Anda di halaman 1dari 34

PENGENALAN DAN ASAS

PENYENGGARAAN
KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH :

AZRINA BINTI BENAN


(JURUTEKNIK KOMPUTER)

UNIT PEROLEHAN DAN PENYENGGARAAN KOMPUTER


BAHAGIAN PEMBANGUNAN AUTOMASI
PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR
1
MENYENGGARA KOMPUTER (FINE TUNING PC)

1. Pengenalan Kepada Komputer

2. Keselamatan Komputer

3. Pengenalan Virus

4. Menghasilkan User Account

5. Mewujudkan Kata Laluan (Password) Pada User Account

6. Langkah-Langkah Penyenggaraan Komputer

i. Penyenggaraan Perkakasan Komputer

ii. Penyenggaraan Perisian Komputer

7. Windows Update (Secara Manual)

8. Windows Update (Secara Automatik)

2
1. PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang


digunakan untuk memproses data. Komputer boleh melakukan
kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah
dalam memproses data seperti :-

Menerima arahan (input) dan memasukkan data dari pengguna.


Melaksanakan arahan (memproses) input atau data yang
diterima berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara
automatik dan sebagainya.
Menyimpan data atau program dalam ingatan sekunder.
Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan dari kerja-kerja
pemprosesan.
Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-
bila masa.

Komponen-komponen komputer dibahagikan kepada dua komponen


asas iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).

Perkakasan (hardware)

Bahagian yang dapat dilihat dengan mata kasar. Ia merupakan


gabungan litar (circuit) dan chip silikon, peranti-peranti seperti
cekera keras dan cekera liut yang menyimpan data, memori yang
menyimpan maklumat untuk diproses oleh pemproses utama.
Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor,
papan induk, RAM, kad video, kad bunyi, kad rangkaian (Network
Card).

Perisian (software)

Merupakan arahan-arahan yang digunakan oleh komputer untuk


memproses maklumat. Perisian mempunyai beberapa jenis seperti
perisian sistem operasi, perisian sistem aplikasi. Contoh perisian
operasi untuk komputer peribadi (PC) adalah seperti program
Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Win7,Win Vista.
Salah satu program sistem operasi percuma yang diiktiraf ialah
program Linux. Contoh perisian sistem aplikasi pula adalah seperti
Microsoft Office, Adobe Page Maker, Adobe Photoshop dan
sebagainya.

3
2. KESELAMATAN KOMPUTER

Apakah Itu Keselamatan Komputer ?

Amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman,


risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan
manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh
menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat
dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service.

Apakah Keselamatan Sistem Komputer ?

Ini adalah merupakan langkah-langkah perlindungan


keselamatan yang berasaskan teknologi termasuk prosedur
pengurusan yang dibentuk untuk melindungi aset ICT.

Apakah Keterdedahan Maklumat

Maklumat yang dilindungi atau dikawal edarannya didedahkan


secara tidak sah atau hilang kawalan terhadap maklumat
sensitif.

Apakah Itu Penggodam (Hacker) ?

Seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam sistem


komputer (sama ada berjaya atau gagal) yang ia tidak diberi
kuasa untuk mengakses sistem tersebut.

Apakah Insiden Keselamatan ICT ?

4
Ini bermaksud musibah yang berlaku ke atas sistem ICT atau
ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut. Ia juga boleh
merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar dasar
keselamatan ICT sama ada yang ditetapkan secara tersurat atau
tersirat.

Apakah Itu Audit Keselamatan ICT ?

Merupakan pemeriksaan ke atas prosedur serta langkah


keselamatan ICT untuk menilai kepatuhan dan kesempurnaan
terhadap dasar keselamatan ICT.

Apakah Itu Kawalan Keselamatan ICT

Merupakan teknik dan kaedah bagi memastikan hanya pengguna


yang sah dan telah diberi kuasa dapat mengakses sistem
maklumat dan aset ICT.

