GFMAS MAKLUMAT PENERIMA BAYARAN

5. REKUPMEN 6 BULAN TERDAHULU


(Bagi permohonan tambah)

6. PEJABAT PERAKAUNAN DI MANA REKUPMEN DIBUAT


PENYELENGGARAAN
PWR:
APUNGAN PANJAR

Kelulusan diterima dari JANM, Pemegang Panjar


perlu menyediakan baucar bayaran apungan
panjar (dapatkan amaun apungan) melalui :

(a)Modul Baucar Bayaran Apungan Panjar di


eSPKB dengan mempertanggungkan kepada kod
panjar 01101; atau

(b)Baucar bayaran apungan dengan


mempertanggungkan kepada kod panjar
251010.
PENYELENGGARAAN
PWR:
APUNGAN PANJAR

Rekupmen bagi perbelanjaan seterusnya


dicaj ke vot yang berkenaan

Satu salinan baucar bayaran apungan perlu


dikemukakan ke BPOPA, JANM

Setiap Pemegang Panjar adalah dilarang


untuk mengagihkan kepada PTJ lain amaun
panjar yang diluluskan.
PENYELENGGARAAN
PWR:
BAYARAN PANJAR

Pembayaran yang boleh dibuat daripada PWR adalah


perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria berikut :

(a)Pembayaran kecil yang segera iaitu perbelanjaan


tidak berkala / dirancang;

(b)Perbelanjaan runcit iaitu pembelian kecil-kecilan


yang tidak praktikal untuk membuat pembelian
melalui pesanan tempatan;

(c)Pembayaran tidak melebihi RM500.00 bagi setiap


resit/bil.
PENYELENGGARAAN
PWR:
BAYARAN PANJAR

(d) Pembelian yang tidak dijeniskan sebagai Aset (Harta Modal dan
Inventori di bawah Kod Objek Am 30000);

(e) Pendahuluan wang tunai untuk membayar belanja perjalanan


kepada pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan seperti
perbelanjaan minyak kereta, bayaran tol dan bayaran meletak
kereta.

Tuntutan perjalanan pegawai yang


menggunakan kenderaan sendiri adalah
TIDAK DIBENARKAN melalui PWR (AP3)!!
PENYELENGGARAAN
PWR:

BAYARAN PANJAR

Pegawai yang ingin membuat pembelian


menggunakan PWR perlu mendapatkan kebenaran
daripada Pemegang Panjar untuk memastikan
peruntukan sesuatu maksud perbelanjaan adalah
mencukupi SEBELUM pembelian dibuat.

Baucar Kecil perlu digunakan untuk tujuan


pembayaran melalui PWR dan disokong dengan
resit/dokumen sokongan. Jika resit/dokumen
sokongan tidak disertakan, perlu tandatangan di
ruang tepi kiri baucar kecil serta perakuan
daripada pegawai yang menuntut bayaran.
PENYELENGGARAAN PWR:

AP 113(b)(i)

• Pemegang Panjar hendaklah mendapat


baucar dengan dokumen sokongan untuk
semua bayaran daripada Panjar.

• Jika tiada, satu perakuan hendaklah


diminta daripada pegawai yang menuntut
bayaran.
PENYELENGGARAAN
PWR:

REKUPMEN PANJAR
Rekupmen PWR boleh dibuat lebih daripada sekali
dalam sebulan.

Pemegang Panjar hendaklah memastikan baki


wang tunai yang ada di tangan mencukupi pada
setiap masa bagi membuat bayaran.

PTJ perlu menyediakan baucar bayaran rekupmen


PWR melalui modul Baucar Bayaran Panjar Wang
Runcit di eSPKB/baucar manual dengan
mempertanggungkan kepada kod objek lanjut
yang berkenaan.
PENYELENGGARAAN
PWR:

REKUPMEN PANJAR

AP 113(b)(ii):
• Apabila rekupmen panjar diperlukan, baucar
bayaran bersama dengan senarai bayaran
berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah
dihantar kepada Pejabat Perakaunan.
• Dalam persekitaran elektronik, semua
dokumen panjar hendaklah disimpan dengan
teratur dan selamat di jabatan penyedia.
PENYELENGGARAAN
PWR:
REKUPMEN PANJAR

Pemegang Panjar akan menerima bayaran rekupmen


PWR melalui Cek/EFT.

 Bagi bayaran melalui cek, Pemegang Panjar hendaklah


menunaikan cek tersebut di bank.

Hanya pegawai yang diberi kuasa seperti di Borang AK


52 sahaja yang dibenarkan mengesahkan dan
menunaikan cek/EFT PWR.
PENYELENGGARAAN
PWR:

PERTUKARAN PEGAWAI-AP 113(e)

Apabila berlaku pertukaran pegawai yang


mengendalikan PWR, satu penyata perlu disediakan
bagi menunjukkan kedudukan PWR pada masa
peralihan dan ditandatangani oleh kedua-dua pegawai
yang MENYERAH dan AMBIL ALIH tugas.

