Anda di halaman 1dari 22

BPP 3012

Basic Data Entry

VIRUS DAN ANTIVIRUS


Apa itu VIRUS Komputer?
• ialah sebuah program parasit atau aturcara komputer
yang merosakkan dan memadamkan fail atau perisian
komputer.

• Virus adalah aplikasi yang mempunyai saiz yang kecil.


Menjangkiti fail-fail tertentu dan menyembunyikan
dirinya dalam fail tersebut.

• Oleh kerana saiznya kecil, ia boleh berada dalam


ruang cakera keras tanpa dikesan dan akan terus
berada dalam ingatan komputer dan menjangkiti
sebanyak mana fail yang boleh.
Apa itu VIRUS Komputer?
Apa itu VIRUS Komputer?
• Fail yang dijangkiti oleh virus selalunya masih boleh
diakses seperti biasa.

• Namun, setiap kali ia dijalankan maka virus akan


berada di dalam memori dan terus melakukan
jangkitan.

• Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer


dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail,
atau memformat semula cakera keras.
Apa itu VIRUS Komputer?
Apa itu VIRUS Komputer?
• Manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk
merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri
dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui
pemaparan teks, video, atau pesanan audio.

• Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga


boleh menimbulkan masalah kepada pengguna
komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang
digunakan oleh atur cara yang sah. 

• Ia boleh menyebabkan kerosakan sistem dan


kehilangan data.
Apa itu VIRUS Komputer?
Bagaimana Virus Dijangkiti?
• Melalui E-mel - Seperti yg kita semua maklum bahawa
emel akan mengandungi lampiran yang akan
mencetuskan pemasangan yg berniat jahat untuk
mengambil tempat dan menyorok di dalam komputer
sebaik sahaja anda telah membuka atau memuat turun
lampiran tersebut. Oleh itu, adalah amat penting untuk
kita hanya membuka email yg dikenali sahaja.

• Program Percuma/Bundle - Apa yang kebanyakan


orang tidak sedar bahawa majoriti program-program
percuma yang anda muat turun dari internet banyak
dengan spyware, adware dan virus yang akan
menjangkiti fail sistem anda apabila permohonan itu
dipasang. 
Jenis-jenis Virus Komputer
1.  Trojan

• Sejenis virus yang dibuat dengan tujuan untuk mencuri data yang
ada di dalam komputer. Penyebaran utama virus trojan ialah
mengakses data yang terhubung ke internet, seperti email dan data
peribadi yang tidak ada password.
Jenis-jenis Virus Komputer
2.  Worm

• Worm ialah sejenis program yang dapat menggandakan diri. Ia


mempunyai kemampuan untuk melipatgandakan diri dengan
begitu cepat. Apabila  komputer diserang dalam tempoh masa yang
cukup lama, ia dapat menyebabkan kerosakkan pada sistem dalam
komputer kerana data dalam memori dan cakera keras tersebut
menjadi berat. Serangan utamanya adalah melalui email dan
jaringan internet.
Jenis-jenis Virus Komputer
3.  Memory Resident Virus

• Sejenis virus yang menjangkiti RAM.


• Tumpuan utamanya berada di dalam memori komputer. Virus ini
akan mula aktif apabila operating system beroperasi.
Dengan code yang dimiliki, virus jenis ini akan mengganggu proses
pelaksanaan program yang seharusnya beroperasi dengan normal.
Jenis-jenis Virus Komputer
4.  Rootkit

• Rootkit merupakan virus komputer yang sangat sukar untuk


dihapuskan dan sukar untuk dikesan.
• Hal ini kerana rootkit berfungsi sama seperti sistem komputer yang
beroperasi seperti kebiasaannya.
• Kebanyakkan anti virus mengalami kesukaran untuk mengesan
virus rootkit ini.
Jenis-jenis Virus Komputer
4.  Rootkit

• Ia akan menyembunyikan diri daripada dikesan oleh antivirus dan


juga administrator (pengguna).
• Rootkit juga dapat menyelinap masuk ke
bahagian Operating System (OS) dan akan mendapat
hak administrator jika ia sudah lama menjangkiti komputer
tersebut.
• Rootkit mampu menyahaktifkan antivirus sekiranya ia sudah
mendapat hak administrator.
Jenis-jenis Virus Komputer
5.  Spyware

• Spyware biasanya berbentuk aplikasi / program yang dipasang ke


dalam komputer dengan kebenaran administrator ataupun
menyelinap secara diam-diam.

• Spyware bertujuan mengumpul maklumat peribadi anda dan boleh


mencuri password yang akan dihantar melalui remote
machine kepada sebuah pembuatnya.
Jenis-jenis Virus Komputer
6.  Malware

• Malware ialah berbentuk aplikasi yang berbahaya dan akan


mengancam sistem komputer dengan tujuan untuk mengumpulkan
data-data termasuk password, dan juga akan merosakkan sistem
komputer anda secara penuh.
Jenis-jenis Virus Komputer
7.  Adware

• Adware adalah virus yang akan memaparkan iklan ke komputer


anda secara tidak wajar.
• Virus adware akan memaparkan iklan terus-menerus dengan
banyak agar pemilik iklan tersebut mendapat banyak wang. Adware
biasanya berbentuk sambungan bar alat pada pelayar dan juga
boleh didapati dalam bentuk sebuah aplikasi / program.
Jenis-jenis Virus Komputer
7.  Boot Sector

• Sejenis virus yang menjangkiti bahagian kecil dalam sebuah hardisk


yang disebut boot sector.
• Lokasi bersembunyi di dalam pemacu cakera. Sehingga ketika
sistem berjalan dia boleh berpindah kemana-mana untuk
melakukan operasi jangkitan itu.
Jenis-jenis Antivirus
Antivirus
Antara Gejala Komputer Anda Dijangkiti
Virus
• Komputer anda mula beroperasi pada kelajuan yang lebih
perlahan daripada biasa 
• Komputer anda menjadi 'hang' dan rosak yang kerap 
• Komputer anda reboots dengan sendiri secara berterusan
selepas beberapa minit beroperasi 
• Kebanyakan program-program dan aplikasi tidak akan
berfungsi dengan betul. 
• Kemerosotan teruk dalam fungsi desktop keseluruhan
disebabkan oleh jangkitan virus menggunakan jumlah memori
yang besar 
Antara Gejala Komputer Anda Dijangkiti
Virus
• Sesetengah pemacu cakera (hard disk) tidak boleh diakses 
• Pc anda memaparkan mesej ralat yang tidak diketahui secara
kerap 
• Desktop menu dan kotak dialog pelbagai boleh berubah-ubah
• Pembuangan 'shortcut icon' program anti virus serta program-
program di desktop pc anda 
• Ikon baru yang tidak diketahui muncul pada desktop yang
biasanya berkaitan dengan pornografi atau judi 
• Task Manager tidak dapat berfungsi dengan baik 
Bagaimana Untuk Melindungi PC Anda Daripada
Ancaman Virus

• Hidupkan firewall anda pada komputer anda 


• Gunakan alat penyingkiran virus percuma 
• Sentiasa pastikan bahawa tetapan keselamatan anda di Internet
Explorer adalah betul 
• Sentiasa pastikan bahawa anda kerap mengemas kini perisian
program virus anti dengan maklumat terkini 
• Elakkan memuat turun fail yang mencurigakan dari internet 
• Jangan melayari laman web yang tidak diketahui kerana ia boleh
mencetuskan pemasangan berjangkit tanpa pengetahuan anda 

Anda mungkin juga menyukai