Anda di halaman 1dari 21

LAPORAN UNIT LOGISTIK

PROGRAM SEMINAR KAJIAN


KURIKULUM
PENDIDIKAN TEKNIK &
VOKASIONAL
TEMPAT :DEWAN KULIAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TARIKH :-

PENDAHULUAN

25 SEPTEMBER 2014

Seminar yang
diadakan ini, merupakan
satu program :wajib yang harus
JAWATANKUASA
UNIT TEKNIKAL
dilaksanakan oleh Tenaga Pengajar GIATMARA Program Diploma Pendidikan Teknik
dan Vokasional (PDPTV)
untuk mendapat
kelayakan serta
memenuhi kehendak
EN SALEHUDDIN
BIN MOHAMED
SOWAMI
SHAMSUL
AZHAR BIN
TOYEBAN
proforma bagi subjek EN
Pengajian
Kurikulum
Pendidikan
Teknik dan Vokasional.
EN MOHD AZMI BIN ISMAIL
Tenaga Pengajar GIATMARA akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas
yang telah ditetapkan

oleh jawatankuasa masing-masing seperti yang telah

dirancang lebih awal bagi menlancarkan program ini.


Pada dasarnya program ini akan dilaksanakan dan dikendalikan oleh
jawatankuasa yang terlibat mengikut terma dan syarat penggunaan kawasan sekitar
kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai Negeri Sembilan. Segala

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

pelaksanaan program ini juga akan dipantau oleh pengerusi dari semasa ke semasa
bagi memastikan program ini terlaksana dan berjalan dengan lancar seperti yang
dikehendaki.

SKOP TUGASAN UNIT LOGISTIK SEMINAR PENGAJIAN KURIKULUM

Mendapatkan

senarai

keperluan

menguruskan tempahan bilik

dewan

kuliah,

bilik

mesyuarat

&

tersebut dengan pengurusan pihak IPGM

Teknik.

Memastikan penyediaan signage bagi lokasi dan tempat majlis berlangsung

Menyediakan dan memasang backdrop, banting dan juga banner

Menyediakan keperluan untuk seminar seperti kemah, kerusi, meja dan


sebagainya.

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa seminar


dijalankan dan dikemas dan dikembalikan semula ke tempat asal.

Memastikan kawalan keselamatan dan trafik teratur di kawasan letak


kenderaan dan kemah pameran di luar dewan seminar.

Memastikan kebersihan bilik-bilik VIP, tandas, tempat makan dan lain-lain .

Memastikan semua keperluan bilik seminar dan bilik makan tersedia dan

mencukupi.
Menguruskan keperluan dan melantik

individu yang bertanggungjawab

(pasukan bantuan teknikal) ke atas pengawalan keperluan teknikal semasa


majlis berlangsung.

LAPORAN PENUH AKTIVITI


Unit logistic yang ditubuhkan oleh jawatankuasa seminar telah mula bergerak
sebelum mesyuarat pertama diadakan iaitu selepas perlantikan oleh pengerusi
program. Jawatankuasa

yang

dilantik telah

memahami

skop

tugas

serta

tanggaungjawab yang telah diberi. Ini kerana , setiap AJK yang dilantik merupakan
pemegang amanah di dalam bidang yang diberikan. Tiada permasalahan yang
berlaku di peringkat perbincangan, mesyuarat dan juga perlaksanaan .
1

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Sebelum mesyuarat jawatankuasa seminar diadakan buat kali pertama, unit


teknikal telah berbincang mengenai pembahagian skop tugasan. En Salehuddin Bin
Mohamed Sowami telah di lantik sebagai Ketua Penyelaras Unit Logistik, manakala
En Mohd Azmi Bin Ismail telah dilantik sebagai ajk kebersihan dan manakala En.
Shamsul Azhar Bin Toyeban telah dilantik sebagai ajk keselamatan. Namun
demikian kami semua bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan
tugasan dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan logistic, kebersihan dan
keselamatan.
Unit Logistik telah memutuskan bahawa cadangan peralatan dan keperluan
yang berkaitan dengan keperluan Seminar Pengajian Kurikulum akan dibentangkan
mengikut kesesuaian dan keperluan seminar tersebut. Oleh yang demikian
cadangan