3. PENGENALAN VIRUS KOMPUTER

i. Apakah itu virus komputer ?


ii. Mengapakah virus komputer dicipta ?
iii. Bagaimanakah penyebaran virus komputer dilakukan ?
iv. Apakah Cecacing (Worm) ?
v. Apakah Kuda Trojan (Trojan Horse) ?
vi. Apakah kesan serangan virus komputer ?
vii. Apakah simptom-simptom komputer terkena serangan
virus komputer ?
viii. Bagaimanakah cara menghindari virus komputer ?
ix. Bagaimanakah cara mengesan dan menghapuskan virus
komputer ?

i. Virus Komputer

Virus komputer ialah sejenis program parasit yang


tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program
bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan
komputer tidak boleh berfungsi dengan baik. Apabila kita
menjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang
dijangkiti virus, maka virus tersebut akan diaktifkan. Virus
yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara
5
termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,
memaparkan maklumat tertentu di monitor,
memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan
cakera keras (hard disk). Virus komputer juga boleh
diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari
tertentu yang telah ditetapkan. Contoh virus ialah
Brontok, Worm, Trojan.

ii. Mengapakah Virus Komputer Dicipta

Virus-virus telah dicipta sebagai projek


penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga
untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu,
menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh
keuntungan dari pencurian identiti.

Ada juga virus dicipta untuk tujuan baik

Ada sesetengah virus dicipta bertujuan untuk


melaksanakan misi yang baik. Ia menyebarkan
penambahbaikan kepada aturcara-aturcara yang
dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang
lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah
agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan
mungkin akan menjejaskan sistem yang
dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kadangkala
dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai
vector ( pemandu ) untuk virus jahat. Tanpa disengajakan,
aturcara-aturcara "virus baik" yang tidak ditulis dengan
teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan
keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang
sebegini boleh tersalah mengenal pasti fail sasaran dan
dengan itu, tersalah menghapuskan fail sistem). Tambahan
pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang
kebenaran daripada pemilik komputer.

iii. Cara Penyebaran Virus Dilakukan

a. Melalui media storan seperti disket, cakera keras,


pen drive, external hard disk yang sebelumnya
sudah dijangkiti virus. Jangkitan akan terjadi ketika
membaca fail, menyalin fail bahkan cuma melihat
daftar isinya sahaja.

b. Melalui e-mel iaitu ketika menerima e-mel yang ada


lampiran (attachment). Biasanya e-mel yang
mengandungi virus ada lampiran fail seperti *.zip,

6
*.com, *.exe, *.vbs, *.rtf, *.dll, *. scr dan
*.pif.

c. Mengunjungi atau memuat turun dari alamat


tertentu misalnya laman Hacker, laman porno atau
pun laman lain yang tidak jelas pengendaliannya.

iv. Apakah Cecacing (Worm)

Cecacing komputer juga mempunyai persamaan dengan


virus komputer tetapi ia tidak memerlukan pembawa
(seperti e-mel atau disket) untuk menjangkiti komputer
lain. Program perisian yang sangat kecil ini kebiasaannya
akan mampu menyalinkan dirinya sendiri dan berjangkit
dari komputer kepada komputer dalam satu rangkaian
komputer (seperti rangkaian komputer di sekolah atau
pejabat). Selepas sesebuah komputer dalam rangkaian
dijangkiti, cecacing akan melakukan aktiviti pengimbasan
(scan) kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian
untuk mencari kelemahan agar ia boleh menjangkiti lagi
komputer seterusnya. Ia mampu melakukan beratus atau
beribu imbasan dalam seminit. Jika terlalu banyak imbasan
boleh menyebabkan sesuatu rangkaian menjadi perlahan
seperti pengguna sukar mengakses e-mel, membuka
laman web dan sebagainya.

v. Apakah Kuda Trojan (Trojan Horse)

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer


yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering
mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh
melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program
komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya. Program
Trojan yang dikenali sebagai Trojan Horses itu kadang kala
akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda
jika ia telah dipasang.
Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan
dirinya sendiri untuk berjangkit kepada komputer. Trojan
jenis Back Door pula akan berada dalam komputer anda
dan membuka pintu kepada virus atau pengguna
komputer di luar mengakses sistem komputer anda.

