Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN SEBELAS

KAWAD NAIK DAN TURUN BENDERA

1. MENGIKAT BENDERA

1.1. Bendera adalah merupakan satu simbol kebanggaan atau


kemegahan bagi satu-satu pasukan. Selain dari Panji-Panji Utama,
PDRM turut mempunyai Bendera yang juga dinamakan Sang Saka
Biru.

1.2. Sebagai simbol kebanggaan dan kemegahan, setiap anggota PDRM


diwajibkan menghormati bendera berkenaan. Jangan meletakkan
bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya dan jangan
dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila sampai ke
bawah.

1.3. Terdapat 2 ukuran bendera PDRM yang sering dinaik dan diturunkan
iaitu Bendera Besar berukuran 12 kaki x 6 kaki dan bendera kecil
berukuran 6 kaki x 3 kaki. Kedua-dua bendera ini akan dinaikkan
dan diturunkan setiap hari di tempat-tempat seperti berikut :

1.3.1. Bendera Besar ( 12’ x 6’ )

- Ibu Pejabat Polis Bkt Aman


- Ibu Pejabat Polis Kontinjen
- Kediaman YDH Ketua Polis Negara
- Institusi Latihan
- Pusat-Pusat Latihan Polis

1.3.2. Bendera Kecil ( 6’ x 3’ )

- Ibu Pejabat Polis Daerah


- Balai-Balai Polis

1.4. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi
memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

1.5. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang


baik. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap

254
bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah
dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar
bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut.

1.6. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau


menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara
Pemakaman / Pengkabumian Negara.

1.7. Bendera tersebut akan dinaikkan (Reveal) setiap hari pada jam
6.30 pagi dan diturunkan (Retreat) pada jam 6.00 petang.

2. KEANGGOTAAN KUMPULAN MENAIKKAN DAN MENURUNKAN


BENDERA (BENDERA BESAR)

2.1. Bagi melaksanakan upacara menaik dan menurunkan bendera ini


memerlukan dua kumpulan seperti berikut :

2.1.1. Pengawal Keluar ( GTO )

1 Sjn - Ketua Pengawal


6 Konst/L/Kpl - Pengawal
2 Konst - Peniup Tetuang

2.1.2. Kumpulan Bendera

1 Kpl - Penaik Bendera


1 Kpl - Pembawa Bendera
6 Konst/L/Kpl - Pemegang Bendera

3, MENGIKAT BENDERA (BENDERA BESAR).

3.1. Upacara untuk menaikkan Bendera Malaysia akan dilaksanakan


setelah Bendera Wilayah Persekutuan dan Bendera PDRM dinaikkan
terlebih dahulu seperti berikut :

3.1.1. Seramai 4 orang anggota dari Kumpulan Bendera akan


berjalan masuk melalui pintu belakang Balai Pengawal dalam
2 barisan menuju ke rak tempat simpan bendera. Apabila
sampai dihadapan rak, anggota No 1 disebelah kanan
memberi Kata Perintah : “ Skuad …. Ti ”. Seterusnya
memberi Kata Perintah : “ Menghadap ke hadapan, ke kiri
…. Sing ”

3.1.2. Apabila telah menghadap ke hadapan Kata Perintah


seterusnya “ Ke hadapan …hormat ”. Dua orang anggota
di hadapan rak tersebut membuat pergerakan hormat dan
turun tangan. Setelah itu kedua-dua anggota tersebut

255
mengambil Bendera Wilayah Persekutuan dan Bendera PDRM
dan balik ke kedudukan sedia dengan menatang bendera.

3.1.3. Setelah itu beri Kata Perintah “ Ke kiri …. Sing ” dan


“ Cepat …. Jalan ”. Keempat-empat anggota tersebut
berjalan dan belok ke kiri keluar melalui pintu hadapan Balai
Pengawal menuju ke tempat tiang bendera. Apabila sampai di
hadapan tiang bendera beri Kata Perintah “ Skuad …. Ti ”
dan “ Menghadap ke hadapan, ke kiri …. Sing ”.
Keempat-empat anggota berpusing menghadap ke tiang
bendera.