sumber

peralatan

dan

keperluan

juga

telah

dicadangkan

dan

dibentangkan agar kos yang dikeluarkan oleh unit logistik tidak terlalu tinggi dan
tidak di anggap membazir.
Proses pergerakan dan perlaksanaan unit logistik berjalan dengan sangat
baik seperti yang di arahkan oleh Pengerusi Seminar dan seperti yang terkandung
dalam tugasan unit logistik. Tugasan logistic sangat besar dan berat kerana bukan
sahaja melaksanakan tugasan semasa sebelum seminar berlangsung, bahkan juga
semasa seminar berjalan dan sehinggalah seminar tamat dan selesai. Tugas unit
logistic bukan hanya tertumpu kepada di dewan seminar bahkan luar dewan
termasuk ditapak pameran. Perjumpaan, kerjasama dan koloborasi bersama
beberapa pihak yang di anggap tunjang kepada Unit Logistik telah dilaksanakan bagi
memudahkan segala urusan serta mengelakkan kesukaran serta kesulitan yang
boleh menjejaskan perjalan seminar pengajian kurikulum dengan baik. Proses
lawatan tapak serta pinjaman pelbagai peralatan dan keperluan dengan pihak yang
berkaitan semasa melaksanakan tugasan unit logistic ini juga telah di buat agar
proses tersebut tidak lewat dan menjejaskan perlaksanaan seminar ini. Setelah
dibuat perbincangan dan dianalisa keperluan yang berkaitan dengan seminar
pengajian kurikulum ini, maka unit logistic memerlukan kos tambahan untuk
menampung segala keperluan peralatan. Tetapi oleh budget dan peruntukan adalah
terhad maka kos tersebut telah dipotong oleh pihak bendahari. Sebagai alternatif,
unit logistic terpaksa menjimatkan kos kepada peruntukan zero dan bekerjasama
2

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan dan keperluan peralatan yag
akan digunakan semasa seminar tersebut. Contohnya untuk mendapatkan bantuan
kemah, pihak unit logistic akan bekerjasama dan meminta bantuan daripada pihak
pengurusan stor IPGM. Peralatan kebersihan, unit logistic telah bekerjasama
dengan pihak penyelia tukang cuci untuk membantu dan menyediakan peralatan
kebersihan tersebut. Untuk kawalan keselamatan, unit logistic telah bekerjasama
dengan pihak kawalan keselamatan IPGM untuk mengawal lalulintas dan mengawal
keselamatan perjalanan seminar sehingga selesai.
Pihak IPGM juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada di IPGM Teknik ini dalam menyediakan
keperluan-keperluan lain untuk majlis seminar seperti penggunaan dewan kuliah,
penggunaan bilik mesyuarat, penggunaan bilik unit kaunseling, penggunaan bilik
kuliah dan tutorial, penggunaan kerusi, meja dan sebagainya dalam memenuhi
tuntutan dan keperluan program seminar tersebut.
Sesi perbincangan akhir bagi unit logistic telah dilaksanakan sebelum seminar
berlangsung dengan menyiapkan tugasan jawatankuasa. Sesi pemasangan kemah,
penyediaan kerusi dan meja, pemasangan papan tanda arah, keperluan di dewan
seminar telah dilaksanakan pada 24 September 2014 yang dilakukan sendiri oleh
Unit Logistik Jawatankuasa Seminar Pengajian Kurikulum itu sendiri.
Perjalanan, pergerakan dan perlaksanaan unit teknikal pada seminar ini
berlangsung dengan baik dan teratur. Ini adalah disebabkan jawatankuasa logistik
telah bergerak pada peringkat awal serta mengikut perancangan yang telah
dipersetujui bersama. Pihak logistic berusaha untuk mengatasi segala masalah yang
berkaitan dengan unit ini dan mengelakkan daripada melakukan kerja dan tugasan
pada saat akhir. Ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan perjalanan seminar tersebut.
Namun beberapa aspek masalah yang berkaitan dan dihadapi oleh unit logistic juga
tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila tarikh perlaksanaan majlis seminar ini
terpaksa ditunda daripada 23 September kepada 25 september diatas beberapa
sebab dan masalah yang tidak boleh dielakkan. Pihak logistic terpaksa turun naik di
pejabat pengurusan IPGM untuk merangka plan baru kepada perkara yang
dirancang untuk ditunda tarikhnya kepada tarikh yang baru.