7
vi. Kesan Serangan Virus Komputer

a. Kerosakan pada perisian komputer, fail maklumat dan


juga perkakasan komputer.

b. Gangguan rangkaian komputer samada capaian ke


Intranet dan Internet menjadi perlahan.

c. Pengguna komputer dan Internet akan mengalami


gangguan kerja dan emosi (stress).

vii. Simptom-Simptom PC Diserang Virus

a. Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan. Fail-


fail penting yang digunakan untuk menjalankan
sistem hilang secara tiba-tiba. Windows tiba-tiba
sahaja reboot dan proses reboot berlaku
berulangkali.

b. Keupayaan atau prestasi PC menjadi perlahan.


Kadangkala PC menjadi hang dan juga keluar mesej
Out-of-memory walaupun PC mengandungi ruang
ingatan yang mencukupi.

c. Kotak dialog terpapar pada skrin secara tiba-tiba


menyatakan program tertentu tidak dapat
dijalankan.

d. Muncul secara tiba-tiba program-program yang tidak


pernah dipasang (install).

e. Menerima e-mel yang mengandungi lampiran yang


pelik.

f. Ruang cakera keras (hard disk) berkurang dengan


cepat.

g. Fail-fail tiba-tiba hilang.

h. Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh.

i. Semakan menggunakan perisian antivirus


menyatakan terdapat virus dalam komputer.

j. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tidak


boleh dipasang (install) semula.

8
viii. Cara Menghindari Virus Komputer

a. Gunakan Persisian Asli. Hargai dan hormati


Hakcipta. Hindari menggunakan perisian tiruan
dalam apa juga keadaan sekalipun. Awas!
Windows Update tidak boleh dijalankan pada
Windows cetak rompak.

b. Pastikan Sistem Operasi Sentiasa Dikemaskini.


Perisian sistem pengoperasian Windows hendaklah
sentiasa dikemaskini (jalankan Windows Update)
bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari
serangan virus dan penggodam. Tukarkan kata
laluan (password) kepada yang lebih sukar untuk
dijejaki umum. Jangan e-melkan kata laluan kepada
sesiapapun.

c. Gunakan Perisian Virus Terkini Dan


Dikemaskini. Pasang perisian antivirus untuk
melindungi komputer anda dan pastikan fail
tandatangan (signature) yang terkini telah
dimasukkan. Anda perlu kemaskini tandatangan
virus sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari
bekerja.

d. Imbas Virus Secara Harian. Jadualkan untuk


mengimbas komputer setiap hari bagi mengesan
virus. Jadual imbasan boleh dilakukan pada waktu
rehat, seperti waktu tengah hari.

e. Periksa Lampiran E-Mel. Waspada terhadap virus


yang datang sebagai lampiran e-mel dari punca yang
tidak dapat dikenalpasti. Jangan buka sebarang
lampiran sehingga benar-benar pasti apa isi
kandungannya.

9
f. Periksa Fail Yang Dimuat Turun. Periksa cakera
liut dan fail yang dimuat turun dari internet terutama
dari punca yang tidak diketahui menggunakan
perisian antivirus sebelum menggunakannya.

g. Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah


Dijangkiti. Jika komputer telah dijangkiti oleh virus
komputer, semua aktiviti menggunakan komputer
tersebut mesti dihentikan dan lakukan proses
penghapusan virus. Meneruskan penggunaannya
akan membantu virus merebak dengan lebih giat.

h. Kerap Membuat Salinan (Backup). Selalulah


membuat salinan aturcara dan data. Membaikpulih
menggunakan salinan adalah langkah yang paling
selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas
diserang virus.

i. Pasang Personal Firewall. Sebagai perlindungan


tambahan, anda boleh memasang perisian firewall
peribadi. Tetapkan ke tahap keselamatan paling
tinggi untuk pelayar web. Penggunaan perisian ini
memerlukan kefahaman yang sewajarnya terhadap
transaksi yang berlaku dalam komputer anda.