3.1.4. Seterusnya anggota yang di hadapan melangkah kaki kiri ke


hadapan untuk membuka ikatan tali di tiang bendera. Dalam
waktu yang sama anggota yang dibelakang membuka lipatan
kain bendera bagi mengeluarkan bahagian atas dan bawah
tempat mengikat tali bendera.

3.1.5. Anggota yang di hadapan akan mengundur satu langkah ke


belakang dan menyerahkan tali bendera bahagian luar
kepada anggota di belakang untuk diikat kepada bahagian
atas bendera, ketika itu bendera disandang di ataas bahu dan
beliau sendiri memegang tali bahagian dalam dan mengikat
bahagian bawah bendera.

3.1.6. Setelah kedua-dua bendera tersebut diikat kemas, anggota


yang di hadapan akan menarik tali bendera bahagian dalam
perlahan-lahan sehinga sampai ke puncak tiang. Setelah
sampai di puncak, tali bendera diikat kemas agar tidak
terlucut dan jatuh ke tanah. Selesai mengikat tali bendera,
kedua-dua anggota tersebut undur satu langkah kebelakang
dan hormat kepada bendera.

3.1.7. Selesai hormat anggota yang memberi arahan seawal tadi


akan memberi Kata Perintah “ Bergerak ke kiri, kiri ….
Sing ”. Setelah berpusing kata perintah seterusnya “ Cepat
…. Jalan ”. Keempat anggota berkenaan akan berjalan cepat
dan menuju ke bahagian belakang balai pengawal berhenti
dan keluar baris mengikut arahan.

3.2. Apabila selesai keluar baris, baki 2 orang dari Kumpulan Bendera
akan berjalan masuk ke Balai Pengawal melalui pintu belakang
untuk mengambil bendera Malaysia. Ketika yang sama Kumpulan
Pengawal siap sedia beratur dibelakang Balai Pengawal. Apabila
sampai di hadapan rak bendera, anggota di sebelah kanan memberi
Kata Perintah “ Skuad …. Ti ” dan “ Menghadap ke hadapan,
kiri …. Sing ”. Setelah berpusing Kata Perintah seterusnya “ Ke
hadapan …. Hormat ” dan anggota di hadapan membuat
pergerakan hormat. Selesai hormat balik ke kedudukan sedia dah
Kata Perintah seterusnya “ Bergerak ke kiri, kiri …. Sing ” dan “
Cepat …. Jalan ”.

256
Pada waktu yang sama Ketua Pengawal memberi Kata Perintah “
Bergerak ke kanan, kanan …. Sing ” dan anggota pengawal
akan berpusing ke kanan. Seterusnya Ketua Pengawal beri Kata
Perintah “ Dalam satu barisan, Cepat …. Jalan ” dan anggota
pengawal akan berjalan cepat melalui hadapan Balai Pengawal
untuk mengambil tempat di hadapan tiang bendera. Semasa
Kumpulan Pengawal melintasi di hadapan Balai Pengawal, anggota
pengawal yang berada di hadapan Balai Pengawal buat pergerakan
sedia dan rusuk senjata. Apabila Kumpulan Pengawal melepasi Balai
Pengawal anggota pengawal buat pergerakan turun senjata dan
senang diri.

3.3. Dua anggota Kumpulan bendera berhenti dihadapan tiang


bendera. Pembawa bendera yang menatang Bendera Malaysia,
berhenti di sebelah kanan Penaik Bendera. Dalam masa yang
sama Kumpulan Pengawal akan berhenti dalam jarak sepuloh
langkah dari Penaik Bendera dengan Kata Perintah “ Pengawal ….
Ti ” dan “ Menghadap ke Hadapan kiri / kanan …. Sing ”.
Setelah berpusing ke kiri atau ke kanan menghadap kepada tiang
bendera, senjata dalam kedudukan rusuk dan seterusnya “
luruskan …. Barisan ”.