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Antara masalah lain yang dihadapi oleh unit logistic adalah bebanan kerja
yang bertambah kerana melibatkan program diluar dewan iaitu pelbagai pameran
yang dianjurkan oleh pelajar GIATMARA bagi menyerikan lagi majlis. Perkara yang
diluar jangkaan ini untuk menganjurkan seminar yang lebih besar menyebabkan unit
logistic dengan jumlah tenaga kerja yang seramai tiga orang tidak mampu untuk
menampung

semua

bebanan

dan

tekanan

kerja

yang

berlebihan. Tetapi

Alhamdulillah dari usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa
serta kerjasama daripada kawan-kawan, segala masalah dan bebanan kerja
tersebut dapat diatasi dengan baik dan dijayakan bersama. Inilah merupakan
cabaran dan dugaan yang perlu kami tempuh bagi menjayakan program yang telah
kami rancang sekian lama. Selain daripada itu semasa seminar sedang
berlangsung, jawatankuasa unit logistic kena sentiasa bersedia dengan keperluan
tambahan yang diperlukan oleh jawatankuasa urusetia seminar yang lain, peserta
seminar serta peserta yang terlibat dengan pameran. Setiap keperluan dan tuntutan
mereka terpaksa dan perlu diatasi dan dilaksanakan oleh jawatankuasa logistic
dengan baik dan berhemah.
Setelah seminar berakhir dan selesai dilaksanakan, sekali lagi jawatankuasa
unit logistic perlu mengerah keringat yang semakin letih tidak bermaya memastikan
dewan seminar atau dewan kuliah dibersihkan daripada sampah sarap dan segala
keperluan dan peralatan dikemaskan dan dipulangkan kepada tempat yang
sepatutnya. Dibahagian luar dewan seminar pula segala banner, banting dan kemah
perlu dibuka dan dikemaskan. Segala kerusi meja bilik kuliah dan bilik tutorial juga
perlu dikemaskan dan dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan sebaran aduan
dan komplen sesetengah pihak. Secara ironinya tugasan logistic ini sangat berat,
banyak dan mencabar untuk dilaksanakan apatah lagi tenaga kerjanya hanya lah
seramai tiga orang tidak sepert pelajar PISMP IPGM Teknik yang jumlah tenaga
kerjanya

terlalu

ramai

dan

sangat

kompetetif

dalam

menganjurkan

dan

melaksanakan program seminar yang besar seperti Seminar Pengajian Kurikulum


PTV2012.

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

KESIMPULAN KESELURUHAN
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa
Unit Logistik yang telah membanting tulang serta berhempas pulas di dalam
menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Semoga jawatankuasa logistik yang
dilantik pada program seminar ini dapat bekerjasama di masa akan datang
walaupun di lain program. Ini adalah kerana, di antara kami yang dilantik telah
mendapat satu keserasian, kerjasama yang baik dan persefahaman yang padu di
antara kami. Walaupun kami berlainan usia , namun itu bukan merupakan batasan
untuk unit kami bekerja dengan lebih baik lagi. Asas di dalam kerja berkumpulan
adalah

mengetahui

tanggungjawab

masing-masing

dan

amanah

untuk

melaksanaknnya dengan baik seperti yang telah diberi. Setiap amanah dan tugasan
yang diberikan perlulah dilaksanakan dan diselesaikan sebelum sesuatu majlis
bermula, semasa dan hinggalah sesuatu majlis tersebut selesai. Pihak kami juga
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak IPGM, kawan-kawan seperjuangan
serta pihak-pihak yang berkaitan samaada terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu kami. Laporan ini telah disediakan oleh saudara Mohd
5

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Azmi Bin Ismail, iaitu salah seorang jawatankuasa unit logistic.

Semoga kami

semua dapat bekerjsama lagi serta meningkatkan mutu yang lebih berkualiti di masa
akan datang. Insyallah. Sekian terima kasih.