j. Buang Fail Dan Perisian Yang Tidak


Bermanfaat. Buang fail-fail dan perisian yang tidak
diperlukan dalam tugasan harian.

ix. Cara Mengesan Dan Menghapuskan Virus Komputer

i. Install perisian antivirus seperti Symantec / Avira /


AVG

ii. Kemaskini fail tandatangan virus (virus signature).

iii. Imbas (scan) dan bersihkan (clean) sekiranya virus


dijumpai.

iv. Rujuk laman web antivirus sekiranya virus tidak


dapat dibersihkan oleh perisian antivirus.

10
4. MENGHASILKAN USER ACCOUNT

Sekiranya pemilik komputer tidak mahu orang lain menggunakan


komputer mereka, pemilik tersebut perlu mencipta login dan
password di komputer masing-masing. Sila rujuk langkah
menghasilkan User Account dan mewujudkan password yang
disediakan di bawah :-

i. <Start Control Panel User Account>

11
ii. Klik pada menu Create a new account

iii. Masukkan nama pada ruangan Type a name for the new
account iaitu login yang dikehendaki sebagai contoh :
iman dan klik Next

iv. Klik Create Account

12
Maka akan wujud login yang diberi nama sebagai iman

13
5. MEWUJUDKAN KATA LALUAN (PASSWORD) PADA USER
ACCOUNT

i. Klik pada icon login yang diberi nama sebagai iman

Maka akan wujud paparan seperti di bawah.

ii. klik pada Create a password

14
iii. Masukkan kata laluan (password) yang dikehendaki pada
ruangan Type a new password : dan juga pada ruangan
Type a new password again to confirm.

iv. klik Create Password.

Maka telah wujud password pada login iman

6. LANGKAH-LANGKAH PENYENGGARAAN KOMPUTER

15
Setiap pemilik komputer perlu melakukan penyenggaran
perkakasan dan perisian komputer kerana penjagaan yang baik
dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer itu.

i. PENYENGGARAAN PERKAKASAN

a. Kasing (Casing)
Peralatan : Kain bersih (lembut), cairan pembersih
atau vakum

Langkah-langkah :-
- Matikan suis dan cabut semua kabel elektrik
yang bersambung dengan komputer.
- Semburkan cairan alkohol atas kain bersih
- Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan
kain tersebut.
- Tutup kembali casing komputer dan pasang
semula kabel seperti asal.

b. Monitor
Peralatan : Kain bersih (lembut), cairan pembersih
atau vakum

Langkah-langkah :-
- Matikan suis dan cabut semua kabel elektrik
yang bersambung dengan monitor.
- Semburkan cairan alkohol atas kain bersih.
- Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat
debu dan habuk.
- Pasang kembali semua kabel yang bersambung
dengan monitor seperti asal.

c. Papan Kekunci (Keyboard)


Peralatan : Kain bersih (lembut), cairan pembersih
atau vakum

Langkah-langkah :-
- Buka casing yang mengikat kekunci dengan
membuka skru pada bahagian belakang
keyboard.
- Cuci casing dengan spray cleaner.
- Bersihkan papan litar keyboard dengan
menggunakan vakum untuk membuang habuk-
habuk yang melekat pada papan litar tersebut.
- Kemudian buka satu persatu penutup kekunci
keyboard dan cuci dengan menggunakan kain
bersih yang lembap.