Salinan penyata tersebut perlu dihantar kepada


Pejabat Perakaunan dan disalinkan kepada Pegawai
Pengawal [AP113(e)].
PENYELENGGARAAN
PWR:

PEMERIKSAAN MENGEJUT-AP 309(a) & (b)

• Ketua Jabatan perlu mengadakan pemeriksaan


mengejut berkala sekurang-kurangnya sekali dalam
6 bulan wang dalam jagaan pegawai di Jabatannya.

• Segala butiran pemeriksaan hendaklah direkodkan


dan di simpan untuk pemeriksaan Lembaga
Pemeriksa.
PENYELENGGARAAN
PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 315 & 316

 Laporkan kehilangan wang kepada polis dalam tempoh


24 jam kehilangan disedari, jika ada unsur jenayah.

 Sediakan Laporan Awal (LAMPIRAN J, AP) dan


kemukakan kepada Pegawai Pengawal, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Ketua Audit Negara dan Akauntan
Negara.

 Pegawai Penyiasat dilantik dan sediakan Laporan Akhir


(LAMPIRAN K, AP) dalam tempoh 4 bulan daripada
Laporan Awal.
PENYELENGGARAAN
PWR:

KEHILANGAN PANJAR-AP 322

Mohon pendahuluan daripada Kumpulan Wang


Pendahuluan Diri (Kehilangan Wang Awam
(53208) untuk menggantikan wang panjar.

Setelah kelulusan hapuskira, laraskan


Pendahuluan Diri ke kod perbelanjaan Hapuskira
Kehilangan (51201)
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

KUASA TETAP

Kuasa Tetap kepada pegawai yang mengesahkan dan


menunaikan Cek/EFT PWR di bank diberi oleh Pejabat
Perakaunan kepada Pemegang Panjar melalui Surat
Kuasa Pemungut Tunai (Borang AK 52).

Sekiranya berlaku pertukaran pegawai yang


mengesahkan pungutan tunai atau/dan pegawai yang
akan menunaikan PWR di bank, Pemegang Panjar
hendaklah mengisi borang AK 52 yang baru dan
mengemukakan kepada Pejabat Perakaunan dengan
SEGERA.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:
BUKU WANG RUNCIT
• AP 113 (d)(i):
• Tiap-tiap pegawai yang menerima panjar mestilah
menyelenggara satu buku tunai mengikut bentuk
seperti di Lampiran “A” dengan menunjukkan
semua amaun yang diterima dan dibayar. Bagi
wang runcit, format seperti dalam bentuk yang
disediakan di Lampiran “A1” hendaklah
digunakan. semua baucar mestilah dinombor dan
dicatatkan pada hari ianya dibayar.
• Buku tunai hendaklah dijumlahkan pada
penghujung hari. Dalam persekitaran elektronik,
buku tunai panjar/ buku wang runcit dijana oleh
sistem.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BUKU WANG RUNCIT

• AP 113 (d)(i) (sambungan):

• Bayaran-bayaran dari panjar hendaklah


dilaraskan ke akaun perbelanjaan sebelum
akhir tahun.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BUKU WANG RUNCIT

Buku Wang Runcit perlu diselenggara bagi


merekodkan semua urusniaga terimaan dan bayaran
PWR.

Buku Wang Runcit hendaklah dikemaskinikan pada


penghujung hari sekiranya terdapat sebarang
transaksi terimaan atau bayaran.

Ringkasan Penjenisan Perbelanjaan mengikut Objek


Lanjut hendaklah dicatat di Buku Wang Runcit.

Buku Wang Runcit hendaklah disemak dan ditutup


pada setiap hujung bulan.
LAMPIRAN A1
Arahan Perbendaharaan 113(d)
BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN
No.
No. Baucar Kod
Tarikh Baucar Butir-Butir Jumlah Tarikh Wang Butir-butir Perbelanjaan Jumlah
Runcit
RM Sen RM Sen
(Kew 249A)

BUKU WANG RUNCIT

TERIMAAN BAYARAN

Baucar
Baucar Wang Pos dan Pengangkutan
Tarikh Butir-butir Perbendaharan Jumlah Tarikh Butir-butir dan Perjalanan Lain-lain Jumlah
No. Runcit Telegram
No.

RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen


DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BAUCAR KECIL
Setiap resit/dokumen sokongan asal tidak boleh
dipecah kecilkan amaunnya di dalam membuat
tuntutan PWR. Oleh itu, setiap satu resit/dokumen
sokongan asal hanya boleh dibayar melalui satu
Baucar Kecil sahaja.

Satu Baucar Kecil boleh disokong dengan beberapa


resit/dokumen sokongan asal dengan syarat:

(a)Pembayaran dibuat hanya kepada seorang pegawai


yang menuntut PWR; dan

(b)Amaun setiap satu resit/dokumen sokongan tidak


melebihi RM500.00.
DOKUMEN DAN REKOD
PWR:

BAUCAR KECIL

Pembayaran PWR melalui satu Baucar Kecil boleh


dipertanggungkan kepada beberapa kod
perbelanjaan. Setiap kod perbelanjaan dan
amaun yang hendak dipertanggungkan hendaklah
dicatatkan di Baucar Kecil.

