Anda di halaman 1dari 9

• Rogol statutori merujuk hubungan seks dengan sesorang yang berada di bawah usia kerelaan dari segi

undang-undang.

• Frasa rogol statutori adalah istilah yang digunakan dalam sesetengah bidang perundangan bagi
menggambarkan aktiviti seksual di mana satu pihak berusia di bawah usia rela (mampu memberi
kebenaran) bagi kelakuan tersebut.[1] Sungguhpun ia biasanya digunakan bagi merujuk orang dewasa
melakukan hubungan seksual dengan minor bawah usia di bawah usia kerelaan ("age of consent"),[1] usia
di mana individual dianggap mampu memberi kebenaran kepada perlakuan seksual, ia merupakan istilah
generik, dan amat sedikit perhakiman menggunakan istilah "rogol statutori" sebenar dalam bahasa
statuteri.[2] Perbezaan bidang perhakiman menggunakan banyak istilah statutori berbeza bagi jenayah,
seperti "serangan seksual," "rogol kanak-kanak," "merosakkan minor," "pengetahuan carnal bagi minor,"
"pengetahuan carnal melanggar undang-undang", atau sekadar "pengetahuan carnal." rogol statutori
berbeza dari rogol paksaan dari segi paksaan jelas atau ancaman tidak perlu digunakan. Udang-undang
menganggap paksaan, kerana minor atau orang dewasa cacat fikiran dalam perundangan tidal mampu
dari segi undang-undang bangi memberikan kebenaran bagi perbuatan tersebut.

• Malaysia
• Kanun Keseksaan (Malaysia) menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di
bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Ini juga
disebut sebagai rogol statutori atau statutory rape. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang
diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia
adalah jenayah rogol.

• Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur. Maka menurut
peruntukan ini kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan oleh itu walaupun
dia mengaku memberikan kerelaan terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh
mahkamah.

• Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol
terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

• "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak
lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."
• Apakah maksud sumbang mahram?

• Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai


tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi
undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
• Contoh:
• Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik,
ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.
• Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan
seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

• Hukuman : Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun
termasuk sebatan.

• Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus


untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan
Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol
• Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang
bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala
“statutory rape” ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di
bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.
• Gangguan seksual merupakan satu tingkah laku yang jelik, memalukan atau
menakutkan. Ia boleh berlaku dalam bentuk tulisan, percakapan atau fizikal secara
bersemuka atau atas talian.

• Semua orang boleh mengalami gangguan seksual tanpa mengira jantina. Jika ia
berlaku di tempat kerja, sekolah atau universiti, gangguan seksual boleh menjadi
satu bentuk diskriminasi.

• Antara contoh gangguan seksual:


1. Memegang atau melakukan sentuhan fizikal tanpa kerelaan anda.
2. Membuat sebarang komen yang mempunyai makna seksual.
3. Meminta anda melakukan perkara-perkara seksual.
4. Memandang anda tanpa henti.
5. Sering bertanya mengenai kehidupan seksual anda.

• ataupun anda tidak mengatakan TIDAK atau NO secara serta-merta, namun ia


masih dikira sebagai gangguan seksual.

• Sebagai contoh, anda mungkin ketawa kerana menganggap sentuhan atau jenaka
tersebut hanyalah satu bentuk gurauan semata-mata, atau anda takut untuk
memberikan reaksi negatif kerana pelaku merupakan orang yang mempunyai
jawatan yang lebih besar atau lebih senior daripada anda.
• Amang seksual atau sexual assault berlaku
apabila anda dipaksa, ditekan atau ditipu untuk
melakukan sebarang bentuk aktiviti seksual
seperti memegang, mencium atau melakukan
seks tanpa kerelaan.

• Amang seksual juga merupakan satu bentuk


gangguan seksual. Sebagai contoh, jika seseorang
memaksa anda mencium atau memegang anda
tanpa rela, ia boleh dikira sebagai amang seksual
dan juga gangguan seksual.

• Contoh amang seksual lain ialah sebarang


sentuhan yang tidak patut, merogol atau
memaksa anda melakukan aktiviti seksual.
• Bagaimana ia boleh mempengaruhi mental dan fizikal
anda?
• Jika anda pernah mengalami amang seksual atau
gangguan seksual, ia mungkin akan membuatkan anda:

• Rasa tertekan, gelisah atau alami depresi.


• Tidak berminat untuk bersosial.
• Hilang keyakinan diri.
• Mengalami simptom fizikal disebabkan stres seperti
sakit kepala, sakit belakang atau masalah tidur.
• Sukar untuk fokus di tempat kerja.
• Mangsa gangguan seksual boleh membuat laporan
polis. Jangan lupa, bukan wanita sahaja yang menjadi
mangsa amang seksual, lelaki juga sama.

Anda mungkin juga menyukai