3.4. Pembawa Bendera membuka lipatan kain bendera bagi


mengeluarkan bahagian atas dan bawah tempat mengikat tali
bendera. Dalam waktu yang sama Penaik Bendera nekangkah kaki
kiri ke hadapan untuk membuka tali bendera yang terikat di tiang
dan memberikan hujung tali bahagian luar kepada Pembawa
Bendera untuk di ikat dibahagian atas bendera. Hujung tali
bahagian dalam di pegang oleh Penaik Bendera i untuk di ikat
dibahagian bawah bendera. Anggota yang mengikat kedua-dua
hujung tali hendaklah mempastikan ikatan tali tersebut ketat dan
tidak akan terlucut.

4. MENAIKKAN BENDERA

4.1. Setelah bendera siap diikat Ketua Pengawal akan memberi Kata
Perintah “ Pengawal Hormat …. Ta ”. Anggota Pengawal akan
membuat pergerakan hormat senjata, Penaik Bendera akan menarik
tali bendera bahagian dalam untuk menaikkan bendera. Peniup
Tetuang akan meniupkan lagu “ Reveal ”.

4.2. Penaik Bendera akan menarik tali bendera bahagian dalam


perlahan-lahan sehingga bendera sampai kepuncak tiang mengikut
tempo lagu “Reveal”. Semasa bendera dinaikkan Pemegang
Bendera akan melepaskan bendera sedikit demi sedikit.

4.3. Setelah Bendera sampai ke puncak, Penaik Bendera akan mengikat


tali bendera tersebut dengan kemas agar tidak terlucut dan
menyebabkan bendera jatuh ke tanah. Setelah mengikat tali
bendera, Penaik Bendera undur satu langkah ke belakang dan
hormat kepada bendera.

257
4.4. Seterusnya Ketua Pengawal akan memberi kata perintah “
Pengawal Rusuk …. Ta ”. Anggota pengawal akan membuat
pergerakan rusuk senjata dan Peniup Tetuang akan membawa
Tetuang balek kerusuk kanan.

4.5. Selesai upacara menaikkan bendera Malaysia Ketua Pengawal beri


Kata Perintah “ Pengawal, bergerak ke kiri, kiri …. sing ”.
Anggota Pengawal akan berpusing ke kiri dan anggota Penaik dan
Pembawa bendera akan berpusing ke kiri.

4.6. Setelah berpusing, Ketua Pengawal akan beri Kata Perintah “


Dalam satu barisan, cepat …. Jalan ”. Anggota Pengawal dan
Kumpulan Bendera akan berjalan menuju ke Balai Pengawal dan
berhenti di tempat mula-mula beratur dan beri Kata Perintah “
Pengawal …. Ti ” dan “ Menghadap ke hadapan, kanan ….
Sing ” .

4.7. Seterusnya Ketua Pengawal beri Kata Perintah “ Keluar …. Baris ”.


Anggota Pengawal dan Kumpulan Bendera membuat pergerakan
keluar baris.

Ingatan :

Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah


dinaikkan dahulu sepenuhnya kemudian menurunkannya separuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera
sepenuhnya dan kemudian baharu diturunkan.

5. MENURUNKAN BENDERA

5.1. Kedua-dua Kumpulan Pengawal dalam kedudukan rusuk senjata dan


Kumpulan Bendera beratur di belakang Balai Pengawal untuk
mengambil tempat dihadapan tiang bendera. Kata Perintah yang
diberikan adalah “ Pengawal, Bergerak ke kanan, kanan ….
Sing ”. Kumpulan Pengawal dan Kumpulan Bendera berpusing ke
kanan. Kata Perintah seterusnya “ Dalam satu barisan, Cepat ….
Jalan ” dan anggota Kumpulan Pengawal dan Kumpulan Bendera
berjalan cepat menuju ke tempat tiang bendera melalui hadapan
Balai Pengawal. Anggota Pengawal yang berada di hadapan Balai
Pengawal buat pergerakan sedia dan rusuk senjata. Setelah
Kumpulan Pengawal melepasi Balai Pengawal, anggota pengawal
tersebut buat pergerakan turun senjata dan senang diri.