Butir-butir resit/dokumen sokongan seperti


tarikh, nombor rujukan dan amaun perlu dicatat
di Baucar Kecil.
PERMOHONAN KURANG/TUTUP
PWR:
DOKUMEN KURANG PWR DOKUMEN TUTUP PWR
Surat permohonan ke JANM Surat permohonan ke JANM
yang mengandungi yang mengandungi
maklumat berikut: maklumat berikut:

i.Justifikasi permohonan i.Justifikasi permohonan


mengurangkan PWR/Surat menutup
Arahan Pengurangan PWR; PWR/Surat Arahan
ii. Kod Jabatan/PTJ; Penutupan PWR;
iii.Kod Vendor; ii.Kod Jabatan/PTJ;
iv.Kod Pejabat Perakaunan; iii.Kod Vendor
dan iii. Kod Pejabat
iv.Sokongan daripada Perakaunan; dan
Kementerian/Ibu iv.Sokongan daripada
Pejabat PTJ yang Kementerian/Ibu
memohon. Pejabat PTJ yang 36
memohon
PERMOHONAN KURANG/TUTUP
PWR:
 Setelah kelulusan JANM diperolehi, tindakan-
tindakan
berikut hendaklah dilakukan:

i. Pastikan semua rekupmen dibuat supaya


amaun apungan PWR bersamaan dengan
jumlah PWR yang
diluluskan.
ii. Sediakan Penyata Pemungut berdasarkan
amaun yang hendak dikurangkan /amaun
diluluskan dan diakaunkan ke dalam kod
panjar 01101 atau 251010.
iii. Masukkan wang PWR ke dalam Akaun
Bank Terimaan Pejabat Perakaunan di mana
37
rekupmen dibuat.
PERMOHONAN KURANG/TUTUP
PWR:
 Setelah amaun PWR dimasukkan ke dalam Akaun
Bank
Terimaan Pejabat Perakaunan, Pemegang Panjar
hendaklah mengemukakan JANM dokumen seperti
berikut:

a) Salinan Penyata Pemungut dengan cetakan terimaan


bank dan ditandatangani oleh pegawai Peraku II;

b) Laporan FBL1N yang mempunyai baki terkini selepas


pengurangan PWR dan yang berbaki sifar (0) bagi
penutupan PWR; dan

38
PENUTUPAN AKHIR TAHUN
PWR:

AP 113(f):

 Pada penghujung tahun semua pemegang


panjar hendaklah mengemukakan satu Sijil
Perakuan Panjar bersama-sama rekupmen
terakhir bagi tahun tersebut kepada Akauntan
Negara Atau Akauntan Negeri atau
Bendahari Negeri dengan satu salinan kepada
Ketua Audit Negara.

 Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit perlu


dikemukakan bersama-sama rekupmen akhir ke
Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat
dan apungan berada.
39
PENUTUPAN AKHIR TAHUN
PWR:

Bayaran-bayaran daripada PWR hendaklah dilaraskan


ke akaun perbelanjaan sebelum akhir tahun kewangan.

Rekupmen bagi perbelanjaan sebelum bulan Disember


hendaklah diselesaikan sebelum tarikh akhir
penyerahan baucar bayaran ke Pejabat Perakaunan.
Hanya rekupmen bagi perbelanjaan bulan Disember
sahaja dibenarkan dalam tempoh AKB.

Walau bagaimanapun, jumlah rekupmen yang dibuat di


dalam tempoh AKB tidak boleh melebihi amaun
apungan PWR yang diluluskan.

Sekiranya melebihi apungan, laporan akan


menunjukkan baki panjar adalah negatif.
PENUTUPAN AKHIR TAHUN PWR:

Rekupmen terakhir yang belum ditunaikan bagi


sesuatu tahun kewangan perlu dicatatkan di Sijil
Perakuan Panjar Wang Runcit.

Buku Wang Runcit mesti ditutup selewat-lewatnya


pada 31 Disember pada setiap tahun kewangan.

42
TEGURAN AUDIT:

PWR tidak direkup dalam tahun semasa.

Tuntutan perbelanjaan melebihi had yang


dibenarkan oleh SPP Bil. 2 Tahun 2002

Dokumen sokongan tidak lengkap


- tidak kemukakan sijil perakuan panjar
- tidak ditandatangani

Kehilangan PWR tidak diambil tindakan

Perbelanjaan yang tidak sesuai dibuat melalu PWR


43
Sebarang masalah, sila hubungi:
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN OPERASI PUSAT & AGENSI
SEKSYEN PERAKAUNAN AMANAH
UNIT PENGURUSAN PANJAR
panjar@anm.gov.my
ARAS 3, NO 1, PERSIARAN PERDANA
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, PRESINT 2
62594 PUTRAJAYA
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :
MOHD AFANDI BIN HAMZAH 8882 1496
Ketua Penolong Pengarah
fandi.hamzah@anm.gov.my

AZMALIZA BINTI IDRIS 8882


1564
Penolong Pengarah Kanan
azmaliza@anm.gov.my

FADZLI BIN MAT ARIFIN 8882


1569
Penolong Akauntan
fazli@anm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai