Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM

TAHUN 2015
Tarikh

8 OGOS 2015

Masa

8.00 12.30 TENGAHARI (SABTU)

Tempat

Dewan Mutiara, SMK Labuan

Sasaran

Pelajar Perdagangan SPM SMK Labuan dan SM St Anthony serta 20


orang dari Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan

Kerjasama

SM St Anthony dan SMK Labuan

1.1 AKTIVITI
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM merupakan program
peningkatan kurikulum yang diadakan di SMK Labuan dengan kerjasama SM St.Anthony.
Program yang melibatkan murid-murid tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran ini
adalah anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Ketua
Panitia Perdagangan SM St. Anthony dan SMK Labuan. Bengkel yang berlangsung selama
4 jam ini diadakan di seperti Dewan Mutiara, diadakan di luar waktu persekolahan. Bengkel
ini diadakan 2 slot iaitu slot 1 berkaitan teknik menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2.
Manakala slot kedua diadakan pada jam 10.30 yang mengandungi aktiviti berkumpulan
menjawab soalan di kertas mahjung dan setap kumpulan dibimbing oleh guru pengiring
yang hadir dan sejam kemudian aktiviti pembentangan oleh setiap kumpulan.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada
para pelajar tentang teknik menjawab dan memahami kehendak soalan peperiksaan SPM.
Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan SPM dari
segi kualiti dan kuantiti. Penceramah yang berpengalaman yang merupakan pemeriksa
kertas peperiksaan iaitu Puan Suriyah Salleh dari SMk Beufort 2 telah dijemput untuk
menyampaikan teknik dan cara menjawab soalan serta penekanan kepada tajuk-tajuk
penting kepada para pelajar.

1.2 PENILAIAN PROGRAM


Penilaian program ini telah dibuat berdasarkan laporan dan pemerhatian oleh guru-guru
perdagangan yang terlibat. Kebanyakan guru-guru yang terlibat sepanjang program ini
berpendapat bahawa program ini Berjaya dijalankan mengikut tentatif yang dirancangkan.
Para pelajar yang dating dapat mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan dengan
betul dan dapat berbengkel bersama dengan penceramah untuk menambahkan kemahiran

menjawab soalan. Namun begitu, terdapat juga pelajar-pelajar yang tidak menghadiri
bengkel ini dengan alasan bengkel ini diadakan di luar waktu persekolahan dan masalah
pengangkutan.Oleh itu, pada tahun hadapan dicadangkan agar bengkel ini diadakan pada
waktu yang sesuai iaitu semasa waktu persekolahan.
1.3 REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM
Secara keseluruhan, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM ini telah
mencapai matlamatnya kerana bilangan murid yang dating juga masih ramai . Walaupun
terdapat beberapa masalah dan kekangan seperti masa yang terhad, namun begitu,
program ini telah Berjaya dijalankan mengikut jadual yang telah dirancangkan.

1.4 CADANGAN DAN PENAMBAIKAN


i)

Persiapan dan perancangan yang lebih terancang perlu dilakukan supaya


bengkel ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan seperti perjalanan aktiviti
sepanjang program dijalankan.

ii)

Murid-murid perlu dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lebih awal agar


pelajar dapat menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.

iii)

Mengenakan tindakan tegas terhadap para murid yang tidak menghadiri


bengkel ini supaya murid takut untuk ponteng.

1.5 PENUTUP
Keseluruhannya,Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM ini telah
berlangsung seperti yang telah dirancangkan. Semoga program ini terus dijalankan
sebagai aktiviti tahunan setiap kali menjelang bulan-bulan terakhir sebelum peperiksaan
SPM agar para pelajar akan lebih bersedia dan Berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan GPMP di sekolah masing-masing.

DisediakanOleh,
.
(SAKINAH BT. ISMAIL)
Penolong Setiausaha
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Perdagangan SPM

Anda mungkin juga menyukai