Anda di halaman 1dari 4

CARA MEMASANG, MENAIK, MENGIBAR DAN MENURUNKAN

BENDERA

Bendera adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh yang


demikian menaikkan dan menurunkannya hendaklah dalam keadaan dan
cara yang sopan. Cara-cara yang sesuai ialah :-

i) Sebelum menaikkan bendera ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi
memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.

ii) Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

iii) Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah


berpakaian kemas.

iv) Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-
lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula
keseparuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah
pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan
kemudian menurunkannya terus.

v) Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya.

vi) Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya


tetapi hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke
bawah.

vii) Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik
di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya.

viii) Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu melainkan sebagai memberi kehormatan negara seperti menutup
keranda dalam Istiadat Pemakaman/Pengkebumian Negara.

ix) Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai
bendera yang uzur.
CARA MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA

Adat Dan Tertib

1) Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi


memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
2) Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
3) Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas.
4) Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila
mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan
dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera
sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5) Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak
menaikkannya.
6) Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya.
Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai
ke bawah.
7) Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan
baik di tempat yang tertentu.
8) Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau
menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/
Pemgkebumian Negara.
9) Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera
yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan
dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera
tersebut
TATACARA MELIPAT BENDERA

1) 2 orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.


2) Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan
bendera tidak terbalik.
3) Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan
bendera).
4) Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan
tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian
bawah ke dalam lipatan tersebut.
5) Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

1) Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang bendera


dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.
2) Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli
pengakap.
3) Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut
perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang
bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan.
Bendera akan berkibar.
4) Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian
memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua
pemimpin serta pengakap lain.
5) Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
6) Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli
pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
7) Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol
bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan
sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat
tangan mengaminkan doa.
8) Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi
perkataan “AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam
kedudukan sedia.
9) Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol
bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan
“AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui
persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli
patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
10) Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut
sekali lagi perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan
dalam kedudukan sedia.
11) Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya
pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
12) Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas
memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah
ketua patrol bertugas memberi arahan keluar baris.

Anda mungkin juga menyukai