16
- Cara membukanya ialah dengan mencungkil
penutup itu dengan menggunakan pemutar
skru ataupun test pen.
- Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci
keyboard.
- Akhir sekali pasangkan kembali casing
keyboard dengan mengetatkan kembali skru
yang telah dibuka tadi.

d. Thumb/Pen Drive Dan External Hard Disk

Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu


bahawa external drive ini tidak boleh jatuh. Cara
penggunaannya juga perlu betul. Langkah-langkah
tersebut perlu diikuti jika ingin mengeluarkannya dari
USB Port :-

- Klik pada imej yang terdapat di sudut kiri


(taskbar)
- Apabila mesej Safely remove USB Mass
Storage Device dipaparkan klik sekali maka
Mesej Safe to remove hardware dipaparkan.
- External drive tersebut boleh ditanggalkan dari
USB port.

ii. PENYENGGARAAN PERISIAN KOMPUTER

17
a. Pembersihan Ruang Storan Fail Internet Browser

Setiap kali kita melayari internet segala cookies,


history dan temporary internet files akan terhasil dan
akan disimpan. Sekiranya ia tidak dibuang ia akan
menjejaskan pencapaian sesebuah komputer
tersebut. Pembersihan ini perlu dilakukan bagi
mengelakkan ruang storan Hard Disk menjadi penuh
dan boleh mengakibatkan PC menjadi perlahan di
samping boleh menyebabkan PC menjadi
penyumbang kepada masalah virus.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan


dalam membersihkan fail internet yang tidak digunakan :

Membuang Cookies, Fail Sementara Internet


(Temporary Internet Files) dan Penyenggaraan
ruang Cache Memory

i. Buka Browser Internet Explorer, klik pada menu


<Tools>, pilih <Internet Options>

ii. Pada tab <General>, klik Delete di dalam ruang


Browsing History.

18
iii. Pada ruangan Delete Browsing Files klik Delete
Temporary Internet File, Delete Cookies dan
Delete History.

iv. Klik Yes pada setiap satunya


v. Klik Close
vi. Klik OK

19
b. Disk Cleanup, Error Checking (Check Disk) dan
Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap


sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan kerana
ia berupaya memastikan kelompok cluster pada
cakera keras berada di dalam keadaan baik.
Pengguna juga boleh menggunakan fungsi Disk
Cleanup, Error Checking dan Disk
Defragmenter apabila melihat penurunan prestasi
pada sistem PC.

i. Pembersihan ruang storan cakera keras


(Disk Cleanup)

Ruang storan di dalam cakera keras di dalam


PC memerlukan penyenggaraan dari segi
pembersihan ruang tersebut dari fail-fail
sementara yang tidak digunakan dan juga fail-
fail yang tidak diperlukan lagi. Di samping
dapat mengurangkan penggunaan ruang
storan hard disk, ia juga dapat
mempertingkatkan keupayaan sesebuah PC
setelah fail-fail berkenaan dihapuskan. Contoh
fail-fail yang akan dihapuskan (delete) ialah fail
yang mempunyai extension seperti .tmp, .bak.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi


membersihkan ruang storan hard disk :-

Untuk memilih Disk Cleanup :-

i. Klik : <Start All Programs Accessories


System Tools Disk Cleanup>

20
Paparan di bawah akan wujud pilih drive yang ingin
dibersihkan

ii. Klik OK untuk memulakan proses semakan

Proses semakan oleh Disk Cleanup sedang


dilakukan. Tunggu sehingga skrin seperti rajah
berikutnya dipaparkan bagi memulakan proses
seterusnya.

Buat pilihan ruang storan yang hendak dibersihkan.


Anda dikehendaki menandakan fail-fail yang hendak
dibersihkan. Adalah disyorkan agar semua fail yang
telah dikenalpasti dibersihkan supaya keupayaan
(perfomance) PC dapat dipertingkatkan.

iii. Klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

21
iv. Klik Yes bagi meneruskan proses pembersihan.

Proses pembersihan sedang dijalankan dan


pengguna hanya perlu menunggu sehingga proses
tersebut selesai.

Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk D:


(jika ada)

22
c. Check Disk

Kegunaannya adalah bagi mengesan kerosakan pada


cakera dan membaiki fail yang rosak.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu


diikuti bagi memilih proses Check Disk :-

Untuk memilih Check Disk :-

i. Buka My Computer > pada Local Disk C: klik


kanan tetikus > dan pilih Properties

ii. Pilih tab Tools maka proses berikutnya akan


dipaparkan

23
iii. Klik pada butang Check Now

24
iv. Tandakan pada Automatically fix file
system errors dan Scan for and attempt
recovery of bad sectors.

v. Klik butang <Start> untuk memulakan proses


tersebut.

vi. Klik Yes


vii. Restart PC (Secara manual)

Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk


D: (jika ada)

25
d. Disk Defragmenter

Kegunaanya adalah untuk menyusun kembali fail-fail


supaya ia mudah, lebih laju dan efisyen untuk
dicapai. Proses ini mengambil masa yang lama
bergantung kepada saiz cakera keras dan kekerapan
pengguna melakukan proses defragment.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu


diikuti bagi proses Disk Defragmenter :-

Untuk memilih Disk Defragmenter:-

i. Klik : <Start All Programs Accessories


System Tools Disk Defragmenter>

ii. Klik butang <Analyze> bagi menganalisa


keperluan Disk Defrgamenter

Analisa keperluan Disk


Defragmenter

Skrin berikut akan dipaparkan setelah fungsi


Analyze ini selesai. Laporan analisa akan dijana
setelah selesai proses analisa.

26
Bagi melakukan proses Disk Defragment

i. Klik butang Defragment dan tunggu proses ini


sehingga selesai.

Skrin Analyze

Skrin Analysis Report

Skrin Proses Defragment sedang dilakukanan

Skrin proses defragment telah tamat


27
ii. Klik close

Nota : Lakukan juga proses ini pada Local Disk D: (jika


ada)

7. WINDOWS UPDATE (SECARA MANUAL)


Bagi mengelak serangan virus dan penggodam, Microsoft Windows mestilah sentiasa
up-to-date. Update Security dan patches hendaklah sentiasa diperiksa dan dipasang
(install)l ke dalam komputer. Oleh itu, Windows Update diperlukan.

Caranya :-

i. Klik butang <Start All Program Windows Update >

ii. Klik butang Express

Skrin Windows Update

28
Skrin Checking for the lates updates for your
computer

iii. Klik install update

Skrin Review and install update

29
Skrin bagi proses download & installed
Windows Update

iv. Klik Restart

Skrin Installation Complete

Lakukan proses Windows Update sehingga selesai


iaitu sehingga keluar paparan High Priority
Updates (paparan seperti rajah di bawah)
berpandukan arahan-arahan yang diberi.

30
Skrin High Priority Updates

8. WINDOWS UPDATE (SECARA AUTOMATIK)

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi


melakukan proses Windows Update secara automatik :-

i. Klik <Start Control Panel>

Maka akan keluar paparan seperti di bawah

ii. klik pada icon Automatic Updates.

31
Maka paparan berikutnya akan tertera.

iii. Pilih tab Automatic (recommended) dan tetapkan hari


serta waktu yang dikehendaki untuk komputer memulakan
proses pemasangan Windows Update.

Pastikan komputer dihidupkan ON pada hari dan waktu


yang telah ditetapkan bagi membolehkan proses muat
turun dan kemaskini dijalankan.

iv. Klik Apply


v. OK

Kini anda akan memuat turun semua kemas kini masa


hadapan secara automatik.

32
Nota : Manual ini telah dibuat penambahbaikan dari nota asal CICT
UTM, JB berpandukan dari beberapa sumber rujukan yang
diambil dari internet.

Sumber rujukan :-

1. Nota CICT UTM


2. http://anjungkomputerdanit.blogspot.com/2010/07/mengap
a-virus-dicipta.html
3. http://www.ppkt.kk.usm.my/index.php/Sekuriti/pengenalan-
kepada-virus-komputer.html
4. http://informationn.blogspot.com/2008/05/apa-itu-virus-
cecacing-dan-trojan.html

33
5. http://www.broadbandutara.com/buletin-fasilitator-
schoolnet/kuala-muda-yan/Modul-Lengkap-Kursus-
Maintenance-n-Security.pdf

Disediakan oleh : Ft (BA2)


BPA, PSZ UTM JB

34

Anda mungkin juga menyukai