5.2. Kumpulan bendera akan berhenti dihadapan tiang bendera


memanjang ke belakang dengan Kata Perintah dari Penaik Bendera
iaitu “ Kumpulan Bendera …. Ti ”. Pembawa bendera berhenti di
sebelah kiri Penaik Bendera. Setelah itu Penaik Bendera undur satu
langkah ke belakang dan hormat kepada bendera dan seterusnya
berpusing ke belakang menghadap kepada anggota Kumpulan
258
Bendera. Selesai berpusing Penaik Bendera memberi Kata Perintah
“ Menghadap ke dalam, Kiri dan Kanan …. Sing ”.

Anggota kumpulan bendera akan berpusing ke kiri dan kanan


(menghadap sesama sendiri). Kata Perintah selanjutnya “
Luruskan …. Barisan ” dan anggota Kumpulan Bendera membuat
pergerakan luruskan barisan serta mengambil jarak yang telah
ditetapkan. Dalam masa yang sama Kumpulan Pengawal akan
berhenti dalam jarak enam langkah dari Kumpulan Berdera dengan
Kata Perintah “ Pengawal …. Ti ”. Setelah berhenti Kata Perintah
seterusnya “ Menghadap ke hadapan, kiri …. Sing ”. Kumpulan
Pengawal berpusing ke kiri menghadap kepada tiang bendera,
senjata dalam kedudukan rusuk dan luruskan barisan.

5.3. Setelah itu Penaik Bendera akan membuka ikatan tali pada tiang
bendera Malaysia dan siap sedia untuk menurunkan bendera.

5.4. Setelah ikatan tali pada tiang bendera dibuka Ketua Pengawal akan
memberi Kata Perintah “ Pengawal Hormat …. Ta ”. Anggota
Pengawal akan membuat pergerakan hormat senjata, Peniup
Tetuang akan meniupkan lagu “ Retreat ”. Penaik Bendera akan
melepaskan tali bendera bahagian dalam perlahan-lahan untuk
menurunkan bendera.

5.5. Apabila kain bendera menghampiri Kumpulan Bendera, anggota No.


1 bahagian kanan dan kiri menangkap hujung bendera dan
menghulurkannya kepada anggota No. 2 dan seterusnya anggota
No. 3. Setelah itu anggota No. 1 bahagian kanan membuka ikatan
tali bahagian atas bendera dan anggota No. 1 bahagian kiri
membuka ikatan tali bahagian bawah bendera dan kedua-dua
anggota berkenaan memberikan hujung tali tersebut kepada Penaik
Bendera untuk diikat pada tiang bendera.

5.6. Setelah itu Kumpulan Bendera akan mengemaskan bendera.


Anggota bahagian kiri mara satu langkah ke hadapan untuk melipat
bendera kepada ukuran 12 kaki x 3 kaki dengan memberi bahagian
bawah bendera kepada anggota bahagian kanan. Seterusnya
mengambil bahagian bendera yang tergantung dan dilipat sekali
lagi kepada ukuran 12 kaki x 1 ½ kaki.

5.7. Seterusnya anggota No. 3 bahagian kanan akan melipat bendera


dengan menghulurkan hujung bendera ditangan kirinya ke tangan
tangan kiri anggota di hadapannya sambil mengemaskan lipatan.
Setelah itu anggota No. 3 bahagian kiri akan melipat bendera
dengan menghulurkan hujung bendera di tangan kanannya ke
tangan kanan anggota di hadapan sambil bergerak menghampiri
anggota No 2. Seterusnya anggota No. 2 bahagia kanan dan kiri
melipat bendera tersebut sambil bergerak menghampiri anggota No
1 bahagian kiri dan kanan. Kedua-dua anggota tersebut
mengemaskan lipatan bendera dalam bentuk tiga segi dan
menyerahkan kepada Penaik Bendera yang mana seterusnya
menyerahkan bendera kepada Pembawa Bendera untuk dibawa ke
259
Balai Pengawal untuk di simpan di rak yang disediakan. Setelah
menyimpan bendera tersebut, Pembawa Bendera akan pergi semula
ke tempat menurun bendera.

