Anda di halaman 1dari 4

Manfaat, Tujuan dan Kebaikan Orientasi Kepada Para Pekerja The Store

a. Manfaat Orientasi
1. Mengurangkan perasaan diasingkan, cemas, dan kebimbangan pekerja.
2. Dalam waktu yang singkat dapat merasa menjadi sebahagian dari organisasi.
3. Kelebihan lain pekerja yang mengikuti sesi orientasi ialah :

 Cukup baik
 Sikap bergantung pada orang lain berkurangan.
 Kecenderungan untuk keluar dari organisasi tipis.
 Selanjutnya, program orientasi juga akan mempercepat proses suai-kenal.

b. Tujuan Orientasi
1. Memperkenalkan pekerja baru dengan syarikat.

2. Melatih pekerja baru tentang suasana bekerja dengan pelanggan.

3. Memberi kesempatan pada pegawai untuk menanyakan masalah tentang pekerjaan mereka
yang baru.

4. Menjimatkan waktu dan tenaga pegawai dengan memberitahu kepada mereka ke mana
harus meminta keterangan atau bantuan dalam menyelesaikan masalah yang mungkin
timbul

5. Menerangkan tentang peraturan syarikat supaya pekerja baru dapat mengelak daripada
tindakan hukuman yang akan terjadi kerana pelanggaran peraturan yang tidak mereka
ketahui.

6. Memberikan pengertian kepada pekerja baru bahawa mereka adalah sebahagian yang
penting di dalam syarikat The Store.
Orientasi yang efektif akan mencapai beberapa tujuan utama:

1. Membentuk kesan yang menguntungkan pada pekerja dari organisasi dan pekerjaan.
2. Menyampaikan informasi mengenai organisasi dan pekerjaan.
3. Mempercepat proses suai-kenal dan integrasi pekerja baru ke dalam organisasi.
4. Memastikan bahawa prestasi dan produktivi pekerja meningkat lebih cepat.
5. Usaha-usaha orientasi mengenai organisasi dan pekerjaan.
PROSES PEMILIHAN

CARTA PROSES PEMILIHAN.

1.CALON-CALON DALAM PENGAMBILAN.

Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon


pekerjaan supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam
sesebuah organisasi. Di sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah
calon kepada calon yang benar-benar layak dan terpilih sahaja.

2. MENILAI BORANG PERMOHONAN.

Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi


borang permohonan. Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang
berkaitan dengan calon tersebut. Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi
yang ditetapkan, berpotensi untuk dipanggil ke temuduga.

3. UJIAN-UJIAN PEMILIHAN

Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting


dalam mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan.
Antara ujian yang dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda,
ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian personaliti.

4. TEMUDUGA

Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan
organisasi di Malaysia. Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka
dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan
kesesuaian dengan pekerjaan yang dipohonnya.

5. SEMAKAN LATARBELAKANG.

Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga


dijalankan. Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses
lagi sebelum keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang
dan rujukan calon. Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja,
pendidikan, rekod jenayah, dan laporan penilai.

6. KEPUTUSAN PEMILIHAN
Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya
organisasi di Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara
perkara utama yang terkandung dalam surat tawaran ialah:

 Pampasan dan faedah


 Syarat-syarat tawaran
 Tarikh melaporkan diri

 Tangga gaji

7. PEMERIKSAAN FIZIKAL

Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan


pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan atau swasta. Tujuan utama pemeriksaan
perubatan adalah untuk memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum
memulakan pekerjaan dengan organisasi baru.

8. LAPOR DIRI

Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja
baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting
untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru. Antara perkara utama
yang diperkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan
kerjaya dan tanggungjawab pekerja.

Anda mungkin juga menyukai