Anda di halaman 1dari 12

PASUKAN KADET POLIS

PENDAHULUAN
MATLAMAT
Matlamat penubuhan PKP adalah untuk membentuk masyarakat
khususnya para remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan
disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping
memberi pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisian
dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan
masyarakat.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undangundang.
2. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa
dan negara dalam hal-hal keselamatan.
3. Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani,emosi, rohani
dan intelek.
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara
PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita Hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
memelihara satu cara hidup demokratik;Mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PENUBUHAN

RUJUKAN
Peraturan ini hendaklah dibaca bersama dengan:
i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet
Polis Di Raja Malaysia 1969.
TUJUAN
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran
sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka
kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjaga
ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan
harmoni d iantara Polis dan masyarakat.
AKTA PENUBUHAN
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap
daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.
Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan
PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A
kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan
seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis
Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan
Menteri Dalam Negeri.

ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet
sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga
orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota
kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan
berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang
inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang
inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet
sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar
Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang
koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan
mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan
penubuhan satu kompeni dan seterusnya.
PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2
(Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.
Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet
Polis (PKP) di mana-mana sahaja di Malaysia seperti yang diperintah oleh YB
Menteri Dalam Negeri.
Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:
1. Pegawai Kanan PKP
2. Pegawai Pangkat Rendah PKP
3. Anggota PKP
Penubuhan PKP dilaksanakan di sekolah-sekolah Menengah sahaja dan
dibahagikan kepada;
1. PKP Lelaki
2. PKP Wanita

Anggota PKP (Anggota dan Pegawai Pangkat Rendah PKP) akan dipilih di
kalangan pelajar sekolah menengah. Pegawai-pegawai Kanan PKP pula
adalah guru-guru sekolah tersebut (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan). PKP
merupakan satu pertubuhan yang bergabung dengan Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) tetapi anggota-anggotanya bukan Pegawai Polis mengikut takrif
yang termaktub dalam Akta Polis 1967. Sokongan kerajaan untuk
menubuhkan PKP telah diterima dan dilaksanakan sejak awal tahun 1970an. Penubuhan PKP ini telah menghasilkan perhubungan erat antara PDRM

dengan para pelajar, guru, pentadbir, sekolah dan ibu bapa mereka selaras
dengan aspirasi PDRM: Mesra, Cepat dan Betul. Pelajar-pelajar didedahkan
dengan hal ehwal kepolisian dan justeru itu dapat menyedari tentang
tanggungjawab mereka kepada masyarakat untuk menjadi warganegara
yang berdisiplin, berguna dan berjasa apabila mereka dewasa kelak.
Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20
November 1969 seperti berikut:
1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan
untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat
oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui
Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah
5)
2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk
pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual
Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis
Daerah melalui Komander Kompeni.
3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon
untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang
Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan
Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP
adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk
memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967
adalah seperti berikut:
a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur
antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;
b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun
boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah
diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh
diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet
yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah
atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan
menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.
5. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP
hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam
Jadual Keempat (Kaedah 9).
6. Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan
kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada manamana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan
kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.
7. Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah
dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri

daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan


setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan
mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah
diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam
PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya,
pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
8. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan,
seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh
diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai
Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak
layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah
diberhentikan.

PANDUAN KURIKULUM
PENGETAHUAN KEPOLISAN DAN KENEGARAAN
A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkat
pusat,negeri,daerah dan balai
1. Pengenalan kepada Undang-undang .
2. Kanun Keseksaan
3. Kanun acara Jenayah
4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.
6. Akta senjata Api
7. Akta Pengngangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.
9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak
11. Undang-undang benda melucur/bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah
13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.
B. Kenegaraan
1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia
2. Kepimpinan Dalam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.
4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu1957
6. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah
8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.
10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara,lagu-lagu petriotik.
C. Bina Diri Atau Kreativiti
1. Disiplin /kerohanian .
2. Ceramah agama.
3. Hobi
4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan
6. Bacaan Doa
7. Ikrar polis
8. Jimrama berkumpulan
9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (piusi,drama,deklamasi pantun sajak atau syair)
11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet polis
13. Reka Cipta
14. Sukanika dan Tradisional