5.8. Semasa Pembawa Bendera bergerak untuk menghantar bendera ke


Balai Pengawal Ketua Pengawal akan memberi kata perintah “
Pengawal Rusuk …. Ta ”. Anggota pengawal akan membuat
pergerakan rusuk senjata. Peniup Tetuang akan membawa Tetuang
balik kerusuk kanan. Kumpulan Pengawal akan menunggu sehingga
selesai menurunkan Bendera Wilayah Persekutuan dan Bendera
PDRM.

5.9. Setelah itu Penaik Bendera akan memberi Kata Perintah “


Kumpulan Bendera, Menghadap ke hadapan kanan dan kiri
…. Sing ”. Anggota Kumpulan Bendera akan berpusing ke kanan
dan ke kiri. Seterusnya Penaik Bendera memberi Kata Perintah “
Dua Langkah ke kiri …. Grak ” dan “ Menghadap ke dalam
kiri dan kanan …. Sing ”. Setelah Kumpulan Bendera berpusing
menghadap sesama sendiri Penaik Bendera akan membuka ikatan
tali di tiang bendera dan melepaskan tali bendera bahagian dalam
perlahan-lahan untuk menurunkan Bendera Wilayah Persekutuan.
Bagi lain-lain pergerakan adalah sama seperti di para 3.6. dan 3.7.

5.10. Untuk menurunkan Bendera PDRM, Penaik Bendera akan


memberikan Kata Perintah “ Kumpulan Bendera, Menghadap ke
hadapan kanan dan kiri …. Sing ”. Anggota Kumpulan Bendera
akan berpusing ke kanan dan ke kiri. Seterusnya Penaik Bendera
memberi Kata Perintah “ Dua Langkah ke kiri …. Grak ” dan “
Menghadap ke dalam kiri dan kanan …. Sing ”. Setelah
Kumpulan Bendera berpusing menghadap sesama sendiri Penaik
Bendera akan membuka ikatan tali di tiang bendera dan
melepaskan tali bendera bahagian dalam perlahan-lahan untuk
menurunkan Bendera PDRM. Bagi lain-lain pergerakan adalah sama
seperti di para 3.6. dan 3.7.

5.11. Selesai menurun dan melipat bendera Ketua Pengawal akan


memberi Kata Perintah “ Pengawal, bergerak ke kiri / kanan,
kiri/kanan …. Sing ”. Anggota Pengawal dan Kumpulan Bendera
akan berpusing ke kiri / kanan. Setelah berpusing, Ketua Pengawal
akan beri Kata Perintah “ Dalam satu barisan, cepat …. Jalan ”.
Anggota Pengawal dan Kumpulan Bendera akan berjalan menuju ke
belakang Balai Pengawal dan berhenti di tempat yang telah
ditetapkan dan menghadap ke hadapan. Semasa Kumpulan
Pengawal melalui hadapan Balai Pengawal, anggota bertugas
dihadapan Balai Pengawal akan membuat pergerakan sedia dan
rusuk senjata. Setelah Kumpulan Pengawal melepasi Balai Pengawal
anggota pengawal bertugas di hadapan Balai Pengawai akan
membuat pergerakan turun senjata dan senang diri.

260
5.12. Apabila sampai ditempat permulaan beratur Ketua Pengawal beri
Kata Perintah “ Pengawal …. Ti ”, “ Menghadap ke hadapan,
kanan …. Sing ”, “ Luruskan …. Barisan ” dan “ Keluar ….
Baris ”. Anggota Pengawal dan Kumpulan Bendera membuat
pergerakan keluar baris dan seterusnya menjalankan tugas-tugas
yang lain..

6. MELIPAT BENDERA

6.1. Bagi perlaksanaan latihan melipat bendera ianya telah diterang di


para 5.6. dan 5.7. kerana ianya berturutan dengan latihan
menurunkan bendera dan menyimpan bendera.

261

Anda mungkin juga menyukai