Anda di halaman 1dari 2

Carta Aliran Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang

Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.

Tulis nama(seperti dalam kad pengenalan) dengan betul. Tulis nombor kad pengenalan selepas nama anda. Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada) Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan. Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca. Tandatangani pengaduan yang ditulis. Tulis pengaduan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan). Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2.00.

Fakta-fakta diperlukan dalam repot Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta penting yang diperlukan ialah:

Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan sebagainya). Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu. Di mana - Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah. Siapa - Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak. Bagaimana - Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah. Akibat - Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).

Cara membuat repot kemalangan jalanraya

Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan. CopyPasteFromFamiliazamDotCom PERINGKAT 1 Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis. Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :

Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian). Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan). Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam. Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).

Anda mungkin juga menyukai