REFLEKSI
Bersyukur kepada Tuhan kerana kami telah diberi peluang untuk melaksanakan
Program Seminar Pengajian Kurikulum 2014 bagi Subjek PTV2012 di bawah
pengendalian pensyarah yang berbahagia Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad yang telah
dijalankan di Isntitut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik, Bandar
Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Program Seminar ini telah dilaksanakan dan
dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 1 Program Diploma Pendidikan Teknik dan
Vokasional GIATMARA (PDPTDV 1 GIATMARA). Program seminar ini telah
dilaksanakan dan dijayakan pada 25 September 2014, Khamis, jam 8.30.am di
Dewan Kuliah IPGM Teknik itu sendiri.
Alhamdulillah, Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional
(PTV2012) dibawah lembayung tajuk tema semianar iaitu Kemahiran Teknikal
Merealisasikan Wawasan 2020 telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Seminar ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Pelajar GIATMARA
sebagai memenuhi syarat didalam proforma subjek Pengajian Kurikulum Pendidikan
Teknik dan Vokasional PTV2012 yang memberikan tugasan penganjuran Seminar
6

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

Pengajian Kurikulum ini yang memperuntukkan markah wajaran 40% daripada 50%
markah tugasan projek atau kerja kursus.
Manifesto seminar ini dilaksanakan adalah dalam usaha melahirkan tenaga pengajar
yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah
yang tinggi dalam melaksanakan ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah kami
yang arif lagi bijaksana iaitu Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan En. Muharam Bin
Gaya. Kami dikehendaki merancang dan menganjurkan satu seminar dalam bentuk
kelas seperti yang diminta oleh pensyarah dengan menjemput pakar-pakar dari
pelbagai bidang kurikulum bagi mendapatkan maklumat mengenai pengurusan,
pengorganisasian, rekabentuk dan penilaian, seterusnya isu-isu semasa dalam
perlaksanaan kurikulum PTV ini. Bagi menjayakan program seminar ini seperti yang
dirancang oleh pensyarah kami, maka kami perlu membuat pemerhatian awal dalam
penyediaan seminar kajian kurikulum ini. Pemerhatian yang kami lakukan mestilah
merangkumi aspek rekabentuk seminar, organisasi jawatankuasa, pengurusan
keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan. Diakhir
tugasan seminar ini kami perlu merangka satu cadangan dan pelan tindakan untuk
penambahbaikan dalam pengurusan seminar pengajian kurikulum tersebut. Yang
pastinya kami pelajar-pelajar GIATMARA bukan hanya sekadar perlu mempunyai
kekuatan menguasai ilmu daripada pensyarah subjek PTV2012 ini bahkan perlu juga
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya iaitu dengan penguran
seminar kurikulum 2014 ini.
Skop tugasan seminar pada semester satu kali ini telah mengkehendaki kami
melaksanakan tugasan sebagai jawatankuasa unit logistik setelah dilantik oleh
Pengerusi Seminar iaitu saudara Harfic Hanifah Bin Suhaili. Dalam unit ini kami telah
diberikan tiga ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Saudara Salehuddin Bin
Mohamed Sowami sebagai ketua penyelaras unit logistik, Saudara Mohd Azmi bin
Ismail sebagai AJK Kebersihan dan saudara Shamsul Azhar Bin Toyeban sebagai
AJK Keselamatan. Seminar ini merupakan tugasan yang wajib yang perlu
dijalani oleh semua pelajar PDPTDV-GIATMARA Semester 1 yang merupakan
fasa terakhir dalam melengkapkan tugasan projek dan kerja kursus subjek
PTV2012. Oleh itu, kami telah diberikan tugasan dalam unit logistik dan dua
jawatankuasa kecil bagi menguruskan program tersebut. Beberapa mesyuarat telah
7

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

diadakan bagi melancarkan program ini. Tuan Haji Suhaimy Bin Ahmad dan Encik
Muharam Bin Gaya selaku pensyarah dan pegawai penilai kami dari Jabatan
Mekanikal, Unit Rekabentuk Teknologi yang telah berusaha gigih tanpa rasa jemu
membimbing, banyak membantu dan menjadi rujukan ahli jawatankuasa sepanjang
program seminar ini dijalankan. Kami sangat menghargai dan mengucapkan jutaan
terima kasih yang terhingga kepada Tuan Haji Suhaimy dan En. Muharam diatas
segala jasa baik dan sumbangan yang telah diberikan.
Program Seminar Pengajian Kurikulum Pendidikan Teknik Dan Vokasional ini
telah memberikan impak positif yang sangat besar dalam diri saya sebagai orang
yang bertanggungjawab menyiapkan laporan ini serta kepada dua orang rakan saya
iaitu Saudara Salehuddin dan Saudara Shamsul sebagai seorang pelajar di dalam
IPGM Teknik dan Tenaga Pengajar di GIATMARA Malaysia. Dimana penganjuran
seminar ini telah mendidik saya dan dua orang rakan saya agar senantiasa bersedia
berhadapan dengan pelbagai cabaran yang semakin mencabar dalam pelbagai
aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa dalam hidup ini manusia perlu membuat
suatu perubahan untuk menjadi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ia akan
menentukan siapa diri kita pada masa hadapan. Begitulah apa yang saya dan dua
orang rakan saya didalam jawatankuasa unit logistik ini rasakan. Menurut teori dan
konsep Tnj. HJ. Ishak bin Ali Shah, beliau mendefinisikan perubahan sebagai satu
penukaran atau satu pelakuan yang tidak stabil kepada yang lebih stabil. Perubahan
juga merupakan