D. Khidmat Masyarakat
1. Gotong royong melibatkam:kawasan sekolah surau masjid dan lain
2. Lawatan ziarah ke: rumah kebajikan ,anak yatim,orang tua ,hospital
3. Pertolongan cemas
a. Mengenali konsep pertolongan cemas Siapa perlu terlibat Prinsip
pertolongan cemas
b. Mengenali dan mengetahui: Tempat kemalangan,jenis kenderaan, sebab
berlaku dan cara mengelak kemalagan
c. Mengenali dan mengetahui Alat pertolongan cemas,alat yang perlu ada
pada kotak pertolongan cemas
d. Cara pertolongan cemas Pitam,patah ,tarseliuh,kekejangan, gigitan
binatang
e. Cara membuat alatan pertolongan cemas:penyusung
f. Kerja amali kepada kes kes yang di rancang: Patah,pitam ,berdarah
g. Lawatan ke unit kecemasan:Hospital,balai polis dan bomba
h. Mengenala CPR/bantu mula
i. Kebombaan: Cara mencegah kebakaran : barang mudah terbakardan
alat lawan api
KETAHANAN DIRI
A. Perkemahan
-Kursus pengurusan kepimpinan pegawai kanankadet polis
-Kursus kepimpinan pangkat rendah [ARP]
-Perkhemahan orientasi kadet polis
-Perkhemahan tahunan kadet polis
-Perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan
B. Kawad
- Sedia/ Senang diri/ Rehatkan diri
a. Hentak kaki/Berhenti masa derdiri
b. Melangkah ke hadapan/ke belakang
c. Langkah merusuk kiri/kanan
- Baris dalam tiga barisan /luruskan barisan/ kekanan lurus /kederetan
kosong/terangkan
- Buka /tutupbarisan/nombor/terangkan
a. Masuk baris/ terangkan
b. Bersurai keluar baris
- Berpusing ke kiri /kanan/belakang/separuh alam berhanti.
- Berjalan/berhenti dalam cepat/belok kiri/kanan
- Hormat tampa topi/berpakaian awam /pandang kiri/kanan dan lain lain
- Hormat kehadapan selaku terima sijil
- Hormat ke kanan/ kiri semasa jalan
- Berjalan/berheti dalam perlahan masa/belok ke kiri / kanan
- Hentak kaki/maju/berhenti dalam cepatmasa
- Berpusing ke kiri/kanan /belakang/separuh dalam cepet masa
- Hentak kaki maju berhenti dalam perlahan masa

- Berpusing kiri/kanan/belakang/separuh dalam perlahan masa


a.Tukar langkahcepat/perlahan dan sebaliknya
b.Panjangkan/pendekan langkah semasa berjalan cepat perlahan masa
- Buka/tutup barisan semasa berjalan cepat/perlahan
- Paraskan skuad /terangkan
- Tukar haluan dalam berhenti/berjalan cepat/ perlahan masa
- Jadikan skuad masa berhenti /berjalan cepat/perlahan masa
- Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya
- Barisan bertiga -tiga jadikan satu barisan
C. Mata pelajaran kawad senjata
- Sedia/ senang diri/rehatkan diri dan masuk baris
- Julang senjata dari turan
- Julang senjata dari rusuk
- Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya
- Hormat dari rusuk /Rusuk dari hormat
- Hormat dari turun/turun dari hormat
- Periksa senjata dari rusuk/lepaskan sping
- Pariksa senjata dari turun/lepaskan spring
- Hormat kehadapan semasa berjalan
- Hormat kekanan/kiri semasa berjalan
- Bimbit dari rusuk/rusuk dari bimbit
- Bimbit dari julang/julang dari bimbit
- Kalih senjata dari rusuk
- Kalih senjata dari bimbit
- Pergerakan bimbit ssenjata semasa berjalan
- Pergerakan kalih senjata semasa berjalan
- Baring angkat senjata dan senjata di tepi
padang gerak
a.sedia senjata dari turun dan sebaliknya
b.sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c.sedia senjata dari julang dan sebaliknya
- selaku sentri [kawad sentri]
- pasang benet/tangal benet
- songsang senjata dari hormat dan sebaliknya
- peraturan perbarisan kehormatan
D. Merentas Halangan

Panjat dan turun


Titian gantung
Titian imbangan
Bergayut
Merangkak
Tembok halangan
Naik dan turun
Lompat berayun
Terowong
Tangga panjat

UNIFORM DAN PANGKAT


1. Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian
seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara
(KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
2. Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang
telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa
bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa
bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam
mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang
diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa
yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
3. Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota
kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali
Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk
kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But
'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi
hijau.
4. Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai
sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan
uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut
hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret
berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (l and
yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana
kolar
5. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap - tiap
selepas lapan belas bulan.
6. Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub -Inspektor akan
dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
7. Apabila menerima barang - barang kelengkapan pakaian seragam
tiap - tiap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan
penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh
Komander Platun.
8. Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima
kelengkapan pakian seragam menjaga barang - barang
berkenaan dengan baik dan selamat. Barang - barang tersebut
hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila
seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.Komander
Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang - barang
tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan
sepenuhnya. Barang - barang itu kemudiannya hendaklah
dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi
mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November

kepada Komander Platun.


9. Sekiranya barang - barang kelengkapan pakaian seragam
tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana - mana
ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik
harga barang - barang yang hilang itu mengikut nilai yang
ditetapkan oleh stor Polis.
Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan
semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli - ahli Kadetnya
pada tiap - tiap tahun bulan Januari.
10. Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian
seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada
Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan
penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu .
Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun
Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk
ukuran pakaian bagi tiap - tiap ahli Kadet.(Semua pemberian
gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan
penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan
tender untuk menjahit pakaian tersebut).
11. Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan
dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut :

PANGKAT DAN LENCANA PANGKAT


SIJIL PENGAKUAN
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan
kepada semua pegawai dan anggiota PKP yang berjaya menjadi
anggota kadet polis.
PENGURNIAAN REBEN
Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh
dikurniakan reben untuk dipakai pada uniform setelah menjalani semua
ujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.

Anda mungkin juga menyukai