suatu yang kekal dan ia bukannya sementara. Perubahan ini

merupakan suatu proses yang panjang dan secara umumnya perubahan biasanya
untuk ke arah yang lebih baik. Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang
perlu dilakukan agar perubahan kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya kita sebagai
seorang guru dan tenaga pengajar dapat

memberikan didikan yang sempurna

kepada pelajar-pelajar, seperti membantu mereka membanding beza antara


kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua
perkara, dengan pengisian dan analisis kurikulum yang komprohensif maka adalah
tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat
yang lebih besar, bekerja di sektor industri dan ketika bersosial dengan orang ramai.
Melaksanakan seminar pengajian kurikulum ini juga telah memberikan kesan
positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai tenaga pengajar. Hal ini
8

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

demikian kerana daripada penganjuran seminar ini, saya sedar bahawa sebagai
seorang tenaga pengajar

yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita

haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di
mana sahaja. Apatah lagi untuk bekerjasama dan meminta pertolongan daripada
orang lain. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak
sombong, terutamanya terhadap pihak yang berkuasa mengorganisasi sesuatu
jabatan di IPGM Teknik, orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada
kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong dan
banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi,
sekiranya kita tidak dapat bekerjasama dengan mereka dan permintaan kita
terhadap sesuatu perkara tidak mereka endahkan atau pedulikan kerana kita
dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas. Oleh yang demikian, saya
dan dua orang kawan saya perlu sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan
pemikiran dengan rendah diri agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan
semua pihak meskipun tarafnya hanyalah seorang pengawal keselamatan dan
tukang cuci.
Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh panel-panel didalam
seminar pengajian kurikulum ini saya dapat menyedari bahawa seorang pendidik
tugasnya bukan hanya sekadar mengajar, malah turut mendidik pelajar di
GIATMARA agar menjadi modal insan yang berguna selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Ini bermakna betapa pentingnya Pengurusan

Kurikulum, Pembangunan Kurikulum, Analisis Huraian Sukatan Kurikulum, Penilaian


Kurikulum dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif penganjuran seminar ini
berjaya dicapai di mana pensyarah kami yang bijaksana dan tegas Tuan Haji
Suhaimy Bin Ahmad telah membuat posmotem dan memberikan maklumbalas yang
sangat positif diatas usaha dan penat lelah kami selama berminggu-minggu. Usaha
dan penat lelah kami tidak menjadi sia-sia setelah pensyarah kami memberi
penilaian dan memberikan markah yang baik kepada kami semua. Pensyarah kami
Tn. Haji Suhaimy Bin Ahmad telah menunjukkan ciri-ciri kualiti peribadi pensyarah
dan pegawa penilai yang profesional kerana dengan jelas dan terperinci
melaksanakan tanggungjawabnya mendidik dam membimbing kami sehingga
9

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

berjaya menganjurkan program seminar yang sangat besar. Pensyarah kami juga
telah menyuntik inspirasi kepada kami agar dapat mengaplikasikan segala apa yang
telah diajar semasa di GIATMARA masing-masing kelak. Besar harapan saya agar
program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyak
manfaat yang diperoleh. Melalui program ini, pelajar seperti saya dapat mengenal
diri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke
arah membina Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan lebih baik
secara berterusan. Sekian penulisan refleksi daripada saya, Mohd Azmi Bin Ismail.

LAMPIRAN
10

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

AKTIVITI DAN TUGASAN SEBELUM SEMINAR BERLANGSUNG

11

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

12

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

13

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

14

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

15

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

AKTIVITI DAN TUGASAN SEBELUM SEMINAR BERLANGSUNG

16

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

17

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

18

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

19

LAPORAN UNIT LOGISTIK PROGRAM SEMINAR KAJIAN KURIKULUM


PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

20

Anda mungkin juga menyukai